Masih BerDerita Pindah.. Wakaka! Masih di rumah lama.

Assalamualaikum...
Helllooooooo...


Lagi sehari mahu pindah.. Hari ni Jumaat. Esok Sabtu.
Esok semua barang akan pindah masuk rumah baru. Malam tadi aku masih lagi menyambung kerja-kerja packing barang.
Malam tadi progress akan laju sekali ganda sebab kotak dah ada dan boleh buat kerja packing barang.


Walaupun semalam balik kerja, kepenatan dan aku tertidur sampai 8.30 malam, tapi kerja tetap bermula bila suami balik kerja.
Jam 2 pagi baru tidur.


Dalam bilik tidur utama
Dah bukak katil

Almari baju isteri pun dah kosong
Malam ni aku sambung wrapping


Ruang Tamu in Progress


Bilik No 2


Bilik No 2

Kotak yang sangat banyak membantu


Kotak sangat penting masa pindah. Dulu aku notice yang aku tak perlukan kotak. 
Yela time tu just pindah asrma and bilik sewa je pun.
Sekarang baru tahu yang kotak ni penting masa pindah.
Kotak yang abang ipar kasi.
Masih baru dan belum pakai langsung.
Sonok pulak nak packing barang

Gunting, cutter, tape penting dan kena simpan elok-elok masa packing
Kena simpan dalam satu bakul.
Agar kita tak tersalah letak dan senang nak cari.
Time packing ni barang-barang banyak, kalau salah letak tape mesti tak jumpa


Ruang Tamu.


Semua kotak aku labelkan:
1. Item apa dalam kotak tu
2. Lokasi nak letak masa masuk rumah baru

Contoh : Baju Suami. Lokasi : Bilik 2

Malam ni malam terakhir kemas. 
Esok pindah rumah hanya suami yang handle dan bawak kawannya...
Aku kena kerja pagi esok... Hope All is WELL tomorrow. 
Malam ni pulun packing barang lagi.

Tak zabarrrrrr!!!

Ok. Bye
XoXO!

Derita Pindah Rumah.. Wakaka !

Assalamualaikum...
Hi... Hello...


Lagi setengah bulan akan tinggal di rumah sewa ini...
Nanti akan pindah rumah lain...
Harapnya lagi selesa la. Rumah baru nanti SANGAT JAUH, tapi hope selesa la..kan...



Ni baru sikit kemas barang. Plan nya kami nak kemas barang last weekend (Sabtu Ahad) sebab dua-dua tak kerja. Tapi kami suami isteri pulak demam. Mula-mula suami demam pastu isteri pulak demam. Kesian!

Walaupun barang rumah ni takde la banyak sangat, tapi bila packing bukan main banyak pulak yang ada. Pelik aku....


Ok. Bye
XoXO!!

Keperluan Demam sebelum jumpa doktor.

Assalamualaikum...


Bila Suami Demam...

Biasanya aku akan sediakan dulu sedikit ubatan sebelum bawak suami jumpa doktor...
Kadang-kadang bila dia terlalu lemah dan tak mampu jalan, aku kenalah biarkan dia rest kejap, bagi makan dan ada tenaga baru mampu jalan. Then, baru boleh bawak gi klinik.

Antara keperluan yang aku sediakan/beli :
1. Panadol
2. Ubat sakit tekak
3. Strepsil
4. Minyak ubat (cap kapak, vicks)
5. Air sejuk badan cap badak
6. Ubat batuk
7. Air 100plus
8. Vitagen/ Yakult - sebab dia suka

Semua barang ni kena letak satu bekas biar senang orang sakit ni nak cari...
Yakult/Vitagen aku sediakan sebab elok sikit untuk perut orang yang lapar tak makan kan.

Kena pastikan suami makan nasi sikit dan makan ubat. Bila dah bertenaga baru boleh jalan nak jumpa doktor.

I ni saiz ayam kampung. Dia saiz ayam belanda. Mana mampu nak dukung.

Psst : Semoga suami cepat sembuh.

Ok. Bye