Cerita Kawen: Veil Majlis Bertandang

Assalamualaikum...



Kali ni nak review veil yang aku DIY untuk majlis bertandang di Perak..

Veil ni aku inspirasikan dari tengok blog orang lain.
Size yg mereka buat 110 cm X 70 cm
Size yg aku pilih 100 cm X 65 cm

Kenapa size veil aku kecik?
Actually aku yang nak veil yang kecik dan singkat sahaja sebab aku ni rendah...
So taknak veil labuh-labuh ..nampak macam dugong bergerak je nanti...

Lagi satu aku nk veil singkat sebab baju bertandang aku tu ada riben kat belakang dia.
So taknak veil menutupi riben tu..



CARA-CARA NAK DIY VEIL:

1. Lakar bentuk veil atas kertas dahulu. Nak jimat kos guna kertas surat khabar jer..



2. Gunting kertas tu membentuk huruf D. Kebiasaannya orang buat bentuk huruf D. Tapi aku buat oval sikit.

3. Tekapkan paper atas kain veil. aku guna kain chiffon. RM15rgt semeter.. Memang mahal sedikit tapi sangat lembut dan flow je..suka sangat. (yang murah takde warna ni nak matchkan dengan baju)


Letak atas kain sebelum letak jarum peniti dan urusan gunting menggunting.

4. Pin sekeliling kain untuk senang nak guna. Baru kain tu tak gerak-gerak masa kita nak potong.

5. Potong dengan cermat. jangan salah potong nanti meroyan plak...

Hasil selepas potong secara sopan sebentar tadi.



pastikan ada lebihan kain. sebab nak jahit tepi.


6. Lepas siap, kenalah jahit tepi. Aku pergi kedai untuk jahit tepi. Upah RM5.

7. Siap jahit tepi boleh proceed untuk letak border lace and patch lace. Patch lace aku beli masa kat Tganu. Beli yang lebihan lace (dapat murah). Border lace plak aku guna yang lebihan masa tampal kat baju pengantin biru (baju bertandang)

8. Design sesuka hati la untuk corak tampalan lace yang macamane korang nak.

9. Add on manik and poddle flower untuk lagi cantek..

Ni contoh corak yang aku pilih.
Border lace di depan
Belakang tu aku patch lace je
Tampal je menghala ke belakang
Jadikan corak ni ala-ala menjalar ke belakang sikit

Kemudian aku jahit poddle flower warna putih
Nak nampak lagi timbul bunga ni

Ni hasilnya lepas siap menjahit manik.


Bahagian depan
Atas kepala

Bahagian tepi kanan kiri aku letak jugak manik sedikit
Nak beratkan sikit veil di bahagian kiri dan kanan
Nanti baru terletak elok turun lurus ke bawah
Tak la mudah teralih ke sana sini

Gambaran penuh

Kos untuk veil  ni:
1. Kain - RM 15. Tapi separuh je aku guna.
2. Upah jahit tepi - RM5
3. Manik - RM18. Kongsi guna untuk jahit baju bertandang dan baju melayu suami.
4. Lebihan lace - RM10. tapi guna sedikit sahaja. Banyak lagi lebih..
5. Border lace- Guna yang lebihan kat baju bertandang









Alhamdulillah.. Bila veil ni singkat, ianya tak menutupi manik yang kat pinggang tu..
Sangat puas hati.

Ramai sangat yang puji hasilnya ni.
Termasuk la si pak andam tu.(^-^)



Psst: Selamat Mencuba..G.I.G.I.H ye teman-teman....:)



Ok.bye
XoXO

3 comments:

  1. boleh buke butik pengntin utk veil shje..
    haha..
    mu mmgm gigih ye hani..

    tuko name blog jd blog puan hani la..
    kehkeh

    ReplyDelete
  2. Cantikkkk nya haii.lya nak try buat
    tp tkt xjd

    ReplyDelete
  3. hihik..usaha dlu..nnt msti menjadi

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo