nuffnang

JANA DUIT

FIL masuk wad akhirnya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selepas 2 tahun setengah di rumah kami sejak dorang uzur, kali ni FIL masuk wad buat kali pertama. Kesahnya bermula selasa (29.12.2020) lepas, MIL call suami petang tu bagitahu FIL tak bangun, kurang makan, kurang minum. Macam tido, panggil pun tak bersahut.. MIL dah call semua anak-anak suruh datang. Suami jemput aku dan kami balik kerja agak lewat hari tu sebab suami kerja jauh sekarang di Kajang. Aku tunggu dia jemput aku sebab kereta dia guna. Tu pun suami pecut kereta bukan main laju lagi.

Sampai rumah, kami kejutkan bapak. Bapak macam tido. Aku dah suruh suami call je doktor swasta datang check. Tapi suami suruh tunggu dulu sebab nak tengok progress pagi esok. FIL bernapas elok, sesekali nafasnya laju dan berbunyi. Bila kita luruskan kaki dia, dia macam tersentak seolah dia rasa sakit. Bila lap tubuh-kejutkan FIL, dia celik mata sekejap.

Suami kata nak monitor dulu. Aku suruh suami tido bilik MIL dan FIL malam tu. Kalau jadi apa2 malam tu, atleast suami sedar. Entah macamana suami terlelap xjadi g bentang tilam tido bilik MIL FIL  lepas aku bangun tido pagi tu dia ada kat sebelah. (aku tahu dia penat ulang alik keje Kapar-KajangSemenyih almost 77km sehala). Pagi2 tu bila tengok progress FIL sama, aku terus desak suami call ambulans/atau kita angkat bawak g klinik/panggil je doktor swasta check. Buat sesuatu jangan tunggu je. Kiranya aku akui aku yang mendesak agar urusan ke hospital dibuat.

Takkan nak biar je. Kita tak tahu apa2.

6.30am aku start masak untuk MIL. 
6.50am suami call ambulans. Suami dalam bilik FIL MIL sempat tukarkan pampers dan cadar FIL.
Sekitar 7.35am macam tu Ambulans sampai.

Abang ipar aku ada datang sebab hari tu giliran dia bawak g cuci kaki di Puchong.
7.30am mereka gerak g Puchong untuk cuci kaki (MIL & abg ipar), sementara aku dengan suami tunggu ambulans.
7.35am ambulans sampai. Jiran2 india semua dah keluar masuk rumah kami tengok bapak. Jiran2 sini sedia maklum memang kami ada menjaga MIL FIL uzur. FIL pernah pengsan dulu, jiran yang bawak ke klinik dulu sebab masa kami balik kerja time tu dorang dah ke klinik. Tempat kerja kami sekitar 42km dari rumah ketika suami masih keje di PJ. Jiran India sebelah rumah ni marah kami kenapa tak bagitahu dia awal. Selama ni dia memang byk menolong. Entahla kami bingung time tu campur plak balik keje penat malam tu. Bila pagi nak g bagitahu dia, rumah dia berkunci lagi. Kakak india tu peluk aku suruh aku sabar, siap pesan suruh call dia kalau ada apa2 sbb dia nak g keje. Aku ingat ayat dia "call saya kalau ada apa2, call saya kalau nak mintak tolong, saya akan balik dari kilang saya". Rupanya dia je yang keep call suami aku tanya perkembangan FIL masa FIL dah dibawak ke wad.

Ambulans sampai dan pembantu pengawai perubatan (lelaki) buat pemeriksaan.
Tekanan Darah - tinggi 141
Kencing Manis - 14
Jantung laju
Amik sample darah

Bawak masuk FIL ke ambulans. Suami g hospital. Aku g keje macam biasa sebab aku dah banyak cuti sebelum ni. Suami aku suruh aku g keje je, jangan cuti lagi. Sebab suami tahu aku kumpul cuti aku jugak untuk aku balik jenguk orang tua aku di Tganu (ayoh aku leloh teruk dan lagi kerap keluar masuk hospital)
FIL masuk wad kul 4petang. Suami tunggu di kecemasan sekejap masa doktor nak tanya sejarah kesihatan FIL dan doktor bg suami tgk FIL sekejap. Selain tu kena tunggu kat luar.
Tak leh teman. Tak leh tunggu musim covid.

Urmmmm..
Aku rasa aku patut luahkan kekesalan aku kat sini :
Ada yang berkata kenapa bawak orangtua tu ke hospital musim covid ni???
Nanti xleh teman kalau kena warded
Nanti kat dalam tak tahu doktor cucuk itu ini kat orangtua tu. Kesian
Nanti kita tak tahu apa jadi dalam wad tu sebab tak leh masuk tengok.

Ya Allah.. terkilannya aku.
Habis tu takkan nak biar FIL macam tu je kat rumah?
Kami suami isteri ni bodoh. Tak tahu hal perubatan.
Kami kejut2kan je, bagi air dalam mulut,kejutkan lagi. check demam ke tak.
Sebab tu kami call ambulans..

Sebab kami ni bodoh xtahu nak buat apa bila FIL dah tak berapa sedar/separa sedar/tak sedar langsung time tu.. Nak check nadi seminit berapa pun kami tak tahu, nak check kencing manis kebetulan hari ni kertas strip tu habis. Rasa dahi je panas ke tak. Ada kuman ke dalam tubuh FIL, kami tak tahu. FIL terbahak/terbatuk lepas suami suapkan air guna sudu, kami takut sangat. Kejut2 goncangkan tubuh pun FIL tak bukak mata. Kami berdua bingung nak buat apa.. 
Terus terang aku cakap, dalam rumah tu hanya kami berdua, pastu ada FIL yang tak sedarkan diri, pastu ada MIL yang uzur berbalut kaki kena dressing cuci kaki setiap hari.. So ingat kami tahu ke nak buat apa selain ke hospital??? Bingung~

Takkan nak biar je FIL macam tu tak sedar kat rumah kami.
Seolah-olah tak usaha nak ubati.
Dia sakit.. Memang selama ni dia menjerit2 taknak g hospital. Ni dia dalam keadaan tak sedar, angkat masuk ambulans je ok xmasalah.

Maaf cakapla. sebab family aku di Terengganu tu sakit sikit terus g spital. anak deman terus g spital. anak demam xnak makan taknak minum, memang kami bawak g spital. masuk air, atleast tubuh tak kering. Ni kalau duk biar je orangtua tu xg spital, tubuh pun takde air nanti.. Ayoh aku di kg tu berkali2 masuk wad musimm covid ni sebab leloh. Sape la suka-suka nak g hospital kan kalau bukan kecemasan.

Semalam nurse call suruh bawak pampers & wet tissue..
Pagi ni kami call hospital.
Walaupun berjam-jam baru call dijawab, kami tetap tunggu. Sebab tu je peluang nak tahu keadaan FIL dalam wad.

Updated: FIL makan minum guna wayar dalam wad, pakai wayar kencing, pampers pun pakai untuk berak, on antobiotik.
Kencing manis tinggi
Tekanan darah tinggi
Buah pinggang rosak (tapi tak teruk sangat hingga kena cuci/dialisis)
FIL dah sedar. Panggil nama dah menyahut, doktor suruh angkat tangan dia angkat (dengar arahan doktor), masa kat zon merah semalam suami jumpa bapak dia, bapak kenal dan cam dia.

Psst : Mohon doakan semoga permudahkan segala urusan kami especially semoga semangat suami aku kuat. Alhamdulillah, kami terima banyak support dari family aku dan kawan2. Siap ada yang g jenguk suami kat luar area kecemasan hospital buat peneman semangat, pastu hantar suami balik. Tak lupa jugak jiran di taman perumahan kami.

Ok. Bye

Hasil Bundle RM16 Suami dan RM10 aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Oleh kerana banyak baju suami dah aku buang/jadikan kain lap, so kami g terjah bundle lagi untuk beli baju lain. Suami kerja site telco so, sekarang dia banyak duk tepi jalan kat manhole duk buat keje fiber dia. So baju banyak yang kena kotor, mahupun kena tar lepas keje siap. Aku tak sayang, aku jadikan kain lap je. Sebab kebanyakannya memang baju bundle.

Aku pun memilih sekali la.. Hehehe!

Jom tengok baju suami :


RM3.30

RM3.30

RM3.30

RM2

RM2



RM2



Aku memang membeli baju lengan panjang je. Dalam duk belek2, berkenang 2 helai baju dan sehelai seluar. Jom tengok baju aku paw mintak suami bayar:

RM3.30
Kain selesa

RM3.30
Kain sedikit tebal, tapi selesa.
Belakang instead of dia letak butang kat leher, dia letak riben as tali untuk kita ikat.

RM3.30
Seluar ala macam seluar jogging. Tapi lembut dan selesa, tak tebal.
Berbaloi

Cuma kali ni aku minat baju kosong dan kaler takde yang ceria.




Dah outfit pun dah macam orang jogging. Mohla kita jogging atas katil je sambil tengok Netflix.

Ok. Bye

Kasut Baru Selepas 7 tahun

Assalamualaikum... Hai Semua...


Finally, berjaya jugak beli kasut baru untuk gantikan kasut New Balance yang dah terkopek tapak. Boleh je nak g gamkan kat kedai (Dah pernah gam dah pun sblm ni). Tapi suami insist nak belikan kasut baru, aku ON je la. Rupanya dia pun nak merembat sepasang sandal untuk dia.

Mulanya ingat nak belanja suami untuk besday dia last week. Tup-tup dia plak yang belanja kita. Terima kasih daun keladi ye cik abe kiter..
Agaknya dia pun sendu tengok aku duk pakai kasut 7 tahun lepas. Huhuhu..


PUMA - Size 4
untuk wife
Berkenang 3-4 pasang kasut, tetapi ni jadi pilihan


HI-TEC Size 10
Sandal untuk suami


Syok shopping di SportDirect PJ sebab banyak pilihan. Sebelum ni kalau pergi mall, tak jumpa yang berkenang. Ni dah jumpa, terus dipinang.

So, cukupla sepasang je kasut. Kalau banyak2 pun bukan pakai selalu kan. Nanti rosak je duk terperam dalam lemari kasut.

Ok. Bye
XoXO

Besday suami 2020

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum besday seorang lelaki, aku rasa semua pempuan macam dah buntu nak beli apa untuk lelaki. Baju, seluar, tali pinggang, kasut selipar, sling bag, dompet.??? Kalau tahun lepas aku beli bag, tahun ni tak tahu nak beli apa lagi. Apetah lagi kalau nak beli barang pastu nak surprise kan. Kang kalau beli kasut, tak padan payah plak nak tukar musim2 covid ni. 

So plan aku g membeli di kedai ninso RM2 je untuk suami.


Hebat bukan??


Yang lawaknya aku nak g cari hadiah besday pada hari jumaat tu, rupanya suami terbawak kunci kereta ke opis dia. So, takde la panjang langkah aku nak naik Grab. So aku g Ninso hari Ahad je tu pun suami join sekali cuma masa dalam Ninso kami berpisah cari barang masing-masing, So dia tak tahu la apa yang aku beli. Hahaha..


Isnin WFH - So bolehla aku menulis di Besday Card dan hias hadiah.. Selasa - Khamis memang kena kerja kat opis


Khamis - 26 NOVEMBER 2020
Balik kerja aku plan nak bawak suami g makan di FUJIYAMA Damansara Utama. Situ dah jadi tempat favourite suami aku. Tapi oleh kerana takut balik lambat (MIL kena cucuk insulin sebelum makan malam), so kami xjadi makan / tapau sushi. Balik bodo je kata Org Tganu.

So, buat la persiapan dinner makan apa yang kami masak kelam kabut malam tu.



Nah.. Sebeban harta hadiah hari jadi 


Stoking kerja
Pen warna warni - laki aku suka menulis cantek2 warni warni kalau dalam kad ucapan
Tape warna warni - biar nanti anniversary kawen, suami boleh deco kad ucapan cantek2.
Coklat - kesukaan dia
Beg pink - aku nak bagi dia pastu aku cakap nak pinjam untuk aku letak barang (pandai bukan?)


One Photo Snap lepas siapkan MIL FIL sebelum kami gerak g keje


Besday Celebration indah comel di rumah bank (rumah bayar kat bank,hehehe)

Happy Besday suami, hehehe (walaupun dah seminggu berlalu, baru nak up di blog hidup enggan mati takmahu ni) Semoga kamu dapat apa yang dihajati. Semoga Syurga Allah sahaja yang membalas semua kebaikan dan usaha u dalam menjaga orangtua u yang diuji sakit sekarang. 

I  _ O_ _  U
(Isi tempat kosong sendiri)


Ok. Bye
XoXO

Progress Luka Kencing Manis Aug - Nov 2020 MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lately aku suami isteri macam terduduk (kecewa/sedih/putus asa) sikit sebab luka tak berapa elok. Ni luka baru (yang bukan di tumit). Sape yang follow blog ni mesti akan tahu yang luka kat tumit ni dah 2setengah tahun tak tertutup lagi.

Luka baru yang muncul sekitar August 2020 menyebabkan kami try klinik walia di Puchong plak. Klinik ni memang doktor sendiri yang cuci. Sesetengah klinik lain hanya pembantu yang cuci.


17082020
Luka awal masa start try klinik Walia Puchong


01092020
Luka menjadi besar sedikit
Ada nanah 



07102020
Luka seakan okey


25112020
Ada nanah



28112020


Month November ni luka kerap menanah. Tiap kali menanah, memang rasa down sikit la. Sebab suami usaha jugak nak g cuti keje seminggu sekali untuk bawak MIL g cuci di klinik Puchong (sepatutnya selang sehari tapi mana bos boleh bagi cuti seminggu sampai 3x kan? Sabtu Ahad memang ke klinik cuci jugak.

Pemakanan memang MIL kawal. Pantang serba serbi. Gula dalam darah memang selalu monitor memang bawah dari bacaan 5. 
Oleh kerana doktor bagi ubat antibiotik, so elok sikit nanah tak banyak. Luka pun tak merebak.

So far layan je dulu cuci kaki setiap dua hari selagi berdaya nak ulang alik Kapar-Puchong ni. Kalau dah tak terkejar, memang solution lain la jawabnya. Dengan musim PKPB ni lagi la payah. Kalau ada yang membantu, syukur alhamdilulillah.

Psst : Aku ada terima call dari penjaga yang ibunya kena dressing, aku ada terima komen yang mintak pendapat. Aku jugak ada terima email dari pembaca yang turut sama kena menjaga parents sakit. Aku tak reti nak komen kalau melibatkan family dalam urusan orangtua sakit ni.. Sebab melibatkan ahli keluarga kan. 

Ok. Bye