Shoppee Haul : Beli apa je sepanjang 7.7 tahun 2021 ni??

Assalamualaikum... Hai Semuanya..


Kalau sebelum - sebelum ni tak bape peduli soal 7.7 Shoppee Sales.
Tahun ni aku beli beberapa barang.

Oleh kerana WFH, so senang barang sampai rumah terus.
Kalau dulu nak beli pos ke opis, agak leceh nak kena angkut bawak balik rumah plak.

1. Belikan TERMOS untuk Mak Mentua aku.
Sebelum ni Termos agak besar dan berat dia nak angkat lately.
So kami beli yang kecil aje. Pilih punat yang kena tekan, instead of kena pusing (MIL dah tak larat nak pusing2 kalau penutupnya ketat/kedap.

Updated Review : Tak tahan panas sangat. Tak macam termos asal yang MIL guna.


2. Aku beli TIKAR GETAH. hehehe.
Meja aku ni diperbuat daripada pintu bilik. Pintu bilik aku amik, jadikan papan untuk meja makan.
So ni aku balut tikar getah corak kayu. 

Elok dia gulung. 

Hehe.. Nampak la macam meja kayu elok kan. Hehe

3. Aku beli POKOK FIDDLE artificial.
Aku pilih size 120cm je sebab agak murah.
Tengah tunggu seagrass basket yang tak sampai lagi



4. Beli Vaccum Bag dan Vaccum Pump. 
Belikan jugak soket untuk plug china ni.

Vacuum Bag pelbagai size :
40 X 50 com 
60 X 80 cm
70 X 100 cm
80 X 100 cm
80 X 120 cm 


Soket dan vacuum pump
Suka sangat sebab boleh jimat space.
beli semata mata sebab nak kemas almari cadar, selimut, toto bagai tu


5. Suami beli Push Bag dan Wallet.



6. Belikan ubat nyamuk jenis lidi.



8. Beli sarung bantal. Dalam photo nampak warna agak terang. Dapat2 sarungnya berlainan warna sikit. Sebab effect kamera seller kot. Takpe. Aku ok je.


9. Gedik2 kat laki suruh dia beli baju tidur aku.. Ala 2 pasang je. Tak pernah beli baju tido sebelum ni.



10. Suami beli barangan kelengkapan diri untuk moto dia.
Sarung tangan la, kain kepala la. sarung muka la.
Aku tengok dah macam orang nak mesin rumput.
Apa apa je la..




Pssst : Ada duit kita belanja, takde duit kita diam-diam

Ok. Bye
XoXO

Shoppee sepanjang PKP bulan June

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ni bukan Sale 6.6 di Shoppee mahupun Lazada.
Kalau nak je, terus beli jer.
Aku rasa laki aku lebih sakan kalau bab membeli di Shoppee ni..

Ni semua belian di Shoppee tapi bukan masa sale 6.6.

Ko tengok apa yg Encik Suami aku beli :

Benda alah ni dia beli
Swepper and Mop Robotic
Murah je la.
Dua ni tak sampai RM200 pun.  Mungkin seketul ni dalam RM50-RM70 kot.
Updated Review : Tak bagus pun. Elok ko beli yang mahal terus puas hati guna. Aku dah buang dua-dua ni sebab buat semak aje.


Dia beli phone baru di Shoppee
Sebab phone dia rosak.
Kedai phone tak buka masa PKP
Memang dia risau jugak beli phone kat shoppee.
Yang bestnya dapat banyak hadiah.
(Tripod, Selfie Stick, Air Humifier, Headphone, PowerBank)

Lama dia review setiap kedai. Risau dia!



Dia belikan aku jugak cover phone untuk aku.
Note 4 Samsung.
Seller bg free 1 casing.
Ingatkan dapat la warna lain. Ni sama plak dua-dua color

Padankan dengan headphone yang suami dapat masa beli phone di Shoppe.
Jadi satu set plak dengan cover phone aku.
Phone pakai masa tahun 2015.
Alhamdulillah. Phone masih elok.


Ni apa plak aku beli :

4 ketul box untuk mak mentua aku.
Dia nak simpan barang dia.
Barang arwah bapak mentua masih ada dia nak simpan



Aku beli popcorn 2 tabung.
Kat Seller lain aku beli pemanggang ikan dan pinggan plastik.
Pinggan plastik nak buat alas pokok bunga. hehehe

Pop corn dia sedap. Rangup dan manis.
Bersalut rata.
So, no wonder berat aku sekarang 55kg (paling berat setakat ni)

Aku beli roti paung terengganu kat shoppee wei.
gebu molek. 
Tak sangka ada yang jual.
Rupanya tengok review, ramai je yang order

Beli 3 set (ori, butter dan kaya)
Habis kat aku sorang je. Hahaha

Sale 7.7 tak sabar nak tunggu, sebab ada order pokok..
Hehehe..


Ok. Bye
XoXO