Raya 2026 : Hari Raya Kedua

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari Raya kedua Sepagi kami hanya di rumah menyambut tetamu. 
Lepas tengahari baru kami keluar beraya. 
Pagi tu kat dapur menolong mok aku masak nasi lemak. Aku bahagian potong-potong timun dan ulam untuk laksa. Sebab mok aku ada tempah 3kilo laksa Terengganu kuah putih dan kuah merah. 
Kak Ipar dah buat sambal sotong. Terima Kasih sangat-sangat.


Nasi Lemak with Kak Ipar's sambal sotong.
The best combo



Outfit raya di pagi raya kedua.
Tema Orange mix & match 


Kami adik beradik ni kalau mak tak join gi beraya rumah saudara, makanya kami semua pun pakat segan silu nak g rumah sedara. Hehehe.. Maklumla jumpa setahun sekali dan masa kenduri sahaja. Hehehe.. Semua mengekor bontot mak aje.. Koh koh koh :)


Then singgah beraya di rumah kawan kak ipar aku. Rumah Ain. 
Rumahnya berhampiran rumah sepupu, so sekali harung aje terus gi beraya. 
Yang lain taknak join sebab anak-anak dah bising nak gi berjalan ke pantai.
Si kenit aku ni sempatla take a nap sekejap dalam kereta.. So masa beraya ke sini, moodnya OK la. 
Mood OKnya tu sampai tahap pasu bunga tuan rumah pun dah tahap nak berpindah alam. 
Saborrrrrr je laa..


Then balik rumah untuk beraya di rumah jiran pulak.
Parking kereta dan loncat sekejap naik beraya di rumah jiran. 


Bersama family jiran.


OK. Bye
XoXO

No comments: