Dressing kaki MIL ke Klinik di Pelabuhan Klang pulak.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa Raya Puasa hari tu, kami mintak MIL dijaga oleh adik beradik suami yang lain selama seminggu sebab kami balik Tganu ayoh aku masuk wad.
Plan asal aku balik sorang ke Tganu dan suami jaga maknya.
Tapi sebab ayoh aku masuk wad, suami ikut aku balik Tganu sekali nak melawat ayoh aku.

Masa ipar jaga MIL di rumahnya, ipar bawak MIL cuci kaki di klinik berdekatan rumahnya di Port Klang. 
Sebelum ni, kami memang pergi Klinik Walia di Puchong (MIL selesa dengan doktor kat sana)

Bila kami amik semula seminggu selepas dorang jaga, MIL request nak sambung cuci kaki kat Klinik di Port Klang. Sedikit jauh la berbanding rumah ipar, tapi takpe tetap kami usaha bawk ke Port Klang untuk cuci kaki. Kami bawak cuci kaki seminggu 1X atau 2X bergantung pada kelapangan ke Port Klang (sebab kalau weekday kan kami keje).

Nama Klinik : Klinik Utara
Alamat : 58, Jalan Permai 1b, TAMAN PENDAMARAN PERMAI, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Antara ubat dan foam yang digunakan.





Keadaan luka terkini
Mei 2023



Kos cuci : RM 30-35 untuk saiz luka MIL & RM 80 untuk harga span (suami beli span tu).
Span tu besar (RM 80), tapi suami potong saiz ikut saiz luka. So boleh guna sekitar beberapa kali sebab luka MIL tak besar kat tumit tu. Span tu tutup kat bahagian luka sahaja selepas cuci dan letak ubat.

Kita tengok perkembangan kat klinik ni macamana.
Note : Kami kesana cuma 1-2x je, akhirnya kami rujuk ke Klinik Walia Puchong semula.
Dulu MIL ke klinik ni pun sebab masa tu dijaga oleh abang ipar selama 1-2minggu. 

Psst : Sekarang bulan June, cukup 5 tahun jaga MIL di rumah kami dan seusia dengan luka kat tapak kaki ni. Masih tak bertutup lukanya. Habis ikhtiar dah.. Huhuhu

Ok. Bye
XoXO