Peringatan : Ini adalah Entry Panjang..
Raya AidilFitri Tahun 2012 (Bulan Ogos)
Adik lelaki aku sibuk nak tunang.. So jadik la dorang tunang hari raya ke-5 (Bulan Ogos) ..
Jadi bila adik lelaki tunang dulu, maka ramai yang orang tanya bila si kakak nak kawen..
Aku hanya mampu tersengih..
Malas nak pikir... Aku rasa enjoy je hidup masa tu..
Rombongan bertunang adik lelaki
Birthday (Bulan September)
Sehinggalah bulan September (time besday aku), aku call mak kat kampung..
Sembang-sembang dengan mak aku, timbul isu kawen...
"ok..kawen je la dengan sape pun nanti" jawab aku..
First Time Dibawa ke butik pengantin (Bulan Oktober)
So balik kampung lagi bulan 10 tu, mak n adik lelaki aku banyak tanya pasal persiapan perkahwinan..
Dia nak wat persiapan sekaligus dengan majlis aku tapi aku ni wat dont know je..
Mak dan adik-adik bawak aku tengok baju pengantin.
Takde teruja langsung...
Masa tu hati aku masih berbelah bagi nak kawen ke tidak...
Holiday kat kampung (Bulan November)
Balik kampung bulan 11 (time awal muharam), baru la aku buat keputusan muktamad nak kawen...
Siap buat solat istikarah (google cara dalam internet bagai)
Aku setuju nak kawen sebab nak sekalikan majlis dengan adik lelaki aku.
Hujung Bulan 11 tu la baru mula wat persiapan kawen..
Persiapan mental sahaja.. Duit aku tak cukup pun lagi masa ni..
So first time la aku g umh family bakal suami dan bakal suami datang rumah aku..
Hujung Bulan 11 tu la baru mula wat persiapan kawen..
Persiapan mental sahaja.. Duit aku tak cukup pun lagi masa ni..
So first time la aku g umh family bakal suami dan bakal suami datang rumah aku..
(Both of us bukan jenis pergi bertandang g umah parents masing2)
Tu pun pergi lepas kami setuju nak kawen dan parents masing2 nak jumpa.(Sebab kami takde merisik & bertunang)
Baru la mula test baju dan start nak beli barang untuk hantaran & kain untuk DIY..
Balik ke Shah Alam, angkut la bakul dan barang recycle untuk hantaran kawen...
Tq kat kak zura yang ada tolong sikit-sikit..
Banyak deko untuk hantaran kami recycle guna yg majlis abang2 aku dulu sebab kekangan duit..
Preparation hantaran
Continue buat hantaran..penat jangan cite laa..hikhik..
Malam-malam wat hantaran. Siang-siang kerja kat office yang super duper bizi tak ingat dunia tu..
Tiap malam tido dengan pinggang penat..sebab duduk buat buat fabric flower & hantaran setiap malam..
Bulan 11 duit gaji sepenuhnya untuk kereta sahaja (roadtax, servis & tukar spare parts).
Kami hold beberapa minggu untuk beli barang untuk diletakkan dalam bakul hantaran..
Sedangkan bakul hantaran sudah lama siap..tinggal masukkan barang n final touch up je..
See..sabar kan aku menunggu duit gaji bulan December.
Pertengahan bulan 12,company bakal suami baru je dapat cheque. so dapat payment sikit.
Dengan duit tu, kami survive beli barang hantaran (baju,seluar,kasut) sebab gaji aku hujung bulan 12.
Kami shopping di Jusco lepas balik kerja dan esoknya di setia mall. (waktu dah suntuk sangat!)..
Kami beli jugak kain untuk tempahan baju bertandang di Perak nanti. Aku pos ke kg untuk tempah jahit.
Tanggal 22.12.12 sebelum balik kampung kami belikan towel kecik-kecik untuk doorgift (beli kat GM KL) and belikan gula-gula, snek bagai tuh (di Rawang)..
Mana hantaran yang dah siap, kami angkut bawak balik kampung sekali..
Gerak balik Tganu pukul 1.30 ptg. Sampai dalam kul 11 malam
Kereta dah penuh dengan barang
23.12.12 - Sepatutnya amik baju tempahan hari ni tapi kedai plak tutup...
So kami ke kedai kain depan Pasar Kedai Payang. beli kain pelikat (RM25) and sejadah (RM30) untuk hantaran.
Rembat jugak lebihan renda kain (RM10/1.5meter) untuk aku DIY veil untuk kenduri bertandang.
Beli kain warna cream untuk tabir photoboooth 5meter/Rm15.
Kemudian ke Kedai Kain Desa Murni, beli kain batik Terengganu (RM16) dan kopiah untuk hantaran bakal suami (RM3).
24.12.12 - G amik baju tempahan kat kedai jahit... Kemuadian ke Bus Stand Kuala Terengganu beli tudung untuk mak dan adik-adik .
Sempat singgah Mydin Mall untuk suami amik gambar untuk kad kawen (IC kawen).
So beli sekali barangan mandian untuk hantaran (RM103 untuk 2 hantaran pihak aku & suami).
Kami g kedai emas beli gelang kawen and ke pasar malam cari tudung kawen..
Membeli gelang tangan untuk hantaran
Adik bongsu sibukkan diri untuk hantaran
Dengan adik bongsu teman memilih tudung
Memilih tudung di pasar minggu Taman Shah Bandar, KT
25.12.12 - Balik KL. Musim banjir drive 10 jam baru sampai KL.
Pergi KL bawa baju biru bertandang tu untuk sambung jahit manik dan lace tampal.
Sambung buat fan flower and touch up props.
Baju bertandang before beading
26.12.12 - Bakal suami buat draft kad kawen (dalam computer) untuk majlis pihak lelaki pulak. Sisa-sisa tahun 2012 dihabiskan dengan menjahit manik dan touch up baju biru bertandang.
Cuti tahun Baru (Selamat Datang 2013)
1.1.13 - Permulaan tahun baru dimulakan dengan pergi view rumah sewa Flat tingkat 4 (RM400) di Sri Damansara.. Persekitaran kejiranan okey, tapi rumah tak okey... So kami cancel...
3.1.13 - Aku dah jumpa penyewa baru untuk ganti aku di bilik sewa aku di Shah Alam... So kelam kabut la aku sebab barang belum kemas lagi.. Balik kerja sampai rumah pukul 6.30 terus packing barang bawak keluar rumah. Tinggalkan sikit jer barang untuk aku guna sementara duduk sebulan sebelum kawen ni...
Pukul 8.30 g rumah kawan bakal suami kat Jalan Kebun untuk tumpangkan barang aku kat sana.
5-6 Jan 13 = G Rawang beli barang doorgift untuk kenduri majlis bertandang nanti. Then bakal suami balik kampung dia untuk hantar doorgift dan barang hantaran dia untuk pihak mereka sediakan.
Kat Perak ni, Survey homestay untuk family aku duduk masa kenduri nanti( RM230/semalam - ada ekon). Keadaan rumah yang sangat selesa!
7 Jan 2013- Kad kawen Majlis di Terengganu dah sampai.. Perasaan masa bukak kad kawen tu memang debar-debar sebab aku tak pernah tengok kad kawen majlis aku ni (I means draft).. Sebab adik aku yang uruskan semua persiapan kat kampung.
Masa baca kad kawen tu.first aku check ejaan nama kami then check nama dewan, date dan no phone. Itu aku rasa sangat penting.
Malam tu masukkan kad dalam sampul.. So mulalah agihkan kad...
8 Jan 13 = Alhamdulillah bakal suami dah jumpa rumah untuk disewa (RM450/monthly). Di Selayang. Aku setuju amik rumah tu lepas bakal suami share gambar lepas dia pergi view rumah sewa tu... Bayar deposit rumah..
9-10.1.13 = Survey perabot rumah terpakai.. RM700 untuk peti ais 2pintu, 2 katil queen, others item kecik2)
10.1.13 = Bakal suami create/post event wedding kami kat FB. Ramai yang terKEJUT.. ramai yang TERtanya... Ramai yang TAK SANGKA..
12.1.13 = Pergi bachelor party a.k.a piknik dengan teman-teman yang bakal berkahwin jugak seangkatan dengan kami tahun tu... Petang tu ke kedai untuk beli paper nak print kad kawen untuk majlis Perak. Total (RM40= 200 kad kawen including envelope)
14.01.13 = Balik kerja malam tu kami g setelkan hal pembayaran perabot second hand tu. RM700. kongsi2 duit antara kami.... Baru la sweet.kannsssssssssss..
16-18.1.13 = All about kad kawen processing and posting. And also start deko guest book.
Pertengahan Januari kami balik kampung sekali lagi untuk hantar barang kawen yang lain.. dan fitting baju untuk majlis bertandang nanti. Siapkan fan flower dan naikkan tabir photobooth kat rumah sementara sebelum angkat ke dewan kelak.
Fan Flower
Fan Flower in the making
Kami buat tirai photobooth dekat rumah dulu, nanti masa hari majlis kami angkat tirai photobooth ni bawak ke dewan plak..
Senang siapkan awal-awal sebab nanti takut tak sempat..
Makan bersama keluarga tersayang
Doorgift
Gula-gula for the doorgift
Ontheway balik KL dari Terengganu, kami singgah Pantai Rantau Abang buat pre-wedding sendiri..
Buat sendiri jer tanpa photographer. Sebab dapat idea masa kat kampung hari tu.
Kami setting semua sendiri, guna DIY prop yang kami buat.
Guna Camera set selfttimer and tripod jer.
GIGIH tahu tak???
01 & 02 Feb 2013 = Pagi tu kami berdua dan housemate rumah sewa aku (Ana budak P.Redang) pergi cuci rumah sewa kami. Malam tu bakal suami dengan 5 lagi kawan dia datang angkat semua barang dengan lori (aku tak join). Cuma TV dan dapur kami bawak masuk 7hb pagi sebelum balik Tganu.
Pindah masuk barang
di Mr.DIY beli peralatan rumah
Ke rumah kakak ipar di Putrajaya tolong siapkan doorgift kami
03-06.02.13 = Menghabiskan sisa masa dengan touch up manik pada baju bertandang kami.. dan siapkan props untuk Photobooth.
08.02.13 = Tiada lain selain preparation. Stressssss
09.02.13 = Majlis kawen adik lelaki aku di Dungun Terengganu
10.02.13 = Akad nikah kami dimulakan dengan sessi pertunangan kami.kemudian dikahwinkan.
Tunang 2 minit sebelum akad nikah.. Takde yang nak tanya ke dugaan bertunang??
Lepas akad nikah
11.02.13 = Majlis resepsi kami + Majlis bertandang adik lelaki aku.
12-13.02.13 = Kemas dewan + rumah. Penat.. Nasib baik takde kuali besar sebab kami guna catering kan... Tinggal kemas pinggan mangkuk makan beradap je..
13.02.13 = Suami balik Perak sendirian. Aku akan dibawa family aku ke Perak untuk bertandang ke sana hari sabtu nanti..
15.02.13 = Rombongan kami ke Perak. Seharian dalam van persiaran (8am - 6pm). Siap berhenti rehat kat Tasik Kenyir sekejap. Bergambar. Kemudian berhenti di Santuari Gajah, Kenyir jugak sebab nak tengok gajah... Gigih ko!.. Kami berhenti makan di Gua Musang sebelum berhenti di Cameroon Highland cuci mata dengan strawberi. Sampai di homestay Batu 10, Perak jam 6.00 petang. Makan malam tu di rumah mertua.
16.02.13 = Di persiapkan awal sebab majlis bertanding pukul 12. Family aku balik Terengganu pukul 1.30pm. Eh.. jangan ditanya ada adegan airmata atau tak..
Sangat puas hati.
Pakai baju yang design sendiri.
jahit manik sendiri
bunga tangan sendiri
veil sendiri.
17.02.13 = Balik KL sebab esok dah start kerja...
Tak suka..
Psssttt : Gigih kan seketui budak ni buat persiapan kawen.. Dah settle kawen dah pun...
Ok.bye
3 comments:
kisah cinta korg ni boleh wat novel..
haha..
semoga bhgia selamanya ye puan hani..
=)
tq syg..wish happiness to u too
ani.. smoga bahagia.. terharu baca entry ni. gigih! :)
Post a Comment