Cerita Kawen: DIY Bunga Penanggah / Corsage saya!

Assalamualaikum...
Hai Semua...


Corsage a.k.a bunga penanggah..

PENANGGAH bermaksud kakitangan yang gigih duk rewang dalam majlis kawen. Means orang kuat kat dapur, adegan masak-masak, adegan siapkan bunga telur dan sebagainya..

Tetapi oleh kerana majlis aku hanyalah tempah katering, maka aku sangat senang HATI...Hehe.
Aku memang lagi prefer catering sebab memudahkan... Lagipun taknak susahkan family aku.. Taknak orangtua aku pening-pening pikirkan jamuan..

BUT..walaupun takde penanggah tapi aku ada family yang tercinta.. Maka aku decide nak diy corsage. Bajetnya adalah murah..Around RM0.60 sebijik corsage..jimat!

Bahan yang perlu ada:
1. Bunga fabrik - 2 warna &2 size
2. Tag nama - laminated
3. Butang m&m comel
4. Pin bulat (untuk sematkan kat baju/tudung nanti)
5. Riben hijau pucuk (mak cakap as a daun la..oh..mak.)
6. Gam - Guna pistol Gam
7. Dawai halus

Step:
1. Susun bunga. Kecik di atas. Besar di bawah kelopak yang kecik tu
2. Masukkan dawai dan butang m&m.
3. Lekatkan tag nama
3. Masukkan riben yang dah siap digunting dan dibentukkan sempurna.
4. Letak pin dan gamkan dengan sempurna.



bahan-bahan yang perlu ada

Susun bunga macam ni. 
Hijau di atas
Pink di bawah. Size ikut kebesaran kain yang dipotong 

 masukkan butang, kemudian kelopak kecik, n then kelopak besar.
baru masuk kertas tag nama.
Tag nama tu kena buat lubang kecik sikit tepi dia. 
untuk cucuk masuk yang tadi kite amsuk kelopak bunga

 Lastly letak riben
Baru la gam pin bulat kat belakangnya.


Hasilnya.
Sebelum digunting hujung riben


Aku sediakan corsage ni hanya untuk ahli keluarga dan BFF..
This corsage family aku pakai dengan baju peach/cream gitu la warnanya. Untuk majlis resepsi aku kat dewan pada 11 Feb 2013 hari tu.




Masa kenduri aku busy dimekapkan, pastu dipakaikan songket yang cantek..
Busy dengan banyak acara, tapi bila mata tengok kat baju and tudung dorang ada corsage, wahhh..teruja..hilang semua penat..

I got a thousand positive comments from guest, relatives & friendsssss.
Really appreciated that.


Ayoh dengan corsagenya

Ada jugak sedara dan kawan mak aku tanya mana beli corsage ni...

* Selamat Mencuba*


ok.bye
XoXO

3 comments:

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo