DIY : Bantal Comey kayak Puteri

Assalamualaikum...


22hb September hari tu opis aku ada buat Family Day...
Seronok bukan main lagi, rasa nak jerit je satu KL sebab dapat banyak hadioh....

Ni part Gembira :

Ni antara hadiahnya.
Patung, bekas air, bantal, beg kecik (mekap) dan coklat



Ok.. Tolongla tengok WANITA bertudung hitam yang eksaited tu?


Ni part sedih sikit :


Bantal ni dah hancusss
Jahitan dia dah tertetas, aku dah merajuk taknak jahitkan balik
Aku nekad nak buat bantal baru
Yang bunga-bunga cinta gitu haaa


Guna kain yang lebihan bunga tangan


Jahit sekeliling kain.
Tinggalkan satu ruang untuk masukkan fiber isian bantal


Terbalikkan sarung ini


Kemaskan elok-elok especially bucu


Aku buat ruang masuk fiber isian bantal tu kat area tengah-tengah kain
Senang nak masukkan fiber ke seluruh bantal


Amik fiber dari bantal kartun tu masukkan dalam bantal baru


2 bantal kartun tu aku jadikan satu bantal bunga-bunga comel


Isi sampai penuh.
Ok. Done..
Mulut dia masih ternganga


Jahit jelujur tutup mulut dia.
Ok. Done.


So, malam-malam tengok TV dengan bantal comel ni. 
Aman dan Damai..

Ok.Bye
XoXo

Home Organizing : Ikea Frame untuk Gambar Kahwen (12R)

Assalamualaikum...
Hai semua...


Kahwen dah lama. Eh, lama ke?? Tak lama...
Masih lagi terasa kehangatan cintanya...
Membara gitu haa..
Terasa muda sentiasa seperti masih lagi malu-malu atas pelamin nan indah tu.
Walaupun kahwen dah 10 bulan, baru sekarang nak framekan balance sekeping gambar yang photographer bagi tu...
Gambar lain semua dalam album kahwen, bukannya dalam frame.

Size gambar ni 12R... So agak payah nak cari kat kedai.
Kebanyakannya ada yang size A4 dan A3....
So, semalam suami ajak g ikea...
Tengah-tengah jalan dalam ikea tu, baru teringat nak beli frame gambar...
Gigih la aku cari sampai ke hujung Ikea semata-mata sebab tu...
Bila dah jumpa tak tahu pulak size 12R tu dalam cm.
Siap call photographer lagi betul ke size gambar kami ni 12R.
Kang kalau salah, MEROYAN plak.


Brand RIBBA
Rm34.90
Mahal sikit takpe, janji ada


Seee..
Astarfirullah a'azim.. Gambar kahwen kami buat alas atas loker.
Tapi gambar ni dalam plastik la..
Tak nak berkedut, makanya simpan dalam plastik dan buat lapik.
Sebelum ni letak merata dulu sampai hampir terlipat.
Tu yang nekad nak cari frame tu.


Buat sementara sangkut dulu kat luar kat ruang tamu.
Tepi TV.
Sini memang ada satu paku yang owner rumah pakukan dulu.


Sebelum ni, dah ada sikit gambar kawen kami framekan kat sini.

Korang letak frame picture kawen kat mana?

Ok. Bye
XoXo

Home Organizing : Ubahsuai sikit je tempat menjahit

Assalamualaikum...


Balik kampung hari tu ada bawak 2,3 buah kotak kasut yang adik2 aku..
So, bila balik KL recycle kotak kasut tu untuk simpan barang..


Gabungan 2 kotak kasut. 
Add on divider kat tengah
Kotak Kasut : Free
Wrapping Paper : 80 sen SAHAJA.





Tup tup tak jadi nak jual sebab nak jadikan sampel


Gunting menjahit takde baju sebelum ni,
Makanya ada kain lebih, aku jahitkan baju untuk gunting ni bertakhta


So lepas pung pang pung pang duk ubahsuai, makanya ini hasilnya.


SEBELUM
Ini ruang menjahit sebelum ini


SELEPAS
Just ubah sikit - sikit je pun.


Tak banyak beza pun.
1. Remove Bakul bulat atas meja gantikan dengan kotak compartment. Susun elok-elok.
2. Bakul petak bawah meja sebelum ni letak plastik/woven bag. Sekarang ubah fungsi, jadikan tempat letak kain-kain yang belum jahit.
3. Seat dah dibalut indah-indah.


Ok la.ini je termampu aku. Meja menjahit takde bajetttt lagi nak g pinang di kedai..



Ok.Bye
XoXo

Home Organizing : Rak Kasut Jimat Kos

Assalamualaikum...


Sape masuk blog aku ni mesti perasan yang susunatur dan item kat rumah ni kebanyakan aku DIY sendiri, jahit sendiri, ataupun beli yang murah (lelong, sale,etc)..
Ini kerana tak mampu nak sediakan banyak kos especially masih lagi di rumah sewa kan.

Masa pindah, owner ada tinggalkan satu rak kat rumah tu. Aku rasa dia malas nak buangkan. (Maklumlah tinggal di tingkat dua) Sebab condition rak tu agak uzur dan kotor sikit...
Tapi suami pujuk agar gunakan rak tu semula lepas dia bersihkan masa pindah rumah hari tu.



Nampak tak rak coklat tepi pintu tu?
Itulah rak kasut cum rak segala jenis barang

Rak tu kami simpan :
1. Tingkat atas - Stok barang yang jarang guna, kain untuk lap dapur, stok tisu, kotak bil semasa
2. Tingkat bawah - Dijadikan rak kasut.

Tingkat bawah rak tu hanyalah ada 2 level (2 tingkat) untuk kasut.
- Tingkat 1 = Kasut Isteri
- Tingkat 2 = Kasut Suami



SEBELUM

Rak bawah ni hanya 2 tingkat pepara
Boleh simpan dua baris kasut je la. 
Atas kasut isteri
Bawah kasut suami

Tapi dek kerana setiap tingkat hanya memuatkan 4-5 pasang kasut/selipar je, makanya selalu berhadapan dengan masalah tak muat space. Tapi aku tindan jugak kasut atas muatan kasut yang sedia ada tu sebab tak muat.

Sehinggalah suatu hari aku draw apa yang aku nak suami buatkan untuk rak tu.

Beberapa hari lepas, during weekend takde ke mana-mana makanya suami mulakan kerja pertukangan tu...
Papan dan kayu untuk DIY kali ni kami tak beli pun, kutip yang orang buang tepi jalan kat kawasan rumah.
Kot-kot la nak try and error buat rak, kalau tak menjadi pun tak terasa rugi.
#Jimatdanjagaalamsekitar




Modified sikit rak kasut tu untuk tambah pepara biar dapat isi banyak kasut. So, jadinya hasil macam ni:
1. Tingkat 1 (a) = Kasut Isteri
2. Tingkat 1 (b) = Kasut Isteri
3. Tingkat 2 (a) = Kasut Suami
4. Tingkat 2 (b) = Kasut Suami


SELEPAS
Tinggg!!!! Sudah bertukar jadi 4 tingkat yang indah


So, tiada lagi adegan tindan menindan kasut



Untuk kasut suami jenis boot (tinggi), kami tak buat pepara. Just kekalkan macam yang asal....


SO, TOTAL DIY kali ni adalah FREE of charge..
JIMAT kan duit poket untuk kali ni...
Kebanyakan barang macam paku memang dah sedia ada. Kayu pun recycle.
Btw, sape yang tak mengidam rak kasut ikea yang vogue tu kan..


Ok. Bye.
XoXo

Home Organizing : Bekas Susu Dalam Fridge

Assalamualaikum...


Sebelum ni kalau beli susu aku just tebuk/ buka penutup tin dan sumbat dalam peti ais..
Tiap kali nak buat air tuang je susu, jadiknya susu akan meleleh dan melekitkan sisi tin.
Bila simpan dalam peti semula, akan kotorkan tray pulak..
Gigih plak nak kena lap bagai..

Tambahan pulak kalau susu tu aku bukakan tin penutup tu, pastu tak tutup balik sebab takde penutup lepas buka tin tu, makanya bau susu akan dicemari dengan bau bahan makanan lain dalam peti ais..

Makanya, kami cari bekas letak susu ni.

Bekas letak susu


Kami beli bekas ni kat Mr. DIY .. Harganya hanyalah RM1.90 jerr..
Murah je dan mampu milik.
Tak macam Tupperware.. Hanya mampu tengok..

Sekarang lepas tebuk tin susu, terus tuang semua susu dalam bekas ni dan tutup dengan penutup bekas ni.. Comel je muat-muat bekas ni. Lepas susu habis, basuh jer dan keringkan sebelum guna susu baru.



Muat-muat isipadu untuk satu tin susu


Simpan dalam peti kat pintu 


Psst : Dengan sedikit organizing macam ni sudah boleh mudahkan banyak kerja kite kan.
Dah tak perlu lap susu tumpah. Ye idokkk..?? Gamoknyaaa laa..

Ok.Bai

Raya Haji 2013

Assalamualaikum...


Hari ni dah start kerja lepas 4 hari cuti raya Haji kat Terengganu..
Duk kampung banyak masa dengan family je..
Antaranya:

Gi main bowling


Gi makan kat kedai ikan bakar Pasir Panjang









 Hari raya Korban kami melawat kampung mak ada buat korban sikit untuk anak sedara.




Tapi kul 12 tengahari dah gerak balik KL. Huwarghhhhhhhhhh.


Korang dapat banyak daging? 


Ok/.Bye

Home Organizing : Seat Sementara untuk tempat menjahit

Assalamualaikum...


Sampai sekarang takde solution lagi nak cari meja menjahit yang macamane.
Sekarang, aku just guna meja pink rendah dengan tempat duduk rendah.
Nak tekan pedal dengan keadaan duduk la buat sementara ni.

Ni tempat duduk rendah yang aku gunakan :

Gambar sebelum.

Ni sebenarnya aku mintak dengan boss aku bila nak pindah opis. Dia nak buang.
Benda ni sebenarnya adalah sample Goodnite Mattress..

So, niat nak balut seat ni memang dah ada, just tunggu beli sewing machine je.
Sekarang dah ada mesin cepat la aku jahit sebelum plastik oren tu terburai.


Plastik oren sebagai cover sementara





Alhamdulillah. Buat sementara waktu
Sakit pinggang pun gigih..


Psst : bila agaknya nak ada workstation sendiri.

Ni meja yang murah

Ok.bye
XoXO

Home Organizing : Kemas Loker Baju dan Susunatur baru

Assalamualaikum...


Dari zaman bujang, duk angkut loker warna warni Giant ni sampai la dah kawen...
Mula-mula beli satu, pastu bila dapat tahu  Cik Ezy (ketika itu masih cik..hihik)
Nak stay dengan aku sebilik di rumah sewa Seksyen 7 Shah Alam, makanya aku beli lagi satu untuk Cik Ezy guna...

Haa.. Satu aku beli RM30 ringgit je time tu (clearance) kat Giant Seksyen 7.
Kemudian dalam seminggu dua lepas tu, aku g Giant lagi, ada pulak loker ni yang nak clearance sebab ada straches sikit.
Aku beli lagi satu dengan hanya RM10 sahaja. Sila lah percaya ye kawan-kawan.
Aku kan seorang yang suka mencari yang murah-murah je untuk rumah.

So, lepas kawen baju aku simpan dalam ni.
2 loker aku sorang je berkuasa.
Suami just guna drawer rumah flat dia tu je...

Sebelum ni susunatur dalam loker ni campur aduk.
I means, bila aku dah set bahagian itu untuk baju, tapi bila baju terlalu penuh, so aku kena tumpangkan sikit baju tu ke bahagian boxer or seluar.

Susunatur sebelum ni macam ni:
1. Baju campur aduk
2. Seluar + Kain batik + Sarung Bantal + tuala
3. Baju-baju Suami yang jarang pakai +Cadar yang tersesat + tuala
4. Boxer + Singlet + Kain Dalam
5. Baju campur aduk
6. Handbag

Walaupun ada bahagian-bahagian masing-masing tapi bila satu bahagian tu dah penuh, terpaksa aku tumpangkan kat bahagian lain.
Lama-lama susunatur dalam ni berserabut..

Ada dua perkara yang aku kena buat:
1. Sisihkan baju yang lama (Derma/Buang)
2. Asingkan terus benda selain pakaian aku (Cadar, Kain Batik, Baju Suami Tersayang)


Sisih & Derma

Aku pilih-pilih baju yang aku tak pakai dan dermakan. Antara baju-baju yang aku nak dermakan. Semuanya masih keadaan ok.

Baju ni beli dulu RM5 je pun.
Baju ni dah singkat


Baju padini
Terlalu labuh dan besar.

Baju ni labuh tapi takde lengan.
Aku dulu pakai dengan inner. Sekarang dah bosan nak pakai


Scaft beli masa kawen, tup tup xpakai langsung.
Dulu beli sebab nak warna biru ikut tema
Ntah pe ntah

Lipat dan untuk didermakan

Baju suami hanya dua helai je yang dia tak nak sebab tak muat.


Sebelum g kerja, singgah kat tong "Kitar Semula untuk amal"
Masukkan baju ke dalam tu.

Settle bab derma baju, kemudian barang-barang selain pakaian aku seperti cadar, kain batik, tuala dan baju suami semua aku pindah ke bilik no 2.
Settle. Just tinggal pakaian aku je untuk loker ni.

Okey, Inilah susunatur baru.


Susunatur Baru

Susunatur baru dalam loker tu:

1. Baju lengan panjang
2. Seluar
3. Handbag (Handbag yang biasa pakai)
4. Boxer + Kain Dalam + Singlet
5. Baju Lengan Pendek
6. Handbag (Handbag yang biasa pakai)



Susunan Seluar


Susuntur Baju Lengan Panjang


Handbag


Handbag

Sekarang, tiap kali lipat kain aku rasa sonok sikit nak susun sebab loker dah kemas dan tersusun. 
Tak de dah adegan gigih sumbat-sumbat baju sebab tak muat. Gigih tolak masuk baju walaupun tak muat sampai bergoyang loker. 
Korang pernah macam tu? Aku ada sifat macam tu.


Psst : Loker kecik baju sikit. Loker besar baju mesti lagi banyak.. Percaya lah..

Ok.Bye. 
Xoxo..