September Babies 2018 Besday

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik kampung sempat aku sambut besday untuk semua ahli famili yang lahir bulan September. Pilih untuk sambut kat kedai.. Makan kat kedai, cuma kek beli dari kedai lain..
Ramai jugak selebrate besday bulan Sept. Mak 24hb, aku 17hb, Amalina (adik ipar) 5hb, abang no 3 (6hb),dan Si Comey Keisha (anak sedara) 12hb

Kat kedai makan mee celup dan mee ketam.. Sedap jugak.. Kebanyakannya share makanan.. Sebab semua dah beduk makan masa mak masak kat rumah petang tu..
Semua ada kat kampung kecuali abang sulung..

Korang ada tak pengalaman, nak makan tapi bukan main payah lagi nak pilih kedai.. Ko pass kat aku pilih kedai... Aku mintak ko pilih kedai.. Haa.. tu sifat famili aku..
Pastu nak beli belon besday pun entah sape yang ke kedai.












Sebelum balik KL, amik peluang hantar adik perempuan aku ke asrama di UMT. Untungla mu. Belajar dekat dengan umah. Tiap minggu balik. Takde nak makan, berdesup mu dah sampai dapur rumoh mok..



Pavlova treats from Husband.


Psst : Semoga adik beradik bersatu hati sentiasa!

Ok. Bye

Kereta dah habis bayar.. ucapkan babai kat AmBank

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan Aug 2018 bulan terakhir bayar laon kereta..
Suzuki Swift 1.5 beli tahun 2011.
Loan selama 7 tahun..
Alhamdulillah..
Habis jugak bayar kereta..
Takde lapse byr kereta..

Hari tu ada call Ambank untuk tanya baki loan kereta..
Oleh kerana aku ada buat automatik direct debit ke akaun loan kereta tiap bulan, so untuk bulan last aku topup sikit duit untuk settlekan keseluruhan loan.
Aku g AmBank Damansara Utama settekan balance loan dan apply nak dapatkan geran..

And now geran dah dapat..
Babai Ambank..
Wave-wave tangan ucapkan babai kat ambank..

Sepanjang 7 tahun pakai kereta alhamdulillah kereta takde meragam..

So lepas habis bayar kereta, aku start menabung dalam Tabung Haji..
Biar cepat g haji.

Ada sape nak ikut aku g haji? Jommm...!

Ok. Babai

Raya 2018 : Suka Duka Raya 2018

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2017 plan nak raya di Terengganu cancel sebab ada sikit drama tahun tu..
So tahun 2018 aku tak kesah raya kat rumah mertua.
Tup tup one day before raya mertua warded kat Hospital Teluk Intan..
So agak sendu sikit la raya kali ni..

1 SYAWAL

Suami lepas subuh pagi raya terus ke hospital, so terkontang kanting la aku kat rumah mertua masa tu dengan FIL (Father In Law) sebelum biras aku ajak join dia beraya rumah mak dia (kampung sebelah kiranya)

Masa aku kat rumah family biras, boleh pulak mak aku video call aku di pagi raya yang sendu tu..
Meriah kat Terengganu dengar suara dalam video call tu..
Aku pulak menumpang raya kat rumah biras yang seramai berbelas-belas adik beradiknya...
Sumpah sendu.. Krik krik weii.
Sikit lagi ayermata nak tumpah...
Tapi kutahannnnn jebatttt..


Dalam pukul 11 pagi aku tumpang biras aku ke hospital.
Aku teman suami & mak mentua kat hospital sehingga pukul 9 malam , pastu baru balik rumah mertua semua. Malam tu otw balik dari hospital, aku bincang dgn suami dan mintak izin nak balik Terengganu esok. Suami tak perlu ikut balik, sebab dia boleh jaga mak dia kat hospital.


Raya di Hospital

2 SYAWAL

Raya kedua suami aku hantar aku ke KL.  Aku balik Terengganu sorang2 tumpang abang aku..
Kalau nak naik bas pun. tiket bas tiada pagi raya tu..


Raya sendirian di Tganu di samping keluarga.


Adik Beradik di Tganu hari raya pertama



Adik beradik bergambar di sekitar rumah

Mommy Daddy





3 SYAWAL

Kami sekeluarga balik kampung side "mak" aku. 
Beraya dari pagi sampai petang.
Anak masing2 mengumpul duit raya la ye.. Hehehehe.
Ramai yang tanya mana laki aku?
Aku cakap " laki kita askar, tak boleh cuti". Hahahaha

F.a.m.i.l.y


Beraya rumah sedara


4 SYAWAL

Raya ke-Empat kami ke Pulau Perhentian sempena Family Day.
Aku yang arrange..
Tup tup aku yang sendiri tanpa suami join Family Day ni..
Tapi tetap fun kan ada family bersusah-payah dengan kita ni...


Family Day


Selamat Hari Raya..


Ok; Bye
XoXO

KUEH RAYA 2018 : Biskut CornFlakes Meletup - Conflakes Cruncy Cookies

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2018 sempat buat kuih raya ni..
Mula-mula masa  siap bakar, keluarkan dari oven biskut ni macam lemau.
Rupanya memang belum sejuk lagi so dia macam lembut.
Lepas sejuk, baru biskut ni mengeras dan menjadi..
Berdebar ai.

Oleh kerana menjadi, aku up kat blog ni. Senang nak rujuk next time.





Psst : Kuih ni sedap. Paling awal habis dalam stok kuih raya aku.

Ok. Bye

KUEH RAYA 2018 : CornFlakes Caramel

Assalamualaikum... Hai Semua...

Selain cornflakes madu, aku ada buat cornflakes caramel jugak.
Resepi amik dari FB.
Masa aku buat, manis sangat rasa dia.
Pastu takleh beza antar cornflake madu dengan cornflakes caramel ni.
Macam sama rasa.

Next time kena try lagi.







Psst : Sources dari FB

Ok. Bye

Puasa 2018

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah pertengahan Ramadan baru gigih nak update blog..
Tiada perubahan macam tahun - tahun lepas..
Sama ajer..

Kul 5.45pm suami jemput dari opis.
Kul 6.30pm/ Kul 7.00pm sampai rumah..
Pung Pang Pung Pang bersilat memasak.
Kul 7.20pm macam tu dah berbuka..

Sempat je memasak..
Tapi jangan gigih nak masak special2 laa..
Masak ala kadar sap sap soi jer..
So far, 2 kali g bazar sebab berbuka di luar (dengan kawan)
Kalau makan kat rumah, memang takde jejak bazar langsung..
Masak lauk berbuka dah settle.
Kuih takde makan..
Padan duk makan kurma, buah tin, kacang yang aku beli dari kedai arab..

Cadangan nak buat pes segera untuk buka puasa - tinggal angan-angan..
Hahaha...

Dah beli baju raya ke?
Tahun ni ada baju raya untuk aku..
Huhuhu..
Dah lama kenang nak beli jubah warna light grey..
Jubah + Tudung = RM50 kat Muaz KL.
Berbelanja secara berhasmah, jangan berbelanja secara borosmah..
Suami pakai kurta last year yang warna grey gelap.

Raya mana tahun ni?
Team Mertua ke?
Kami tahun ni TeamRayaMertua
TeamRayaPerak.
6 tahun Raya di Perak.
Tahun 2019 la try nak nak TeamRayaRumahMak di Terengganu..
Jangan ada drama swasta lagi yer tahun 2019..

Ok. Bye
XoXO

Tahun 2018 - Anniversary ke-5

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2018 masuk 5 tahun kawen..
Alhamdulillah...
Kadang baik..
Kadang gaduh mulut..
Kadang merajuk..
Kadang melalak..
Sedar-sedar dah lima tahun..
Sekejap je rasa..

Tahun ni yang serba "rilex"
No makan-makan celebrate
No keluar jalan-jalan celebrate
Wish to each others, then continue pegang phone sendiri..
Yang ni tengok kartun..
Yang ni tengok drama..

Psst : Happy Ulangtahun Encik Boss

OK. Bye