Kaktus


Assalamualaikum... Hai Semua...


Member suami aku bagi pokok kaktus. Kesahnyaa gini, suami aku bawak balik keratan kaktus yang member dia buang untuk aku. Suami aku pun dah sedia maklum aku suka benor pokok kaktus. Aku tanam dalam pasu. 

Eh.. 

Beberapa hari lepas tu dorang offer nak bagi pokok kaktus. Yak yak yeaaa la aku pun. 


Kaktus dari hasil buangan. Aku cucuk tanam dalam pasu. 




Ada 4 pasu yang dia bagi. 



Jenis ni 1 pasu

Jenis ala ala gini 3 pasu. 

Dan pokok ni sekali. 

Alhamdulillah. Dapat free. Hip hip horrey la makcik ni melompat keseronokan. 

OK. Bye
XoX0


Kertas buku skrap

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ternampak di kat  FB.
Menggamit nostalgia sungguh.
Dulu zaman sekolah, memang bebanan /ujian berat kalau nak buat pilihan cover buku scrap, corak kertas buku scrap.. Hahaha
Berejam duduk depan rak kertas pilih kertas.
Belum bab pilih nak plastik keras warna apa yang lawa..
Hahaha..
Jangan ingat hidup budak2 tak susah dulu tau.. Haha..



Mana geng2 Tganu?
Geng seminggu sekali g Pustaka Sri Intan nak beli barang sekolah.
Hahaha.. Entah apa di beli pun aku tak tahu la..


Ok Bye
XoXO

Menang Wanpaku challege di Office

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama dah event nya, tapi baru sempat nak up membangga dan membonggakkan dia kat sini. Hehehe. Ya Ampun perangai.. Haha










Ok. Bye
XoX0

Anniversary ke 11 & kenduri

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun ni takde kek pada tahun ke 11 kawen.
Sempoi aje tahun ni.
Bulan Feb bulan busy tahun ni.
Setiap minggu ada ke aktiviti.

10 FEB 2023

Selamat Ulang tahun ke 11 Encik Suami.
Semoga tercapai semua impian kita.

Aktiviti hari ulang tahun adalah dengan menghadiri kenduri cucu Jiran kampung aku yang diadaakan di Shah Alam. Dengan 2,3 orang adik beradik aku yang turut hadir memeriahkan majlis.

Semoga rumahtangga pengantin berkekelan hingga ke syurga.



Camat Hari Kiterrrrr









Ok. Bye
XoXo

Warung cik limah

Assalamualaikum... Hai Semua...

Update sini sebab nak delete dh photo ni dalam phone. Hehe..

Sekarang Warung Cik Limah dah bertukar lokasi. Masih di Meru iaitu di Jalan Jambu, Meru.
Ingat lagi, masa ni hari khamis. Masing2 ponteng kerja. Malas g keje, amik EL. Terus pecut gi breakfast kat luar. 




Kaki ayam dia lembut dan lekang tulang dan isi bila gigit



Lempeng sedap lembut. sambal bilis dia sedap bagi aku. Mungkin sebab tak pedas sangat. 
Aku memang aku order ni tiap kali datang sini


Chee Chong Fun. 



Mana bos bebudak yang tak g keje lepas dah bersiap bagai pakai baju kurung ni.
Haha

Psst : Sesekali curi masa dating masa breakfast. Walaupun takde anak, tapi ada "baby besar" kat rumah.


Ok. Bye
XoXO

Barangan legend 90an.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kenangan legend apa yang nak dikongsikan kali ni.. 

Jom...



Seluar Legend. 
Sekitar tahun 1998-2000 viral seluar ni. 
Zaman tu pulak aku tengah hitam legam tengah padang kena berkawad untuk hari kebangsaan.
Aku pakai lseluar ni g sekolah untuk latihan kawad. 

(butang tepi tu boleh bukak, tapi aku jahit sebab taknak nampak aurat) 



Pekena plak dengan sapu tangan key ni. 
Wat lap peluh berkawad 
Aku dulu warna hitam. Beli kat kedai atas bas stand K.Tganu
Nostalgia sungguh rasa.




Naik pulak bas g sekolah.
Bas no 26. Sape ingat wahai geng2 sekolah? 
Bayar 40sen kalau pakai baju sekolah. 
Kadang2 brader driver tu bagi naik free aje.

"Nok turun bandor bang" kabo ke drebar bas. 
Jangan risoooo kita dok " galok" dengan drebar. HAHAHA 😀

Kuaci legend. 
Sepuluh sen je masa tu seplastik

Ni dulu bapak aku jual kat kedai bawah rumah aku. Siap ada yang berhutang...

Paling lucky kalau dapat RM1 bila nasib baik. 

Korang tahu macamana peniaga tebus kad-kad ni lepas bagi duit yang pembeli menang?
Pekedai macam kami, akan kumpul semua kertas2 ni, pastu kira berapa dan hantar kat kedai cina yang kami beli stock kuaci. Cina tu akan bayar bape kos kita dah bayar kat pembeli yang menang. 


OK. Bye
XoXO

Bawak MIL makan di luar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kadang2 tak tahu MIL nak makan apa.
Dah jemu agaknya MIL kan makan masakan tak sedap aku. Hahaha..
Kita ni dah la tak jaguh bab masak. Huhuhu..

MIL request nak makan kat kedai sepupu.
So kami bawak ke sana.
Memang MIL kalau boleh setiap hari nak makan sini.
Kita je tak mampu nak bawak. Huhuhu.
Dalam tak mampu, kerap jugak kami bawak sebab nak MIL makan dengan berselera sikit.










MIL kebiasaanya memang amik nasi ayam penyet aje. Dan Teh O Kosong letak limau.

Dah 5 tahun MIL pantang telur. Sekarang MIL dah start makan telur semula.
Aku terus yahooooo seronok.
Sebab?
Boleh la tambah 1 menu tambahan bila masak. iaitu TELUR. hehehe

Psst : Kan kaki MIL luka kencing manis sejak 5tahun lepas, so memang MIL takut nak makan telur. Wapaun doktor kata telur tak menyebabkan nanah, tapi orang2 tua still takut.


Ok. Bye
XoXO

Install CCTV di rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mana yang follow cite aku, mesti tahu aku duduk serumah dengan mentua.
Sekarang tinggal MIL sorang. Masih boleh berjalan urus diri, cumanya terhad.
Sekadar ke bilik air & dapur seharian.
MIL & FIL (dulu ketika masih hidup) akan tinggal sendirian di rumah ketika kami bekerja.
Berbanding kalau duduk dengan ipar duai lain, rumah mereka masih ada anak2 di rumah kalau hari bekerja. 

Makanya sekarang baru berkesempatan nak install CCTV.
Sekadar untuk monitor keadaan MIL ketika kami tidak di rumah.

So, sesekali bila teringat macamana keadaan MIL di rumah, boleh la monitor.





Kalau nampak di CCTV, MIL masih tak jamah makanan yang disediakan, suami terus call aje maknya untuk suruh maknya makan. 

Boleh la.. CCTV murah2 aje beli kat Tiktok. Hehe

Psst : Korang pakai CCTV jenama apa? Clear tak gambar video nya?


Ok. Bye
XoXO