Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Rumah orang tua yang anak-anak takut nak kemas. Heheh

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rumah mak ayah aku di kampung tak kemas macam rumah orang lain. Or maybe boleh dikatakan tak kotor, cuma tak kemas jela. 
Macam ni. 
Ruang tamu ok cuma takde la clear mata memandang. 
Ada je benda tergantung sana sini, bakul baju sana sini, mainan cucu sana sini. 

Dan di ruang tersembunyi dari pandangan orang ramai, contohnya macam dapur, ruang2 belakang ruang tamu, mesti tak terurus. 
Ada baju2 tergantung berlambak2, ada barang2 yang jarang2 pakai, ada bertimbun2 barang yang kita tak tahu masih guna ke tak. 

Dan aku boleh kategorikan rumah di Tganu ni banyakkkk giler barang. 
Banyak kali jugak aku kemas itu ini.
Dan mestila ada benda yang masih orang tua kita memilih untuk simpan.
Simpan untuk digunakan kelak katanya.

Sehinggala aku rasa "oh aku tak patut buat pandai2 walaupun tu rumah mak ayah aku". 
Sebab tuan rumahnya ialah mak aku. 
Dia yang kelolakan rumah tu. 
Dia yang akan uruskan rumah tu setiap hari. 
Dia yang akan cari barang itu sendirian sebab dia yang tinggal di situ.
So biar dia yang urus dan kita bantu bila diperlukan aje.


Dan.. Banyak benda yang kita rasa dah tak diperlukan, tapi mereka masih nak simpan, masih digunakan & menunggu untuk digunakan.

Kadang kita rasa hanger kecik dah tak guna. 
"Nanti mok nak hanger baju cucu senang" 

Buang la tipuware banyak-banyak ni
"Eh, nak nak letak lauk kat anak cucu nak makan kat RNR"

Buang la stok2 mandian hotel ni.
"Eh, boleh guna kalau darurat sapa2 lupa berus gigi, sape2 nak guna nanti senang"

Buang la baju2 lama ni
"Eh, mak nak wat kain buruk"

Banyaknya stok sabun mak kumpul
"Senang. Kalau nak guna dah ada"

Tapi memang betul, ada sesetengah benda yang kita rasa macam kita nak buang, eh rupanya digunakan jugak akhirnya.


DANNNNN..
Ada benda yang kita serabut di depan mata kita tapi dia nak letak terang-terangan di mata semua orang sebab senang nak cari

"Jangan simpan stok2 makanan dalam kotak, nanti lupa dan expired"
"Letak je kain2 batik sini, senang nak amik nanti kalau ada yang balik"
"Letak je ubat sini biarpun kat meja sofa pun, senang mok nak amik makan"
"Biar la baju2 ni bergantung kat sini, senang orang nampak"

Jangan ubah apa-apa, nanti susah dia nak cari. Nanti dia lupa. Nanti dia bising.

So, aku as anak kalau balik bantu kalau dia mintak tolong.
Kalau kita offer, dan dia taknak kita kemaskan. Takpe. Biarkan.
Tu rumah dia.

Dia yang akan sehari-hari duduk dan jalani kehidupan di situ.

Sama macam mentua aku yang duduk di rumah kami.
Di biliknya, kami sekadar sapu dan kemas sikit2. Biarpun ada benda yang mencacatkan mata, takpe. Biarkan. Asalkan dia senang nak cari itu ini. Dan dia nampak.
Kita keje, dia yang akan urus urusan harian dia.

Kat kampung pun, mak aku yang akan lalui urusan harian dia sendirian dengan penghuni kat situ.
Kita takde. kita jauh.
So, let it be macamana yang mereka selesa. Bukannya rumah kotor, cumanya nampak terlalu banyak barang dan tak minimalis.

Mungkin orang-orang tua nak mudahkan cari itu ini bila dia nak guna kan.
Ada betulnya kenapa rumah mak ayah ni barang banyak. Sebab kita berkumpul di sana. Nak masak, kuali kena besar dan lebih dari 1. Tuala ada banyak bertimbun2, pinggan mangkuk banyak.


Psst : Tapi aku tiap kali baik kampung, memang ada aje benda aku buang. Eh, lepas tu penuh lagi. Hehe.. Sebab tu mak aku risau aje kalau aku start mengemas. Sebab kesudahannya, banyak barang akan ke tong sampah.


Ok. Bye
XoXO

TIPS :: Macamana memulakan kehidupan selepas kahwin.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entry ni hanyalah untuk share dengan reader in case pasangan yang baru kawen dan nak memulakan kehidupan selepas kawen.

"Bila nak kawen, ramai yang sibuk duk kira bajet untuk kawen tapi lupa akan bajet ‘memulakan hidup’ selepas kawen"


Nak kawen, boleh jer angkat loan kan..pastu habiskan dalam satu hari majlis perkahwinan pastu lupa akan "kehidupan lepas kawen".


RUMAH SENDIRI

1. Adalah satu bonus jika pasangan sudah ada rumah sendiri masa kahwen. Untung! kalau masuk rumah hanya perlu cuci kaki. Namun tak semua, mampu sediakan rumah kan.. Boleh start dengan rumah sewa dulu. Sikit-sikit.


RUMAH SEWA.

1. Jika selepas kawen, korang terpaksa "perkahwinan jarak jauh"/tinggal asing-asing faktor kerja/belajar, pikirlah pasal jugak pasal penting atau tak penting rumah sewa untuk korang.

Aku memang tinggal di KL sebelum kawen, Begitu jugak suami. So 2 bulan sebelum kawen kami dah cari rumah untuk disewa. Kami bayar sewa 1 bulan dari tarikh kawen sebab nak booking rumah. Kami cari rumah yang palinggggg murahhhhh... Tu sahaja yang mampu...

Rumah sewa kena cari before kawen lagi supaya senang lepas kawen terus masuk. Tak payah susah-susah cari rumah atau kena duduk asing2 sementara dapat umah.
Selalu owner akan mintak deposit 2+1 + utilities bills. katakan sewanya 500

So, 500 +500+500 + 100  = RM 1600. Belum kira lagi kalau ada astro/internet. Sebab kalau ada astro atau internet, sewa rumah akan lagi melambung mahalnya..
Ini la yang kena sediakan in case taknak tinggal dengan parents,nak berdikari katanya.

Kelengkapan Cuci Rumah

Masuk rumah baru, nak la kena kemas dan bersih-bersihkan sikit. Nak kena beli penyapu, penyodok sampah, tong sampah, mop lantai, baldi & bulu ayam bagai tu kan.. Tu semua dikira tau... Paling busuk pun letak aje RM 50.


Kalau korang tinggal jauh suami isteri dan hanya berjumpa weekend, jika merasakan perlu ada rumah sewa untuk korang stay time weekend, cari la yang murah-murah. Asal ada. At least ada la tempat untuk korang spent masa sama-sama time weekend. Jika merasakan tak mampu, boleh dulu berjumpa weekend di rumah ibu bapa. Jangan bebani pasangan. Sama-sama kumpul duit. Baru takkan gaduh dengan pasangan.

Lepas dah stabil sikit, boleh start untuk survey rumah untuk beli dan jadikan aset. Sedih tau bila nak tinggalkan rumah sewa pertama suami isteri. Semua kenangan ada kat situ.



Alahaiiii... Rindu sungguhhhh dengan kediaman pertama selepas kawen..
tik..tikk..eh, air mata ni..

Entry : Kediaman Lepas Kahwen


KELENGKAPAN RUMAH

Kelengkapan Dapur.

Part ni kaum isteri memang suka.. Nak pikirkan pasal pinggan mangkuk, dapur, barang perabot rumah.. Untungnya lepas kawen, mesti kita dapat hadiah kan.. So boleh guna hadiah untuk kelengkapan rumah...

Dapur aku rasakan ruang yang penting untuk kami lengkapkan dahulu. At least boleh masak simple-simple, dah ok sangat dah,. Perut nak kena isi. Kemudian barulah lengkapkan bilik tidur..

Pinggan mangkuk, gelas, sudu, periuk, barangan kelengkapan elektrik di dapur - adalah barang yang biasa diberi ketika majlis kawen,.. Boleh guna jer..

Macam aku, aku dah tershopping barang untuk rumah sewa sebelum kawen, nasib baik la takde barang yang sama dengan hadiah kawen. Lagipun hadiah kawen aku, banyak dapat cawan jer..

Mana yang tak cukup barulah boleh shopping.. Macam aku, memang sebahagian barang dapur aku dah ada sebelum ni (masa duduk rumah bujang) contohnya macam blender, dapur, rak pinggan...

Belum kira lagi barangan kecik-kecik macam lesung, pemotong, tudung saji, tempat tos pinggan, besen bagai tu. Tu pun habis beratus kalau shopping di kedai Mr.DIY/ Kedai RM2.

Jangan risau, orang tua kita pasti akan "derma" periuk la, sudip la untuk kita kalau kite masuk rumah sewa memulakan hidup.

Beli barang rumah di DIY.

Boleh la setakat nak masak simple-simple.
Dapur RM30 beli masa bujang.
Kuali ayah tolong belikan.
Periuk mak bagi satu.
Set pisau hadiah kawen.
Bekas2 kecik ada yang dari rumah sewa bujang.


Takde la mewah tapi boleh masak simple-simple pun meletupssss sedap bila makan dengan suami.. Haaaa..gituuuu..


Peti ais

Kos untuk peti ais boleh dapat dalam RM 1000 untuk peti baru.. Nasib baik aku beli peti second hand. huhuhuhu.

Peti Ais Second Hand RM500


Perabot 

Tak salah kalau membeli perabot rumah selepas kawen. Tak perlu nak rushing beli sebelum kawen jika belum mampu, melainkan kalau korang memang ada peruntukan untuk membeli semua tu awal. Mulakan dengan barang second hand jika sudi..

Aku sekalipun, start rumah dengan barang second hand. RM700 dibayar untuk melengkapkan rumah dengan perabot. Alhamdulillah dapat 2 bijik katil, tilam seketui, peti ais dan rak kecil untuk TV. Keadaan perabot pun memang puas hati.

Takde apa yang nak dimalukan dengan barang second hand. Semua tu atas kemampuan dan ukur baju di badan sendiri. Beli sikit-sikit, pasni one day rumah akan lengkap.

Pleaseeeee, jangan lah sibuk nak membeli barang yang tidak perlu seperti hiasan rumah, macam pasu bunga mahal la, arca la. Untuk permulaan hidup, elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan.
Contoh: beli dapur dulu baru beli microware. Nak panaskan lauk still boleh guna dapur.
Berbelanja hanya bila perlu sahaja.


Almari peninggalan tuan rumah sewa,
kami catkan dan guna semula..
Comel nak mampusssss lepas cat.
Kalah perabot kedai Courttt Mamoohhhh..



Mesin Basuh

Penting ni woooo.. 
So kos untuk mesin basuh kalau yang automatic dalam range RM 700 ke atas. Nasib baik aku dah beli mesin basuh masa bujang.. Sape yang sanggup basuh baju dengan tangan..peluh jantan weiiii...

Langsir

Penting jugak ni, untuk keselesaan dan keselamatan. Takut ada yang duk intaii.. hahaha..
Aku dulu pakat pakai je langsir yang mak kasi, sebelum tu duk gantung cadar la.. 
Bajetlah dalm RM 100 untuk langsir rumah. Nak lagi murah, jahit sendiri. 


Pasang langsir pun lepas dah bape bulan gantung cadar la, gantung langsir mak la.. hehehe..

Entry : Jahit Langsir dengan air mata dan peluh..ihikss


TV

TV ni ada sesetengah orang rasa ianya penting, ada pulak jenis yang takde pun takpe, tak payah beli dulu. Kos pun dah RM1000 kalau TV LED 32 inci. Macam aku, aku ada tv yang abang aku bagi.
TV besar gedabak pun jadi la..asal boleh tengok.

TV kesayangan ni.
Duk angkut merata-rata bila pindah..
huhuhuh

SOFA 
Sofa kami beli second hand (Tapi yang show unit punya). Tu pun lepas 7 bulan kawen, simpan duit sikit-sikit.. Sebelum tu, bentang toto dan bantal masa tengok TV.


Bilik Tidur

Paling kesian pun mesti nak ada toto atau tilam nipis, dan seketui dua bantal kalau tak mampu set bilik tidur. Paling sikit pun habis RM100. Pinjam/mintak derma bantal, selimut dari parents kalau ada lebih.. Nak cari almari baju lagi

Kalau ada modal lebih, boleh beli set bilik tidur, Yang murah RM599 pun dah boleh dapat.
Jangan lupa nak kena ada hanger baju dan tempat ampaian kain nak jemur baju. Sekarang rumah flat mana mampu nak ada ruang luar untuk jemur baju...


Queen Bed + Mattress Second Hand
RM100
Sangat berkualiti sebab kayunya berat dan padu..



MASAK SENDIRI DAN BAWA BEKAL

Aku memang sebelum kawen, amalkan bawak bekal ke tempat kerja. So amalan ni aku teruskan lepas kawen.
Boleh jimat banyak untuk duit makan di tempat kerja..

Setiap hari masak siang malam, kurangkan makan luar melainkan kalau tak sempat atau tak sihat... Kalau teringin nak makan kat shopping mall, makan sesekali time hujung minggu je la..


KENDERAAN 

Kenderaan amat penting sebagai pengangkutan ke tempat kerja atau balik kampung. Kebanyakan daripada pasangan memang dah ada kereta sebelum kawen. Sekarang kebanyakan orang beli kereta dulu baru beli rumah, beli kereta dulu baru kawen. Cukup la jika ada kereta kecil dan murah untuk kegunaan bersama.

Kami dulu lepas kawen 3 bulan, kami beli moto untuk ke tempat kerja, sebab tak tahan dengan kos minyak. Suami ulang alik ke tempat kerja dengan moto, jimat masa dan kos minyak serta tol.

Jika tidak mampu naik kenderaan awam sahaja ia lebih menjimatkan kos hidup. Namun sape yang sanggup nak hadap ketidaktepatan masa yang diamalkan kenderaan awam Malaysia kan??



Motor paling murah di pasaran.
Motor cari rezeki.


BERSEDIA UNTUK REZEKI ANAK

Jika mengandung awal, kena la ada sikit simpanan untuk medical check up kandungan, barangan baby, keperluan isteri yang hamil.

Bersedia jugak dengan kos doktor in case pasangan suami isteri ada masalah untuk mendapatkan zuriat..


SENTIASA BERSYUKUR

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang pasangan kita mampu sediakan...
Janganlah iri hati melihat apa yang orang lain ada... Rezeki setiap daripada kita berbeza..

Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.
Aku ikut kemampuan diri dan kami sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan.

Jika ada duit gaji lebih, gigih lah menabung sikit-sikit.

Dari apa yang aku nampak, jika di awal perkahwinan sudah amalkan gaya hidup sederhana, insyaAllah akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Less hutang. 

Tolong la.. elakkan :

"U...member i husband dia sediakan apartment ada kolam renang lagi u"
"Kena jugak ada sofa, nanti kawan i datang duduk kat lantai, hebohhhh tau"
"Eh, aku tak kira, aku nak beli Play station dulu, peti ais nanti la"
"Wah..sedap shopping jeans, bila mintak duit nak beli dapur gas, cakap takde"
"Nanti mak saya bising kalau tengok saya duduk rumah macamani, panas takde ekon"

Psst : TOLAK ANSUR dan SALING BANTU MEMBANTU

XoXO

TIPS :: Berjimat untuk Perbelanjaan Kawen Kami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sorry kat adik comel yang duk email aku mintak tips... malu pulak bila tahu ada orang sanggup baca blog merapu ni.. huhuhu..
Nasib baik la aku ada buka email.. Kalau tak, jawabnya sampai mengandung adik comey tu baru aku sibuk nak share tips...


*Remarks : Aku bersanding dengan adik aku sekali. (2 pasang pengantin dalam 1 majlis). Tapi sesetengah benda masih boleh apply untuk satu pasangan pengantin. Hanya sewa dewan, Catering, Doorgift, pelamin yang kami share - share bayar. The rest, semua kos under satu pasang pengantin sahaja.

Majlis aku tak de la semua jimat sebab ada certain benda yang aku tak DIY pun. Aku teringin nak majlis yang macam up to date sikit laaa. Means ada pre wedding, ada sanding, ada photobooth, ada guest book, ada hantaran bagai... Kalau diikutkan tu semua tak penting pun, tapi tu laa... Jenis aku nak jugak benda tu untuk kenang-kenangan.. Lagipun time aku kawen, orang tengah baru nak up dengan trend berguest book bagai kan.. Tapi aku tak keluar modal banyak untuk benda2 mengarut ni..huhuhu.. Kalau keluar modal banyak memang aku tak buat la..

Jom..tengokk...

PRE WEDDING

Pre Wedding photo

Zaman moden ni, aku pun tak ketinggalan nak buat jugak pre-wedding. Kedengaran agak lucu bila pengantin bajet macam aku ni sibuk nak buat pre-wedding bagai..hehehe.. Tak salah kan asalkan ada kenangan gambar manissss sebelum kawen &tak melibatkan kos banyak. Gigih taknak kalah nooo.. hehehe...=)

Aku sebenarnya takde plan pun nak pre-wedding sebab kekangan duit sebab nak kena hire jurugambar kan.. Tapi lepas kami bincang, why not kami buat sendiri tanpa sebarang kos.. Tingggggg..ideaaa.. Lagipun aku nak buat photobooth masa wedding, so gambar pre wedding boleh dijadikan hiasan untuk photobooth..Nampak la meriah sikit nanti...

Setup peralatan photoshoot sendiri 

Kami setup sendiri jer. Guna kamera suami + guna monopod aku. Aku buat photoshoot sendiri kat Pantai Rantau Abang, Dungun Terengganu. On the way balik Terengganu, singgah sana dalam 30 minit, buat setting dan snap2 photo guna monopod self timer. Diakui, gambar pun so-so je la.. Tak de la nak cantek meletupssssss gitu.. Janji hadoooooooo....Untuk kenangan..kan.. kalau takde camera canggih, guna camera phone pun okey la..

Sediakan prop sendiri

Aku sediakan props pre wedding masa sama-sama buat props untuk majlis bertandang. Kos Free sahaja. Guna banyak board recycle, kertas sedia ada.. Ada kenangan sampai sekarang. Duduk terbungkang dalam stor, bila ada yang nak pinjam baru keluarkan...

Kalau tak nak buat props sendiri, guna je barang sedia ada sebagai props.. contohnya kalau scene piknik, boleh la pinjam tikar, bakul, bantal kecik, buku, dan food as props.. Comel sangat kan...

Props ala kadar

Mintak member snapkan photo/atau guna monopod 

Kami Guna kamera suami + guna monopod aku. Takde nak bayar upah photographer mahupun bayar duit kopi kat member yang tolong snap photo kita. Tak perlu nak kuarkan duit. Walaupun jimat, tapi still ada kenangan untuk gambar pre-wedding. Bila pandang gambar, masih teringat kenangan rushing untuk persiapan kawen.. Rindu sungguh!

Print as hiasan/Save in softcopy only for own references

Aku print gambar pre-wedding guna kertas A4 jer. Tu pun sebab nak jadikan hiasan untuk photobooth. Print dalam 4 keping jer. The rest aku save softcopy jer. Jimat pun jimat.. Sampai sekarang ada kenangan tu.

Photo pre wedding di Photobooth

Location

Untuk berjimat, lebih baik pilih lokasi yang tak perlukan kos banyak. Ambil kira jarak, masa dan duit. Better cari lokasi yang dekat dan menjimatkan masa serta kos minyak dan tol.. Aku kebetulan nak balik KL, lalu kat Pantai Rantau Abang Dungun, so aku berphotoshoot la terus kat sana. So, secara kebetulan tak perlu la keluarkan duit semata-mata nak ke lokasi pre wedding...

Nahh belanja sekeping gambar pre-wedding..
Props Numbering tu buat dari kotak terpakai kat opis..
Pastu mintak tolong opismate spray cat..
Huhuhu


WEDDING PREPARATION UNTUK MAJLIS RESEPSI & BERTANDANG.

Kursus Kawen

Kalau nak jimat, amik kursus kawen time bulan puasa..hahaha.. Bayar sikit tolak kos makan..
Nak jimat jugak, amik skim kursus kawen dari universiti, tempat kerja. at least separuh ditanggung. Confirm jimat..hehehe...
Tapi aku dah terlepas nak amik kursus kawen kat universiti, so kena amik kat luar la...

Sebenarnya aku terpaksa amik kursus bulan puasa sebab bulan lain semua penuh. Tolak RM20-30 jugak la.. Tapi dorang still bagi bubur lambuk la, air kotak la, kurma la untuk buka puasa...
Berkursus bulan puasa lemau sikit laa...Ustaz buat lawak pun, lemah kite nak gelak..
Sendu duk pikirkan air katira, roti john, kambing bakar...

Borang Kawen &HIV test.

Borang kawen free, kalau nak print pun kena amik kira kos print jer la.. Namun akan ada sedikit bayaran untuk masa berurusan dengan pejabat agama untuk kadi dan sebagainya.

Setahu aku, HIV test kena buat di Klinik Kerajaan. Kos masa kami buat hanyalah RM1 @ RM 2 seorang. Result tahu on the spot hari yang sama. Tak perlu nak keluarkan kos banyak ulang alik ke Klinik Kerajaan.



Kos Ulang Alik ke Kampung.

Kalau korang kerja di luar dari negeri/daerah tempat tinggal, maka nak kena amik kira kos minyak+tol kalau duk ulang alik balik kampung untuk persiapan kawen...

Makesure plan betul2 tiap kali nak balik kampung, so tak de la membazir ulang alik tapi persiapan tak siap-siap...Mana yang boleh hantar kampung melalui pos, boleh poskan saja. Lebih jimat kos...

Macam aku kerja KL, kampung di Terengganu. Suami kerja Shah Alam, kampung dia di Perak. Duit banyak sikit la guna untuk ulang alik urusan kawen.

Mas kawen &Wang Hantaran

Mas kawen ikut negeri. Macam Terengganu RM80, Selangor RM300. Walaupun aku duk Terengganu, tapi suami aku beri RM300 sebagai mas kawen.

Pleaseeeee...hati-hati masa tengah akad nikah ni. duit hantaran atau mas kawen serta cincin bagai tu, sila la pegang elok-elok. Masa orang tengah ramai macam tu memang mudah hilang.. Masa suami aku hulurkan duit hantaran tu, duk bergambar bagai, siap aku lupa pasal duit tu. Nasib baik ada yang alert dan amik simpan duit tu. RM300 banyak weii kalau kena curi.

Bincang antara pasangan dan ahli keluarga pasal hantaran - Isu ni memang panas. Tak salah kalau kita mintak sikit pun. At least kurang bagi bebanan pada pasangan kita, so baru la takde nak gaduh-gaduh, stress ke hape .. Wang hantaran yang pasangan bagi boleh guna untuk tampung belanja kawen atau kegunaan lepas kawen. Sila berjimat cermat yer idokkk..Macam aku duit hantaran tu kami bagi sama rata untuk majlis kawen Terengganu dan Perak. Mana yang tak cukup kongsi duit topup sana sikit sini sikit.


Treatment Spa &Therapy

Kalau nak berSPA bagai memang akan makan kos RM100-300 jugak ni kalau ikut pakej. Aku memang tak buat treatment ni. Kekangan duit dan takde masa. Rushing nak kawen dulu memang takde masa nak berSPA bagai..

Tapi setakat RM100 masih boleh kalau nak dapatkan treatment SPA. Urut tubuh kalau guna tukang urut Tradisional lagi murah kot. RM50 dah dapat satu badan.

Tips kalau nak jimat -  DIY jer. Gunakan susu kambing, mandi bunga sendiri. buat scrub gula sendiri, minyak aromaterapi pun ada jual yang murah. Tak salah ber"treatment spa" di rumah sendiri. Memang jimat kos.

Sewa Dewan atau di rumah sendiri.

Kalau kawen di KL, Selangor memang sewa dewan makan "ribuan" ringgit. Tu memang takleh nak jimat melainkan buat kat rumah sendiri. Ada dewan kira per day. Ada yang kira per hour. Kena pandai bajet la..

Aku sepakat buat kat dewan kampung aku sebab rumah sempit dan payah parking, so no choice memang kena buat dekat dewan. Sewa dewan aku share dengan adik aku. Sewa dalam RM 400 sahaja.
Ambik kira sewa khemah kalau buat kat rumah.. Kalau aku buat kat rumah, sewa khemah sebijik pun dah lebih RM200 (sekali hiasan scallop)..tu baru sebijikk...Kalau aku amik 3bijik khemah dah RM600. Better aku sewa dewan..

Tips, kalau jemputan tak banyak, tak perlu nak besar dewan yang besar melampau-lampau, kecik pun still boleh tampung. Sebab tetamu keluar dan masuk, bukannya berhimpun dalam satu masa. Pilih mana yang lagi murah samada sewa per hour atau per day.

Kalau nak jimat, better buat kat rumah kalau rumah korang selesa. Memang jimat sebab takde keluarkan duit sewa dewan..

Kalau kes aku, sewa dewan lagi jimat... Dahla pengantin 2 pasang, mesti kami perlu khemah dalam 8 bijik.. Mak aku setuju buat kat dewan tak perlu risau hujan ke, panas ke, ganggu kawasan jiran..

Pelamin

Tak dinafikan, kalau nak jimat kos better DIY je pelamin. Selain jimat kos, boleh simpan as aset kalau nak bagi orang sewa mahupun jual balik.

Untuk majlis resepsi, aku tak sempat nak DIY sebab kelam kabut buat keputusan nak kawen, dan aku pulak kerja kat KL. Takde masa nak dirikan pelamin sendiri kalau balik kampung pun 2 hari sebelum kawen. Kalau korang nak DIY, boleh beli kain RM2.50 semeter, cari/pinjam kerusi yang comel sikit, DIY bunga kertas ke, bunga tisu ke, letak lantern ke, pallet ke.. memang dah okey sangat..cantek u...

Majlis bertandang, family suami yang DIY sendiri untuk pelamin. Guna langsir sedia ada, buatkan tirai, letak bunga sedia ada, pastu recycle barang dari photobooth kami.

Or else, boleh sewa barangan pelamin dan dirikan sendiri. Kosnya memang lebih jimat berbanding panggil vendor dirikan pelamin.

Aku dapat jimat sebab sewa pelamin aku share dengan adik aku. Jimat sikit. Aku bayar RM1000, adik aku bayar RM900. Berbaloi sebab dapat pelamin, meja makan beradap, mekap 2x, meja photobooth (meja je, hiasan photobooth aku sendiri), pintu gerbang & sewa baju 2 pasang. Berbaloi-baloi bayar RM1000 untuk banyak item...yang ni kena deal dengan butik la..


Pakaian Nikah & Pakaian Bersanding

Kebiasaanya orang akan upah jahit baju nikah. Aku pernah survey dalam RM800 jugak, Dek kekangan masa, aku sewa je untuk baju bersanding & baju nikah. Jimat berbanding aku upah jahit sebab belum tentu aku pakai baju nikah sebab warna dia putih. Baju bersanding pun aku sewa sekali.

Kalau korang nak baju simple, better cari yang dah siap, dalam RM150 dah dapat. terus boleh guna buat baju raya nohhh.. Kalau korang nak baju yang vogue thevasssss gitu, memang agak mahal la..

Biasanya baju nikah simple sikit compared to baju sanding. Kalau ada bakat menjahit manik, boleh la jahit manik sendiri kat baju wedding. Memang jimat berganda weiii.. Aku pernah survey, upah jahit manik RM300 untuk baju nikah. Sebab tu aku decide nak jahit manik sendiri.

Untuk baju bertandang untuk aku dengan suami, aku tempah orang jahit, tapi manik aku jahit sendiri. Jahit bukan dengan benang, tapi dengan air mata..Hahaha..
Sama jugak macam veil, aku DIY sendiri. So lepas kawen, jadi hak aku dan boleh bagi orang lain pinjam.

Baju bertandang suami

Baju bertandang Isteri

Veil DIY

Bunga Tangan

Bunga tangan untuk majlis bertandang, aku DIY sendiri sebab takde guna butik pengantin... Kena la cari sendiri bunga tangan... So aku DIY je.. Nak beli cam mahal je.. Aku guna lebihan bunga fabrik yang guna untuk hantaran... Masa akad nikah guna yang ni jugak..


Mekap

Kalau Mekap sendiri memang suihhhhh g main jaoh-jaoh la jawabnya... bukan pe.. Aku kalau mekap sendiri, tok iman tengok pun boleh batal air sembahyang.. Sebab? terkentut.. teheeeee....
Aku memang tak reti langsung. Aku amik orang mekap aku upah RM100 untuk 2x make up (Nikah malam, bersanding siang esoknya di Terengganu) Bagi aku ianya berbaloi..Sebab murah dah ni..

Kat Perak kena RM100 mekap..

Untung kalau sape2 pandai mekap, boleh apply kat muka sendiri dan jimat kos!


Kad Kawen.

Kad Kawen aku share dengan adik aku (untuk majlis perempuan). Mak aku suruh adik gi tempah, tahu-tahu dah siap dan mintak kami share. Jimat jugak bila share dengan adik.. Walaupun niat utama aku nak buat sendiri dan print sendiri je. Tapi takpe la.. Janji murah. Harga tak sampai 80sen sekeping sebab ada diskaun. Pastu share pulak dengan adik aku.. Dabel jimat gitu..

So,untuk majlis bertandang, kami DIY sendiri jer. Zaman sekarang senang nak DIY sebab banyak idea2 boleh tengok kat internet, banyak kedai print yang tawarkan pakei print murah2..

Aku kurang bersetuju kalau beri kad kawen mahal2.. Bukan ada yang simpan pun..Akhirnya ke tong sampah jugak..kan...



Inai

Inai kalau nak jimatkan kos, pakai je inai tumbuk yang amik kat rumah jiran ye..
Tumbuk sendiri, pastu mintak orang tempekkan kat jari..

Kalau nak buat majlis berinai macam retis, memang kena D.U.I.T laa...

Masa aku kawen, aku ingat nak guna inai daun. Tup tup ayah aku bawak balik inai tiub.
Katanya jiran bagi. Tenkiu sangat..Tak payah nak beli inai lagi...suka kan..
Tak payah nak tumbuk-tumbuk inai..

Kalau korang nak buat majlis berinai kecil-kecilan. Boleh gunakan idea buat makan-makan simple, pakai inai dengan member2.. Fun jugak kan... Yang penting, amik gambar kenang-kenangan...


Cincin Kawen/Gelang Kawen

Sapa suka cincin cantekkk??? Bukan Kak Mah je tauuuuu...tehee..

Aku cut cost untuk cincin kawen.. Huhuhu..
Amik yang suasa jer... Tu pun dah RM300++ (sebab tebal)
Kalau amik yang emas sepenuhnya, bergolok gadai la bak kata orang Ganu...

Tapi takpe kalau taknak berjimat pun tang ni sebab emas kan bernilaiiiiiiiiiii..
Syokknya!

Suami punya cincin guna Cincin Perak. Kami banyak jimat kat sini sebab abang aku tukang cincin. so upah buat cincin tak dikenakan. Just bayar harga emas dan permata jer..
Untung!

Untuk batal air sembahyang, suami aku belikan gelang tangan. Abang aku yang tukang cincin banyak kenal orang kat kedai mas, so dia boleh la tawar menawar.


Hantaran

Untuk berjimat, aku DIY dan recycle banyak benda untuk hantaran. Mana yang perlu sahaja aku jadikan hantaran.... Kat sini aku tengok orang berlumba-lumba nak tunjuk hantaran sape yang paling vogueeeee. Ko compare dengan aku, aku compared dengan dia, dia compare dengan mereka-mereka ini.. Sampai mammmmp**** still duk bercerita hal hantaran.

Please....pikirkan pasal kegunaan.. Macam aku, hantaran aku belli ubat gigi dan berus gigi sekali..hahaha..Tapi sebenarnya yang ni penting, sebab suami aku jenis outstation. Compared kalau beli set penjagaan muka satu set, rupanya hanya pakai pencuci muka. Yang lain, tak pakai dan terbiar pastu buang jer..

Aku hanya beli barang hantaran sahaja. Tapi semua hiasan untuk hantaran (renda, riben & bakul) aku recycle yang abang aku dulu jer...Aku just DIY bunga dari fabrik (fabrik flower/bunga yoyo) sebab masa tu tengah trend hantaran bunga yoyo.. huhu)

Elakkan barang mahal jika kekangan duit.. Jauhi budaya berhutang. Jika tak mampu kasut mahal, memadai lah dengan kasut jenama biasa.

Aku pinjam telekung sembahyang dan tuala baru dari mak, Buat2 penuh dulang, pastu pulangkan balik. Tak payah nak pikir beli baru. Sebab kami duduk rumah sewa lepas kawen, memang guna barang sedia ada jer....Kena pandai curi peluang nak minimizekan belanja kawen...

Boleh klik sini untuk lebih lanjut pasal hantaran tak seberapa kami tuh!


Makan beradap

Tips yang boleh diamalkan.. Makan apa yang catering masak, just deko nampak cantek. Gunakan pinggang lawa-lawa sikit. Kalau nak tambah, boleh tambah dalam 1-2 menu tambahan. Biasanya catering akan bagi buah segala, So buah tu  boleh amik, cucuk2 hias jadi cantek.

Deko untuk meja beradap majlis bertandang, deko sendiri. Pastu ada menu tambahan macam udang, siakap, sotong. Kos baru RM200. Semua family aku boleh makan.
Kat Terengganu pun makan beradap habis dalam RM 100 - 200 je anggaran nya..

Adalah menjadi satu bonus kalau ada yang sudi sponsorkan makan beradap...

Bilik Pengantin

Sebab majlis kami kat dewan, bilik tidur pun hias sederhana je..

Kalau buat kat rumah, untuk jimatkan kos boleh DIY jer hias bilik pengantin. Beli kain murah-murah 5 meter buat tirai, scallop.. Baru RM20 ringgit kan. Add on bunga sikit dah okey..

Bilik pengantin aku hias biasa-biasa jer..Gantungkan langsir mak, pastu ada on pomander ball & baby lantern lamp...Bilik sempit nak deko lebih-lebih pun alahaiiiii..kesian tengok..

Contoh bantal Mr. & MRS yang DIY wording tu..

Pomander ball.
Sekarang Pomander Ball ni dah jahanam di buat main oleh anak buah haku..


Props & Photobooth

Tang ni aku banyak jimat sebab semuanya DIY... Eksaited sangat duk DIY benda ni sebab ni first majlis yang ada props bagai ni (dalam majlis family aku)..

Sibuk la semua nak bergambar... huhuhu... nasib baik guna catering, boleh la korang nak bergambar cantek3, sebab tak payah nak kena angkat lauk bagai..

Kalau booking orang buatkan props & photobooth mesti makan 2-3ratus jugak depends pada hiasan kan..Tapi kalau nak jimat tapi takde masa nak DIY sendiri, korang boleh sewa dari vendor.. Murah sikit.. Korang sewa dan hias sendiri..


Guestbook

Bercerita pasal GuestBook. Tak perlu keluarkan modal banyak incase korang takde idea nak DIY sendiri. Cukuplah beli Set Drawing Size A3/A4, beli pen warna warni kat Mr. DIY pun baru RM4.00. Less than RM20 dah boleh wujudkan GuestBook.

Kalau order memangla hasilnya cantek, tapi Harga pun cantek jugak la...

Aku DIY guna A4 paper, dan letak la bunga hiasan sikit (Guna lebihan yang buat hantaran)...Isi buku dia aku print sendiri... Boleh la setakat nak jadikan kenangan...

Aku guna Instant Camera yang keluarkan gambar terus tu. Bajet aku RM300 (untuk 2 majlis) tampal dekat guestbook gambar tu..


Candy Booth

Aku takde candy booth yang betul2 "candy booth". Kami just beli biskut 2 tin letak kat tempat tumpuan orang, jadikan ala2 macam booth biskut je la.. Sape nak boleh makan. Boleh amik..
Gula2 lolipop, mak aku bagi kat kanak-kanak masa bersalam kat pintu keluar.

Photograhper & Videographer

Yang ni memang kami hire photographer. Sebab takde orang yang okey nak amik gambar.
Kat Terengganu RM700, Perak RM500. Takde video bagai...Kami just amik basic pakej...

Alhamdulillah, Gambar semua okey, puas hati sangat walaupun tak amik photographer yang beribu. Kami memang cari duit nak hire jurugambar sebab nak hasil yang okey, sebagai kenang-kenangan kan..

Kalau tak mampu, cukup la mintak kawan-kawan amikkan gambar..Bagi la lauk kenduri, bunga telur lebih sikit untuk dia bawak balik...


Location photoshoot

Ni pilihan masing-masing.
Kalau nak jimat kos, pilih tempat yang dekat dan tak dikenakan bayaran kalau guna tempat tu.
Sebab ada sesetengah tempat kena bayar kalau masuk. Contohnya : taman tamadun islam terengganu aku rasa ada bayaran kalau masuk kat replika masjid bagai tu..

Kat Terengganu, aku ingatkan photographer nak amik gambar kat Pantai. Rupanya pilihan dia ialah di tempat macam taman awam dan di masjid. Oh..rupanya pilihan dia okey jugak..

Kat Perak bergambar kat tali air je..Masa tu dah suntuk sangat. Dah pukul 6 agaknya..
Semua photographer memang on time dan sangat membantu...


Doorgift

Untuk tetamu dari pihak lelaki, kak ipar ada sponsor sikit la.. Benda alah yang macam koko krunch warna warni tu...Door gift kami bagi tuala muka dan gula-gula/ Sumi & jajan jer..Elakkan beli jajan yang cepat rosak..

Seingat aku, kami takde bagi telur (kenduri belah isteri). Dalam bunga telur letak 2 ketui sumi jer..
Untuk majlis bertandang, doorgift pun sama + ada telur la.. Bekas doorgift guna plastik je (jimat kos), paper bag ada pun, member adik aku sponsor...

Doorgift kami habis dalam RM400 - RM450 (share dengan adik) kot kalau campur dua majlis. Tu pun banyak lebih..



Catering

Kami tak boleh berjimat tang ni sebab kami guna Catering. Memandangkan family aku memang nak guna katering, bajet kami catering RM8000 sahaja,.Aku boleh jimat kat sini, sebab share dengan adik aku. Sorang bayar RM4000.. Tips, sediakan tupperware in case lauk tak habis, boleh balik bahagikan kat jiran-jiran...

Korang untuk berjimat better gotong royong la kan.... Betul tak?...

Nak kurangkan penat, better amik katering jer. Mak aku takde nak pikir pasal masak kenduri lagi... Kesian orang tua kita sebab penat nak pikir pasal masak kenduri ni kalau kaki tangan tak ramai...


Homestay untuk family

Kalau jodoh dengan orang dekat memang jimat la sikit bajet sebab tak perlu nak bayar homestay. Kalau berjodoh dengan orang daerah, negeri lain, memang kena booking homestay la untuk mereka.
Kat Terengganu Homestay habis RM500 untuk 2 malam...
Kat Perak habis RM230 untuk 1 malam.


Saguhati untuk kakitangan yang menolong.

Walaupun amik katering, tapi majlis aku masih ada jiran yang tolong. So keluarkan sikit bajet untuk beli hadiah untuk mereka.
Kami beli tuala mandi, kain batik, kain pelekat, sejadah macam tu je la...


POST WEDDING

Post Wedding Photo

Sepatutnya aku takde post wedding photoshoot, memang takde booking/plan nak amik untuk post wedding..Tapi oleh kerana masa majlis bertandang, gambar sikit je, makanya photographer willing nak amik gambar post wedding tanpa kenakan bayaran, agar album kami penuh la gambar nanti..

So ada la kenangan gambar post wedding. Meriah sikit gambar album kawen...Ni nasib baik la photographer ni baik dengan suami...Kami ke Bukit Cherakah jer.. Bayar RM3.00 seorang untuk masuk dalam.


Kediaman Untuk Kehidupan Lepas Kawen.

Duit banyak nak guna untuk kehidupan lepas kawen..
Duit untuk rumah sewa & duit perabot... Tapi tak semua kena beli baru... Boleh guna barang hantaran kawen, hadiah kawen dan barang second hand..
So, kami takde guna banyak duit untuk kelengkapan rumah...Just guna duit banyak masa bayar deposit rumah sewa je..

Settlekan Hutang Majlis Kawen yang tertinggal.

Bayarkan hutang mana-mana yang tertinggal masa kenduri,. Macam duit last minit tambah lauk, duit pelamin ke, duit beli buah ke..Bayar balik kalau-kalau terpakai duit adik beradik, mana tahu tengah kalut kenduri termintak adik gunakan duit dia dulu dengan beli itu ini.. Ni selalu jadi ni..

Okey... Itu sahaja yang aku rasa okey untuk share...
Mana yang tertinggal/termiss, mintak hamppunnn yer.. Makcik dah tua..hehehe =)
Boleh baca details entry pasal wedding makcik ni ye...Klik je kat bar sebelah kanan ni...(Eh, tu pun kalau sudi)..

Tak sedar macamana mampu sediakan duit, sedangkan keputusan nak kawen pun last minit (sebab nak sekali kan dengan majlis adik aku).Alhamdulillah...

psst : semoga adik comey/mana2 bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga, semoga dipermudahkan segalanya..

Ok. Bye!
XoXO

TIPS :: Tips untuk pindah rumah

Assalamualaikum... Haii awok-awok semua...


Kali ni nak share tips pindah rumah style aku.
Sejak kawen ni, dah 2 kali pindah rumah.
First = baru kawen pindah masuk rumah sewa
Second = masa pindah rumah sendiri (selepas setahun kawen).


Tips 1: Kemas barang berperingkat

Jika korang seorang yang busy, baik korang kemas barang berperingkat.
Maksudnya, korang takde masa yang banyak untuk kemas sekali gus.
Korang guna masa terluang untuk kemas sikit-sikit tanpa penat yang melampau.
Mulakan dengan mengemas barang yang jarang digunakan.

Contoh : Kemas baju-baju yang jarang digunakan.
Kemas pinggan-pinggan yang tak digunakan.


Antara barang terawal yang dipacking ketika nak pindah


Tips 2 : Tinggalkan barang keperluan sahaja.

Jika korang akan berpindah dalam masa lagi beberapa hari, korang kemaskan semua barang masukkan dalam kotak.
Tinggalkan keperluan penting sahaja yang akan digunakan untuk tempoh baki beberapa hari yang korang nak duduk kat rumah tu.

Contoh : Kemaskan semua, hanya tinggalkan beberapa helai baju untuk pakai g kerja, asingkan barang mekap yang penting sahaja. Asingkan peralatan untuk cuci rumah (untuk kemaskan rumah sebelum tinggalkan rumah tu)


Tips 3 : Susunatur pakaian dengan betul.

Susun semua pakaian dalam kotak yang betul. Jangan campur adukkan barang dalam kotak.
Dengan ni, semua akan teratur dan senang nak cari kelak.

Contoh : Semua baju isteri dalam satu kotak, Baju suami dalam kotak lain..
Cuba elakkan simpan barang yang tak berkaitan dalam satu kotak.


Susunatur pakaian


Tips 4: Asingkan dan labelkan kotak

Kotak yang digunakan hendaklah dilabelkan dengan nama barang yang berada dalam kotak tu dan lokasi barang tu hendak diletakkan di rumah baru.
Letakkan label di luar kotak.

Contoh : Kotak A - Baju Kurung - Bilik 1
Contoh : Kotak B - Pinggan Mangkuk - Dapur
Contoh : Kotak C - Barang DIY - Bilik 3

Jika satu kotak, tetapi ada 2 item, pastikan dilabelkan.
Contoh : Seluar kerja +baju sejuk + tudung - bilik 1

Masa pindah barang ke rumah baru, bagitahu orang yang angkat barang tu pasal rumah kita.
Tunjukkan di mana dapur, yang mana bilik 1, bilik 2, bilik 3 dan bilik stor...
Senang mereka nak angkat barang.

Contoh : Bila lori dah sampai kat rumah baru, inform kat pekerja tu lokasi bilik tidur, dapur dan sebagainya.
So, bila pekerja angkat kotak, lihat label dia dah tahu kotak tu harus diletakkan di lokasi mana.
Bila kita nak guna barang tersebut, kita dah tahu mana nak cari.


Guna kotak untuk mudahkan urusan packing barang

Sebahagian kotak yang dilabel


Tips 5 : Letak barang yang digunakan untuk packing dalam satu bekas.

Barang seperti Gunting, Tape, Tali, Marker akan cepat hilang/salah letak bila kelam kabut/messy masa tengah packing barang untuk pindah.
So, pastikan semua barang tu diletakkan dalam satu bekas/bakul.
Pastikan lepas guna, kembali diletak disitu.
Barulah proses packing barang boleh berjalan lancar


Bakul digunakan untuk letak semua barangan ketika kerja packing barang.


Tips 6 : Pastikan ruang rumah baru tu siap sedia untuk terima barang.

Sebelum pindah masuk, pastikan ruang rumah kita tu dah bersedia untuk terima loading barang.
Agar takde halangan untuk barangan masuk dan tak halang laluan.
Make sure rumah dah bersih sebelum masuk barang...

Contoh :
Pastikan perabot besar tak berada ditengah2 ruang dan menghalang urusan loading dan kerja mengemas.
Baru la mudah kotak2 nak masuk bilik tersebut.



Pengalaman aku : Rak putih tu suami lupa nak alih, kotak still boleh loading dalam bilik ni, tapi kerja mengemas tak dapat dilakukan sebab pintu wardrobe tak boleh buka.


Tips 7 : Warping barang

Jika mampu/rajin, boleh la warping barang korang agar tak kotor, rosak, berterabur masa pindah. Kalau taknak balut dengan wrapping plasik, boleh try guna surat khabar dan tape.
Antara barang yang aku wrap ialah sofa, bantal, tilam, barang2 kecik, barang2 mudah pecah dsb.



 Plastik 5-tier aku tu aku wrapping dengan plastic, mudah nak angkat.


Tips 8 : Barangan penting disimpan berasingan dan selamat.

Barangan penting seprti dokumen, ubat-ubatan dan barangan kemas aku simpan berasingan.
Tak campur sekali dalam kotak biasa tu.
Macam ubat tu, incase nak guna memang dah terus ada tanpa perlu nak geledah kotak besar.

Contohnya : Ubat-ubatan dan dokumen penting aku simpan dalam beg aku.. Takde lagi adegan "melilau cari dokumen hilang"



Tips 9 : Buat checklist sebelum, semasa dan selepas packing barang/pindah.

Checklist ni penting agar semua kerja memindah dan packing barang berjalan lancar.
Takde la serabut sangat nanti. Senang nak trace apa yang penting.


Contohnya : Checklist apa yang perlu ada, apa yang urgent, apa yang tertinggal.
Bagi aku checklist sebelum tinggalkan rumah lama tu sangat penting, agar takde barang tertinggal dan menyusahkan kelak.
Buat tour satu rumah untuk kali terakhir sebelum tinggalkan rumah agar takde barang tertinggal.


Sources : Google


Tips 10: Plan Susunatur perabot di rumah baru

Pastikan korang dah tahu mana nak susunatur perabot korang.
Kalau bertuah, boleh suruh pekerja lori tolong susunkan sekali. Kena pandai pancing.huhu



Tips 11 : Clearkan dan cuci peti sejuk

Pastikan sehari sebelum pindah, korang clearkan barang dalam peti.
Habiskan stok makanan, lap peti bersih-bersih.
Nanti masuk rumah baru, dah boleh terus susunatur barang baru dalam peti.
Termasuk juga dapur (kalau korang pindahkan dapur memasak), dapur kena lap dan balut dengan surat khabar cantek-cantek...





Tips 12 : Sisihkan barangan yang tak berguna.

Buang mana-mana barang yang dah tak berguna...
Jangan simpan dan penuhkan di rumah baru pulak...
Baju lama boleh dijadikan kain buruk.
Mana yang tak pakai, tak payah pikir untuk kenang kenangan. Sila buang. Menyemak je nanti.


Tips 13 : Kemas Rumah/Settlekan bil sebelum tinggalkan rumah lama itu.

Aku kemas rumah sewa sebelum handover untuk penyewa baru...
Tolonglah ye, kalau korang sewa rumah walaupun masa dapat rumah tu, rumah azab buruk.
Tapi masa nak bagi balik kat penyewa baru, sila bersihkan rumah dan tinggalkan dengan keadaan bersih.
Malu la wei kalau nak tinggal rumah bersepah macam tu kat penyewa baru.
Semua bil kena la settle.
Bil api air, astro, internet nak kena clear sebelum pass rumah untuk orang baru.
Tak baik tinggal hutang.


Pssst : Selamat berpindah!


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Tips Susun Atur Cadar, Sarung Bantal & Langsir

Assalamualaikum...
Hai...


Hari ni nak share sikit perkongsian pasal susun atur cadar, sarung bantal dan langsir...
Rumah aku ada 3 jenis saiz tilam (King, Queen, Super Single)
Dan 2 jenis langsir (Tingkap Bilik & Sliding Door).


Tips yang aku gunakan dalam susunatur Cadar, Sarung Bantal &Langsir.


1. Susun Ikut Kategori

Cadar yang berset dengan sarung bantal, aku lipatkan sekali.

Contohnya : Cadar Queen Hello Kitty + sarung bantal Hello Kitty. So jadi satu set dan lipat comel-comel.

Result : Senang nak cari set cadarnya. Bila amik cadar, terus ada sarung bantalnya sekaligus...


2. Susun Cadar Ikut Bilik/Saiz Tilam.

Contohnya : Bilik Utama aku gunakan cadar King, maka semua cadar king aku letakkan dalam almari bilik utama.

Result : Sesiapa yang guna bilik utama, cadarnya hanya berada dalam almari di bilik utama. Bukannya di biilik kedua mahupun ketiga.


3. Susun sekaligus, tetapi berlainan Saiz cadar.

Jika, korang ada satu almari je untuk kesemua cadar, asingkan cadar ikut saiz nya.

Contohnya : Cadar King bersebelahan dengan Cadar Queen and Single.

Result : Kita mudah capai nak amik cadar yang mana satu. Gunakan labelling untuk memudahkan tag nama. Orang lain jugak akan mudah untuk mencari cadar saiz pilihannya. So, dalam satu almari boleh diletakkan semua cadar dan senang untuk di kenalpasti.





4. Susun Langsir mengikut kegunaan/ ruang.

Contohnya: Untuk ruang bilik, letakkan asing dengan langsir ruang dapur. Kerana langsir ruang bilik mungkin kita boleh tukar-tukar guna dengan bilik lain.
Langsir dapur mungkin just fixed untuk kegunaan di dapur sahaja (memandangkan langsir dapur kadang2 ada kotor kalau kena minyak tapi tak dapat dibersihkan sempurna)

Result : Kita mudah tahu kegunaan setiap langsir.


5. Buang/ Sisihkan Cadar/langsir yang tak digunakan.

Contohnya: Cadar yang lama boleh digunakan/disarungkan jugak pada tilam. (Dilapik sebelum menggunakan cadar utama). Dengan ini, kita boleh jadikan double layer untuk cadar (jika suka) so tilam payah kotor kerana ada 2 lapisan cadar.
Langsir yang tak digunakan pula boleh dijadikan kain buruk. So, boleh menjimatkan ruang untuk penyimpanan. Selain tu, langsir atau sarung tilam yang tak digunakan semula boleh dikitar semua jadi alas kaki..

Result : Ruang penyimpanan sentiasa muat dan updated dengan latest barang yang kita perlukan sahaja.


6. Guna labelling untuk memudahkan.

Contohnya: Boleh gunakan untuk memudahkan kerja susunatur. Letak labelling pada almari penyimpanan atau pun pada rak.

Result : Kerja susunatur cadar dan langsir jadi lagi mudah dan seronok setiap kali nak kemas. Suami pun mudah nak cari barang.


7. Susunatur sarung bantal tanpa cadar.

Kadang - kadang, ada masa kita hanya membeli sarung bantal sahaja tanpa set cadar. So bila nak lipat sarung bantal ni, ianya tunggal tanpa cadar.

Contohnya : Cara aku ialah lipat semua sarung bantal tu dan masukkan dalam sarung bantal yang lain. Means, lipat sarung bantal A,B,C dan masukkan dalam sarung bantal D. So, setiap kali kita amik sarung bantal D, kita akan tengok ada semua sarung bantal lain dalam tu. (sarung yang memang takde cadar set)

Result : Mudah untuk kita amik sarung bantal tanpa usik cadar lain.




Macam aku, semua cadar &langsir, aku letak di bilik tetamu
(bilik utama kami jadi bilik tetamu).
So, kalau nak cari cadar dan langsir, aku terus ke bilik utama cari dalam cabinet itu sahaja (semua dalam tu). Senang!.


Dalam cabinet bilik tetamu ni jugak ada simpanan keperluan untuk tetamu seperti kain batik, kain pelekat, tuala dan kain batik.
So, kalau tatamu datang dalam bilik tu ada semuanya.. Duit je takde.. ahahahha (aku bukan jenis simpan duit bawah bantal...huhuuhu)..
Macam mak dan mak mertua aku, memang dah tahu cari keperluan dia kat situ.




Psst : Korang susun/simpan cadar/langsir macamane??? Share laa.. Jangan kedekut..
Kedekut kita tak sayang!!!


Ok. Bye

Tips aku membersihkan/kemas bilik umah sewa

Assalamualaikum...
Helloo awok mung!!


Tips bersihkan bilik:

1. Mulakan dengan mengemas satu bahagian dari bilik itu. 
Contohnya: kemas sudut penjuru bilik, kemudian diikuti dengan area lain.
Tujuan: Untuk elakkan rasa serabut dan boleh fokus sesuatu di sesuatu area..


Example: letakkan barang satu tempat, so boleh kemas penjuru lain yang kosong dulu.

2. Kemas bahagian atas terlebih dahulu kemudian diikuti dengan bahagian bawah. 
Contohnya: Mulakan mengemas bahagian loker atas, barulah mengemas loker bawah.
Ataupaun mulakan mengemas bahagian atas meja solek, kemudian baru mengemas bawah meja dan lantai.
Tujuan : Nak siapkan sekaligus sapu lantai... Sebab bila kemas atas, habuk terus jatuh bawah... Terus boleh sapu lantai dan siap...


Example: kemas bahagian atas loker dulu sebelum sapu lantai


3. Barang-barang kecik disusun dalam compartment atau kotak comel. 
Barulah mudah dikemaskan sebab tak bersepah-sepah. Barang kecik-kecik ni lah yang mudah bersepah dan payah nak kemas dari habuk.

Example: Guna compartment box


4. Asingkan barang-barang yang selalu guna dengan barang yang jarang digunakan.
Contohnya: Pencuci muka setiap hari guna, letak ditempat yang mudah kita capai berbanding barang lain yang mungkin kita guna 2minggu sekali or sebulan sekali. Baru la tak sepah-sepah bila nak capai.
Tujuan : Mudah untuk kita capai barang yang daily use. Compared to barang yang jarang kita guna

Example: letak barang daily use kat luar. dan barang yang jarang guna letak dalam loker/box.


5. Gantung barang yang berwayar dan selalu digunakan. 
Contohnya : Charger handphone, mouse laptop, kunci akan digantung di dinding.
Tujuan : Mudah untuk dicapai. Tak perlu nak godek beg laptop/box.. Biasanya terus capai, bila siap guna terus ikat dan gantung balik.
#kenangandenganlaptopyangtelahdicuri#


 
Example: tempat gantungan kunci, pad lock and charger.


6. Loker simpanan sebagai meja laptop.
Oleh kerana aku guna laptop sambil duduk di lantai, makanya aku guna loker simpanan as a meja laptop..
Jimatkan space kerana ada tempat simpanan dan juga berfungsi sebagai meja laptop. 
Boleh simpan stok makanan kalu hagak nak menggemukkan diri ngadap laptop tu kan.


Kenangan sebelum rumah dimasuki pencuri yang tak reti malu

Ok. dah tak boleh taip lagi. emo sangat ni.

Ok.bai
XoXO