Entry kepenatan bershopping dengan adik-adik

Assalamualaikum...


Bahana shopping sampaikan terasa penat macam berjalan di padang pasir yang tandus...
Ala-ala bunga sakura di Gunung Sahara...
Tadi siang aku selaku kakak bawak la adik-adik ke Terengganu Trade Center (TTC)
Pastu melencong ke MYDIN sekali....

Rafiq, si bongsu tuntut baju raya dengan aku..
Sebab aku belikan jubah untuk adik perempuan yang lain..
So, dia rembat 2 baju, jeans dan selipar dengan aku...
Wahh..sakan ye apik tuntut bela..
Betul-betul perah..








Anak sedara aku (Danish) nak ikut.. Aku angkutla sekali..
Gigih plak dia berjalan..
Takpe.. ko dahaga ko minum ye danish..
Terliur Poksu dia tengok.. :)
Danish kepenatan sampai tido dalam kereta..
Ramainya orang kat bumi Terengganu ni
Semuanya kaya-kaya shopping sakan


Psst: Danish sangat baik masa shopping tadi...tak nanges2..tak buat perangai..tapi cian dia penat...


Ok. Bye

kepulangan yang dinanti..macam lagu aman shah lagak entry ni

Assalamualaikum...



Semalam sekitar kul 1 petang kami sampai kampung..
Si bongsu, afik cepat-cepat serbu kami sampai jerit...
"yeayyy..kakni balik...yeayy..abg jan balik"

Jiwa perantau ni lagi la teruja dan membuak-buak macam larva cinta..hehe


Nah..belanja gambar 1

Nah..belanja gambar2

Nah..belanja gambar 3


Semua dah ada kat rumah...kecuali Abang sulung yang baru balik hari ni...
Petang ni baru sampai..
Si Myvi kuning next week balik
Eh.. bukan kereta Myvi aku pun.
Kereta adik lelaki aku...
Kereta kakak?
Assalamualaikum je la...



Danish masa mula-mula sampai..
Masih tak dapat sesuaikan diri..
Now... Seluruh kampung dah jajah

Ok..tunggu entry lain pulak berkisar raya je..hikhikk

Ok. Bye

Barang mekap untuk main mekap-mekap pagi raya

Assalamualaikum...
Hai.. Sihat??


Last week g Plaza Alam Sentral..
Cadangnya nak survey jubah untuk adik-adik.. Tapi harga boleh tahan wei....
Tak larat nak besooorkan butir mata aku ni sebab terkejut monyettt weiii..

So, kebetulan lalu watson, aku singgah la..

new BB cream from Maybelline
Compact powder SILKY GIRL



BB cream aku beli nak gantikan mousse foundation MAYBELLINE aku yang lama tu..
Wahh..mood raya sangat..
Oleh kerana ada compact powder baru so, aku pun buat la sedikit perubahan kat barang mekap yang lama..


1. Blusher SILKY GIRL aku yang pecah last month..
2. Bekas bedak yang baru je habis..
3. So, masukkan blusher tu dalam bekas tu..
4. Tadaaaa..dah siap...

So, blusher aku jadi lebih kurang macam ni la..
Blusher pecah, bedak pecah..hati diknonnnnn pun pecah..


BabAi2

Dah dekat nak raya, apa persiapan anda?

Assalamualaikum...


Wowwww.. Jangan diceritakan persiapan raya...
Kan ada yang pitammmm... .

Tahun ni aku beraya sebagai seorang wanita berkerjaya.. (amboi..kerjaya ke?)
Before ni belajar 6 tahun.. Pastu kerja sementara 6 bulan..
So, tahun ni aku banyak wat persiapan untuk adik-adik serta family la..
Aku  g shopping jalan TAR hari sabtu yang ada berjuta-juta lemon orang berasak-asak..




Sebelum ni, mak ada call.. So berbual la pasal persiapan raya..

1. Belikan jubah dan tudung untuk my sister (Aina dan Aima)



2. Nak Belikan selipar raya untuk adik (Aina dan Aima) and si bongsu (rafiq) kat Terengganu..sebab tak sempat nak beli kat sini..

3. Dah beli kerepek raya dan sikit kuih raya..

4. Dah tukar duit untuk raya..Tukar 300 tapi dapat 1000..ok..tu menipu sangat...

RM300 untuk mak dan sorang adik lelaki aku yang kirim tukarkan

5. Dah plan nak wat cornflakes madu dengan adik-adik kat kampung nanti..

6. Nak cari balang baru untuk gantikan balang lama mak...

7. Balik ganu nanti nak kemas umah ramai-ramai dan beriang gembira..

8. Baju raya aku dah siap..haruslah jerit yeay!!! dan yahooo!!!

9. Kerongsang pun dah rembat banyak-banyak tanpa toleh kiri kanan..




Psst : SEdikit rezeki ni membahagiakan seluruh keluarga...

~babAi2~

Dari 12 naik ke 14.. citt..bukan naik pangkat pun..

Assalamualaikum...
Apo kabo geng!



Dalam kul 11 pagi dapat email lagi boss.. Suruh pindah naik ke level 14 pulak..
Cittt...ingatkan dapat offer naik pangkat...hikhik..

Wahh..rupanya khabar angin yang diterima sebelum ni memang betul-betul..
Bukan cobaaann...
Maka 2 trip la aku angkut barang barang aku.
First angkut PC.
Second angkat barang-barang lain..
Nak sewa lori macam tak logik pulak kan...


Hello workstation Level 14..
Tempat baru means persekitaran baru..
Yeayy! dapat extra loker..
Boleh la curi-curi makan untuk baki puasa 2,3 hari ni..haha

But, geng TW dah berpecah laa...
3 orang kat sebelah sana.. 
6 orang lagi kat sebelah sini.. 
Macam perhubungan cinta yang retak pulak macam ni... 

Meja Salmi bukan kat sebelah aku lagi..
Meja Napi pulak duk sebelah aku kat level 14 ni
Kat Level ni semua senyap kat meja masing-masing..
Maklumla satu level dengan Senior opis ni..
Kalau boleh, nak tanya lunch kat mane pun nak guna skype..


Pasni kakak kepada Ezy akan transfer dari ganu ke KL (HQ).. satu level la dengan aku..

Bye-bye workstation level 12

Tiada lagi zaman takde keje..


Hari ni lambat g kerja..gara-gara kereta kembara wat hal..
Aku gigih tolak kereta pg tadi dengan Mat..
Si Chem jaga stereng.. aihhh!!!

Psst : Debar  tunggu result performance bonus esok.. Tak tau la dapat tak..

Ok. Bai

RESEPI : Koktel Mudah

Assalamualaikum...



Hari sabtu yang lepas, aku telah berjaya menyediakan koktel impian hati aku..
Untuk piknik dengan member masa berbuka..


pinjam dari google

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin koktel buah-buahan campur
1 yogurt nestle
1 bungkus sumi a.k.a jeli

Campur je semua tu..pastu hidangkan sejok-sejok..
Sedap sehingga tak ingat dunia..

Ok. Bai

Buka puasa ala ala piknik di Dataran

Assalamualaikum...



Last week hari sabtu dengan ahad aku dengan member buka puasa ala ala piknik kat dataran tepi Plaza Alam Sentral tu..

Situ je tempat biasa kami piknik...
Nak piknik kat padang dataran tu ramai sangat orang..
Macam semut je.. nak paking pun payah..




Piknik hari Sabtu..
Aku masak tomyam campur super duper enak + koktel riang gembira + telor dadar + ayam goreng kunyit
Kat sini ramai orang lain yang piknik tapi semua beli kat bazar..
Aku je yang berangkut dengan mangkuk tingkat cap AVON tu..



Piknik hari Ahad..
Bawa nasi putih dengan sayor campur je..
Sayur campur letak ayam dan cendawan..
Lauk takde sebab tak g beli sebab bizi tolong kak zura buat kueh untuk jualan..
Kali ni singgh
Ah bazar kami beli ayam percik dan kebab je....sedap..

Alaaa... Buka kat luar sebab nak tukar angin.
Takde la asyik terperap kat umah sewa jer..
Lepas buka kelam kabut cari petronas kejar nak solat maghrib..

psst: piknik ini adalah sangat indah dan teruja!


BabAi2~

like a year without rain

Assalamualaikum...
Gane hari awok hari ni??


Hari ni semua geng TW rasa sunyi bila Afik UK takde...
Masing-masing duk sebut pasal dia..
Mula-mula mungkin terasa..
Pasni dapatla sesuaikan diri masing-masing tanpa apik UK..

Especially geng-geng yang lembap cikit pasal grammar (aku)
Kejap-kejap mintak tolong dia..
Kejap-kejap tanya meaning word tu..
Kejap-kejap mintak dia translate ayat...
Macam tu jugak ida dengan salmi.. Semua geng English stok kutip E kalau exam..



Makhluk seketui yang dipandang ramai tu la Afik UK




Kalau kat sekolah dulu, mesti ramai nyanyi lagu "bertemu dan berpisah"..
Tapi kalu nyanyi ada pulak yang nangis kan..
Orang IT Department dah datang amik PC apik...


Ok. Bye

Hari terakhir ofismate

Assalamualaikum...
Hai prenggggggg!!


Hari ni 15 August 2011.
15 hari pose... Hari ni last Apik UK keje kat opis ni..
Bersama geng2 teknikel writing ni..
Geng TW dah tak cukup kouta laaa....
Lepas ni mungkin Fazar pulakk..
Dah 8 bulan kerja sama-sama dengan geng TW.



Gambar last tadi before Apik berlepas pulang..

Apik, selamat bekerja di tempat baru..
Terima kasih atas tunjuk ajar selama ni..


Babaii..

congrate faza..

Assalamualaikum...


Si faza (opismate aku) dah lulus interview kat exxonmobil, KL..
Dia dapat post technision..
Tapi tak sure lagi bila dia akan benti keje.

Anyway, congrate faza..



Nanti geng TW dah tak cukup orang.
Sebab Apik pun dah dapat keje lain.
Tiba-tiba terngiang di telinga lagu perpisahan "bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaa..hilang di mata tapi di hati tidak lupaaaa.."

Sudahhh...stoppp..


Ok. Bye

HR hari raya

Assalamualaikum...



Baru teringat nak bawak balik coklat super duper comel yang Akma bagi last week..
Asyik terlupa je... Tua tu tak la sangat...
Masih dapat dana remaja kalu duk kat Tgnu..

Coklat oreo
 Harap awak bukan indah khabar dari rupa...
:D

Hari ni g HR nak swap card utk sign out.. tengok-tengok HR opis aku ni dah cantekk
Wahhh terus teruja kuasa empat





Nanti nak hias umah macam ni la...

Psst: selamt berbuka

BabAi2

Berbuka kat pizza dengan housmate tersayang..

Assalamualaikum...
Poser dok hari ni??


Hari ni berbuka makan pizza kat belouvourde Sentol..
Tak plan pun nak g, last minute housemate ajak..
Sonok jugak makan kat luar ni..
Bagi habuan best sikit kat jiwa aku ni..
Sebab hari ni banyak sangat keje kat opis.. Tak terkejar rasanya..


 Salad, ice lemon tea and creamy carbonara


Me dengan roomate i RajaKoRaniSapyaHorgaja


Balik rumah jiran kami iaitu Si Shabby bagi kek..
Sedap dan kek tak muak..
Terima kasih daun keladi... Esok lusa nak lagi...
Murah betol rezeki hari ni..






Sahur nanti makan sadin je.. Pastu celur kangkung dan telur goreng..
Rindunya bersahur dengan adik beradik dulu..
Ni bersahur kat rumah bujang, mata buka macam takbuka je.


Ok. Bye

Spek Baru..

Assalamualaikum...


Seronoknya bila orang kedai call suruh amik cinta hati aku ni...
Cepat-cepat aku g kedai tu kat pusat komersial Shah Alam... 

Sebenarnya cinta hati aku tu:

*
*
*
*
SPEK baru


Kisahnya pagi semalam aku bangun pagi nak masuk bilik la..(tido kat ruang tamu)
Tiba-tiba aku terpijak spek yang aku letak tepi tilam..
Mau tak belok spek aku..
Aku kan sehat bodi nya..prappppp terpijak..
Terus gila sekejap lepas tengok spek...

Aku beli spek baru harga RM180 je.. 
Waaww..teruja dengan SPEK RAYA ni.. hahaha...




Sebelah kiri pakai spek baru..
Sebelah kanan pakai spek lama.. 
Tak banyak beza pun design..
Yang penting kecik..dan comel..

Dari lepas SPM. memang fesyen aku spek kecik je..


psst: Taktau la esok opismate sedar tak i pakai  cermin mata baru..

Ok.Bai

Terlambat sebab tu sekarang baru tengok cite Nora Elena

Assalamualaikum...


Orang lain dah abis berkurun lama dah cite "Nora Elena"
Aku baru tengok episod 20.. Aku download je..
Sebelum ni takde kesempatan nak tengok kat TV3...
Balik keje awal pun tak dapat tengok sebab housemate aku tak layan cite ni....dia layan astro je...

Dalam cite ni, dress si Eyvon lawa2 la.. ala-ala vintage pun ada aku tengok..skirt dia lawa2..


Tengok seth dengan elena g cameron, aku pun terasa nk g tempat sejok..
Dinung banyak stoberi kang??

Psst: Tu laa..dulu masa UPSR cikgu wat trip g cameron aku takboh g, ekarang dah meronta nak pegi.. 


Ok.Bye