Persediaan & Pantang untuk Laparoscopy Surgery

Assalamualaikum... Hai Semua...


Persediaan untuk Laparoscopy Surgery

Document untuk warded:
1. IC
2. Surat doktor Hamid. Biasanya doktor siapkan semua. Patient tinggal bawak je document untuk ke hospital
3. Deposit (akan dapat balik bila keluar ward)

Beg & Pakaian :
1. Kain Batek
2. Tuala Mandi
3. Tuala Muka
4. Seluar selesa / skirt longgar
5. Baju yang selesa (dalam wad/keluar wad)
6. Sweater - dalam wad sejuk
7. Barangan mandi
8. Pad - Lepas operation biasanya akan keluar darah
9. Pakaian dalam
10. Stoking - dalam wad sejuk
11. Phone, charger & earphone, power bank
12. Tudung yang selesa & kerongsang

Optional :
1. Bantal peluk - Untuk keselesaan baring/tido (aku sejenis manusia kena ada bantal extra)
2. Bekas - Untuk isi jika makanan tak habis.
2. Gelas , sudu & straw
4. Plastik baju kotor
5. Tisu & Tisu basah
6. Selipar tandas
7. Ubat-ubatan - Lepas operation, perut kembung, incase sakit tekak sebab ubat bius
8. Telekung & sejadah kecik
9. Buku surah/boleh google surah


Barangan untuk penjaga di hospital (siang sahaja):
  1. Bantal extra
  2. Bantal leher
  3. Pakaian, sweater, stoking - dalam wad sejuk
  4. Charger / Power bank
  5. Pakaian solat

Pantang selepas laparoscopy surgery

Jangan ikut pantang aku sebab aku pantang sendiri kat rumah. Takde yang menjaga. Suami kena kerja lepas beberapa hari cuti.

So aku just fikir yang mana lojik je sepanjang berpantang untuk penyembuhan luka sahaja (bukan pantang bersalin bagai tu)

1. Nasi
2. Ikan yang tak gatal (ikut kepercayaan sendiri sebab sesetengah orang berbeza pantang larang ikan)
3. Takde seafood (seminggu pertama sahaja)
4. Takde telur (seminggu pertama sahaja)
5. Makan ikan haruan (bukan pati)
6. Banyak makan buah especially yang ada Vit.C
7. Makan banyak sayur (elak sembelit)
8. No daging (lambat hadam)
9. Banyak minum air (elak sembelit)

Dalam 4 hari luka dah okey. Dah kering. Cuma lepas seminggu baru aku bantai makan segala benda. Benang pun tercabut dengan sendiri.

1. Mandi yang first lepas operation, aku mandi macam biasa sebab nurse ada spray "kalis air" kat luka. so boleh mandi macam biasa.
2. Mandi lepas-lepas tu, aku sebolehnya cover taknak bagi luka kena air. Lepas siap mandi, terus lap bagi betul-betul kering jika kena air.
3. Aku duk sendiri kat umah, so banyak baring la.
4. Hari ke-4 aku dah banyak bergerak sebab masak sendiri & layan diri (cuma takde buat kerja berat)

So far sepanjang operation dan pantang tu, aku okey je. Takde sakit. Betul-betul dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah..

Itu sahaja.

Ok. Bye

No comments: