nuffnang

JANA DUIT

Kenduri rumah Paman

Assalamualaikum... Hai Semua..


Weekend baru - baru ni, kami ke Pahang hadiri majlis kawen di rumah paman suami aku. Anak tirinya kawen.
Oleh kerana kendurinya hari Ahad, maka hari sabtu sebelum nya kami boleh la g dressing kaki mak mentua dulu.
Ahad cergas gerak ke Pahang awal pagi..
Memang nak g awal untuk bawak mak mentua jumpa sedara-mara..

Pukul 8 pagi gerak ke Pahang. 
Rumahnya di salah satu felda di area Kemayan, Triang.. 
Kul 11 sampai memang dah ramai sedara kat sana. 
Jumpa la beberapa sedara yang lama mak mentua aku tak jumpa. 

Lepas makan, duduk melepak sana sementara tunggu pengantin sampai.
Pengantin sampai dan bersanding sekejap, terus kami balik. 
Sekitar 1petang gerak balik Klang. Sampai rumah 4petang, sempat la solat zohor di masa-masa kecemasan. hehek...

Seronok kenduri kat kampung. Meriah. Sekali team pengantin lelaki sampai, penuh khemah.
Nasib baik kitorang dah makan siap-siap.

Eh, sempat la kami bergambar kenangan masa kat kenduri dengan sedara mak mentua.

Sepupu & Makcik Pakcik

Kami selpie saje 

Entah bila akan jumpa lagi kan.

Mak Mentua & adik bongsu nya.
Kenduri di rumah paman ni la.

Geng2 orang lama merasmikan pelamin.
Ni semua sepupu suami & paman suami.


Mak & Adik beradik serta iparnya.
Yang mana masih ada. Ramainya dah meninggal


Geng2 sedara bergambar sebelum kami sampai
Kebanyakan dorang datang awal sehari

Wak & Paman
Wak paling tua (yg masih ada) & Paman yang bongsu.



Bergambar sebelum pulang


Selamat Pengantin Baru Alia dan Pasangan.


Ok. Bye
XoXO

Settle PTPTN Encik Suami guna KWSP

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ni cerita bulan April tahun ni..
Finally.. Selepas 7tahun,habis jugak bayar PTPTN Encik Suami..  Sebenarnya tempoh diberikan adalah 10tahun,tapi kami kejar diskaun 15% untuk bayaran penuh sebelum habis hujung April 2022 baru-baru ni. 
Eh, bukan aku yang bayar. 
Encik Suami sendiri la bayar. 
Tiap2 bulan RM300. 
Kami mula bayar PTPTN start tahun 2015 masa suami dapat kerja tetap.

Sehingga lah April 2022, Suami keluarkan KWSP settlekan hutang PTPTN. 
(Kalau ikutkan dia duit KWSP dia macam2 plan dia nak buat, aku cakapkan settlekan hutang satu-satu la.  Kalau ikut ada duit kat tangan, memang akan habis macam tu aje berbelanja...)
Pembentangan bajet sebelum ni ada sebut pasal diskaun 15% untuk bayaran penuh PTPTN.
Time kami bayar, ramai orang kat KWSP yang bayar penuh jugak nakkan diskaun tu. 
Sebab kita tak pasti bila plak akan ada diskaun untuk pembayaran penuh.


UTC Shah Alam.
Selesa


Melepek sebab masa ni bulan puasa (April).
Gigih pergi PTPTN di UTC Shah Alam.
Mak Mentua kami tinggal dalam kereta lepas balik dressing luka kencing manisnya.
Ajak naik sekali dia kata xpayah, menyusahkan.
Katanya bukan urusan dia. So xpayah naik.


Jimatla dalam RM 1600 lepas diskaun.
RM 1600 boleh la berjimba kalau nak. Hahaha


Konon lepas habis PTPTN ni, RM300 yang biasa buat bayar PTPTN bulanan tu, kami nak simpan dalam Tabung Haji. Tapi aku tengok dah 4-5 bulan habis PTPTN, duit RM 300 tak nampak bayang lagi. Hahahaha..
Dusta semua angan2 nak menyimpan duit kalau habis hutang.
Hahaha.. Takpe. Kita enjoysssss dulu..

Tunggu ada kesedaran baru menyimpan semula..
So, both of us dah habis bayar PTPTN loan.
Ringan kepala.. 
Sakan seronok sebab rasa ni hutang yang orang biasa tak nampak sebab atas sekeping kertas diploma & degree aje. 
Bukan macam hutang lain nampak kereta seketul , nampak rumah seketul.
Padahal orang lupa masa study ada yang angkut membeli MCD sakan, Kenny Rogers sakan,  membeli kasut dan tengok wayang di Jusco, Kalau tak lalu makan kat dining eh gigih pulak ke bandar nak makan sedap, beli tiket balik kampung, fotostate nota sebab malas nak salin..
Ehhhh.. Macam aku aje.. Hehehe

Ok. Done menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab membayar ptptn.hehe
Ok. Bye
XoXO

Menang giveaway hadiah dari London

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jarang-jarang aku ni bertuah.. Selain bertuah dapat suami yang menyenangkan hati (kehkehkeh), ni la kot aku rasa aku bertuah. Eh, tak. Aku pernah menang peraduan nippon paint dulu sekali. Sakan masa tu seronok yip yip horray je... 

Baru-baru ni, aku kebetulan buka IG aku yang sendu tak berupdate tu (IG kawan opis buatkan untuk aku, kononnya kena la ikut perkembangan semasa sosial media,hehehe). Pastu ternampak sorang instafamous/vlogger MamaSua a.k.a mama kepada Aisyah Cupcake. Mamasue buat giveaway. 
Syaratnya kena follow IG dia, IG bisness dia & tag kepada 3orang.


Aku ni takde kawan kat IG lalu aku mengeTAG (word baru, hehe) member aku si Ezy, adik perempuan aku 2 orang. Aku saje-saje la join . Eh, sekali terpilih plak jadi pemenang top 10.

Masa tu mamasue ada di London attend konvokesyen anak dia Si Aisyah ni.

Malam tu, dapat notification kat IG aku menang.
Pagi-pagi terus la whatssap mamasue untuk isi detail.

So, tadaaaaaa..




Dapat la sebungkus parcel kat gate rumah lepas balik kerja


Dapat seketul Fridge Magnet dari London





So, makin penuh la peti ais aku..

Seronok fridge makin penuh dengan hiasan magnet. Bukan ape, kalau ada budak2 datang biasa aku bagi dorang main fridge magnet aje kalau dorang boring masa mak bapak sembang.
kalau anak sedara aku masa kecik-kecik dulu memang datang je terus meluru ke peti ais aku nak main benda alah ni.. Main la. janji tak memekak gaduh ye..
Fridge Magnet bukan semua tempat aku pergi aku beli. Banyak nya yang kawan-kawan opis bagi.

Korang selalu menang peraduan? Cabutan Bertuah? Dapat apa aje? Sila share..


Ok. Bye
XoXo

Besday 2022

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ok. Memang dah tua tahun ni. Hahaha.. Just sekadar angka katanya.. Hahaha


Hari Malaysia 16 September.

Malam lepas bagi mak mentua makan, suami aku ajak ke Setia City Mall. Dia masuk kedai TYPO, aku pulak berpisah masuk ke Kaison cuci mata. Konon taknak la nampak apa yang cik suami nak belikan hadiah untuk aku.. Hahaha.. Di Kaison, aku beli lilin dan besday cake topper. Beli untuk besday sendiri ye.. Tak malu betul.. Hahaha. Sekejap aja kat Setia Alam, keluarnya kami ke Shah Alam suami nak pekena nasi kandar. Tengah malam suami bagi Kad dan ucapan comel-comel.




Sebelum ke Setia Alam
Gigih snap photo nakkan kenangan punya pasal.




Thanks Encik Suami atas hadiah Pen comel untuk tahun ni.


17 September 2022

Yeayyyyy..  Selamat Pagiiiii... Pagi dimulai dengan ke klinik bawak mak mentua dressing kaki di Puchong. Baliknya singgah tapau nasi lemak di Shah Alam. Eh, nasinya kurang masak. Aku gigih masak lunch awal sikit sebab sendu makan nasi lemak mentah tu.. Petang plan nak kluar, tak jadi sebab kakak ipar singgah melawat mak mentua lepas dorang balik kenduri. Malamnya pulak cancel nak keluar lepas dapat berita jiran sebelah (ayahnya) meninggal. So, khemah dipasang depan rumah kami untuk upacara esoknya. Haaa.. macam-macam betul halangannya tu.. Hehehe




Datang awal so menunggu tak lama la



Thanks Ezy untuk hadiah mengejut ni.
Tiba2 J&T letak atas pagar



18 September 2022

Nak keluar rumah tak boleh sebab masih ada khemah depan rumah. Makanya mereput aje di rumah. Gigih aku order Tealive lagi hari ni. Nak makan meggi pun tetap kena bersiap sedia dengan air sedap-sedap sikit. 



Malam tu pekena maggi soup korea (Memang jenama Maggi, cuma perasa soup korea)
Tapi bagi aku tak sedap.
Sedap lagi maggi kari.


19 Sept 2022

Lepas 2 hari gigih suami keluar belikan kek jugak. Nak jugak makan-makan kek depan TV. Kek banyak sold out kat Secret Recipe. So amik mana yang available aje la..


Cute Cake Topper & lilin

Banyak lilin, aku cucuk semua.
Hehehe.

Thanks Encik Suami.



Nah sekuntum bunga untuk tuan blog ni.
Hepi Besday 


P/S : Entry as kenang-kenangan. Setahun sekali hari jadi kan.. Harusla di kenang. Kihkihkih..


Ok. Bye
XoXO

Rak pinggan di sink

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau dah nama nya pun perempuan, mesti ada aje benda nak dibeli nya untuk rumah.
Aku rasa sink aku sesak aje dengan barang2.
Dengan sabun basuh pinggan, pastu kat situ jugak la nak tos kan item yang dah basuh.
Apa lagi zassss menghabiskan duit di shoppee yang tersayang tu.
Aku beli rak ni lebih kurang harga RM113 macam tu.



Contoh photo dalam shoppee


Aku beli Rak jenis ni.
Type B



Aku ukur siap2 sebelum beli, so muat2 dan sangat function untuk aku guna.
Boleh letak banyak barang dan jimatkan ruang kat area sink.
Sink aku ni walaupun 2 bowl tapi saiz bowlnya kecik (sink dari owner lama)

3 in 1.
- Letak item yang nak dikeringkan lepas basuh.
- Letak barang2 masakan - tepung & sos (nak jimatkan ruang tepi dapur.
- Letak item mencuci macam span & sabun basuh pinggan, sabun cuci tangan



Senang. Semua letak dekat rak ni.
Tos pinggan sementara pastu pindahkan ke rak pinggan lain.


Luas sikit la tempat penyediaan bahan masak.
Sebelum ni sos aku letak tepi2 rak rempah.
Bawang2 pun sama.


 
Boleh gantung barang2 sebab ada dia bagi pengantung & tempat letak chopping board dan sudu.
Sangat praktikal.
Kenapa la sekarang baru aku sibuk nak beli.
Patutnya beli baru dulu lagi. Hahahaha
(Dulu napsu tak tergugat walaupun iklan lalu lalang..hahaha)

Harapnya tak cepat berkarat la..
Sebabnya mahal oi..Seratus lebih tu mahal tau bagi aku. Kikiki
Kita biasa barang Kedai Eco dengan Mr DIY saja.


Ok. Bye
XoXo

Jahit sarung sofa (sofa cover) dan sarung bantal untuk dining chair

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebenarnya dah lama nak buat sarung sofa untuk sofa lelong yang kami beli dari company aku dulu.
Tapi takde kekuatan dan kerajinan nak buat.
Sebab tak reti nak ukur. Setakat jahit lurus guna mesin pandai la..Hehehe
Bayangkan beli sofa dah sekitar 7-8 tahun, pastu duk pasang angan2 nak buat sarung yang mudah buka pasang bila kotor.
Sofa lelong yang aku beli ni tak boleh buka sarung body untuk basuh kalau kotor. (Kain di bahagian body tak boleh buka, hanya sarung seat tempat duduk saja yang boleh buka untuk cuci)
Nak kena panggil orang cuci guna mesin tu.

Kemudian bulan Mac 2022 baru-baru ni, company aku pindah ke HQ semula, so ada banyak sampel kain nak buang.
Aku amik mana kain yang ok dan besar (muat) untuk aku buat sarung.
Duk peram kain tu 6 bulan kat rumah.
Ni baru gigih buat sarung.
Aku kerah suami ukur, aku jahit.


SOFA PUTIH masa beli


Kemudian aku lapik aje dengan kain sebab taknak bagi kotor.



Kemudian aku balut ala kadar.
Guna stapler.
Means xboleh bukak kalau kotor.



TADA..
SARUNG SOFA yang berjaya dijahit
Sarung yang boleh bukak untuk dibasuh.

Sobsss.. Sobsss..
Tarik hingus.. Hahaha.. Bangga dengan hasil usaha suami isteri duk gigih buat sendiri. *Terharu*
Kenapa?
Sebab aku pernah tanya orang, ada yang nak RM700 untuk buat sarung macam ni.
RM700 untuk kain berkualiti dan hasil kerja kemas memang bagi aku berpatutan harga dia. Tak mahal.
Cuma kami yang sendu takde bajet nak upah orang.

Tapi sarung sofa hasil kami ni so-so je la hasilnya. Hehehe..
Tak ler hebat sangat. Cuma boleh la kalau setakat nak buat untuk rumah sendiri.
Aku jahit dan cantumkan hingga jadi sarung. Oleh kerana kami takde mesin jahit tepi, makanya masa balik Tganu baru-baru ni aku upah adik perempuan aku jahitkan kelim tepi. So, baru la kemas dan berpuas hati.



Sarung bantal petak (cream) pun aku jahit sendiri guna lebihan kain sofa 
Sarung bantal warna maroon jahit masa duk menyewa kat Selayang dulu.
Sarung bantal peluk tu aku tak jahit la.. Tu memang asal dari kedai. 



So selain jahit sarung bantal untuk sofa, aku jugak jahit sarung bantal throw pillow untuk dining area.
Kain cream ada lebihan banyak.
Boleh jahit 2 bijik sarung bantal sofa & 4bijik sarung bantal dining chair.
Sebelum ni sarung throw pillow kat dining chair ni warna tak sama.
Campur-campur tak matching & tak sekata. Sakit mata tengok.
So, ni nampak la cantek sikit



Alhamdulillah. Menjadi jugak.

Seronoknya dan bangganya melampau2 sebab aku ni takde la reti menjahit sangat.
Setakat jahit seluar koyak, jahit sarung bantal tu ok la..
Nak jahit baju kurung pun tak pandai. Hahaha

P/S : Encik suami..Kita dah jimatkan RM700, so duit tu nak bawak saya jalan-jalan kemana.. Hehehe..
TERIMA KASIH ENCIK SUAMI sama-sama tolong bini meroyan sepanjang nak siapkan projek ni.
Take 4-5days jugak buat sikit2 sambil tunggu barang jahitan dari shoppee.
Yealaa.. Bini kan jenis nak jahit terus on point menjadi.
Kalau tak menjadi terus meroyan..
Bab ukur mengukur, dan pola suami yang banyak buat. aku just jahit kat mesin dan siapkan yang seterusnya selain jahit sarung bantal.


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Klip untuk kaki sofa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama beli tapi baru nak up sini. Hahaha. 
Sebelum ni, aku tercari2 benda alah pelapik kaki kerusi ni. 
Urmm.. Or mungkin lebih tepat, panggil klip untuk tapak kaki kerusi agaknya. 
Dulu kami search kat shoppee, lazada tapi takde jumpa. Mungkin kami tak tahu nama sebenar benda alah ni, so kami taip takde keluar kat shoppee.
Kami ke ikea tanya, memang takde jual walaupun kerusi ikea ada guna benda alah ni.
Dan assistant ikea suruh pergi tanya kat bahagian sparepart atau bahagian servis kalau dorang ada barang ni. Tapi kami takde pergi ke bahagian servis la..


So bila takde klip ni,  kami guna je kekreatifan untuk lapik tapak kerusi ni. Guna je pelapik dari kedai Eco/Mr DIY gitu.
Sebab kerusi dining aku banyak dh rosak klip hitam ni. Masih boleh duduk tak terasa senget pun. Cuma risau kalau rosakkan permukaan laminate lantai ni. 

https://puapoo.blogspot.com/2020/01/balut-sofa-pasangkan-pelapik-kaki-untuk.html?m=1

Aku pernah up post pasal ni laminate floor aku rosak dulu sebab sofa tak pakai pelapik kaki sofa.


One day tu tengah-tengah duk main fb, nampak iklan jual benda ni. 
Mungkin sbb pernah search, jadi ada iklan berkaitan kaki kerusi sofa muncul kat adverstisement FB aku.

Terus la kami beli. Masa tu rasanya iklan from LAZADA.

Kaki dining chair - saiz 12mm
Kaki sofa -  saiz 14mm

Ni klip tapak untuk kaki kerusi jenis besi. 
Tak semua jenis kerusi guna klip macam ni.
Klip ni nak lindungi lantai. 
Kalau tak pakai, pun masih boleh guna kerusi ni. Cuma risau akan rosakkan laminate floor aku. 
Kalau setakat tiles, memang takde masalah tak pakai klip ni.















Lega sikit bila dah ganti benda alah ni. 
Tak risau surface laminate floor rosak lagi. 
Terkilan oiiii kalau surface laminate floor rosak. Sebab nk tukar perlukan banyak kerja. 
Nak kena angkat perabot, buka semula laminate floor, tukar kepingan laminte yg rosak. Pasang semula. 
Semua tu berduit.. Hahaha
Kena upah orang. 
Kalau buat sendiri, makin buruk hasilnya. 
(Macam laminate dapur aku, dah ada gap sebab buka sendiri masa banjir air mesin basuh,hehe)


* Lepas ni aku up aku buat sarung untuk sofa ni *


Ok. Bye. 
XoXo

Balik Kampung & Hantar Adik ke Melaka

Assalamualaikum... Hai Semua...


Penghujung Ogos dengan cerita aku balik kampung di Terengganu. Alaa... Balik sehari dua saja semata-mata nak ambik adik perempuan aku untuk hantar dia ke Melaka.. Aku tak galakkan dia naik bas sebab nak kena urus gi rumah sewa, kenal tempat sekitar rumah sewa dia nanti & nak bantu dia settle down dia sana sebelum masuk kerja pada awal Sept.

Oh ye.. Adik aku si Aima ni dapat kerja di Melaka. Since March 2022, adik perempuan aku Si Aima ni konvo. 3tahun study di Terengganu, ada buat part time dan full time keje di Pasar Payang. Then sempat mengganggur sekejap lepas habis belajar. Terus terang cakap dia banyak bantu mak ayah aku, jaga mak ayah aku sepanjang duduk di Terengganu. Sebab tinggal dia dan sorang lagi abang aku serumah dengan mak ayah. Yang lain dah kawen dan tinggal berasingan. 
Sebab tu masa adik perempuan aku mengganggur,  aku betul-betul TAK RASA dia mengganggur. Aku rasa dia MENJAGA PARENTS aku.

25 OGOS 2022 (KHAMIS)
Lepas kerja pukul 6.00ptg pecut balik Terenngganu.
Pukul 12.00 tengah malam sampai kampung.

26 OGOS 2022 (JUMAAT)
Pagi nya aku ke Pasar sebab ada kawan-kawan suami kirim keropok keping.
Petang nya pergi rumah adik aku di Marang sebab nak mintak dia jahitkan kelim tepi sarung sofa aku.
Balik dari Marang, kami ke Taman Syahbandar sebab hantarkan mak aku dapat jemputan bantuan orang tua uzur (bagi pihak ayah aku).
Sementara mak ke sana, aku sempat la cuci-cuci mata dan cuci-cuci dompet sekali (berbelanja,hehehe) di Bundle Vintage Event Taman SyahBandar.  Aku rembat kasut bundle 2 pasang.


Si Kenit nak mengikut nenek gi Pasar.
Habis orang dia tegur dan cuit..

Hasil rembatan kasut 2pasang


27 OGOS 2022 (SABTU)
Pagi nya melepek aje kat rumah. 
Petangnya, bawak adik perempuan aku shopping barang2 apa lagi yang tak cukup. Adik aku bising aku g bundle tak ajak dia.. So,kami repeat g bundle yang semalam.. Adik aku beli kasut & bag bundle. Aku pun menumpang beli sekali lagi la bag.. Hehehe..
Malamnya, kami adik beradik gi makan kat Kedai Pondok Buluh. Chendering

With siblings, ipar & hubby
Fun Time, Delicious Food





28 OGOS 2022 (AHAD)
Balik ke Kapar
Malamnya kami gi rumah abang ngah aku di Puncak Alam.
Tak mampu nak g semua rumah adik beradik sebab kekangan masa.

Photo with ayah.
Ayah uzur memang tak turun ikut ke kereta. Lambai dari beranda rumah aje


Bergambar sebelum pulang ke Kapar
Screenshot from Wassap Status adik


Nahhhhh.. Kereta aku tak muat. Sendat.
Lepas ni kena beli Van LalaMove la senang nak sumbat barang. Hahaha



Kebulur makan nasi goreng bekal mak aku masa dah sampai Kapar.


29 OGOS 2022 (ISNIN)
Suami kena kerja, tapi aku amik leave.
So, pesan kat suami awal-awal aku nak guna kereta, hehehe..
Ala nak bawak adik aku g kedai RM2 sekitar rumah aje dengan pergi tapau nasi lunch.

30 OGOS 2022 (SELASA)
Pukul 8 pagi kami ke Melaka.
Check in homestay.
Pukul 12 tengahari kena g opis dia sebab nak dapatkan kunci rumah sewa yang company dia sediakan untuk staff yang luar dari Melaka. Ada roomate lain jugak. Tapi dia dapat bilik asing.
Kami kemas barang2 dan bilik adik di rumah sewa.
Jalan-jalan sekitar Melaka cari kipas, extention & lock motor.
Sempat la kononnya tunggu detik 12malam. Rupanya tak larat dah.
Singgah makan kat Klebang pastu balik berehat di Homestay.

Bismillah.. Gerak ke Melaka.


Nahh.. Rupanya barang nk g Melaka lagi banyak aku bawak untuk adik.
Sampaikan luggage aku kena letak kat depan kaki seat depan.


Bonet dan belakang penuh.
Mengalahkan budak nak masuk asrama. Hehehe.
Prinsip mak-mak kan.. Bawak semua yang perlu. kalau taknak angkut bawak balik semula.
Apa susah!


Bilik di rumah sewa


Kali kedua singgah di Klebang.
Semata-mata nak rasa Coconut Shake dia.
(Ada cite di sebalik Klebang ni,heheh : Dulu 2011 masa mula-mula kerja di KL ada sorang geng opis yang cite pasal Klebang Coconut shake, aku teringin nak pergi tapi takde peluang ke sana. Lepas Kawen 2013, terus aku ajak suami g Melaka, hehehe)

Shopping kipas di Aeon.


Pekena CharKue Tiaw dan tomyam di kedai2 tepi pantai Klebang.
Kue Tiaw tak sedap.
Tomyam ok. sedap.
Sup campur so-so saje

31 OGOS 2022 (RABU)
Merdeka... Merdekaa... Bangun pagi tengok rancak kat IG and FB orang share pasal merdeka celebration... Meriah sana sini... Oleh kerana kami masih kat Melaka, dan kami tak tahu sini ada perarakan ke tak. Pagi bersiap ke kedai makan untuk sarapan.
Suami dah awal-awal google kedai apa yang best makan.
Sarapan di Warung Hajah Robiah. Ramai gilerrrrrr orang makan kat sana. Tapi alhamdulillah meja cukup. Aku rasa ramai suka ke sini sebab ada banyak pilihan menu. Tapi end up kami semua makan roti canai aje, jadi rambang mata nak makan apa.
Kami order roti canai dan 2 jenis kuah.
Kari kambing & Asam Pedas Tetel.
Kari Kambing aku bagi 10000000 bintang. Sebab super duper lazat wei..
Asam Pedas Tetel kurengggg sikit mungkin sebab rasa dia a bit masam.

So shedappppp Kari Kambing.
Pekat, Isinya lembut, Karinya terasa..
Nak repeat lagi lain kali..


Petang tu suami keluar melepak jumpa kawan dia. Lama tak jumpa boraknya sampai dekat magrib.
Kul 7.30 malam kamu keluar makan dan hantar adik aku ke rumah sewa dia.
Bye2 peluk cium dulu then balik Kapar.
9.30malam gerak dari Melaka.
12.30malam sampai Kapar.
Suami drive Melaka - Seremban. Dia mengantuk, aku sambung drive Seremban - Kapar. Nasib baik la mata aku cerah lagi wei.. hehee. Oh ye. patut amik mentua masa hari Merdeka di rumah abang ipar, but abang ipar dah hantar ke rumah kami. So, by the time kami balik dari Melaka tu, mak mentua dah menanti di rumah.

Selamat bekerja Aima.
Semoga dipermudahkan.
Semoga dikelilingi dengan orang-orang yang baik di sana.
Ada masa weollllssss g jenguk u sana okey.



Ok. Bye
XoXO