Showing posts with label EATCLEAN. Show all posts
Showing posts with label EATCLEAN. Show all posts

Apa yang ko dapat EatClean sebulan puasa ni sis?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Gigih nau aku ber'EATCLEAN' sebulan puasa..
Eh takde la sebulan eatclean..
Akan ada hari CheatDay aku (setiap ahad)..
Dan jugak hari balas dendam (4 hari sebelum raya sebab balik kg sendiri).


Eh..segan nak cakap..
Bulan puasa ni turun 4KG je (seminggu 1KG)..
sendu kan?
Oranglain takde nak eatclean pun blh turun 4KG kan..
Kita yang metabolisme lembap slow ni, memang payah nak turun berat badan..
Apa pun tetap ALHAMDULILLAH..


Lepas Laparoscopy Surgery last year, Dr Hamid suruh turunkan berat badan..
Tu yang aku slow2 menapak turunkan berat badan..
Dan jugak kena aktif.
Bab aktif ni aku surrender..
Sejenis ciptaan Allah yang bila di suruh bersukan, dia akan duduk tepi padang..

Seminggu raya aku bantai semua..
Takde nak eatclean bagai sebab raya kat kampung..
Tak lepaskan peluang makan masakan mok.
Kerana terasa rugi sebab aku hanya balik kampung dan berkumpul adik beradik pun jarang2..
So berat naik balik sekitar 1.5KG..

Minggu ni start ganti puasa and hope lepas habis ganti pose boleh merajinkan diri pose bulan syawal plak..

Eh. Selamat Hari Raya semua..
Entah bila gigih nak update kesah raya.

Alasan : Takde kabel nak transfer gambor.
Selamat Hari Raya geng!

OK. Bye
XoXO

EATCLEAN : Untuk Puasa

Assalamualaikum... Hai Semua...


TIPS PUASA EATCLEAN 

Pilihan Menu Sahur

  • Malam rendam 3 bijik kurma yang dicarik-carikkan dalam air kosong semalaman.
  • Blender susu farm fresh satu mug + 3 biji kurma yang lembut (rendam air sebelum blend)
  • Overnight oat dgn campuran nuts dan sedikit buah. Minum air kosong suam segelas atau air rendaman kurma diatas tadi.
  • Roti whole meal wrap dada ayam dibakar sedikit sos kewpie dan sayur salad.
  • 2 keping roti whole meal dibakar dan disapu dgn sedikit peanut yg diluluskan, segelas air kosong atau susu blend dengan oat.
  • Roti whole meal bakar sekejap + scramble egg (telur 2 bijik + garam bukit + susu segar) + Salad dressing kewpie sos.
  • Egg muffin healthy
  • dada ayam grill dan 2 keping roti whole meal dan sayur salad air suam segelas.
  • 2 bijik telur pecah kan ,masuk kan rolled oat td hirisan bawang merah dan cili merah letak sket lada sulah garam dan perasa kacau dadar kan dgn minyak sedikit atau non stick pan.
  • boleh makan dgn roti whole meal atau begitu saje dgn sedikit sos kewpie. minum air suam dan madu
  • Nasi kalau nak, amik suku-suku-separuh (nasi-protein-sayurbuah) + minum air kosong



Pilihan Menu Berbuka

  • Amalkan suku-suku-separuh
  • Nasi - protein - sayuran & buah
  • Sebotol air 1 liter habiskan dari pukul 7.30 masa berbuka sampai 9 malam. 
  • Kalau lapar selepas 2 jam boleh makan buah.
  • Protein kukus, grill dan bakar lauk
  • Sayur rebus atau tanpa minyak
  • Lepas 2 jam makan buah kalau jenis xambik sayur byk ya
  • Seketul keledek rebus dan lauk mcm biasa ade sayur
  • Secawan bihun kosong dgn sup ayam
  • Overnight rolled oat yang tengah disediakan masa lunch (dalam peti)
  • Jus buah tanpa gula
  • No ais (kalau nak sejuk, letakkan jus di dalam peti ais bawah)
  • Air kelapa buah (tanpa gula)
  • Andai teringin dessert manis, hadkan pengambilan - seminggu sekali.
  • Makan buah dan sayur elak sembelit


Ok. Bye

EATCLEAN : IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG

Assalamualaikum... Hai Semua...


IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam.
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api
masukkan buah tomato.

3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.

Sources photo from google

Menu 4set - 4x makan

Overnight Oat epal and kurma

Teatime vietnam sayur rolls

Sandwich patty chicken dinner


Jadual Eatclean :
Jam 8 - Overnight Oat epal dan kurma
Jam 1 - Nasi suku, ikan masak pindang & Ulam sambal belacan
Jam 3 - Vietnam sayur rolls
Jam 7 - Sandwich patty chicken & salad
Jam 11 - Buah kurma dan susu (kalau lapar)

Minum 2liter air sehari
Workwork 40 minutes sehari kalau sempat, hehe


Ok. Bye

EATCLEAN : Egg Muffin Sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Egg Muffin Sihat

Bahan:

  1. 5 biji telur + sedikit garam bukit + 3 sb  susu segar farm fresh
  2. 1 bawang besar - cincang
  3. 2 ulas bawang putih - cincang 
  4. Capsicum, cendawan, tomato (boleh tukar)
  5. Daun bawang / daun sup potong2 (takpayah letak kalau takde)
  6. Serbuk lada hitam
  7. Mixed herbs


Cara - cara :

1. Campurkan semua bahan dan kacau
2. Bakar 25 mnt /30 mnt ikut bekas korg masukkan suhu 170 darjah (Aku masak dalam microwave amik yang Combo 1 - Grill 80% Microwave 20%)
3. Cucuk dengan garfu kalau nak check telur dah masak (takde kesan maksudnya dah masak)



Hasil carian imej untuk egg mufin
Sources : Google


Bekal untuk buka puasa aku masak siap2 awal pagi takut balik kerja lewat tak sempat masak.
Nak makan nanti panaskan balik telur & nasi sahaja
Jangan panaskan salad (nanti layu dan tak sedap bau-nya)


Jadual Eatclean :

Jam 5.30 - Sahur Susu Farm Fresh blend dengan kurma.
Puasa
Jam 7.30 - Nasi suku, Muffin Egg suku & Salad dan buah epal (separuh)
Jam 11 - Roti and Susu (kalau lapar)


Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Cencaru Sumbat Bakar sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ikan Cencaru Sumbat Bakar sihat

Bahan-bahan

3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar
3 hiris lengkuas
1 sudu besar air asam jawa
2 ekor ikan cencaru
garam kunyit secukup rasa
gula organic
daun pisang

Cara-cara

Kisar bersama cili giling, bawang besar, lengkuas dan serai.
Tumiskan minyak olive oil sedikit dalam kuali dan masukkan bahan yg telah dikisar tadi.
Masukkan garam bukit dan air asam jawa dan gula organic sedikit semua secukup rasa.
Masak sehingga garing
Belah bahagian atas ikan cencaru. Sumbat / masukkan sambal dalam bahagian yg telah dibelah.
Balut ikan dengan daun pisang.
Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.
Kalau takde daun pisang, bakar je la dalam aluminium foil



EatClean Jadual :
Jam 8 - overnight oat
Jam 1 - Nasi suku, ikan cencaru bakar, bendi celur& ulam
Jam 4 - Wholemeal roti letak peanut butter, dengan 3 hiris epal
Jam 7 - nasi 1/8, ikan bakar, patty ikan
Jam 11 - Buah & susu (kalau lapar).

Ok. Bye

EATCLEAN : Peanut Butter Healthy mudah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Peanut Butter healthy mudah
(Resepi Azlina Ina)

Sterilizekan balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh tahan lama.
Just rebuskan balang smpai mendidih dalam 2 mnt angkat dan biarkan kering masuk dalam oven suhu set 100 darjah je bakar kan 10 mnt keluarkan dan biar sekejap

Bahan - bahan :

  1. Kacang tanah shandong 700g sangai atau bakar sekejap
  2. Sikit je garam guna garam buluh atau garam bukit
  3. Untuk pemanis guna 1sb madu atau guna gula raw canes atau stevia
  4. 2sudu kecil olive oil untuk mula kisaran


Cara buat:


  1. Masukkan 500g kacang ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
  2. Tambah garam, pemanis dan minyak (secukupnya dan kisar smpai halus).
  3. Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang 200g td tumbuk kasar je.
Boleh buat breakfast atau makan petang (limit sesudu besar jangan penuh) untuk sekeping roti.
Sehari limit dua keping roti

Kalau malas, boleh beli peanut butter di pasaran, cari yang no added sugar, reduced fat.





Jadual Eatclean
Jam 8 - Half Patty Ayam + Salad (Dressing ltk extra virgin olive oil & sesame kewpie dressing) kalau takde dressing tak lalu makan. Smoothie Oat Soya
Jam 1 - Lunch kat luar ada jemputan lunch dengan geng gewdik (cheat walaupun bkn cheatday) + air masak.
Jam 3 - Sekeping wholemeal roti + sapuan peanut butter + 3 hiris epal hijau
Jam 7 - Half Patty Ayam & baby tomato (2 titik kewpie  & sos cili)
Jam 11 - Buah (kalau lapar)

Kalau rasa menu tak kena dengan tekak, boleh add perasa tapi jangan banyak.
Kalau takde perasa, sendu pulak jiwa.

Ok. Bye

EATCLEAN : Rolled Oat Pancakes Sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rolled Oat Pancakes Sihat
(Untuk breakfast atau teatime kul 3-5ptg)


  1. 5 sb rolled oat kisar halus (as pengganti tepung gandum)
  2. 1sk baking powder
  3. 50 ml susu farm fresh suam2
  4. 1 bijik telur ayam
  5. sedikit garam rock salt
  6. Buah pilihan kalau nak letak dalam pancake.

Cara - cara :


  1. Satukan semua bahan kacau rata
  2. panas kan non stik pan
  3. letak sesenduk dan letak buah pilihan
  4. ttup sekejap dan boleh angkat



Setiap hidangan boleh makan 2 keping.
Tuangkan madu ori atas pancakes & letak 1/2 cawan campuran berrys anggur atau strawberry.



Psst : Resepi internet & Azlina Ina di FB

Jadual Eatclean :
Jam 8 - Susu Farm Fresh & Rolled Oat Pancakes sekeping
Jam 1 : Nasi suku, ikan bakar bercili separuh, sup sayur + salad separuh
Jam 3 : Rolled Oat Pancakes sekeping + Hirisan epal hijau & madu setitik dua
Jam 7 : Sup sayur + Setengah patty ayam.
Jam 11 - Buah jambu batu (setengah)

Ok. Bye

EATCLEAN : Omelete Ayam Sayuran (DINNER)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Omelete Ayam Sayuran 
(Sesuai untuk dinner)

Bahan-Bahan :

  1. 100 gm isi ayam dipotong kecil digaul dgn garam bukit/perasa
  2. Setengah biji bawang besar (sederhana)
  3. Daun bawang dipotong kecil
  4. Kacang panjang dipotong kecil (atau sayuran hijau lain)
  5. Capsicum / Cili Padi (kalau suka pedas)
  6. Lada hitam tumbuk
  7. 2 sudu olive oil
  8. 2sb rolled oat basuh bersih 
  9. 1 biji telur


Cara-Cara :

  1. Tumis kan dgn olive oil denagn bawang besar cili sehingga layu
  2. Masukkan ayam dan lada hitam. Angkat.
  3. Pukul telur letak garam bukit sedikit.
  4. Masukkan ayam, oat dan sayuran dalam telur
  5. Panaskan non stick pan boleh dadar kan telur dan  tutup sekejap.
  6. Angkat bile masak sepenuh nya.



Psst : Resepi from Azlina Ina di FB

Jadual EatClean :
Jam 8 : Salad + Isi Ikan (Homemade) + Susu Soya Tanpa Gula
Jam 1 : Nasi suku, Ikan suku + Salad n buah setengah
Jam 3 : Roti wholeGrain sekeping + peanut butter sesudu kecil + 3 hirisan epal
Jam 7 : Omelete Ayam Sayuran
Jam 11 : Epal setengah biji (kalau lapar)
(Workout 40minit sehari)

Ok. Bye

EATCLEAN : Sup Cendawan Tauhu Telur

Assalamualaikum... Hai Semua...


SUP CENDAWAN TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

2 paket cendawan enoki potong 3
2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Daun bawang satu pokok hiris kecil (kalau takde, takpe)
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara:

Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan.
Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam.
Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang.


Resepi dan photo dari Azlina Ina


Psst : Untuk lebih sikat gunakan garam bukit & olive oil

Jadual EatClean :
Jam 8 - Roti sekeping letak peanut putter (less sugar) + Susu
Jam 1 - Nasi suku, Ikan Bakar Cili & Sup Cendawan Tauhu
Jam 3 - Smootie Anggur Hijau
Jam 7 - Sup Cendawan & Patty Ayam
Jam 11 - Roti wholemeal sekeping (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Patty ayam healthy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Patty ayam healthy
(Resepi Azlina Ina di FB)

250g Ayam dihancurkan guna blender.
1 biji Telur
1 sk butter low fat
1 sudu teh Blackpepper
1 sudu teh Mix Herb
1 biji Bawang Holland potong dady
sedikit garam bukit

Cara-caranya:

1- Bersihkan ayam buang lemak yang ada.
2-Masukkan telur dalam food processor atau blender.blend telur sehingga berbuih.
3- Masukkan butter low fat td blackpepper, mix herb dan bawang Holland yang dipotong dadu. Kisar lagi.
4- Potong ayam kecil-kecil. Kemudian masukkan kedalam adunan tadi dan kisar sehingga hancur.
5- Keluarkan bahan kisar dan boleh  tambah sayur yg disukai ikut fasa diet masing2 yg mak dah bg eh.kalau xnak sayur masa makan boleh add on .dibentuk macam daging burger.
6-Lapik dengan plastik supaya tak melekat.
7- Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama sejam sebelum dipindah ke dalam bekas lain.
Boleh juga di kukus sekejap, so nanti masa nak masak tak lama sangat
dah siap frozen kan nak makan grill aje.hidang kan dgn salad atau roti whole meal

Sesuai untuk makan dinner jam 7.

Photo dari Azlina Ina FB

Jadual Eatclean :
Jam 8 : Overnight Oat with Soya Homesoy brown sugar & buah sikit
Jam 1: Nasi suku, Ayam Bakar suku , sambal cili tumbuk, sayur buah separuh
Jam 3 : Buah lai, jambu batu
Jam 7 : Patty ayam + Sekeping roti wholemeal + Salad Tomato
Jam 11: Buah epal (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Kengsom Ikan Merah

Assalamualaikum... Hai Semua...


KENGSOM IKAN MERAH
(Resepi Azlina Ina di FB)

Bahan yang di kisar :
-----------------------------
9 tangkai cili kering kerinting buang biji
3tangkai cili merah buang biji juga
15biji cili api merah menyala
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 biji bawang  holland
7ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci belacan
3 helai daun limau purut

Bahan lain :
------------------
1 kg ikan merah fresh
Air asam jawa secukup rasa
1 biji limau nipis (ambil jus)
3/4 dari sebiji Nanas muda
Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK :
-----------------------------

  1. Didihkan air, masukkan bahan kisar.
  2. Biarkan mendidih, masukkan hirisan nanas.
  3. Tambahkan air asam jawa, garam bukit, gula organic, perasa (jika perlu)
  4. Seterusnya masukkan ikan, biarkan masak.
  5. Masukkan cili kalau nak pedas.
  6. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. 
  7. Siap

Kalau masak dalam kuantiti yang byk, kangkung bolehlah letak sikit saja untuk yang perlu (sekali makan)
Sebab bila kangkung lama dalam kuah dia akan terlebih layu dan kurang segar untuk diulang makan.




Jadual Eatclean:
Jam 8 : 5sudu rolled oat overnight dengan susu farm fresh
Jam 1 : Nasi suku, Kengsom ikan suku, Sayur n buah separuh
Jam 3 : Jambu batu 
Jam 7 : Kengsom Ikan & Sayur
Jam 11: Granola & buah (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : HOMEMADE/PATTY FISHBALL HEALTHY

Assalamualaikum... Hai Semua...



HOMEMADE/PATTY FISHBALL  HEALTHY


1) Pakai ikan sardin/ikan selayang @ ikan kembung dlm 6 ekor ambil isinye shj (blend smpi hancur).
2) Masukkan lada hitam sikit, garam sikit.
3) Tepung ubi 2sb gaul rata.
4) Panaskan air...gentel bulat2..masukkan dlm air tu tadi, biar masak..
5) Kalu suke sayur tambah sayur dlm adunan ikan td gentel² jd la bebola ikan dan sayur.

Boleh letak dalam sup sayur.
Kalau patty, blh kukus sekejap atau panaskan atas non stick pan
Boleh simpan beku untuk stok seminggu


Hasil carian imej untuk homemade bebola ikan selayang
Sources Photo : Dari Internet




Jadual EatClean :
Jam 8 : Scramble egg
Jam 1 : Nasi suku, Ikan panggang & Sup Sayur
Jam 3 : Sekeping rroti wholemeal + Patty Ikan + Salad + Tomato (letak sikit sos + mayo kalau takleh telan tanpa perasa)
Jam 7 : Sup sayur
Jam 11 : Susu + Granola (Kalau lapar)


Ok. Bye

EATCLEAN : SUP IKAN

Assalamualaikum... Hai Semua...


RESEPI SUP IKAN

Bahan-bahan :


  1. 3 keping ikan yg sesuai 
  2. 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  3. 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  4. 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  5. 1 batang serai yang dititik / ketuk
  6. 3 kuntum bunga lawang *
  7. 3 biji buah pelaga *
  8. 3 biji cengkih *
  9. 1 batang kayu manis *
  10. 2 inci halia yang diketuk *
  11. 1 biji tomato yang dibelah empat
  12. 1 pokok daun sup yang dimayang
  13. 1 pokok daun bawang yang dimayang
  14. 1 pax perencah sup


Cara - Cara :

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi (kalau taknak tumis, terus masukkan dalam periuk berisi air)
  2. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut sesuai kuah, setelah air menggelegak, masukkan ikan
  3. Masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  4. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi.
Kalau nak pedas masukkan cili.
Boleh makan dengan nasi panas & sambal belacan.






Psst : Resepi Azlina Ina dari FB

Jadual EatClean
Jam 8 : Telur Rebus
Jam 1 : Nasi suku, Sup ikan suku, Sayur n buah separuh.
Jam 3 : Buah Lai & Tomato Baby
Jam 7 : Sup ikan letak lebih sayur
Jam 11 : Biskut Hi-Fiber sekeping  + susu (kalau lapar)
(Workout 40 minit sehari)

Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Bawal Kukus Pedas

Assalamualaikum... Hai Semua...


IKAN BAWAL KUKUS PEDAS


Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam


Cara membuatnya:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.

* Boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut.
Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.


Resepi Azlina Ina dari FB


EatClean Jadual :
Jam 8 - Overnight Oat Soya
Jam 1 - Nasi suku, Ikan Kukus Pedas & Sayur Goreng & Buah
Jam 4 - Roto wholemeal dengan peanut butter bersama 3 hiris epal hijau
Jam 7 - Salad kewpie dengan Isi ikan kukus.
Jam 11 - Granola & Soya (kalau lapar)
Workout 40 minit sehari
Minum air 2liter

Ok Bye

EATCLEAN : Mayonis Homemade

Assalamualaikum... Hai Semua...


MAYONIS HOMEMADE SIHAT

Bahan-bahan:
1. Telur putih 4 biji
2. Gula raw canes atau organic 2sb
3. Garam bukit sedikit
4. Cuka makan atau pati lemon 1/4 cawan
5. Minyak olive oil 1/2 cawan

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan dalam blender.
2. Masak atas api kecik.
3. Masak sampai kental, matikan api.
4. Biar sampai sejuk.
5. Bila dah sejuk blender sekali siap untuk disimpan di peti.


Hasil carian imej untuk mayonis homemade


Jadual Eatclean :
Jam 8 - Wholemeal Roti dengan patty ikan (perasa mayonis & sos cili sikit)
Jam 1 - Nasi suku, Sup Ikan & Sayour Buah separuh
Jam 3 - Buah Epal hijau & Granola
Jam 7 - Sup ikan & baby tomato
Jam 11 - Hi Fiber biskut (kalau lapar)


Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Kembung Bakar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Resepi Ikan Kembung Bakar

Bahan A
2 ekor ikan kembung (dibersihkan dan dikelar)
Sedikit minyak masak

Bahan B (kisar)
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Cara - cara :

  1. Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20minit.
  2. Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
  3. Letakkan ikan pada pemanggang.
  4. Bakar sehingga ikan itu masak sambil titiskan minyak pada ikan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan air asam (pilihan)



Eatclean Plan: 
Jam 8 - Overnight Oat with Susu & buah epal
Jam 1 - Nasi suku, ikan kembung bakar sekor (sambal belacan) & ulam & buah
Jam 3 - Roti wholemeal & peanut butter
Jam 7 - Ikan kembung bakar & sayur salad & buah
Jam 11 - Granola (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Kembung Rebus Air Asam

Assalamualaikum... Hai Semua...


IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


Bahan-bahan :-

1. Ikan kembung
2. Air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
3. Garam, perasa
4. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
5. 1 biji tomato - potong dadu
6. 1 biji lada besar - hiris halus
7. Cili api - hiris halus
8. 1/2 cawan asam jawa
9. 2 sudu besar gula
10. Sedikit belacan
11. Asam limau (optional)

Cara-caranya  :-

1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan. Perahkan asam limau.



Jadual Eatclean :
Jam 8 - Overnight oat soya with epal hijau
Jam 1 - Nasi suku, Ikan kembug rebus asam, kacang bendi celur dan baby tomato.
Jam 3 - Muffin Egg
Jam 7 - Nasi 1/8, ikan kembung & kacang bendi celur
Jam 11 - Hi Fiber Biskut sekeping & Susu Farm Fresh secawan kecik (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Kerabu Epal Hijau Sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


KERABU EPAL HIJAU SIHAT


Bahan-bahannya :

  • 2 biji Epal Hijau (sagat panjang)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat panjang)
  • 2 biji cili merah 
  • 2 biji cili padi (pedas)
  • 1 labu bawang 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 biji lemon/ limau kasturi (diambil  jusnya) 
  • 1 sb gula raw canes sugar atau stevia  
  • Garam rock salt secukup rasa



Cara Membuat :

1. Potong pendek (hiris) semua bahan.
2. Gaul semua bahan
3. Kacau rata dan ejas secukupnya masam masin manis kerabu ni.


Hasil carian imej untuk kerabu epal


Eatclean Plan:
Jam 8 - Wholemeal roti & Scramble egg dengan salad
Jam 1 - Nasi suku, kerabu epal, baby tomato & ikan bakar
Jam 3 - Overnight Oat
Jam 7 - Nasi 1/8 , kerabu epal & ikan bakar
Jam 11 - Granola & susu (kalau lapar)


Ok. Bye