Appointment MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week, aku ambik cuti sehari temankan suami bawak mak mentua ke Klinik Kesihatan Kapar (KK) untuk check up. Sebelum ni kerap aku teman suami ketika masih di bangunan lama KK Kapar. Ini kali pertama aku join mereka check up di bangunan baru KK Kapar. Aku memang plan nak ikut kali ni, sebab nak tahu proses check up di bangunan baru. Kalau masa bangunan lama pun, memang aku dah master dah bab proses check up dia macamana. Hehehe..

Nasib baik aku teman, rupanya aku yang urus semua sebab suami bizi dengan phone call urusan kerja.. Hihi. Takpe memang aku yang nak amik tahu hal check up ni, senang nak pergi next check up kalau suami kerja, aku boleh pergi sendiri.


Sources : Google
KK Kapar yang dah dinaiktaraf


Sources : Google
Parking makin banyak, fasiliti makin selesa.

Sources : Bangunan lama
Dulu selalu berebut parking, pastu menuggu di luar sebab sesak kat dalam walaupun bukan musim PKP


Appointment pukul 10.00 am, tapi kami sampai pukul 10.30am, orang tak ramai sangat. 
Bagi kad dulu kat kaunter luar, dorang mintak IC pesakit. Kemudian masuk ke dalam untuk pendaftaran. Kat sana dapat nombor dan diminta ke Bilik No 6.

Sampai Bilik No 6 (kencing manis), letak kad dan tunggu no dipanggil. Masuk bilik No 6, nurse check berat dan bacaan gula. Oleh kerana bacaan gula bawah 4, kena ke bilik No 12 untuk minum air gula dah tunggu 15minit. Kemudian ke bilik no 6 semula untuk check bacaan gula kali ke2 (bacaan6.6).
Proceed ke bilik 3 jumpa doktor. 

Seterusnya ke kaunter appointment untuk dapatkan tarikh appointment seterusnya. 
Lastly pergi farmasi amik ubat dan balik.
Dalam masa 1.5jam dah setel. Alhamdulillah.


Menunggu giliran.
Selesa sangat KK Kapar yang baru ni
Banyak kerusi, sejuk, toilet selesa.
Tq kerajaan.

Moh la pulang ke rumah.


Eh kita singgah makan dulu la habuan balik klinik



Sebeban ubat

Aku yang urus mak mentua masa jumpa doktor. So memang aku bagitahu semua penyakit dan ketidakselesaan mak. Gatal, tak selera kan, itu ini. 
Nahhh puas hati dapat ubat itu ini.
Gunakan semua kebajikan yang gov bagi ni.
So dapat lotion & ubat sapu untuk gatal.


Kat dinding bilik memang aku siap letakkan aturcara makan ubat sebelum ni

 

Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Bag Garfield ke Sekolah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekitar tahun 1998-2000 dulu glemer bag ni budak2 perempuan sekolah menengah guna. Masa aku sekolah menengah dulu, ada la senior-senior aku dulu guna bag macam ni gi sekolah naik bas. Apetah lagi kalau geng-geng asrama, mesti sakan legend ye bag ni. Sedangkan budak sekolah harian macam kami pun ada yang bawak bag ni g sekolah setiap pagi.

Legend teruk wei zaman tu bawak bag gini bergaya ke sekolah.
TAPI AKU TAKDE PUN BAG NI.
Cuma Bag ni glemer la kat sekolah aku. Senior ada pakai letak buku2 bawak g sekolah. Kalau duk asrama, aku boleh la relate sbb boleh bawak baju guna bag ni.. Hehehe


Sources : Google




Mesti geng2 yang pakai bag ni anak 4-5 orang dah ni.
Kalau jenis yg nikah awal, mau dah bermenantu dah. Haha

Korang ada ke yang bawak bag gini??? Angkat tangan weiii...



Ok. Bye
XoXo

KENANGAN : Bag Shoei

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada 3 abang, dah tentu benda2 legend geng2 lelaki aku tahu jugak.
Sedikit sebanyak mesti terjebak jugak.
Masa zaman diploma di Dungun dulu, Abang aku yang no 3 bagi aku bag ni.
Katanya boleh aku pakai bila g kelas. 

Aku pada mulanya tak suka. Sebab bag ni jenis lembik. Meleweh gitu.
Maklumlah ni bag untuk letak helmet.
Tapi pakai je la sebab aku jenis takde bag sangat nak ke kelas.
Kalau ingat semula zaman diploma, aku masuk belajar dengan keadaan byk bawak baju2 yang org bagi je. Siap ada bawak kasut abang aku yang dah tak padan (bapak besar). 

Hari Sabtu petang sampai politeknik lepas turun bas Himda, aku jalan kaki masuk asrama.
Ada geng lelaki tegur bag ni masa tu.
Tapi aku senaif manusia memang tak tahu sangat hal2 moto.

Esoknya dan seterusnya ramai tegur pasal bag ni di fakulti especially geng2 lelaki.
Aku antara yang terawal pakai dulu di Politeknik sebelum ianya jadi fenomena dan ramai yang pakai lepas tu.


Sources : Google


Ada yang ingat aku minah motor hanya sebab pakai bag ni.
No. Im not.
Aku pakai hanya sebab abang2 aku bagi bag dia kat aku. Hahaha

Aku ni makhluk yang tak bercampur dengan orang ramai.
Cuma tahu pergi dan balik kelas. Hujung minggu tahan bas tepi jalan, balik bandar K. Tganu.
Maklumla mak aku beranak acapkali, so ramai adik2 aku kat rumah yang aku rindu. Hehe


Dikelilingi 6 lelaki dalam adik beradik aku, dah tentu apa yang abang2 aku terjebak, aku pun terjebak sekali.. Huhuhu

Ok. Bye
XoXO

3X mak, baru ayah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku typical anak yang dibesarkan dengan situasi :

Ayah cari duit
Mak surirumah menjaga anak 9 orang disamping kedai yang ayah setup untuk mak aku niaga kecil2an dari aku kecik sehingga tahun 2013 macam tu.

So, boleh bayang tak bonding anak-anak akan lebih dengan mak.
Tambahan pulak dari baby semua menyusu dengan mak, bertambahla bonding anak raya sejak baby sehingga sekarang.
Sikit-sikit nak mak.
Sikit-sikit cari mak.
Sikit-sikit tanyakan mak.

Ayah?
Ayah ni typical orang tegas, garang & kurang rapat dengan anak.
Cari duit untuk anak 
Kurang tunjuk kasih sayangnya pada ank


Ada masalah cari mak.
Ada cerita cari mak.
Call rumah nak cakap dengan mak.
Kalau ayah jawab phone rumah, masing-masing krik-krik di talian sebelah sini.
"Ayoh, panggil mok.. Nok cakap dgn mok"

Sama je susunatur ayat semua anak- anak bila ayah jawab phone rumah sedangkan kita mengharapkan mak akan angkat phone yang  berdering.

Bukan benci.
Tapi tiada modal nak bersembang bila dengan ayah.

Tapi bila ayoh beransur tak sihat, masing2 dah okay dengan ayoh.
Boleh duduk menemani ayoh di tepi katil.
Tahu nak borak itu ini.
Tahu nak buat itu ini.


Ok. Bye
XoXO

Ubat Gatal untuk Mak Mentua

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dua ubat gatal (pil) ini antara yang kami belikan untuk mak mentua guna.
Kegunaan : Selseme, Allergy & Gatal.

Biasanya mak mentua amik pil ni untuk gatal.
Dia rasa kulit tubuh dia gatal, tapi kulit ok je. Takda cela apa tu. Cantek elok aje.
Mungkin pesakit kencing manis ke rasa macam tu?
Or may sebab dah berumur?. Entah la.
Bila g klinik pun, hanya ubat je doktor bagi. Takde pulak nak amik2 darah pun.



Stada Cezti 10


Sekarang mak mentua selesa makan ubat ni dan selalu mintak beli yang ni


Psst : As a record utk kami isteri untuk tahu ubat apa yang mak mentua ambik.

Ok. Bye
XoXo

Beli laptop lain

Assalamualaikum... Hai Semua...


Laptop yang suami guna sekarang dah azab sangat dahni.
Level2 legend dah. Huhuhu.. Dah uzur bertongkat dah eh. Slow sangat.

So, kami decide nak beli laptop lain la untuk kegunaan kerja di rumah.
Kami ada survey di kedai IMIKA Puncak Alam, tapi a bit pricey bagi kami walaupun dapat free printer.
Akhirnya jumpa di sebuah kedai di Setia Alam.


Laptop Second Hand RM 900


Kat rumah memang perlu laptop.
Sebab suami memang kerja menggunakan laptop setiap hari.
Bila buka program-program yang berat, memang laptop slow dan taknak bagi kerjasama. 
Penyudahnya beli aje yang lain.

Korang rasa setiap rumah perlu ada laptop ke?

Pssst : Teringat pulak laptop aku zaman mula2 kerja dulu kena curi kat rumah sewa.. Huhu je la..


Ok. Bye
XoXO

Menjahit kain batik & potong kaki seluar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila membeli mesin jahit ni, haruslah kena rajin. 
Kalau tak, keluarla ayat-ayat "buat perhiasan je ada mesin jahit".
So, aku pun jahitla kain batik yang dah lama bertangguh untuk jahit.
Aku potong jugak kaki seluar bundle yang labuh.


Mesin jahit kesayangan


Tapi jahitan tak lawa la.
Bengkang bengkok sekali.
Haha


Kaki seluar. Sejenis manusia malas nak tukar benang.



Siap jugak jahit semua.
Kain pelekat tak perlu jahit. Bila bukak box, rupanya dah siap berjahit.



Satu set ni aku dapat masa adik aku kawen tahun 2020.



Hadiah kawen adik aku banyak dapat lain pelekat dan kain batik.
So adik aku bagi kat kami satu set.
Opkos la pilih warna yang match. Hehe

So, kita tengok lagi la bila pulak mesin jahit ni akan berfungsi lagi. Haha

Ok. Bye
XoXO

Roti Canai Kaki Ayam

Assalamualaikum... Hai Semua...

Throwback story :

Plan asal nak pegi jogging di Puncak Alam dan terus nak pulangkan laptop kawan Encik Suami.
Attire aku hari tu memang sakan ala-ala berjogging la.
Rupanya otw ke sana, ubah pikiran.
T6
Kami melencong pergi makan di Kampung Bukit Hijau.
Pekena roti canai caker ayam & Nasi Lemak Paru.

Kedai ni buka petang hingga malam kalau tak silap.
Masa aku petang sekitar 5.30 petang, banyak stall lain tengah setup untuk buka atau masih belum buka.
Ada gerai jual nasi lemak, roti canai, burger, western & yong tau fu.


Roti canai family

Menu yang di atas meja



Roti canai kaki ayam & nasi lemak
Teh ais & nescaffe ais
 

Nasi lemak ok. Sedap.
Tak terlalu pedas.
Parunya sedikit garing dan bersalut sambal.
Aku lebih suka paru agak lembik & bersambal.
Nasinya cukup lemak
Sambal tak terlalu pedas


Roti canai dia A+ aku bagi
Sebab lembut dan aku suka.
Kari dia ok, sedap, kaki ayam dia sumpah lembut gila
Masuk mulut mudah nak buang tulang dia.



Sebelum balik tau 3 set brownies & kek buah tu.
Konon nak bagi 2 orang kawan. Rupanya 1 je yang available.
Makanya kami bawak balik dan makan sendiri aje.
Brownies dia RM5. Tekstur dalam sedikit macam kek . Rasa pulak macam ada campuran pisang.
Fruits pastry kek RM 7 pulak, rasa oren.
Dan aku tak bape gemar rasa oren.
So far ok. cuma bukan minat aku untuk kek ada rasa oren.


Pasangan yang konon nk healthy.
Tapi dari niat berjogging, melencong ke kedai makan




Ok. Bye
XoXO

Minyak Asmak untuk Suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Suami aku dah 2minggu batuk teruk tak sembuh.
Oh ye.. Suami aku jenis kalau batuk susah nak sembuh.
Dan dah 10 tahun aku kawen ni, aku perasan dia mudah kena batuk dan setiap hari mesti berdehem/berbunyi batuk walaupun tak teruk (tabiat). 
Kita yang tengok, akan perasan yang dia macam tak lega nak clearkan tekak dan dada dia.

Tapi batuk kali ni teruk. Dengar dia usaha nak clearkan tekak dia dari kahak.
Nampak dia susah nak legakan batuk dia dan nafasnya tak selesa.
Banyak ubat batuk farmasi, minyak angin & ubat spray farmasi yang digunakan. Tapi belum diizinkan untuk kesembuhan.

So, kali ni aku usaha dan ikhtiar guna Minyak Herba Asmak.
Tengok kat TikTok ada beberapa ibu/bapa yang kata minyak ni elok untuk baby/dewasa.
So, we try..



Kandungan Minyak Herba Asmak:

Fructus Cocos Nucifera, minyak kelapa dara.
Semen Nigella Sativa, pati minyak Habbatussauda’.
Body Stichopus horeens, minyak gamat.
Folium Eucalyptus Oil, minyak kayu putih.
 

Kegunaannya:

Sapuan akan membantu memberikan keceriaan untuk kehidupan seharian kanak-kanak dan orang dewasa.
Memberi keselesaan kepada bayi untuk tidur.
Membantu mencegah gigitan serangga berbisa.
Boleh melegakan masalah senggugut.
Mempercepatkan luka kering & beri kelembapan pada kulit.
Dapat mengatasi masalah kembung perut.
Keselesaan dari batuk, kahak & ketidakselesaan dada.




Minyak Herba Asmak 10ML.



Hari ni order, esok sampai.
Siap dapat gift tisu dan bandage 



Baunya, tekstur & warna seakan -akan minyak gamat.


Semoga menjadi asbab kepada kesihatan yang lebih baik untuk suami.
Aminnn


Ok. Bye
XoXO

Cara Memilih Sunscreen Terbaik & Cara Pakai Sunscreen Dengan Betul - Mari Ikut Panduan Ini

Assalamualaikum... Hai Semua...


Umur aku dekat 40 ni, barulah aku menitikberatkan sunscreen atau sunblock untuk daily use.

Agak terlambat kan…

Sebelum ni, aku hanya gunakan sunscreen untuk aktiviti macam ke pantai, aktiviti luar & berjemur.

Untuk harian, memang on off guna. Tak konsisten.

Lagi la dulu tak berduit, pakai mana yang ada je. Teringat masa zaman sekolah berkawad petang di sekolah sampai muka sunburn teruk. Kemudian masa praktikal di tempat pembinaan tepi pantai, muka cepat sunburn & kusam.

 

Kenapa kena pakai sunscreen? Masih ada yang tak tahu kepentingannya ye…

 

KEPENTINGAN MEMAKAI SUNSCREEN/SUNBLOCK

 

Kita perlu memakai sunscreen setiap hari untuk menghalang cahaya UVA dan UVB dari menembusi ke lapisan kulit. Ianya membantu mencegah penuaan dan dapat mengelakkan kulit muka menjadi kusam serta gelap.

 

Aku nak share 1 Produk sunscreen yang aku gunakan sekarang iaitu Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++

 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++

 

 

Cara Memilih Sunscreen Terbaik

 

6 ciri – ciri Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature :


1.       Sunscreen SPF 50+ PA+++.
2.       Tekstur Ringan & Moisturizing.
3.       Sunscreen untuk kulit berminyak.
4.       Sunscreen tanpa white cast.
5.       Sunscreen untuk semua jenis kulit.
6.       No Harmful Ingredients.

 


1.       Sunscreen SPF 50+ PA+++

Aloe Vera Sunscreen ini ianya perlindungan sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik. Tinggi dan bagus sangat digunakan lebih-lebih lagi untuk sebarang aktiviti luar.

 

 

Sunscreen SPF 50 yang bagus untuk mengurangkan sinar UV ke kulit kita

 

 

2.          Tekstur Ringan & Moisturizing.

Tekstur sunscreen aloe vera ini ringan di kulit bila disapu. Tak terasa seperti kulit tak boleh bernafas.

Kandungan utama sunscreen iaitu aloe vera boleh melembapkan kulit.

Sangat selesa ye.

 

Rata di permukaan kulit. Tak bercapuk pun. Bestnya..

 

 

3.       Sunscreen untuk kulit berminyak.

Kebiasaannya suncreen biasa akan membuatkan kulit berminyak, tapi Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini tak berminyak . Bila kita apply di kulit muka rasa tak melekit. Syok wei.

Ianya jugak tidak menyumbatkan pori – pori kulit. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sangat selesa tau..

 

Tiada kesan tompokan minyak

 

4.       Sunscreen tanpa white cast.

Korang perasan tak, sesetengah sunscreen kalau kita pakai, YaAllah… bercapuk kat muka, nampak pucat. Tapi dengan krim siang terbaik Aloe Vera Sunscreen tak bercapuk, senang sangat blend di kulit dan sekata dengan ton kulit. Takde la fenomene krim lagi cerah dari warna asal kulit muka. Hehehe

 

 

Muka tanpa sebarang mekap. Tak Nampak bercapuk pun kan..

 

5.       Sunscreen untuk semua jenis kulit.

Bahan utama iaitu Aloe Vera dalam kandungan sunscreen boleh soothes irritating skin. So takde rasa gatal2, takkan timbul kemerahan dan tak buatkan kulit kita tidak selesa.

Macam kulit aku mudah jadi bintik kemerahan bila salah guna produk tau. Tapi bila aku pakai sunscreen ni, takde rasa gatal-gatal di kulit muka. Sangat sesuai dengan kulit muka aku.

 



 

6.       No Harmful Ingredients.

Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN yang bagus ini menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark.

Ianya Sangat bagus untuk kesihatan kulit kerana ianya Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Takde ragu-ragu nak pakai. Ni semua kriteria penting bila nak cari sesuai produk untuk kegunaan harian kita.

 

 

Aloe Vera Sunscreen SPF 50 terbaik mempunyai kandungan yang tak diragui dan selamat untuk digunakan.

 

 

Sebelum ni aku ala kadar je apply sunscreen, janji pakai.  Rupanya banyak benda tak betul ye.

Sangat penting ye untuk kita menggunakan cara yang betul untuk pakai sunscreen.

 

Meh, aku share tips/cara pakai sunscreen dengan betul.

 

1.       Ada SPF - Pilih sunscreen sekurang-kurangnya SPF 30 dan keatas. Lagi tinggi, lagi bagus as protection terhadap UVA dan UVB. Bagi aku, ni benda pertama yang akan aku nilai.

2.       Kuantiti - Pakai sunscreen yang mencukupi. Pakai seeloknya sebanyak 2jari (jari telunjuk & cari tengah) setiap hari barulah kulit kita terlindung.

 

2 picit di jari sudai memadai.

Sering la reapply sunscreen selepas beberapa jam

 

 

3.       Rajin Reapply sunscreen – Tolong la jadi seorang yang rajin untuk reapply sunscreen beberapa kali sehari. Bila kita berada diluar and selalu expose pada sinaran UV, boleh consider untuk reapply selepas 2-3 jam lebih. For those yang bekerja indoor dan tak seberapa expose to direct sunlight, boleh reapply selepas 5 jam. Should be no problem.

4.       Sunscreen pakai waktu bila? - Gunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar. Kenapa? Sebab sunscreen atau sunblock perlukan sedikit masa untuk menyerap ke kulit untuk kadar perlindungan max. Bagi masa untuk kulit terserap dengan semua sunscreen, baru la kita keluar dengan happy ye..

5.       Rutin Penjagaan muka – Dulu aku apply je ikut suka dan tak tahu turutan yang betul.

Please follow basic skincare routine seperti di bawah ni :

 

*pencuci muka > toner > serum > moisturizer > sunscreen*

 

 

 

Langkah mudah : Apply, Blend & Done.. Mudahnya..

 

 

Sunscreen harus digunakan paling akhir sekali kerana lapisan terakhir itulah yang sepatutnya memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran UV. Setelah pakai sunscreen, barulah boleh proceed nak pakai makeup macam biasa. Boleh keluar dengan yakin dan bergaya.

 

Sebenarnya duduk dalam rumah pun, kita still kena pakai sunscreen. Cumanya tak perlu SPF tinggi kalau di rumah. SPF 30 dah memadai.

 

 

Sesuai untuk beraktiviti di luar tanpa risaukan kesihatan kulit.

 

 

Sepanjang temph sebulan lebih aku pakai Hansaegee nature aloe vera sunscreen, kulit aku tak aku gatal. Tu yang paling penting tau. Sebab apa? Sebab sebelum ni aku susah nak cari sunscreen yang sesuai dengan kulit aku yang senang naik bintik merah kalau tak sesuai dengan produk.

Ianya Sangat selesa di kulit, takde bagi effect tebal dan rimas. Teksturnya tak berminyak memang aku suka. Membuatkan kulit lembap dan lembut aje.

 

Timbul kesedaran nak reapply sunscreen selepas beberapa jam. So, jangan lupa sentiasa pastikan sunscreen ada dalam handbag kita.

 

Selamat mencuba guyss

 

 

Kalau korang tengah mencari sunscreen, apa kata terjah link2 di bawah untuk kenal produk sunscreen ni lebih dekat :

🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

 



Ok. Bye

XoXO

SAVE PALESTIN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Walaupun mungkin sumbangan tak banyak.
Walaupun mungkin doa-doa orang jahil seperti aku ni tak dimakbul cepat.
Semoga Allah pelihara Palestin. 
Kita semua bersatu padu mendoakan mereka semua. 
Lindungi Palestin. 
Free Palestin

Kita tak kesana.
Yang di lihat hanyalah dari kaca TV.
Tapi kesannya cukup memilukan.
Kuatnya mereka di sana.





Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Ya Mujriyas-Sahab‚
Ya Hazimal Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim

MAKSUD QUNUT NAZILAH

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Ya Allah leburkan pendirian mereka,
Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
Ya Allah yang maha memaksa,
Ya Allah yang maha perkasa,
Ya Allah yang maha membalas,
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
Yang turunkan kitab,
yang gerakkan awan,
yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Allahumma ameen



Ok. Bye

No more GO SHOP

Assalamualaikum... Hai Semua...


Walaupun aku bukan peminat Go SHOP, tapi bila dengar pasal Go SHOP dah tutup operasi, aku agak terkejut. Sudah banyak tahun Go SHOP beroperasi. Tak sangka kan.

Aku tahu bila tengok kat FB orang share dari video TikTok.
Sedih jugak membayangkan ramai staff akan kehilangan kerja.
Ramai pelanggan akan kehilangan channel kesukaan dorang.

Mungkin aku bukan pelanggan dia.
Tapi aku tahu ramai orang di luar sana, lebih-lebih lagi orang2 veteren yang biasa order guna Go Shop.
Listkan saja produk-produk hebat yang dorang promote kan.
Barangan elektrik, kelengkapan dapur, alatan sukan untuk kesihatan, Telekung solat, Pakaian dan sebagainya.

Orang veteren lebih mudah/selesa tengok iklan ditayangkan di TV (Go Shop).
Berbanding si shoppee apetah lagi Tiktok.

Aku masih ingat lagi, dulu masa FIL (FatherInLaw) datang rumah aku, dia selalu tengok Go Shop.
Bila kami balik kerja, kami nampak ada no telepon di tiles lantai rumah.
Rupanya FIL tulis untuk rujukan dia incase dia/kami nak beli apa-apa kat kedai tu.
Lawak bila teringat.
Dah arwah dah pun FIL aku.
Suami aku pun masih ingat kenangan ni.


So after 11 Oct 2023, no more Go Shop.






Ok. Bye
XoXO

Aktiviti di Office

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company ada buat aktiviti untuk staff.
Memang company ni ada buat aktiviti setiap beberapa bulan.
Kali ni aktiviti untuk heatlh & future.

Ada 5 booth disediakan dan kita kena collect all stamp chop untuk collect all the hadiah.
  • EPF - Penerangan tentang masa depan. Ada cadangan untuk masukkan tambahan RM10 minima sebulan. Aku pun buat je la. Kalau takde duit aku stop. Hehehe
  • AIA - Ada penerangan tentang kesihatan mental & mata.
  • KLMC - Blood test untuk kesihatan. Result akan diketahui kelak.
  • CHI X - Check untuk tahu berat dan muscel dan sebagainya.
  • TOR VISION - Check mata & penerangan pasal rabun dan silau mata.
Dah dapat collect all the stamp, maka dapat la tebus hadiah sikit.



Yeay.. Akhirnya dah dapat collect all the items.


Bacaan untuk rabun dan silau mata.


Bacaan fat & muscle sebagainya


Pakej RM99 di tanggung untuk blood test


Passport 

Antara hadiah

Suka sangat hadiah ni sebab mudah. Kain lap letak sekali dalam tu. Biasa kalau letak asing asyik hilang je



Buat-buat seronok dengan geng-geng opis join aktiviti ni.
Harap kalau bekerja di tempat lain kelak, dapat la company dan opismate yang best-best macam kat sini. Huhuh

Suami outstation semalam. Aku takde kat rumah masa tu. Cepat2 aku balik sebab suami nak g Penang pukul 6.00 petang. Nanti lambat, tak sempat nak jumpa suami sebelum dia g Penang.

Sempat dia tapaukan Nasi goreng PakLi untuk dinner aku sebelum dia ke Penang.
Benci suami outstation. Tapi nak duit. haha.. Susah kan jadi pempuan ni



Bye-bye cik Suami




Ok. Bye
XoXO