Aku seorang PCOS.

Assalamualaikum... 



PCOS ni ialah POLYCISTIC OVARIAN SYNDROME.

Ataupun dalam bahasa mudah "masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakstabilan hormon yang membuatkan kitaran haid tak tentu ataupun sympton lain yang melambatkan/menyukarkan untuk hamil"

Ye.. Aku memang ada masalah kitaran haid tak tentu dan tak tetap.
Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali.
Tapi takde la sampai tahap 6 bulan period tak hinggap kat aku.
Tu macam melampau kan... Kadang-kadang tiap bulan datang, tapi bila stress sikit mula la delay sampai dua bulan.

Aku memang disahkan PCOS masa check kat Columbia Asia Hospital last year.


Perbezaan PCOS & normal ovari


Masa doktor scan rahim aku memang sebijik macam gambar atas ni apa yang aku nampak kat screen.
Ye.. aku memang penghidap PCOS.
Balik rumah terus google what is PCOS.. tak menyaborrr sangat okeh..


Ni serba sedikit apa yang aku paham dari pembacaan aku kat internet dan buku:
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung adalah pengidap PCOS ini. (Macam betul jer..sebab aku memang period tak teratur. kadang kadang tak pernah miss period..kadang-kadang ada sebulan yang miss..kadang-kadang tak lancar period.)
  • Sehingga sekarang, punca PCOS masih tak diketahui sepenuhnya dan research sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Banyak sumber di internet masih belum mengetahui punca sepenuhnya.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya (Polycystic Ovari (beberapa cyst dalam ovari) dan berat badan yang berlebihan . (Dalam case ni, berat badan aku normal masa aku g check last year. Tapi this year berat badan aku naik mendadak tapi masih terkawal dan tak dikategori obesiti.)



Contoh cyst dalam ovari PCOS

  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tak kira kaum dan budaya. Ada pendapat menyatakan ia kerap terjadi dikalangan sanak saudara tapi bukan penyakit keturunan. Ada pendapat menyatakan salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza beza diantara satu sama lain. (Setengah wanita tak tetap period, ada yang tetap period. ada yang obesiti, ada yang tak)
  • Ada pendapat yang menyatakan rambut gugur dan tumbuh bulu di sekitar bibir adalah satu simpton. (Aku perasan start 2012, rambut aku banyak gugur. time tu risau gila aku). Tahap hormon androgen yang tinggi (terlebih hormon lelaki dan berbulu lebat). Aku memang ada bulu bulu nipis tepi bibir. Jepp Sepah cakap biasa la ada bulu bulu tepi bibir sikit..baru suwet..huhu)

Aku ada check tiub fallapio sekali hari tu kat Columbia Asia.. 

Mahal sikit la sebab swasta kan.
Doktor cakap " Hormon awak tak stabil, Awak ada telur...tapi kecik-kecik.. telur ni tak jadi matang besar untuk jadi benih baik dan menjadi anak. Sepatutnya awak kena ada telur satu tapi besar dan matang, barulah boleh jadi benih untuk dapat anak" "Tiub fallapio awak ok, tak tersumbat"

Doktor cakap "hanya 7% peluang mengandung. Tapi tu semua dengan izin Allah" 


Setakat ni rawatan PCOS ni bergantung kepada pesakit samada dorang berhasrat untuk hamil atau tidak. Rawatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Korang boleh klik link bwah tu kalau nak cara details untuk rawatan PCOS atau pencegahannya :

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/04/pcos-sukar-dirawat.html

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/prosedur-suntikan-benih-suami-iui.html

Dr Hamid Arshat ni glemer dalam bidang ni. Ramai yang berjaya hamil dengan Izin Allah lepas dapatkan rawatan kat klinik ni. Kita berusaha kan, Allah tentukan..

Aku pun ada tanya hari tu, ko tahu ramai betul orang nak dapatkan rawatan kat sana. Kena queue turn untuk appointment. Masa aku tanya tu, free dalam January 2015. Time tu dah lama la aku tanya, Tapi tak tanya details la.. Mungkin January 2015 untuk operation ke apa ke kan..

Aku rasa takde la sendu sangat jadi seorang PCOS.. Sebab ni isu biasa dalam kalangan kite orang pempuan ni.. Kena banyakkan exercise, makan makanan berkhasiat, kawal stress..

Tapi tu la.. Aku malas nk aktif, baik baring tengok movie sambil makan eskrim..
Ok. INSAF

Psst : Dalam dunia blogger ni, ramai je yang ada PCOS.. So takde la aku bersendirian meratapi kekurangan dan kesusahan ni.. Boleh share-share kan..ok. Women dont Cry-cry..


Ok. Bye

14 comments:

cikCT said...

sy pun pcoser jugak :)

pcos tidak bermaksud kita mandul or tak boleh mengandung langsung. insyaAllah ada rezeki anak utk kita nnt.

awl tahun sy pregnant tp kandungan tak menjadi. sbb masa diagnosed ada pcos tu doktor bg sy clomid. alhamdulillah bulan tu lekat tp tulah. belum rezeki sy utk melahirkan lagi. dapatlah rasa sekejap jd ibu mengandung.hihi

jom join group pcos kat fb. byk info2 tambahan yg kita blh dpt kat dlm group tu :)

Unknown said...

saya doakan semoga awak dan suami diberikan rezeki untuk ada zuriat.. tu la kadang2 payah nk explain dekat orang ni...sabar la ye..

nurin khairi said...

cik hani..sy doakan semoga awak mendapat zuriat, x kisah la bila.. berusaha dan tawakal je :)

zarith said...

hani, cek email ye. ada email hani.

Don't worry ramai pcoser yang berjaya hamil. Yang penting usaha kita.

Unknown said...

salam perkenalan

Nurizzah Majif Biz said...

gelak je baca psl isu ni.
hani okey lagi baru 2 tahun. Iza hampir 4 tahun baru lah ada. percaya pd Allah. semua dah ditentukan sejak kita di dalam rahim ibu kite. tp mmg x dinafikan tahun pertama dan kedua mmg mencabar bila timbul isu soal anak ni. masuk tahun ketiga dan seterusnya lbh redha sambil usaha tu. pekak kan telinga. dlu iza bila ada yang tanya iza jawab " Allah yang rancnagkan untuk sy dan suami, awak doakan ye" diam trus org yg bertanya tu. sabar ye dear.

Fahimah Mahayuddin said...

In sha Allah ada rezeki nanti. Allah sebaik-baik perancang. Imah dulupun lambat jugak preggy. Takpe, enjoy je nikmat hidup berdua ni. Hani, imah ada somethings nak tanya hani. Boleh tak bg email adress? or hani whatsapp imah? 0196310065 @ email norfahimah87@yahoo.com

Nursaila Norman said...

saila doakan cik hani dan suami akan dikurniakan zuriat..wpun hakikatnya mmg berat utk kita tanggung..just go with the flow. sepupu saila 8thn kawen..diorg cool je mcm bru kawen seminggu. salute habis dgn diorg.

natasha said...

hani,kita lah antara blogger yg ada cyst tu,heee..xbermakna klu ada cyst or pcos xblh pregnant,assumption doc je tu tp semuanya Allah yg tentukan..yg penting berusaha n percaya Allah akan bg rezeki kat hani n suami utk jadi parents 1 hr nanti ye..chill ok!;)

Sha Nazri said...

Hani..sy bru tau apa itu pcos..thanks for sharing..sy xde pcos tp hampir 4 tahun kawen brulah dpt si kecik syifa tu..rezeki itu Allah punya perancangan..tak mo sedih2 ye..

eila azhari said...

Salam... saya ade endometriocyst(xpasti betoi ke x ejaan..hihi). Saya leh je pregnant. Msa sy disahkan prgnnt doc pon pelik cmne leh prgnnt. Msa tu saya baru kawen 4bln.Sabar k.. Ade rezeki tu.

bella zazali said...

Salam. Boleh tu x group pcos tu

Harbor compounding pharmacy said...

Exercise is a very important part of life. If you spend your life good with have a healthy body and mind make sure daily 30 minutes a walk on foot. This is good for health, and importantly good for women's health because, there are a lot of problems for women. So, if you have any problems related to women's health problems you can make contact with us. Because Harbor Compounding Pharmacy providing the best solution for health.

Kathleen D Becker said...

My husband and I decided to start trying to have a baby, I never thought it would be complicated. I had been on birth control for seven years, and I figured that I would stop taking it and then be able to get pregnant quickly. That was not the case. Seeing a negative pregnancy test time after time was hard. I soon went to my OB-GYN and was diagnosed with polycystic ovary syndrome (PCOS). PCOS is one of the most common causes of infertility. I was cured naturally with the use of Dr Odia RSO Cannabis Oil, In 2020 I begin seeing Dr Odia, who specializes in internal and pulmonary medicine.6 In 2021 we welcome our first daughter. He got me cured, I would encourage anyone to seek a second opinion especially if they’ve been told there’s no hope. It’s also crucial to learn as much as you can about your diagnosis. Seek options. Find out about what’s out there that could help. Contact Dr Odia via email:( drodiaherbalistcenter@gmail.com ) WhatsApp +17278553511.