Assalamualaikum...
Hai Semua...
Tahun ni betul-betul dugaan raya.
Aku balik Tganu pada hari raya ke5 lepas abang ipar amik MIL untuk ganti kami jaga sepanjang kami suami isteri balik Tganu.
Plan asal suami tak ikut aku balik Tganu.
Suami sepatutnya jaga MIL sebab MIL taknak ke rumah anak lain.
Tapi sebab ayoh aku masuk wad, suami nak ikut aku balik Tganu melawat ayoh aku.
Rabu 5 Syawal kami gerak pukul 4.30 petang.
Sampai K.Tganu pukul 11.00 malam.
Bergilir bawak kereta.
Konvoi dengan family abang sulung.
Khamis 6 Syawal, aku plan nak ke hospital masa waktu melawat pukul 12.00 tengahari.
Tapi pukul 9.50 pagi, mak call cakap ayoh macam tenat.
Tak sedar.
Banyak bacaan drop. Doktor mintak panggil semua anak2.
Pukul 10 pagi kami g hospital.
Bacakan yasin, pastu ada yang duduk bisik kat telinga ayoh untuk ajor mengucap dan sebagainya.
Ayoh berkeadaan TAK OK sepanjang hari tu.
Keesokkannya ayoh OK.
Berbeza dengan semalam. Ketara. Semua terkejut semalam.
Doktor cakap karbon dioksida terlalu tinggi dalam tubuh ayoh hari tu.
Paru2 pulak semakin sempit.
Masa keadaan ayoh kritikal, mok cepat2 call aku dan abang sulung.
Sebab cuma kami last sampai dari KL.
Adik beradik & ipar duai setiap hari datang hospital
Alhamdulillah.
Abang sulung & Abang Ngah bergilir2 setiap malam jaga ayoh.
Bagi adik beradik yang jaga ayoh selama ni rehat.
Aku rasa abang2 kena tunjukkan contoh yang baik, baru adik2 aku ikut.
Ayoh selepas beberapa hari kritikal. dah ditukarkan pakai topeng oksigen yang kecik.
Dah sedar dan ingat sape yang datang melawat dia.
Ayoh beransur-ansur OK.
Ayoh masuk wad dalam 5 hari sebelum raya.
Beraya di hospital.
Semua adik beradik aku balik Kg sebab turn rumah mentua dah settle raya.
So, masa ayoh keadaaan membimbangkan, memang semua anak2 ada kat kg dah.
Beberapa hari kat rumah, aku takde ke mana-mana.
Setiap hari rutin sama aje.
Pagi2 bangun masak dengan kak ipar aku untuk makan pagi dan lunch.
Pukul 12.00 tghri hingga 2 petang g hospital. pastu balik
Pukul 5 - 7 petang gi hospital lagi.
Pastu stay sampai pukul 11 malam, jaga ayoh sebelum abang2/adik yang lelaki datang hospital bermalam dengan ayoh lepas pukul 11 malam.
Mok aku jaga siang aje.
Kecuali masa ayoh teruk, mok duduk hospital siang & malam.
Malam mok cuma tidor tepi ayoh , abang aku yang berjaga teman ayoh.
Mok cuma nak ada kat hospital.
Incase apa2, mok dah ada kat situ.
Panas ting ting Tganu.
Pekena cendol kat Pasar Payang lepas semayang jumaat kirim kat geng2 lelaki balik Masjid.
Beli banyak dapat free 1.
Bagi aku sedap.
Aktiviti memasak dan clearkan peti ais mak.
Hahaha.
Boleh je makan kedai. Tapi mok aku sibuk suruh masak.
Balik Hospital pukul 11/12 malam, singgah makan dulu kat kedai kalau lauk kat rumah takde.
Beberapa hari lepas tu, kami balik KL.
Sebab lepas tu ada appointment doktor untuk TTC aku ni.
Ayoh masih di wad tapi dah berkeadaan OK.
Berat hati masing-masing nak balik KL.
Sebelum balik KL, singgah ke hospital jumpa ayoh dulu.
Adik-adik bawak mak makan luar/amik angin luar selepas seharian di Hospital.
Gambar dengan sebahagian adik beradik dan ipar duai.
Balik kali ni takde gambar raya, berbaju raya sebab masing2 sibuk ulang alik ke hospital.
Nasib baik rumah dekat dengan hospital
Psst : Jumpa lagi Raya Haji masa kenduri adik aku nanti InsyaAllah jika diberikan kesempatan dan keizinan.
Ok. Bye
XoXO