Tempahan Manik dari kawan suami

Assalamualaikum....


Sebelum puasa lagi, kawan suami mintak aku jahitkan manik untuk baju bakal isteri dia.
Time tu pun mereka baru bertunang. Darah MANIS macam gula, semut pun nak hinggap.

Aku bagi hint taknak terima memandangkan masa tu sibuk dengan urusan nak pindah rumah.
Tapi dorang merayu, aku pun sebenarnya taknak tolak rezeki.
Tapi memandangkan sibuk dengan urusan rumah, aku cakap la aku tak sempat nak buat.

Tup-tup masa datang beraya dorang merayu lagi, time tu aku dah tak menolak..
Terus mereka bawak baju lepas tu.


Baju kurung moden untuk Nikah


Manik yang sempat shopping di GM.

Bakal pengantin mintak nak buat kat tutut dan pergelangan tangan saja.


Shawl half moon sebagai Veil.
Dorang beli 2 meter sahaja lace.
Hope muat la..

Tapi confirm muat la kalau dah bagi kat ex-pengantin yang SAVE BUDGET masa kawen dulu.


Sikit teaser.

Ok Bye..
XoXO

1 comment:

Nurizzah Majif Biz said...

x sabar nak tengok gmbr penuh baju tu ni..:)