Nasi Goreng Cina mudah

Assalamualaikum...


Lama tak buat nasi goreng.. Bila teringin, cepat-cepat sediakan

Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk
3 ketul dada ayam (dipotong kecik)
2 biji telur
Setengah lobak (ni je yang ada dalam peti saat ni)
2 batang cili hijau/merah
sedikit daun sup (di hiris) kalau ada daun bwg lg best
2 sudu besar sos tiram
marjerin utk menumis
garam
gula

Bahan Tumis (di tumbuk)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Cara-Cara
1. Panaskan kuali untuk cairkan marjerin dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sekejap kemudian kacau supaya hancur.
3. Masukkan sayur yang ada dan ayam. Masukkan hirisan cili hijau/merah.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula.
6. Kacau supaya rata.Last sekali masukkan daun sup dan tutup api.
7. Hidangkan untuk suami terchinta....


Hiasan pun tak semenggah.
Baki sayur dalam peti




Makan pun tak berlapik. Atas lantai je. Nampak sangat dah xtahan nak serbu.

Ok.Bye.

4 comments:

  1. nt beli meja kecik.. duk mcm org jepun mkn.. comel.. hehe

    ReplyDelete
  2. mmg favourite sy gak la nasi goreng cina ni.. selalunya suka makan pedas tp nasi grg cina fuhhh tetap terangkat.. hihi

    ReplyDelete
  3. akak suka makan..tapi tak pernah try bikin sendiri...senang je tgk hani buat... nak sepinggan...

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo