Resepi : Mee Soto Raya 2014

Assalamualaikum...


** Resepi ni untuk simpanan sendiri. In case nak refer lagi next time.

Untuk l0 orang makan. 


Aku amik kat internet jugak. Lupa dah kat blog sape.. Mintak halalkan.. 
Aku refer untuk makan sendiri jer.. kih kih kih..


Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Air - 2 periuk kecik

Bahan Tumis:
10 ulas bawang merah - kisar                 
5 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
3 batang serai - ketuk

Caranya:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan.
Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Bahan-bahan Bergedil :
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi

Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

Bahan Hidangan
1. Nasi himpit atau lontong
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

Cara Menghidang
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Mee Soto.
Kuah nak kena banyak sikit sebab tetamu suka mee soto banyak kuah.


** Resepi ni untuk simpanan sendiri jer. Pasni nak buat boleh buka blog sendiri scroll carian..


Ok.Bye

2 comments:

Aty Fared said...

masak soto ni senang.. tapi side die leceh tu...kene celur togeh..kene carik ayam...dasar sangat kan..agaga..

cik mah said...

Nyum2..antara feveret juga ni..sedapnyalahm.bilalah cik mah nk try wat sendiri.ni