Home Organizing : Fan flower a.k.a kipas kertas

Assalamualaikum...



Entry sebelum ni. kat sini ada cite pasal ubahsuai tempat penyimpanan fan flower kat storage aku bilik no 2 ni.
Sebelum ni niat nak beli storage box yang plastik, terbengkalai sekejap sebab harga masih mahal.
Aku tunggu ada sales baru beli. Bukan berkira tapi jimat. RM2-3 ringgit pun still duit tau.

Sebelum ni aku beli warna merah storage kecil hanyalah RM7.90 lepas diskaun. Kalau harga biasa dalam RM10 jugak la. Kali ni g tesco, nampak ada storage murah RM8.80 satu, ada roda. Size besar sikit dari sebelum ni. Terus aku rembat dua walaupun suami syorkan beli 4 je.

Aku pulak tunggu nak datang lagi, beli dua bijik je storage semata-mata nak ukur dulu muat ke tak nak susun kat storage nanti. Rupanya muat. Menyesal tak ikut cakap suami beli 4 terus.hehehe..

Pasni serbu lagi Tesco okay.



Daripada ni


Kepada ini
Simpan semua fan flower dalam ni.
Kecuali yang terlalu besar masih lagi letak dalam kotak jahit.

Sumbat semua
Yang besar susun elok, yang kecik sumbat je sebab nak muatkan ruang
Dalam ni jugak aku simpan sekali lantern paper yang aku beli dulu.






Dua kotak yang lama dulu simpan flower fan, 
boleh gunakan untuk kegunaan lain pulak
Kotak masih elok

Ok.Bye
XoXO

First time try sushi dan DIY barut baby

Assalamualaikum...


First time makan sushi, memang jakun la...
Hari ni g Jusco, nak guna baucer yang company bagi..

RM5.90
Beli satu untuk kongsi dengan suami
Kalau tak kena dengan tekak kami, takde la rugi sangat kan..


Kesimpulan : Not bad la.. .Sedap jugak


Selingan, wahhhhh.

Barut First Time Trial
Buat untuk tempahan member

Ni aku guna dua-dua bahagian kain flanel.
Sedangkan kalau orang jual, bahagian dalam guna kain cotton putih biasa je

Kain flanel yang baru beli.
 RM7.80 semeter kat Selayang.

Pasni nak try survey kat Ganu ada yang murah tak bila balik kampung nanti.
Dulu tengok ada yang RM6.50 semeter.


Ok, Bye
XoXO

DIY : Jahit cadar Queen

Assalamualaikum...


Ni kali pertama jahit cadar sendiri.
Biasanya beli je kat Jusco.
Suami tolong ukur bagai dan bawak aku gi kedai.
Sampai kedai aku pilih kain.

Aku pilih kain cotton bunga kecik RM3.80 semeter.
Ni bidang 45. Sebab murah..
Nak beli kain yang bidang 60 tapi harga RM 19.90 semeter.
Risau jugak beli yang mahal kalau menjahit tak jadi, mau nya aku meroyan satu shoplot ni..

Untuk first time trial, guna kain murah je la..
Beli kain 8 meter untuk sarung bantal sekali

Selepas beberapa hari aku duk study kat youtube dan blog orang, makanya aku dapat la tahu sikit cara - cara orang jahitkan cadar sendiri...

HeHehe..
Sudah siap

Siap dengan 2 sarung bantal aku buat. 
Ni sarung biasa je.
Tak guna zip


Ni warna kain cadar saya


Sebab ni bidang 45 je, makanya tengah kena sambung. 
Tapi ok je pun.
Kos hanya lah below RM40.
Kain pulak banyak lagi lebih sebab aku tak buat bantal peluk


Cara-cara dia boleh refer link bawah ni :


Ok. Bye

Home Organizing : Pelan Rumah Sewa Kami yang comel sebab kecik jer size nya..

Assalamualaikum...


Gigih aku wat pelan rumah ni guna Microsoft Excel.
Ni rumah sewa tau...
Bukan Rumah yang kami nak beli.



Yang nombor-nombor tu kalau nak tahu, legend dia ada kat bawah ni:
1. Tempat sidai kain
2. Drawer plastik
3. Meja solek
4. Open DIY drawer
5. DIY Rack Storage
6. Wordrobe Kain Giant
7. Cabinet barang + kasut
8. Rak kasut harian
9. Rak pinggan Giant

Setakat ni hanya inilah perabot dan kelengkapan yang kami ada..
Sebahagian harta aku ni adalah yang aku guna masa bujang dan separuh lagi yang beli 2nd hand punya perabot..

Rumah ni ada dua bilik sahaja.. Sebab owner dah renovate bilik no 3 (maybe bilik stor) menjadi ruang sambungan untuk dapur.

Ok.bye
XoXO

DIY : Riben untuk langsir bilik

Assalamualaikum...



Ada kain lebih, aku buatkan riben untuk langsir.
Tapi sayang, kain ni tak panjang sangat.
So tak dapat nak wat talinya yang panjang berjuntai lawa gitu haa..

Langsir coklat, tapi takde kain lain yang sesuai.
Terpaksa gunakan je apa yang ada.
Aku prefer cream. Tapi takde kain.
Yang ada hanyalah warna green ala-ala tiffany green kot!


Riben view depan


Riben view belakang
Aku letakkan pin bulat kat belakang untuk lekatkan kat langsir.


The hasil.


Jahit sendiri langsir ni dulu sebelum ada mesin jahit baru.
Gigih aku jahit terburu-buru sebab time balik kampung je ada ada mesin jahit


Niat hati nak buat macam ni..



Ok.Bye
XoXO

Home Organizing : Ubahsuai Penyimpanan Flower Fan

Assalamualaikum...
Hai semua...


Macamane korang simpan barang-barangan perkahwinan kamu dulu? I means barang-barang yang masih berguna dan akan digunakan lagi. Atau mungkin, korang simpan untuk kenang-kenangan secara comel kan.

Antara barang yang aku still simpan:
1. Baju Peplum (baju bertandang)
2. Baju Melayu (baju bertandang)
3. Flower Fan
4. Guest Book
5. Props (photobooth)
6. Corsage

Barang-barang hantaran (gabus, bakul, hiasan) aku tinggalkan kat kampung.

Antara barang yang aku nak simpan tapi takde proper cara simpan adalah flower fan. Sebabnya, size yang besar dan agak leceh nak simpan. Selain tu, ianya makan space kat storan kami. Nak main sumbat-sumbat je, takut nanti berkedut pulak, ronyok plak, rosak pulak.






Nampak tak plastik merah yang gedabak besar tu?
Itulah aku sumbat semua fan flower aku kat storan tu.
Sampai ada yang rosak-rosak tercabut la, terkoyak sikit la,tercabut gam la


So, cara baru susun flower fan adalah simpan dalam kotak. Bila ada kotak yang tak digunakan, aku akan gunakan untuk simpan barang ni. Tengok atas size kotak dan size flower fan.


Susun satu-satu

Mana-mana fan flower yang muat kotak ni, aku masukkan.
Senang sikit. Takde nak terpenyek bagai kan.




Nampak tak kotak mesin jahit toyota tu?
Dalam tu, aku letak flower fan yang besar
Janji fan flower tu tersusun dan tak penyek or rosak


Sambil- sambil tu, duk la geledah sekali tempat comforter, kemaskan apa yang patut tengok-tengok kot-kot ada lagi ruang kosong dalam storage comforter tu. Rumah kami takde almari, so comforter simpan cara macam ni dulu la.


Comforter is comel-comel duduk sini


Ruang ni masih belum habis berkemas lagi...




Guna lagi frame loker kain tu, walaupun kainnya dah tak elok.
Ni je ada untuk gantung baju di ruang tambahan.


Ok.Bye

Role Pencil Case

Assalamualaikum...
Hai kengkawangg...



Ok. ada entry craft tapi tertunggak sebab busy..

Ada lebihan kain yang masih tak digunakan..
So, google apa yang boleh aku buat dengan balance kain yang ada ni...
Dapat idea nak buat Roll Pencil Case.








Kain ni agak nipis, kalau guna yang tebal mesti lagi cantek.
Ataupun add on span dan guna dua kain yang berbeza mesti lagi cantek

Kemudian gulungkan dan buat cantek-cantek serta ikat riben 
Bagi kat suami ala-ala surrrpriseeee gitu haa.



Ok. Bye

Apa yang aku buat 1 Januari tahun lepas dan satu Januari tahun ini, # Love it

Assalamualaikum...
Hai semua... Sihat belaka?


Eh.. Apa yang sama kami lakukan tahun ni dan tahun lepas pada tarikh 1 Januari...

Tahun lepas pada 1 Januari 2013, aku dengan Encik Suami (time ni belum jadi suami lagi) gi tengok rumah untuk kami sewa lepas kawen.
Time tu g Sri Damansara carikan rumah sewa.
Umah Flat tingkat 4 yang usang dan bocor sana sini.
Uiksss memang geleng kepala aku taknak.
Nasib baik dah dapat rumah yang lagi elok pastu.

Tahun ni 1 Januari 2014, sekali lagi aku dengan suami pergi visit rumah yang kami nak beli di Sungai Buluh.. Rumah ni sangat usang dan boleh dilabelkan terbengkalai sebab owner tak pernah duduk.
Agak rare jugak la. Tapi ni murah so agak-agak mampu la kami beli.

Tapi kali ni aku visit rumah tu sebab nak bawak kawan aku dan jugak sorang kontraktor (kawan suami), nak nilaikan berapa kos kalau kami nak renovate dapur.

Apa yang perlu kami buat untuk rumah terbengkalai tu:
1. Pasang pintu masuk dengan pintu yang lebih secure
2. Pasang tingkap untuk semua bilik
3. Buat tangga untuk ke tingkat atas. Tangga takde kena curi kayu nya.
4. Buat wiring baru dan install lampu dan kipas. Wiring lama tak sure boleh gunakan lagi ke tak. Kena apply kat TNB untuk pemasangan elektrik baru..
5. Buat tambahan piping. Dan apply kat Syabas. Air dah dipotong.
6. Baik pilih tandas dan toilet untuk lebih selesa.
7. Pasang Sink di dapur.
8. Grill
9. Pasang mozek kat ruang tamu je.

Ni pun total dah RM10 -20 k. Takpelah, untuk keselamatan dan keselesaan diri kan.
Kalau nak tambah renovate dapur tambah lagi duit...
Gambar rumah takde pulak dalam handset ni.

Pssttt : Masih berbincang samada teruskan beli rumah ni atau tak.

Ok. Bye