Customer Order : Colorful Paper Fan Flower

Assalamualaikum...
Apa kaborrrr orang kita...


Musim raya hari tu ada terima tempahan Colorful Paper Fan Flower dari kak ipar.
Dia nak buatkan pelamin untuk adik perempuannya yang nak bertunang seminggu lepas raya tu..

Sebelum tu dapat mesej dari Kak Tie : "Ani..ko buat kipas kertas yang kat dewan masa kawen hari tu bape kos kalau kak tie nak tempah..adik kak tie nak tunang"

Aku reply " kak tie bayar kos barang je la..tak payah upah laa"

Tak sampai hati pulak nak upah bagai..dah adik beradik ipar kite tempah kan..




Selain tu, bagi kak ipar pinjamkan handbouque (bunga tangan) yang aku guna masa kawen..




Jom tengok hasil customer ni deco pelaminnya..



With my hand bouquet yang aku guna masa wedding dulu..


Psst: Ada yang nak tempah colourful fan flower??boleh email saya..


Ok.Bye

Bercuti di cameron..tak tipu memang best!

Assalamualaikum...
Haiiiii semua..



Gigih betul aku kali ni..
Aku balik semula ke KL lepas 2 hari kat Terengganu...
30 Ramadhan : Balik Raya Perak
1-5 Syawal : Cuti Raya Perak dan Terenggamu
6-7 Syawal : Kerja
8-10 Syawal : Sambung Cuti ke Cameroon

Gigih benor aku packing mempacking barang..
Mula2-muka packing barang nak raya ke perak..
Kemudian packing barang nak raya ke Terengganu.
Pastu packing lagi untuk g Cameroon...
Gini la kehidupan orang ada dua kampung negeri jauh-jauh..

First Day - Khamis

Kami gerak ke Cameron pukul 10 pagi jam MELAYU.. Lepas bermalas-malasan bangun tidur..


Gerak lu.. Pape roger


Selepas 2 jam lebih baru sampai Cameron.. 
Ni first time aku g cameroon.. Zaman sekolah tak mampu nak ikut rombongan ke Cameron..
Sedih Jemah tau!


Okey.. Sampai cameron tu mula-mula kami g pasar buah-buahan. Mak dan adik beradik lain tunggu kat sana.. Dah call siap-siap tanya nak jumpa kat mana..Ramai-ramai macam ni plan kena betul.. Kang janji kat lain.. Tunggu nya kat lain..

Segarnya sayor..
Freshnya buah..
Jalan-jalan sekejap kat pasar then g makan tengahari.











Kemudian g check in kat rumah TNB Osmaniah..
Rumah ni abang aku booking.. Ko keja TNB boleh la booking.. Kalau aku yang pegi, jawabnya menapak la cari hotel bajet... ehehe
Rumah banglo ni besar..Sangat cantek.... Ni banglo lama yang dinaik taraf.
Ada 3 bilik dan biliknya semua luas-luas..
So boleh la sumbat ramai-ramai..
Pandai-pandai atur la bagi semua selesa.. 

Mak kata selesa duduk kat situ.. Sebab banglo setingkat tak perlu nak menapak naik tangga kan..
Sebelah banglo ada taman permainan mini.. Boleh la setakat anak sedara nak membuai dan mengelongsor..


Lepas check in, aku dengan suami g cari barang makan sikit untuk malam tu..
Macam kopi 3 in 1,. roti.. Tuna..
Sejuk-sejuk ni cepat lapar..
Tambah pulak kalau duduk berseronok ramai-ramai macam ni..
Yang lain duk bersantai..





Second Day - Jumaat

Bangun pagi yang malas.. Pagi ni hanya bermalas-malasan sahaja di rumah TNB tu..
Sangat sejuk sebab sejak sampai sana, kerap kali hujan tapi tak lebat sepanjang masa..
So sepagi tu semua liat nak keluar berjalan.. Masing-masing nak berselimut je..
Hari kedua ke Cactus Point..

Kemudian gi makan aiskrim strawberi je..  Dibawah pondok beratapkan pokok anggur yang nyaman..Alhamdulilah.. Ada yang ke Ladang Teh lepas makan. Ada yang sambung shopping buah..





Berkenang-kenangan


Kemudian ke pasar buah-buahan lagi untuk beli barang untuk bawak balik kampung

Suami demam..
Adik bongsu pun tak sehat.. Asyik muntah dan mengadu sakit perut..
Alahai..kesian sangat! Nampak dorang xbest nak berjalan..
So banyak masa aku balik rehat je kat banglo..

Third day - Sabtu

Hari terakhir bangun pagi kemas-kemas untuk balik..
Aku dan suami sama awal check out dengan mak. Kul 9 pagi.
Sebab mak nak balik terengganu pulak. Aku pulak balik KL..
Sebelum balik, kak ipar ajak bergambar kenang-kenangan di Cameron Lavender..






Kul 10.30 pagi baru berpisah balik ke Terengganu dan KL.. rindu kat mereka..

Ni first time kami holiday sama-sama sekeluarga..
Sebelum ni tak pernah ke mana-mana sejak dari kecik..
Kehidupan aku hanyalah di rumah dan kampung sehingga lah aku sambung diploma ke Dungun dan sambung degree di Shah Alam nun...
Kerja di KL then kawen..

Ini ala-ala FAMILYMOON kami suami isteri walaupun suami tak berapa sihat masa kat Cameroon..

Ok.Bye

Raya di Terengganu dan Majlis Pertunangan

Assalamualaikum...
Helloooooo Hello..


Raya Part One ada di Entry sebelum-sebelum ni..

Oleh kerana raya kedua dalam kereta je dari pagi sampai malam...
Makanya raya ketiga barulah menjadi raya kepada kami suami isteri..

Kami Sampai Terengganu pukul 9 malam.. Dari Perak-Terengganu ikut LPT..
Tak ikut Gua Musang, sebab risau jem kalau masuk Kelantan..
Dan jalan tak berapa elok masa lalu Felda Aring dulu..
So taknak take risk kalau sport rim pecah sepecah hati ku yang menangis nak tukar sport rim lain..
#Sendu



Hai Paksu dan Danish


3 SYAWAL

Pagi Raya ketiga di Terengganu....Semua ada kat rumah sebab raya pertama semua di rumah mertua masing-masing.. Raya kedua semua balik berkumpul di Terengganu..





Rumah makcik di Kuala Ibai



Bergambar di rumah mak yang tak siap-siap lagi atas tanah toki


Beraya di rumah mak ngah

Danish dan Umaira yang kat depan tu entah kenapa time bergambar ni, mereka sangat behave..
Sebelum ni bukan main payah lagi nak duk diam bila bergambar.. Memang nak kena berlari angkat kain kejar dia kalau nak bergambar family..

Selamat Hari Raya


Abang Jan's family

Paksu Melayan anak buahnya

Malamnya aku g Rumah Terbuka KFC..
Hahaha..Pergi Rumah KFC-order-tunggu-bayar-cari seat-makan sambil gossip gitewww!
Oh..heaven
Berjumpa Cik Ezy malam raya keempat sebab esoknya Ezy dah start kerja.
Aku pulak sehari raya ketiga tu berjalan bawak mak ke rumah saudara mara
Makanya hanya jumpa malam tu bila cik Ezy set nak makan kat Giant






4 SYAWAL

Hari ni jugak hari special untuk adik no 5 aku. Emi akan bertunang hari ni..
Mak dan Emi dah plan nak semua pakai baju warna peach... 
So, hantaran pun aku buat warna peach.. 
Total habis untuk hantaran hanyalah Rm80 untuk 7 dulang. 
Kecuali tapak hantaran tu memang pihak perempuan dah belikan sekaligus bagi pihak lelaki..

Pagi sebelum g majlis tunang Emi, sempatlah atur untuk semua amik gambar untuk potret family.. Hari Raya Pertama kan semua kat rumah mertua..
So sementara semua baju cantek dan bersih ni baikla set untuk bergambar dulu... Nanti kang ada yang berlari g main pasir, berlari kejar kucing.. Eh, jangan ingat budak je.. Yang tua ada comot baju kena lauk, tudung kena air bagai..






Dah settle bergambar, terus arahan di beri oleh Mem besar agar semua siap sedia perisai untuk gerak g majlis tunang adik aku...
Majlis start pukul 11 pagi lebih kurang..
Takde jemput orang lain pun, sebab family aku pun dah 3-4buah kereta dah..
Okeyla tu.. Tunang je kan..


















Selamat Bertunang dan Selamat Hari Raya
:)


Berebut nak balik dan tukar barang hantaran sebelum balik.
Nak pegang coklat atau buah (barang panas tiap kali majlis..ramai yang nak pegang)
tuptup.. dapat hantaran jam..




Sibuk mengira anak cucu dia cukup korum ke tak sebelum balik rumah nanti..

Selepas kenduri tunang, singgah beraya rumah paksedara


Raya kelima : Balik KL tak suka..huwarghhh..hentak kaki..
Next entry?? CAMEROONNNNN..

Ok.bye