Dah start derita pindah opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami geng2 office shoplot ni kena pindah masuk HQ.
Tenancy agreement tamat Mac 2022.
So, slow2 nak kena kemas barang pindah HQ
HQ depan shoplot ni aje (ajeeeee.. tapi penat jugak menapak).
Tapi tetap kira beruntung sebab HQ depan office sekarang aje, so environment persekitaran opis tetap sama.
Kat sini ada banyak kedai, bank, kedai2 serbaneka, faciliti, mall, kedai2 penting, ada hawker, ada farmasi, dan banyak lagi.
Aku seronok kerja area sini, sebab nak mana2 cuma menapak jalan kaki tak perlu start kereta dan cari parking.
Kalau suami jemput balik dari opis pun, aku boleh lepak mana2 kedai dulu tunggu dia.

Nasibbbbbbb baik aku bkn jenis simpan banyak barang kat opis, so nak pindah ni tak banyak barang peribadi aku.
Yang banyaknya file project yang aku kena take care.
Nak demam rasa bila kena check mana file yang nak, mana yang taknak. stresssss




Workstation tahun 2020, tak banyak berbeza dengan yang sekarang

Ok. Bye
XoXO

Kasut Suami & Makan Ikan Bakar di Jeram

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila MIL 2hari pergi umah yang lain, kami amik peluang keluar jalan-jalan.
Kebiasaan masa MIL ada di rumah, kami keluar tak lama / kena balik makan kat rumah temankan MIL. Tak makan kat kedai sebab payah nak cari kedai mesra pengguna OKU (berkerusi roda) dan kesusahan MIL nak menggunakan kemudahan tandas kat tempat orang ramai. So, memang tapau je la..

So, semalam pukul 3 hingga 6 petang, kami jalan-jalan ke One Utama cari kasut kerja dan kasut kasual/sukan suami. Sayangnya kasut Clark pilihan dia takde size.. Huhuhu je la..
Pastu berkenang kasut Nike. Beli la sepasang. So rezeki suami dapat sepasang je la kasut dia.




Size 10 UK - NIKE-


Pastu balik rumah untuk solat asar dan magrib. Settle solat magrib terus lancar ke Jeram, Selangor. Dari rumah sekitar 20minit aje.
Sampai sana sekitar jam 8malam, senang parking. Eh,rupanya dalam kedai ikan bakar, orang penuh.
Bila start boleh rentas negeri dan semua orang dah bebas keluar, so banyak tempat, banyak kedai crowded dengan pelanggan/orang ramai.

Yang tinggal cuma meja kat luar tanpa bumbung. Aku dah agak mesti hujan malam tu.
Adatla.. Bila orang ramai semua benda akan lambat.




Tengah tunggu order sampai, eh hujan rintik2. Cepat2 aku pindah cari meja kosong kat dalam. Ada dapat 1 meja. Tu pun still kena tempias hujan, pastu kedai bising dengan lagu, orang plak ramai, keadaan meja basah, ada plak sup tumpah,itu ini.. macam2 hal. Aku sangat tak selesa.

Mungkin kesilapan pergi dine in Ahad malam isnin. Walaupun esoknya hari kerja tapi orang tetap penuh kat kedai.
Masakan ok je. Cuma suasana/mood dah swing so ada yang tak habis/kami paksa makan sebab kami nak cepat balik.
Nak suruh dorang bungkus pun susah sebab staff tak cukup.
Dan kami pun tak paham pembahagian tugas staff dorang macam mane. Bila panggil dorang cakap "sekejap..sekejap.. pastu hilang". 
Tak salahkan dorang. Mungkin orang ramai. So, kami faham je..
Tu yang kami cepat makan dan balik rumah terus.


Pindah masuk dalam kedai.



Ada yang tak habis tapi aku dah memang pikir nak balik aje.


Oh ye.. Aku share harga menu incase ada yang nak tahu :
Pepahat goreng cili (RM25) 
Retak seribu goreng cili (RM25)
Udang bakar 6 ekor (RM33)
Sotong bakar sekor (RM31)
Ketam bakar sekor (RM19)
According to waiter dia la kami tanya masa order: Sini tak banyak pilihan jenis jenis masakan. Ada goreng cili & bakar sahaja. Harga plak masa dorang hantar makanan baru kita tahu price dia.


Balik rumah terus mandi.
Sebelum jam 10 dah settledown depan TV tengok Neftlix.


Ok. Bye
XoXO

Spek Baru Tahun 2021 di Eye Trend Shah Alam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2021 oleh kerana lama sangat PKP, hanya sekarang baru sempat buat cermin mata untuk  Encik Suami ni.
Suami aku ada 1 je spek, sebab yang latest sebelum ni rosak dah.
So tinggal spek lama yang dia pakai sekarang.
So, as pemakai cermin mata tegar, kena la ada 2 spek. 
Kalau satu rosak, boleh pakai yang spare agar tak la kita jadi teraba-raba..

So, sabtu baru-baru ni pergi la buat spek kat kedai favourite kami :

Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Suami pilih frame yang sedikit kelainan dari sebelum ni.










Kali ni semua buat spek yang boleh gelap kalau kena panas.
Kalau cuaca panas, lense akan tukar menjadi gelap.
So, redup la sikit.






Aku pun tak ketinggalan nak cuba beberapa frame. Sebab plannya tahun 2022 nanti aku pulak nak tukar spek. Last tukar spek 2019. Tapi 2020 aku ada buat sunglasses.
Cuba je frame nak tengok keserasian.. Hahaha..
So dah ada la idea next time nak buat frame jenis yang macam mane..

Sape nak datang, boleh datang sini..

Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Jamin puas hati.
Layanan bagus.
Macam kami, memang kami spend lama masa untuk pilih frame.
Bab cermin/kanta, memang kami ikut je yang dorang suggest / kena dengan bajet. hehehe

Kalau pakai pastu ada tak kena macam pening ke, boleh datang semula...
Dorang akan adjustkan.
No problem.

Encik Suami kalau baca ni, ingat pesan ni..
Simpan cermin mata elok2.. 
Agar bini tak bising. Hehehe.

Pssst : Korang yang pakai spek, berapa kerap korang tukar spek baru? 

Ok. Bye
XoXO

Helmet baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejak PKP bulan 5 hingga bulan 9 aku WFH (work from home), so memang takde naik moto g opis dengan suami. Sesekali kalau kena g opis, aku naik kereta dengan suami sebab tak jammed musim PKP ni. Bila dah lama tak naik motor, sedar2 helmet dah kena air kencing kucing.
Kucing liar atau kucing jiran jaga Allahualammm.. Aku tak tahu..
So aku buang je la helmet tu.. 

So, nak kemana2 sekitar rumah ni susah la tak boleh naik moto dengan suami sebab takde helmet untuk aku kan.. Makanya aku mintak suami beli helmet baru.

Beli kat shoppe je..




Murah je. Tak sampai RM100. Sekitar 70-80 je rasanya. 


Notes : Senang nak menenggek belakang suami atas moto g pasar malam.. mahupun ke kedai beli ais krim.


Ok. Bye
XoXO

Kesah takde air kat Selangor ni

Assalamualaikum... Hai Semua...

Kat Selangor ni jual tong air memang laku.
Satu rumah satu tong mesti ada org simpan air. kannnnn..

Tak sia-sia aku beli tong air sampai 3 ketul dulu.
Boleh guna di musim gangguan air ni.


Untuk kegunaan dapur, aku simpan air dalam besen (atas kitchen top). Extra air simpan dalam tong hitam depan mesin basuh. Kutip semua bekas2 yang ada. Selain tu, stok air aku simpan bawah kitchen table top. Tetap masak setiap hari (pagi sebelum g keje untuk bekal MIL yang ada di rumah)


Extra air untuk kegunaan dapur



Untuk mandi air, aku tambah 1 tong lagi jadi 2 tong air + tangki.
Memang aku tadah air guna q tong kalau hari biasa pun, siap ada kerusi lagi youuu untuk MIL mandi (duduk). 

Untuk pokok bunga aku simpan air dalam plastik sampah (letak dalam bakul pakaian kotor) kat tempat parking moto.
Orang lain gigih simpan air untuk basuh berak anak.
Aku sibuk simpan air nak siram pokok. huhuhu
Semoga kat akhirat nanti, pokok boleh la cakap kat Allah yang aku pernah peduli kat dia walaupun di tengah kemarau gangguan air ni. Hehehe...

Khamis puasa sebab malas nk kerap ke toilet di opis. hahaha

Korang masak ke tak musim air takde ni?
Oleh kerana ada MIL kat rumah, nak ke taknak tetap kena masak setiap pagi.
Tapi untuk dinner, memang tapau siap2 masa balik kerja.


Ok.Bye
XoXO

Tanaman dalam pasu di rumah aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari ni aku nak share pasal tanaman aku ni.
Dulu aku rasa aku hangat-hangat tahi ayam je menanam.
Tapi sejak PKP, setiap hari jenguk pokok, jadi aku seronok plak layan pokok.
Lepas tengok pokok keluarkan anak, pokok tak mati, eh seronok plak menanam.
So, aku pindah2 kan anak pokok ke pasu biasa (pasu DIY dari mana2 botol terpakai/pasu2 lama).

Bila mak mentua (MIL) g rumah anak sedara nya lepas balik klinik dressing kaki, MIL macam seronok plak tengok pokok dorang banyak. So. MIL suruh beli pasu.
Siap bagi duit lagi you. So, ada pasu beli duit sendiri dan ada pasu yang beli guna duit MIL.
Tanah kami kirim kat sepupu suami belikan/tukang urut MIL belikan.

Beberapa minggu lepas, MIL upah suami tukang urut dia untuk buatkan rak bunga yang viral sekarang.
Macamana MIL tahu pasal rak viral ni?
Dia nampak kat rumah anak sedara dia & umah tukang urut dia.
So, dia upah suami tukang urut tu buatkan.

1. Rak 2 tingkat - panjang
2. Rak 3 tingkat - pendek
Aku takde kat rumah masa dorang pasang rak ni (aku keje + balik kampung).

Pokok banyak sebab ada yang orang bagi, ada yang beli, ada yang mak aku bagi & ada yang aku pernah tanam dulu.
Tapi yang banyaknya pokok yang mak aku bagi. hehehehe.
Kenapa takde tanam sayur?
Sebab asyik mati je/kadang balik kampung takde yang siram so mati.
So, aku tanam pokok yang mana mudah hidup/boleh survive jurrrrrr.

Weekday memang tak sempat nak urus pokok sebab balik dah malam.
Just siram2 ala kadar je.
Bulan 10 dah start kerja full.
So, sabtu dan ahad je la ada masa nak belai pokok (tu pun kalau takde keluar berjalan ke mana2, hehehe). Ada la masa nak trim pokok, nak baja ke...

Pokok di laman parking motor :





Aku guna besi katil as penyangkut untuk rak pasu bunga


Antara pokok gantung.
(Pasu2 tak tukar baru lagi sebab takde jumpa masa g kedai RM2)


Pegaga yang tumbuh sendiri


Pokok kari, pokok cili , pokok daun belalai gajah, pandan.
Selebihnya pokok hiasan

Tanaman kat balkoni :



Semuanya yang mak aku kasi anak pokok dari Tganu.
Ada yang MIL beli dari tukang urut dia.


Hiasan aku create masa PKP.
Add on kerusi as tempat rehat
(Tempat MIL duduk bila tengok aku duk siram pokok)
(Tempat tetamu lelaki kalau nak melepak kat luar)
Cat semula rak kasut 



Ada guna barang terpakai
Cth : bekas choco car as pasu bunga
Cth : Seluar jeans aku gunting, aku buat tempat gantung bunga
Cth : Jug air lama aku catkan hitam jadikan jug untuk siram pokok
Cth : Penutup bekas kuih raya aku jadikan alas pasu taknak air tanah kena lantai


Bata lebihan masa repair tingkap, aku susun as kotak untuk cover untuk pump air
Mula asalnya tak tahu nak letak mana bata lebihan ni. 
Dapat idea ni kat FB


Notes : Photo lepas siap pindahkan anak pokok, so lantai tak sempat dibersihkan lagi. hehehe


Selingan : 
Ni antara view gambar pokok2 hiasan mak aku kat Tganu.
Mok aku start menanam dengan 1-2 pasu je masa tahun 2003.
Masa tu aku baru masuk asrama.. Zaman tengah lap lap hingus sobb sobsss kalau homesick.. hehehe
Masa tu mok aku ada geng tanam pokok. So sering tukar2 pokok, sering kirim2 beli tanah & pasu.
Sekarang masing2 ada yang uzur, ada yang sibuk tatang cucu.. Hehehe


Tahun 2020


Tahun 2021

Tahun 2021

Tahun 2021

Antara pokok gantung kat beranda rumah di kampung

Tahun 2021
Pokok di deretan rumah sebelah (bekas tapak rumah jiran)

Tahun 2021
Latest kawasan tanaman kat beranda & tangga rumah
Belum lagi tanaman depan rumah, belakang rumah & tanaman di laluan pejalan kaki


Ok. Bye
XoXO 

Balik kampung jenguk parents

Assalamualaikum... Hai Semua...


24 September ayoh aku masuk wad sebab leloh.   
27 September ayoh boleh keluar wad.
28 September pagi, kak ipar wassap bagitahu mereka sekeluarga nak balik Tganu.
Aku terus la whatssap abang aku tanya boleh ke nak tumpang dorang balik. Hehehe..
Aku balik sorang sebab suami ada maknya untuk dia urus/jaga.

Plan nak balik kul 5 petang lepas dorang balik kerja.
Tup tup ubah nak balik pukul 2 petang.
Means pukul 1 nak kena g rumah abang aku.
So, kelam kabut la aku masak untuk MIL dan kemas rumah.
Suami tengah kerja, aku whatssap mintak izin nak balik Tganu.
Rupanya suami aku balik dari opis. Dia nak hantar aku ke rumah abang aku.
(Urusan mintak izin polis dah selesai sebelumnya)

28 September 2021
2.00 pm - Balik kampung tumpang kereta abang aku.
9.00 pm - Sampai Tganu. 

Ereen dan Azka
First time jumpa

29 September 2021
5.00pm - Takde aktiviti. Duduk rumah je, pastu jalan2 round dlm kereta je. 

Round2 dalam kereta saja

30 September 2021
5.00pm - G makan laksa sarang. Aku pernah makan dulu. Keluarga abang aku tak pernah makan, repeat kali ni makan ramai-ramai. Sebelum naik kereta nak balik, g bertenggek kejap tepi pantai ambik gambar. Pantai depan kedai je (tak ramai orang)

Laksa Sarang di Pantai Kuala Nerus

Bergambar sebelum balik


1 Oct 2021
3.00pm - Teman adik aku cari barang steamboat
8.00pm - Buat steamboat
9.00pm - Suami aku sampai dari KL. Buat surprise tiba2 muncul kat tempat parking rumah aku.
Terkejut aku. TQ sebab sudi balik jenguk orang tua aku. Suami last balik kampung aku bulan September tahun lepas. Suami g balai polis mintak kebenaran. Jumaat pukul 4pm dia balik Tganu. So happy!
Tak sangka! MIL di take over oleh oranglain plak jaga 3hari ni je (Jumaat, sabtu,- ahad kami balik KL semula). Riuh rumah tiba-tiba cikmat sampai.

Geng kelam kabut steamboat dan BBQ ayam guna grill steamboat from shoppee


Suami snap photo ni, aku perasan ni belakang rumah aku, kenapa dia ada kat sini. 
Rupanya memang betul -betul dia balik kampung sambil2 nak jemput aku balik KL semula ahad nanti.


Suami baru sampai dari KL.
Bergambar dengan mak ayah sebelum g bedal nasi kat dapur.


2 Oct 2021
10.00 am - G kenyir sambil bawak ayoh makan angin.
3.00 pm - Balik singgah makan di kedai kuala berang.
Selebihnya aku g cari keropok keping, keropok segera dan keropok lekor yang orang kirim/untuk buah tangan jiran2. Walaupun ada yang ke pantai mandi manda, tapi aku pilih untuk duduk rumah aje.
6.30 pm - Aku dengan mak siapkan pokok2 untuk aku bawak pulang ke rumah aku esok.


bergambar sebelum ke kenyir

geng pempuan 


Bergambar di Jambatan Kenyir yang baru

Mok n Ayoh

3 Oct 2021
10am - Gerak dari rumah
11 am - Singgah rumah adik di Dungun.
11.30 am - Balik KL
7.30 pm - Sampai Kapar lepas bagi2 semua pesanan keropok orang/ bagi buah tangan kat jiran.
9.30 pm - Aku tanam pokok yang mak bagi. Sebab dah start keja full takde masa nak tanam nanti.


Bergambar sebelum balik ke KL semula
Semoga berjumpa lagi

Singgah di Dungun melawat adik ipar bersalin


Banyak pokok yang mak aku kasi sebab nak clearkan/kurangkan bilangan pokok dia. Dia dah takde masa nak urus tanaman hiasan dia


Tamat sudah perjalanan balik kampung dan habiskan masa dgn family.

Aku balik jenguk jugak orang tua di Tganu walaupun musim covid ni. 
Follow SOP, jaga diri, buat segala pencegahan yang perlu di musim pandemik ni.
Saliva test - Negative. (Saliva test RM20 je, boleh uji dulu atleast sebagai langkah berjaga-jaga)


Ok. Bye
XoXO