Assalamualaikum...
Hai Semua...
Bulan lepas bos kata setiap orang boleh beli barang berharga RM1500.
Resit nanti bagi dia untuk tebus balik RM1500 kita tu.
Dorang takkan bagi cash tanpa beli barang.
Setiap orang kena beli barang harga RM1500
Kalau kurang, claim hanya akan dibayar ikut harga resit.
Kalau lebih, tambah duit sendiri.
Mula-mula ingat nak beli laptop.
Pastu pikir aku dah ada laptop kat opis.
Suami pun ada laptop kat opis.
Kat rumah jarang2 nak guna laptop.
Pastu ingat nak beli jam-couple untuk suami isteri..
Suami tak setuju..
Aku pun macam tak bape setuju sebab aku dah ada jam..
Nak beli phone, tapi so far phone masih ok.
Company suami aku pun ada bagi phone free sebijik.
Last-last baru dapat idea..
Baik aku beli barang kemas..
So decide samada nak beli gelang atau rantai.
Aku dah ada gelang nikah.
Rantai plak ada yang mak aku bagi.
Teringin nak beli gelang charm. Dah siap survey kat kedai lagi you!
Last2 aku beli rantai.
Sebab?
Rantai yang mak aku bagi ni, aku nak bagi adik perempuan bongsu aku.
Dia tak dapat rantai.
Sebab rantai 2 je tapi anak perempuan ada 3.
Oleh kerana aku dah kerja.
So aku beli la rantai sendiri.
Rantai sedia ada pemberian mak aku ni aku bagi kat adik perempuan bongsu tu.
Jangan plak dia hilangkan letak merata-rata.
Aku amuk nanti satu kampung!
Boleh dikatakan ni kali pertama beli barang kemas sendiri.
Sebelum ni dapat masa nikah/besday treat from husband.
So, bila masuk kedai emas untuk memilih, terasa janggal plak. hehehe!
Emas 1g/RM225 masa aku survey.
Tapi Emas 1gram masa aku beli RM199.80 sebab masa tu kedai emas kat Ampang ada buat promotion RM199.80/gram & tanpa upah untuk lebih dari 5g.
Selain dari kedai tu, semua kedai lain jual sekitar RM225.
Kedai kat Meru paling murah aku tanya pun dah RM215.
Kat Tganu sekitar RM190 masa aku call tanya.
Cuma aku takde masa nak balik Tganu.
Maybe balik Januari/Februari 2020 nanti.
Aku pilih rantai dan aku amik sekali loket "love".
Alahai cute betul..
Alhamdulillah.
Psst : Entry hanya untuk kenang-kenangan kelak!
Ok. Bye
Cantik buah rantai dan rantai tu..bagus buat keputusan beli rantai..bestnyaaaa boss siap suruh beli barang...kira bonus la ni?
ReplyDeleteAlahai bagusnya bos/ company jenis ni.
ReplyDeleteKalau beli barang kemas ada sentimental value pilihan yang bagus
wehhh best laaaaa blh rm1500..
ReplyDeleteaku pon nk weeeeyyy.. haha
comel rantai tu..
aku ni jns xleh pkai rantai.. kalo gelang ok lg..
Alhamdulillah rezeki tu..wow harga emas dah bertambah naik skang. last beli emas masa harga RM18+/1g
ReplyDeleteSeronoknya company awak niii ..
ReplyDeleteTahniah dah beli emas. Kampung kita kat Kuala Pilah pun dalam rm190/gram, sana murah sikit dari sini.
Eh lupa, salam kenal, kita Hani.
wahhh rezeki tu.... cantik n simple. sy pun suka. boleh start kumpul emas lps ni
ReplyDeletesyoknya company bg ala ala bonus yer...mahal kan emas skang..nangiss..hehehe
ReplyDelete