Aku balik Tganu sebab konvokesyen adik perempuan aku.
Ni adik kedua bongsu.
Dulu masa diploma di UTHM , mak dan ayah aku tak dapat datang sebab ayah aku kan dah uzur, tak boleh nak jalan jauh.
So, as ganti aku dan keluarga abang sulung yang pergi.
So, masa degree alhamdulillah dia dapat sambung di UMT (Universiti Malaysia Terengganu).
So, dekat dengan rumah.
Tapi tu la study online 2tahun, kesian jugak wei.
So, kali ni ingatkan ayoh boleh pergi sekali.
Rupanya ayoh aku makin uzur. Lelohhhhhh je memanjang.
So, mak aku suruh aku balik temankan dia masuk dewan masa konvo.
Oleh kerana dia konvo di hari terakhir, makanya lepas konvo terus kena bagi jubah dan keluar dewan.
Nasib baik jubah dapat collect awal sehari, so sempat la dia bergambar sehari sebelum dengan family.
Esoknya masa konvo, sempat bergambar dengan ayoh kat rumah dan terus ke UMT.
Siap konvo, keluar dewan terus kami balik.
Duduk beberapa hari di Tganu.
Maha Panasssss yang amat.
Aku rasa bahang sampai ke kaki wei.
Dengan gangguan bekalan letrik beberapa hari, saborrrr aje la.
Paling sendu, bila bekalan letrik takde pukul 5 pagi.
Melalak la anak sedara aku kepanasan.
Kul 7 ada letrik, masing2 membungkam sambung tido.
Balik ke Selangor semula lepas settle konvo.
Bye-bye semua.
Jumpa lagi lepas raya. InsyaAllah
Ok. Bye
XoXO