Raya 2026 : Hari Raya Pertama

Assalamualaikum... Hai Semua...


Macam biasa, blog raya sokmo terlewat tiba di sini.. Harap maklommmmmm..

Ok.. Tahun ni blog raya aku datang dengan lagu..

🎵𝆕𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅱 " jom..jom...jom.. raya dengan saya.. sudah lama tak berjumpa.. kg belah mana? baju raya awak warna apa?? 𝇥𝅗𝅥𝆔🎵
🎵𝆕𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅱 Nyalakan pelita..Hari untuk kita bahagia..Raya dengan saya..  Syawal kali ini kita berdua..
Jomlah beraya  𝇥𝅗𝅥𝆔🎵

Walaupun lagu macam tak sesuai dengan tahun ni. Patutnya lagu ni untuk 12tahun sebelum ini.. Iaitu Zaman berdua.. Hehehe...
Sebab tahun ni kita bertiga wakkkk.. Hohoho...

Selamat Hari Raya koranggggg (Walaupun syawal dah habissss..)


Hari Raya Pertama dimulai dengan pagi-pagi dah kelam kabut dengan semua orang dalam rumah.. Macam biasa trendmark famili aku yang selalu kelam kabut dan porak peranda pagi-pagi raya.. Hehehe.. Tahun pertama dengan kehadiran anokkkkkk.. Makanya awal pagi aku bersedia segala kemungkinan kalau anak buat peel itu ini bila dah ramai-ramai ni kan.. Tapi alhamdulillah si kenit ni berpewatakan baik aje di hari raya yang indah dan damai permai ni..


Anak-anak di rumah while mak ayah masing-masing ke surau sembahyang raya


Riuh rendah dengan suara budak dalam rumah bertempik, terpekik gaduhkan nak phone, gaduh nak ikut mak pak ke surau, gaduh taknak disikatkan rambut, gaduh taknak dipakaikan baju (anak aku lerrr tu hehehe)

Lepas settle solat raya, sessi bersalaman macam biasa akan porak peranda bila ramai-ramai macam ni. Sape available gi salam dulu, sape anak yang masih dalam bilik air pampers penuh tu sila urus anak dulu. Kat belah sini tengah bagi duit raya, eh kat celah sana pun si bongsu tengah salam anak sedara bagi duit raya. 

Tiba-tiba kat tangga dah kedengaran "assalamualaikummmm". Tetamu dah serbu...
Makanya sessi bermaafan dan bergambar terSTOP kat situ.. 


Juadah raya 

Untuk raya tahun ini kami tempah nasi dagang.. Sama macam tahun lepas.. Maklumla anak-anak sekarang ramai dah jadi anak perantau, so bila balik kampung teringin nak makan nasi dagang air tangan warga terengganu.. hehe

Ipar-ipar aku ada masak rendang, kuah lodeh, nasi impit. kuah kacang, sambal sotong..
Ada jugak ipar yang bagi lemang & dessert.
Terima kasih untuk ipar-ipar dan adik beradik yang membantu memeriahkan raya dan pulang ke kampung tahun ini.


Selamat hari raya 

Tema maroon kami tahun ini.  Tahun ni mix and match ajerrrr. Baju tempah guna kain batek yang dapat dari kenduri tahun lepas. Padankan dengan kain sedia ada. Baju suami elok plak match dengan kami. Baju anak aje guna baju yang orang kasi. Recycle aje. Butttt.. Aku DIY jahit kain samping untuk anak guna lebihan kain baju aku tu. Gigihhhhh kannnn seketul mak iniiiii.. 

Keluarga saya..
7 daripada 9 beradik..
2 orang di Selangor side belah mentua

Suka bila berwarna warni macam ni. Setiap family ikut tema masing-masing. So takde terhad kepada tema utama keluarga besar aje. Tahun ni macam ramai tema matcha strawberi dan hijau lembut.


Pengalaman pertama anak aku beraya di kampung bersama sepupu nya..

Raya pertama banyak tetamu datang rumah. Kami cuma sempat ke sebuah rumah sahaja untuk beraya.
Selebihnya sambung beraya di hari raya kedua. 
Alhamdulillah anok aku elok je perangainya raya tahun ini. Kalau ko buat perangai, mak jual ko kat apek botol.. Nak?? 


Hasil hari raya pertama

Al fatihah.
Ini raya pertama kami tanpa ayah. Semoga ayah di tempatkan di kalangan yang beriman, di ampunkan semua dosa dan dimasukkan ke syurga mu Ya Allah..

Semoga syawal tahun ni memberi kebahagian kepada kita semua. Bertambah ukhwah adik beradik, ipar duai dan ahli keluarga yang lain hendaknya.. 
Tahun ni buat keputusan raya di Terengganu sebab ini kali pertama aku ada anak. Ini kira macam nazar aku dulu.

Citw hari raya utk kenang kenangan kelak. 

Ok. Bye
XoXO

Buka akaun TH Anak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lepas sehari ke sehari duk tangguh nak buka Tabung Haji (TH) anak.. Sebab walau dh buat pendaftaran online, tapi still kena ke kaunter untuk pengesahan biometrik ic anak. Disebabkan Anak aku dah tak lama lagi nak masuk umur setahun, makanya aku gigih jugak la nekad nak buka akaun TH jugak kali ni..






Duit dapat masa bersalinkan Azali, dah berapa kali aku tergunakan duit tu pastu ganti. Then bila dapat duit raya, aku terus decide kali ni kena cepat-cepat gi TH untuk buka akaun. 




Tiba2 pagi ni, suami aku ajak g TH, terusla aku isi online. Then bersiap pergi TH.

Alhamdulillah. Settled.

Bila kita duk plan-plan nak ambik cuti bagai utk ke TH, tak pernah menjadi. Bila onthespot gini, haaa baru la menjadi. 

Psst : Daftar haji sekali. Giliran dia lebih kurang pada tahun 2168. Lama kan.. Anak aku masa tu dah ada kuasa super saiyan dah agaknya.. Hehehe

Ok. Bye
Xoxo

Sebelum Ramadan

Assalamualaikum... Hai Semua...

Rezeki kali ni ada cuti sebelum Ramadan (cuti CNY), so ada peluang nak sambung kemas rumah & preparation untuk puasa. 

2hari sebelum puasa, sambung decluttering rumah & tambah baik apa yang dirasakan perlu. 

MIL dah merajuk-rajuk, katanya kami takde buat apa-apa untuk katilnya yang dah lendut. So suami ambik inisiatif tukarkan katil single dibilik pakaian dan masukkan dalam bilik MIL. Katil besi MIL pulak kami masukkan ke bilik pakaian. End up sama aje lendut sebab yang lendut bukan katil tapi tilam. 

Sebelum tu, kami kemas beranda rumah in case nak ngopi - ngopi sambil tengok lampu lip lap. Hehehe. 

Settle semua, sempat kami melencong jauh ke Rosyam Mart. Kat sana nak cari Itik Smoked. Ramaiiiii  ye manusia kat sana. Kat NSK tempat kami takde itik salai tu, so ke Rosyam Mart jugakler jawabnya. 

Sehari sebelum puasa, kami ke kubur arwah FIL. Anak duk menyusu & tidur kat pangkuan, so suami je turun ke kuburan. MIL pun cuma dalam kereta sebab keadaan tanah basah lepas hujan susah nak bertongkat berkerusi roda bagai kalau nak keluar. 



Kubur FIL tepi jalan aje, memang jadi kebiasaan MIL sedekahkan doa dalam kereta saja

Sementara itu di Tganu, mak dan adik beradik ke kubur arwah ayoh. Setiap minggu dorang ke kubur. 

Alfatihah utk kedua FIL dan ayohku. 
Semoga dimasukkan ke syurga Allah. Dilapangkan kubur. Dipermudahkan semua urusan di alam sana. 

Katil sekarang di bilik MIL

Declutter. Kami buang sekali luggage ni. 
Sebab zip dah xsmooth dan payah nak buka sebab macam ada rosak. 

2plastik bag baju2 dan barang2 di dapur yang kami buang. 


Tenkiu Encik Suami tolong basuh tmpt parking kereta dan balkoni.


Salam Pagi 1 Ramadan semua.. 
Bersiaran langsung panas2 lagi post blog kali ni di pagi 1 Ramadan.

Sahur apa korang? 

Dak kecik pagi ni pukul 5 pagi dah bangun nak menyusu. Makanya ayahnya bantu siapkan sahur hari pertama ni. 
5.20 baru sempat aku bangun makan sahur. 
Tq Encik Suami. Siapkan sahur untuk isteri dan maknya. 


Sahur Day 1
Double Protein (ayam dan telur) untuk ibu menyusu. 


Semoga dipermudahkan urusan menyusukan anak lelaki di bulan puasa ni. 
Di berikan kesihatan yang baik. 
Diterima amal ibadat kita. 

Selamat berpuasa semua.. 


Ok. Bye
XoXO

Cik Ted

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mok aku masa datang sini seminggu, dia nampak Cik Ted ni..
Dia tanya bila masa aku beli Cik Ted ni..

Ke ada orang bagi???


Ai is maluuuuuuuuuuuuu nak bagitahu ni Encik Suami kasi dulu masa sebelum kawen.
Hahahahaa... Tertonggeng2 ai malu.. Mok aku mesti tak sangka anak dia pun ada taman dalam hati.. Kih kih kih


Ok. Bye
XoXO

Decluttering

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korangggg... 
Puasa dah tak lama lagi weiiii..
Lebih kurang 2minggu lagi.. 
Ai is debar2 eksaited gitewwww.. 
Tak sabar menunggu Ramadhan.. 

So persiapan awal ialah decluttering barang rumah. Kali ni fokus kemas bilik pakaian dulu. Dapur lepas ni kita buat sekali dengan cuci peti ais. Btw, kalau cuci peti ais tu memang RUTIN WAJIB la kalau nak sambut puasa, biar pun masak kadang2 je dapur berasap. Hahaha... 

Ada 1 plastik besar baju aku masukkan ke dalam TONG HIJAU recycle tepi jalan. Sekarang dah mudah sebab ada tong kat jalan perumahan aku ni. 





Ada  a few baju lusuh aku jadikan kain buruk. Tuala yang berbintik jeragat, aku gunting kecik jadikan kain buruk jugak. 
Kain buruk rumah aku cepat giler habis. Sebab bila lap najis MIL yang terburai ke lantai (tiap kali MIL sakit perut tak sempat berpampers), memang aku buang terus kain buruk tu tak basuh. 



Ada a few item aku bawak balik untuk adik perempuan aku yang nak bersalin nanti. Baju2 untuk anak buah aku pun aku selitkan sekali.


Lega dan ringan sikit kepala memikirkan kain baju rumah ni. Orangnya tak ramai tapi baju menimbun. 


Ok. Bye
Xoxo

OPAH DAN WAN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mak aku ada datang ke rumah aku. Seminggu di sini.
So berjumpa la dia dengan besannya a.k.a MIL aku.
Mereka jarang berjumpa. Seingat aku dorang berjumpa baru 3 kali sahaja.
Kekangan tempat tinggal berbeza negeri dan masalah kesihatan masing-masing.

So, bila kat rumah aku ni masing-masing duduk la bermain cak...cak.. cak dengan anak jantan aku..

Yang ni memanggil yang tu OPAH.
Yang tu memanggil yang ni WAN..

End up..
Yang ni cakap " Saya NENEK"
Sorang lagi pun membalas "Saya pun NENEK"

Esoknya masa main dengan cucu, kedengaran lagi..
Yang ni duk gelarkan yang tu "WAN"
Yang tu duk gelarkan yang ni "OPAH"
Lantak korang la...

Aku duk makan.
Lepas makan, makan lagi..
Santai makan sambil tengok netflix sebab anak sakan duk bermain dengan both "WAN dan OPAH celup".


Psstt : 
Both nenek kedua side digelar "NENEK", 
tetapi untuk side suami, panggilan datuk ialah "ATUK", 
manakala side aku, datuk dipanggil "TOKKI"


Ok. Bye
XoXO

Bibik di Taman

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya aku ke rumah abang ngah aku di Puncak Alam. Mak aku lepas abis eddah berjalan ke rumah anak-anak. So nak meraikan mak ke sini makanya aku bermalam la di rumah abang aku beberapa hari. 

Anak aku keboringan di rumah petang2, aku bawak anak dan nak sedara ke Taman Permainan berhampiran rumah. 

Ada la beberapa orang budak dan maid di sana menemani anak majikan bermain. 

Mak aku beramas mesra dengan maid sebelum kami pulang. 

2,3 minit bersembang. 

Kesimpulan dari perbualan.. 

Maid tu ingat aku ni bibik yang bawak anak majikan bermain di taman. Hahaha.. 





Ok. Bye
XoX0

Air sarsi botol dan nasi kerabu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Pagi tu suami ajak gi makan sarapan kat luar. Aku pun membara la bawak bag bekal keluar. Bekal kat sini bermaksud bubur anak, air untuk anak, air coway utk mak ayah & tisu basah. 
Dalam kereta anak meragam je dalam carseat. Bila didukung dia ok sekejap then meragam serba tak kena. Aku letak semula dalam carseat. Mood nak makan kat kedai sedikit terganggu dan aku syorkan tapaukan aje. But suami suruh try makan kt kedai dulu, kalau betul anak moody baru kita bungkus dan chowwwww. 


Kat kedai, suami order nasi kak wok.
Aku order nasi kerabu.
Suami ambik air green tea thai.
Aku? Opkosss pilih nak air kosong.. Zero kalori kononnya..

Masa tengah makan, baru terpandang dan nampak ada air sarsi botol dijual di kedai tu. 
Bini : Nak air tu..
Pesan aku kat suami yang kebetulan nak ke kaunter untuk add on lauk untuk tapau bawak balik untuk mentua.

Bila suami kembali ke meja tangannya kosong.
Takde air botol.
Aku diam je..
Terasaaaaa hati aku..

Aku makan nasi kerabu diam-diam...
Dia lupa agaknya.. Takpe lerrr..

Tiba-tiba waiter datang bawak air botol dan ais...

Waaaaaa... Suami tak lupa rupanya.. Aku ingatkan dia lupa.. 

Nasib baik aku tak merajokkkk bagai..
Kalau tak, malu la ai.. 

Air sarsi botol
Menggamit nostalgia..


Aku sedut demi sedut air sarsi tu..
Natijahnyaaa....
Nasi kerabu tak habis sebab kenyang air..

Bapaknya habis nasi kakwok.
Anaknya habis bubur.
Maknya kenyang air.. Tak habis nasi

Burpppppppp.. Sorry bau sarsi..


Ok. Bye
xoXO

Penutup 2025 dan Selamat Datang 2026

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah seminggu di tahun baru, cuma sekarang ada kesempatan untuk up 1 post di blog sendu ini. Hehe..
2025 ini dikenang dengan 1001 kemanisan dan ada terselit jugak kepahitan kehilangan seseorang.

Kalau dulu penghujung 2024, aku sedang hamil. Tapi penghujung 2025 ini aku sudah mendukung si baby Jumbo Size 10kg ni.. 

Menelusuri 365days setahun banyak benda untuk dikongsi.. Banyak benda untuk diabadikan di sini as kenangan kelak.
Jom tengok throwback sepanjang 12bulan di tahun 2025 yang lepas.


JANUARY

Memulai awal tahun 2025 hari tu dengan kandungan sudah memasuki usia 5 bulan. Ketika inilah kami tahu yang bayi yang dikandung adalah seorang baby lelaki. 


Sempat ke kenduri saudara suami, Ketika ini la ada yang mulai tahu psl kehamilan remaja purba ini. Hehe.. 


FEBRUARY

Menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 12 bersama baby yang bakal dilahirkan. Biarpun terlingkup tertunggang langgang pun rumahtangga yang ada pasang surut, hujung-hujung saling memaafkan.


Happy Anniversary youuuuu..


MARCH

Pengalaman berpuasa ketika mengandung. Aku lopong puasa 17hari. Masih bertatih nak habiskan ganti. Sedikit sebanyak persiapan menyambut baby dilakukan masa ni.


Sahur ibu hamil



Sedikit banyak persiapan menyambut baby


APRIL

Selepas 2tahun beraya Team Mentua, tahun 2025 kami menyambut raya di Tganu bersama famili aku. Raya yang sangat meriah. Rupanya tu raya terakhir bersama ayah aku. 

Bergambar di Hari Raya Kedua (malam)


Bergambar di Hari Raya Pertama


MAY 

Allahuakbar.. Alhamdulillah. Lahir zuriat yang selama ini dinantikan. Berpantang sendirian sambil membantu suami menguruskan makan minum MIL uzur. Tunggang terbalik kami laki bini dengan kuning anak dan appointment mentua di klinik. Berpantang sendirian, aku masih lakukan kerja rumah & memasak sendirian. 


Warded sehari sebelum bersalin

Ada one day tu, suami urus aku dan anak di KK. Kemudian balik tu, suami bawak pulak MIL untuk check up di KK yang sama. Settle kan satu-satu.



JUNE

Sambut Raya Haji bertiga dengan baby. Kami decide mintak tolong kakak ipar jaga MIL sebulan sehingga aku habis pantang. 


Pagi raya aidiladha

Selesai jugak 21hari cucuk ubat cair darah. 
Tak sangka aku berani cucuk sendiri perut ini..


JULY

Rutin membesarkan anak aje.. Baby lepas habis kuning, memang asyik menangis je masa tu.. Kami amik MIL untuk dijaga semula. 


Baby A dan ayahnya

Suami banyak bantu jaga anak


AUGUST

Kesihatan ayoh aku selama ni on off keluar masuk hospital. 2025 ada beberapa kali ayoh masuk wad. Even lepas raya pun ayoh warded jugak. Tarikh 18 Ogos ayoh meninggal. Dan usia baby 3 bulan masa tu. Baby belum sempat jumpa tokki. 

Urusan pengebumian ayoh



SEPTEMBER

Alhamdulillah.. Kali pertama menyambut ulang tahun kelahiran aku dengan kehadiran seorang zuriat tahun ini. Usia remaja kita ni dah level-level purba muzium dah baru dapat jadi ibu. Hahaha..


Eh macam lebih kurang je mcm sambutan anniversary. Hehe

OCTOBER

Rutin masih sama membesarkan anak aje.. Baby banyak terima hadiah sempena deepavali. Baby membesar dengan jayanya... Alhamdulillah 

MashaAllah Tabarakallah

Pemberian jiran sempena deepavali. Sakan dia collect duit raya masa Deepavali ye..



NOVEMBER

Alhamdulillah.. Tahun ni Besday suami disambut bersama si baby 6months. Baby dah start makan, but no no no eat cake besday ayah ye baby.. hehe..



DECEMBER 

Balik Tganu berkumpul dengan adik beradik. Penutup 2025 yang sangat bahagia. Terima Kasih Ya Allah.. Bulan ini jugak habis eddah untuk mak aku. 


Dengan sebahagian adik beradik yang balik kampung


Kalau sebelum ini kehidupan aku banyaknya life aku berkisar urusan membantu suami menjaga mak uzur.. Tahun 2025 ada kelainan sikit sebab dah jadi ibu, dan kehidupan lebih banyak melalui life pasal anak. 

Semoga 2026 lebih memberi segala yang indah- indah sahaja. Dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan journey menyusu aku,dipermudah segala urusan kami, diberikan kesihatan yang baik, mudah segala urusan membantu suami berbakti kepada mak, hubungan suami isteri dipelihara. Etc


Ok. Bye
XoXO