Raya 2018 : Suka Duka Raya 2018

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2017 plan nak raya di Terengganu cancel sebab ada sikit drama tahun tu..
So tahun 2018 aku tak kesah raya kat rumah mertua.
Tup tup one day before raya mertua warded kat Hospital Teluk Intan..
So agak sendu sikit la raya kali ni..

1 SYAWAL

Suami lepas subuh pagi raya terus ke hospital, so terkontang kanting la aku kat rumah mertua masa tu dengan FIL (Father In Law) sebelum biras aku ajak join dia beraya rumah mak dia (kampung sebelah kiranya)

Masa aku kat rumah family biras, boleh pulak mak aku video call aku di pagi raya yang sendu tu..
Meriah kat Terengganu dengar suara dalam video call tu..
Aku pulak menumpang raya kat rumah biras yang seramai berbelas-belas adik beradiknya...
Sumpah sendu.. Krik krik weii.
Sikit lagi ayermata nak tumpah...
Tapi kutahannnnn jebatttt..


Dalam pukul 11 pagi aku tumpang biras aku ke hospital.
Aku teman suami & mak mentua kat hospital sehingga pukul 9 malam , pastu baru balik rumah mertua semua. Malam tu otw balik dari hospital, aku bincang dgn suami dan mintak izin nak balik Terengganu esok. Suami tak perlu ikut balik, sebab dia boleh jaga mak dia kat hospital.


Raya di Hospital

2 SYAWAL

Raya kedua suami aku hantar aku ke KL.  Aku balik Terengganu sorang2 tumpang abang aku..
Kalau nak naik bas pun. tiket bas tiada pagi raya tu..


Raya sendirian di Tganu di samping keluarga.


Adik Beradik di Tganu hari raya pertama



Adik beradik bergambar di sekitar rumah

Mommy Daddy





3 SYAWAL

Kami sekeluarga balik kampung side "mak" aku. 
Beraya dari pagi sampai petang.
Anak masing2 mengumpul duit raya la ye.. Hehehehe.
Ramai yang tanya mana laki aku?
Aku cakap " laki kita askar, tak boleh cuti". Hahahaha

F.a.m.i.l.y


Beraya rumah sedara


4 SYAWAL

Raya ke-Empat kami ke Pulau Perhentian sempena Family Day.
Aku yang arrange..
Tup tup aku yang sendiri tanpa suami join Family Day ni..
Tapi tetap fun kan ada family bersusah-payah dengan kita ni...


Family Day


Selamat Hari Raya..


Ok; Bye
XoXO