Assalamualaikum...
Hai Semua...
Sebelum ni aku jarang guna kad ATM as a debit card.
Guna cash jer. Takde duit duk diam-diam..
Tapi sejak-sejak reti guna debit kad, asyik la aku guna sebab malas nak keluarkan duit..
Bila tahu kad boleh paywave, aku rasa benda tu tak selamat (incase kad hilang), tapi aku takde plak usaha nak g bank untuk tukar limit paywave kepada nilai "0", ataupun cancel/block paywave kat kad ATM aku..
PayWave pada dasarnya adalah tindak balas Visa kepada sistem PayPass MasterCard. Perbezaan yang paling menonjol di sini adalah bahawa kedua-dua sistem membolehkan pelanggan membuat sebarang pembelian dengan lancar.
Apa yang perlu anda lakukan ialah sentuh kad anda di atas terminal yang menerima ciri tanpa sentuh dan transaksi anda akan diproses. Tanda tangan atau nombor PIN anda tidak diperlukan lagi. Mudah, bukan?
Tapi, paywave adalah TAK SELAMAT jika kad ATM kita hilang.
Sesiapa saja boleh guna selagi kad tak diblock
Nah cerita aku :
2 September aku g AEON Bukit Raja shopping, dan bayar guna debit kad.
Nasib aku malang, kad debit hilang dan aku tak perasan sehingga 5hb.
6hb entah kenapa pagi tu masa kat office, aku teringin nak check online Public Bank aku.
Nahhhhh... terkejut aku bila tengok ada banyak transaction pada 4-6hb September.
Terus cari kad bank dalam purse - TAKDE-
Terus call suami kalau dia ada guna debit kad aku.
Dia kata TAKDE.
Ha.. SAHIH la kad aku hilang..
Terus call Public Bank Customer Service - line busy.
Terus aku jalan kaki ke Public Bank dari office.
Nasib baik la Office dekat dengan bank.
Aku g repot kehilangan kad, dan bank block kad lama dan berikan kad baru..
Melayang RM12 untuk kad baru.
So sepanjang 4hb - 6hb aku nampak la listing bape si penyangak tu guna kad aku..
Dia paywave kad pada 4hb, tapi ada settlement di buat oleh pekedai pada 5hb dan 6hb..
Bukan main wei,, dia g makan MCD, KFC, g SPEEDMART guna kad aku..
Apa yang kita kena buat:
1. Pindahkan duit dari kad yang hilang ke akaun lain (guna online)
2. Call bank/ atau g bank repot kehilangan kad.
Aku suruh pindahkan duit dulu sebab kalau nak call customer service lambat sangat pick up.
3. Jangan cuai lagi.. huwarghh
Total lost RM300 lebih.
Tapi apa yang berlaku ni memberi hikmah kepada aku.
Aku lebih alert dan berhati-hati..
Sebab aku tak pasti macamana aku boleh hilang kad tu,
Purse tak zip ke, beg tak zip ke?
Jatuh sebab lupa nak simpan kad kelam kabut time bayar parking ke.
Betul-betul aku tak ingat.
Aku dah call public bank, dorang tolong cancelkan paywave aku.
Untuk bank BSN, customer service dorang kata pengguna kena g cawangan BSN, kaunter akan buatkan limit "O" untuk paywave.
Untuk CIMB - takde customer service sambut call dari dulu kini dan selamanya. So better aku jalan kaki la pulak ke kaunter CIMB.
Psst : Semoga jadi peringatan kepada semua.
Ok. Bye