Besday Suami 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Ulang Tahun Encik Suami.. 
Dah 2 tahun sambutan ala kadar sebab IVF. 
Tahun lepas sebab OPU (Ovum Pick Up) 
Tahun ni pulak sebab FET (Frozen Embrio Transfer) 



Persiapan ala kadar. 
Suami nak makan briyani. 
Jom tapau.
Nak donut susu. 
Jom tapau. 
Nak laksa. 
Jom tapau. 
Nak kek besday. 
Jom tapau. 

Indahkan hidup bini.. 

Macam biasa laki bini 2 ketul ni main cucuk2 lilin depan TV. Sendu. 
Diam2 enjoys berdua depan kek, malu gak kalau MIL nampak. Mujur MIL dalam bilik. Hehe. 


Petang hari masa berbaring malas depan TV. 
Member merangkap jiran terdekat warga kampung sebelah wassap ajak minum tepi laut. Dorang datang amik kami naik kete dorang. 
So, lancorrrr gerak ke Pantai Remis di hari ahad yang meriah. 





Pekena se das dua seafood. Kami xmakan banyak sangat sebab memang dah full makan laksa kat rumah. 




Balik rumah MIL macam merajuk sikit Huhuhu. Sebab kami keluar. 
Keluar 2jam g pantai yang 20minit dari rumah. So jangan ditanya kenapa kami belum berhoneymoon di Paris.. Hahaha.. 

Selamat Hari Lahir Suami. 
Semoga semua impian kita dimakbulkan Tuhan. 
10 tahun yang indah hidup bersama.
Semoga Allah menjadikan u susuk tubuh lelaki yang kuat untuk jaga mak dan isteri. 
Allah permudahkan semua urusan u. 
Murahkan rezeki u. 

I _ _ _ e You (isi tempat kosong) 


Ok. Bye
XOxo

Cuci Longkang di Hari Ahad

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ahad lepas, MIL mengadu boleh bau longkang dari bilik dia. MIL bilik belakang sebab dekat dengan bilik air. So, bersebelahan la dengan longkang. Terus la aku ajak suami aku bersih longkang.

Banyak pasir dalam longkang dan lemak2 dari sink dapur, Dannnnnn.. ada jugak simen mengeras hasil dari renovation rumah jiran2 sini. Gigih la suami aku hancurkan simen keras tu sebab tak elak air bertakung membuatkan longkang lagi berbau.

Tapi tu la, side belakang rumah kami clear sekali pun, tetap jugak longkang depan2 sana block sebab takde maintenance yang regular. Belum kira ada penduduk yang renovate belakang rumah dan tutup longkang. Dan longkang bawah jalan tar yang kami tak boleh nak clearkan pasir dalam longkang.

Lepas clearkan pasir & simen yang mengeras dalam longkang. Elok aje air longkang laju mengalir dan tak berbau lagi.



Kami takde la bersihkan longkang setiap bulan. Kalau setahun mungkin 2-3X suami aku akan clearkan.


Satu jug air kosong sejuk kaw-kaw aku sediakn untuk suami.



Jiran belakang bagi muruku masa suami tengah cuci2 longkang



Ok. Bye
XoXo

Nasi Lemak di Hari Cuti

Assalamualaikum... Hai Semua...


Asbab segenggam kangkung liar, gigih aku masak nasi lemak lepas tu..
Kena pulak ada telur rebus dari kenduri konon nak kupas makan dengan nasi lemak, eh tengah malam tu suami dah pekena telur rebus kenduri cicah kicap. Huhuhuhu..

Sebenarnya..
Urmmmm.. Sebenarnya.. Aku ni tak reti masak sangat pun.. Aku rasa masak ni susah dan bukan kelebihan aku bab masak-memasak ni.. Masak ni macam sedikit beban pada aku. Kiranya contoh kalau raya, nak masak rendang, sebelum start masak pun aku dah mikir macamana kalau rendah tak jadi.. haha.. Sedangkan rendang aku menjadi aje bila masak.. Huhuhu..  Padahal dah 10 tahun kawen, masak aje setiap hari. Siap dengan pakej masak untuk MIL & arwah FIL dulu sejak 5tahun lebih kami menjaga mereka di rumah kami.
Tapi diakui MIL & arwah FIL tak mendapat nikmat makan sebenarla kalau duk umah kami sebab kami yang jenis tak reti memasak sangat. Huhuhu. Maksudnya takla semeriah anak perempuan dia yang memasak. Haa.. tu maksud aku..Entahla. bab masak aku rasa aku sendu. Hahaha

10 tahun kawen. baru beberapa kali aku masak nasi lemak. Hahaha
Apetah lagi nasi briyani, nasi hebat2 tu memang tak tak pernah masak.
Nasi ayam pernah la aku masak dan aku bangga sebab boleh masak. Hahaha. Lawak kan..
*Tutup muka, malu*


Nahh.. segenggam cinta kangkungku.. Hahaha


Nasi Lemak takde bilis
Ceritanya aku beli bilis sebotol.
Sikit demi sikit suami aku buat cekodok bilis. 
Lepas tu bilis habis.. Hahaha

Aku ni geng Pantai Timur, so nasi lemak kami biasa ada ikan tongkong dalam sambal nasi lemak.
samada sambal bilis & sambal ada ikan tongkol. Aku buat ikan tongkol sebab kebetulan ada dalam peti ais. Hehe. Mak aku biasa sediakan kangkung celur, so aku tiru.

Lepas tu whatsap kat mak aku " Kenapa sambal tak merah hitam macam mok buat?"




Alamak tak nampak pulak resepi mak aku.
Aku mintak adik aku snap photo resepi mak.
Senang nak refer kelak.. Maklumla jarang-jarang masak nasi lemak.. Haha

Psst : Aku memang jenis masak nasi putih je, lauk 1, kuah 1. Huhuhu..

Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Rumah Beratap Bata Singgora.

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dulu rumah aku beratapkan bata singgora. Kami panggil "Atap bata" je. Sehinggalah sekitar tahun 2001, barulah kami tukar ke atap asbestos/zink. Masa tu aku dah sekolah menengah. Punca utama tukar adalah atap bata memerlukan maintenance yang tinggi ialah kerap perlu mengganti kepingan yang rosak & selalu berlaku kebocoran (tiris) kalau tak dipasang dengan betul. Lebih-lebih lagi kalau ada binatang lompat atas bumbung, memang kepingan atap bata tu cepat pecah dan bocor.

Ketika rumah beratap bata singgora, suhu rumah tak terlampau panas. 
Tapi bila bertukar ke atap asbestos/zink, masa tu memang aku rasa ketara perubahan suhu dalam rumah. Panas.
Memang terasa bahang berbanding ketika guna atap bata dulu.


Bumbung rumah
Kalau baring kat katil, ini la pandangan mata aku dari bilik tidur aku dulu. hehehe.
Rumah takde siling, memang direct nampak bumbung bata
Rindunya memori tu..

Zaman sekarang payah nak jumpa rumah beratapkan bata singgora dulu melainkan kalau di rumah lama. Dulu musim hujan/malam, rumah terasa sejuk sangat. Kat bawah rumah, banyak la stok bata singgora ni kami susun. Sebelum musim tengkujuh di Pantai Timur, kami bersiap-siap tukar mana-mana kepingan atap bata yang rosak. 

Keluarkan tangga, panjat dan tukar kepingan atap yang rosak, Keje baiki ni dilakukan dari dalam rumah. Cabut dan selitkan kepingan atap bata yang baru. 

Rumah korang pernah tak pakai atap macam ni?


Ok. Bye
XoXO

Weekend Deepavali & Anak Buah Kawen

Assalamualaikum... Hai Semua...


11 NOV 2023

Weekend last week kami takde balik Tganu walaupun cuti 3hari.. Sebab ada kenduri anak buah suami kawen di Sekinchan Selangor. Bila cuti panjang, jalan agak jem la sedikit. Gerak dari Klang pukul 10.30 pagi, sampai Sekinchan pukul 12.00 lebih.

Makan kenduri & jumpa sanak saudara belah suami. MIL la paling happy sebab dapat jumpa saudara maranya. Harap majlis-majlis macam ni dapat jumpa sedara maranya. 


OOTD kenduri.
Outfit aku mix & match je. Konon nak senada warna dengan suami

Sepam dua gambar sebelum balik.


Selepas kenduri, kami g umah pakcik suami. Wak Ngun di Pasir Panjang, Sekinchan sana. Dia uzur dan terlantar kat katil dah. Setahun lepas, dia masih boleh berjalan masa kami jumpa di Kenduri kat Pahang.

Suami kata vibe macam raya sebab konvoi beberapa kereta pergi rumah pakcik




Selepas g melawat pakcik, kami jalan lagi ke Teluk Intan ke rumah sepupu suami, Kak Mah. Dia selalu ajak ke rumahnya, so kali ni kena la pergi jugak. Hehehe.. Dia pun dah sampai rumah kita kan melawat MIL masa raya. Best sana ada kandang kambing, tanam-tanaman...

Otw balik Klang, kami hantar Kak Nteh (sepupu suami) balik ke Pasir Panjang semula. Dapat la habuan sepasu dua tanaman pokok hiasan & sempat jugak aku petik kangkung & daun kesum. Gigih ye gelap-gelap malam tu, kami redah g petik.


Kangkung nasi lemak untuk esok hari

Daun kesum untuk aku tanam


Nah habuan hasil kenduri



Pukul 12 malam, aku keluar tengok bunga api dengan rumah. Sini komuniti 90% India, so deepavali memang meriah weiiiii.. Memang malam raya takleh tido sangat, sana sini bunyi mercun.

Meriah & nahhhhh cebisan mercun dah macam taburan bunga sakura di Jepun weiii..
Seronoknya kat sini. dorang sapu terus lepas main mercun.
Ko main, ko sapu.
Yang ni main, yang ni sapu.



Seperti biasa, awal pagi kami unlock pagar.
Sebab jadi kebiasaan dah, pagi raya dorang akan hantar jajan raya.

Selamat Hari Raya Deepavali &
Selamat Pengantin Baru Sapik & Isteri.
Semoga rumahtangga berkekalan hingga akhir hayat 



Ok. Bye
XoXO

Kemas bekas ubat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Serabut aku tengok bekas ubat aku ni penuh sampaikan nak tutup pun tak boleh.
Semua main sumbat aje.
Ada masa lapang, aku sorting dan declutter ubat ni semua.
Buang mana yang rosak dan expired. 
Mana ubat yang sama aku satukan dalam bekasnya.
Kebanyakan ubat demam, sakit tekak & batuk je pun. 


Nah sebeban ubat & benda yang aku buang. Kebanyakan expired dan hampir expired. 




So kemas la sikit ubat2nya. Tu pun masih penuh. 
3suku semua ubat suami. Jenis makan xhabiskan. 
1suku lagi ubat isteri. 



Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Gelang Kain Perca

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada ternampak kat FB pasal gelang kain perca.
Ya Allahhh.. Nostalgia sungguh.
Hampir terlupa pasal ni walaupun dulu sakan meriah dengan gelang viral ni

Bila ternampak, baru la terimbau semula kenangan ni.
Seingat aku sekitar tahun 1995-1997 macam tu aku gilakan gelang ni.
Zaman sekolah rendah masa tu. Tengok kawan-kawan ada, aku pun mintak dengan mak aku.

Mak aku ajak aku buat gelang ni sama-sama. 
Entah macam mana mak aku usahakan cari getah piping tu.
Zaman tu bukan ada internet, ntah mana la mak aku tahu cara-cara buat gelang ni..
Mak aku mintak kain perca dari jiran aku di tukang jahit kampung.
Gigih la aku potong perca kain, masuk minyakkan kain dan masukkan perca ke dalam getah piping tu.
Terherot-herot mulut aku duk tolak masuk kain ke dalam tu menggunakan besi/dawai keras.
Kemudian layurkan piping tu guna api lilin untuk tutupkan piping menjadi gelang.

Kalau ada bajet lebih, letak manik dalam gelang. Haha
Nostalgia sungguh wei aku rasa.
Seronok bila buat sendiri. Nak warna pe. Nak corak batek ke..
Nak susun warna jadi pelangi ke.
Semua boleh DIY sendiri ikut citarasa




Sources : Google


Sources : Google



Sampai satu tahap, cikgu haramkan gelang dipakai di sekolah.
Tapi ramai je yang aktif meninga gelang ni di sekolah

Korang pun mesti ada kan gelang gini kan??
Mana geng2 90an wei... komen sikit..

Ok. Bye
XoXO

Kemas bilik mentua

Assalamualaikum... Hai Semua...



Jom... ikut aku mengemas bilik mak mentua aku ni..



Biasa sekitar katil je yang banyak bersepahnya.
Makanan yang tumpah, tisu-tisu yang merata



Khazanah bawah katil
Biasa apa yang MIL aku kata hilang, ada je bawah katil
Cthnya : Tudung minyak ubat, getah ikat rambut, pil2 bersepah yang terjatuh


Sejenis manusia malas nak ONkan vacuum. So kita sapu manual je la..


Ok. Tukar cadar terus la



Mengemas sikit area sini.
Kat sini aku letak kusi roda kedua dan portable toilet (yang digunakan untuk mandikan MIL di bilik air & buang air besar MIL ketika dia tak boleh berjalan dulu)
Alhamdulillah skrg MIL boleh jalan semula

Mujur suami jenis tak lepas tangan. Ada masa aku kemas, Ada masa dia kemas walaupun ada kadar Cuma tak sedetail dan sekerap kita si isteri la. Kita segan rumah sepah, kita sapu. Rajin kita buat. Malas kita tangguh dulu. Hehehe..


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Tiada lagi kedai runcit ayoh

Assalamualaikum... Hai Semua...

Aku ternampak di Tiktok dan interent, perkongsian yang dipaparkan @iamnazirul dalam akaun TikToknya pasti mengimbau kenangan bagi mereka yang lahir pada tahun 80an hingga 90an. Mana tidaknya, kedai kayu yang menjual barangan runcit masih wujud lagi rupanya.
Antaranya di Jalan Lama Sabak Bernam, Selangor. KEDAI runcit pintu papan dan bekas duit guna tin dengan sistem pemberat menggamit nostalgia lama.

Bila tengok di Tiktok pasal kedai runcit legend zaman dulu, aku teringat kedai ayoh aku dulu di Kuala Terengganu. Kedai legend yang dinding buka sekeping-sekeping papan tu. Sekitar tahun 2000 baru kedai kami berubah rupa dan kami upah orang buat tingkap dan pintu masuk kedai. No more buka sekeping-sekeping papan dinding tiap kali nak buka kedai runcit ayoh masa tu.
 

Sources : Dari Tiktok @iamnazirul

Sources : Dari Tiktok @iamnazirul


Sources : Dari Tiktok @iamnazirul
@iamnazirulReply to @melloburger orang 70-90an mesti kenal benda ni ##fyp ##nostalgia






Dulu Kedai kuncit ayah aku macam gambar kat atas ni. Tapi kami buka sekeping-sekeping papan dinding tu setiap kali nak buka kedai.



Dulu kedai ayah aku dibawah rumah kami. 
Dulu kedai aku takde tingkap dan pintu begini.
Dulu semua dinding diperbuatkan daripada kepingan papan yang boleh dicabut satu-satu. Buka semua kepingan papan, dan jadila kedai yang terbuka di bahagian depan.

Bytheway, aku dulu cukup mahir la buka sekeping-sekeping papan tu. Ada teknik dan nombor kat papan untuk disusun dan baru elok rapatnya bila kedai ditutup. Lubang di lantai untuk selit papan, sering aku kuissss dan buang pasirnya.
Rindunya kenangan tu. Sekarang no more kedai runcit ayoh. Tinggal kenangan.
Banyak cite kes orang kampung berhutang pun ada. Hahaha


Ok. Bye
XoXo

Haul eco

Assalamualaikum... Hai Semua...


Beberapa hari lepas aku singgah ke Eco Shop.
Lama sungguh tak singgah.
Berbulan-bulan dah agaknya.

Memang purposedly nak pergi kedai Eco sebab nak beli sudu.
Sudu kat rumah aku entah kemana hilangnya.
Beli 8 items TERPALING KEMAHUAN ketika ini. Hehehe
Tak nak boros-boros musim ni




Harap bekas ubat yang ni berkekalan la guna.
Beli selama ni asyik lose klip nya.
Aku nak letak ubat untuk IVF kali ni

Kita tengok ye berjaya ke tak aku tanam pokok sayuran tu. Gigih ye aku beli nak menanam. Aku tengok member FB aku tanam bukan main subur lagi.. Huhuhu


Ok. Bye
XoXo

Kereta tersadai tepi jalan

Assalamualaikum... Hai Semua...

Throwback last month punya kejadian

Selalu duk tengok kereta orang rosak. 
Sekali.... Nahhh.. Kita yang kena. Memang tak sangka. 
Sebelum ni pernah je kereta wat hal, tapi masa tu suami ada sekali. 
Hatta suami pun tak pernah alami kereta rosak masa dia sorang-sorang.
Kena pulak time aku sorang tengah drive... Rezeki betul kan.. Hahaha

Aku gerak g PJ pukul 8.00 pagi.
Lepas tol setia alam, jem as usual. 
Aku dah start rasa ekon panas. 
Aku off ekon, tapi masih slow jln. 
Jem kan mmg kerap la stop2 tekan brek. 
Aku on ekon semula sbb pns. 
Lps tu perasan temperature naik hingga H. 
Terus aku bagi signal ke kiri stop tepi jalan.
Terus on double signal. 

Terus panik dan capai phone. Call husband. 
Husband kt Melaka weiii. 
Lagi sendu aku. 
Tak sempat call, JPJ lalu dan tegur kenapa dgn kereta. 
Dorang suruh pasang kon. 
I admit yg i xde kon. Huhuhu
Biasa kusi roda penuh dalam kereta, kon ntah ke mana2 xjumpa. Agaknya dah hilang masa duk keluar masuk kerusi roda selama ni. So ada masa brg2 dlm kereta kami punggah angkat keluar.
Nampak JPJ tu kecewa. Sorry sangat2. 
Dugaan aku hari tu. 
Dengan kusi roda mentua dalam bonet, memang byk brg2 aku clearkn dr bonet. 
Kon takde la masa tu... 

Call husband semula. 
Husband riuh la bila tahu kete rosak 
Dia kesian kat aku. 
So kami call insurance. Aku pulak call abang aku. 
Dia datang teman aku tepi jalan. 
Tenkiu sgt my brother

Towing datang. 
Sempat pulak aku pikir nak duk dalam kete aku yang ditowing atau duduk dalam lori. Hehe
Sempat jugak aku bermonolog patut ke aku tukar kete di musim2 aku nk wat IVF yang duit akan mengalir lagi laju dari bersin ko tahu. 

Merasa la aku nak lori towing dan bersembang dengan brader lori tu. Org Kelate. 

Tenkiu brader sebab bg tips pasal kon blh ltk bawah seat klu dlm bonet penuh. Maklumlah perempuan ni klu barang2 xberkaitan mmg rs nk ltk kt bonet je. 
Bila bonet penuh, nahhh campak merata. Huhu.. Admit kesalahan diri. Kon akan aku beli baru nanti. Mana ntah kon lama. Hilang tercampak mana ntah.


Info : aku masuk tol, sblm exit kereta rosak. So masa nak keluar tol ketika ditowing, brader lori tu bagitahu jurutol ada 2 kad kena touch. 1 lori dia, dan 1 lari kad kete aku yg masuk tol sblm kete rosak td. 
Dpt 1 ilmu baru.

Ke bengkel dan brader towing hantar aku balik rumah. 
Melayang RM300 baiki kereta sebab motor kipas rosak. 
Towing tak kena bayar apa2, kecuali kena bayar tol. 

Balik rumah tido sambil pikir nak order apa lunch hari tu haha. 

Dapat kereta petang tu terus aku g pasar malam dengan bergaya. 

Ramai suruh beli kete baru. masalahnya daku dah malas nak buat hutang lagi ni..

Kena masa tengah jem

Mujur mata selalu tengok meter. So perasan meter tiba2 naik ke H. Mujur tak berasap



Thanks abang ngah aku


Sian my baby


Merasa naik lori 



Ke bengkel


Kete cari rezeki ni.
Tunggu IVF aku berjaya. Kalau ada dapat baby. AKu beli Alphard.. Hahaha..
Muat la nak sumbat stroller anak, kusi roda,tongkat & portable jamban mak mentua.. Hehehe.
Sendu-sendu kete ni, banyak jasa weii dalam bakti aku jaga mentua.
Pernah jugak g kutip arwah FIL yang larikan diri dari rumah aku dulu masa dalam jagaan. Huhuhu
Nasib baik cuma kat stesen minyak area pekan ni aje. Hahaha.. Lawak kalau ingat
Ok. Done terharu.. Sobbsss



Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Gula-gula dalam tin childhood legend

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kembali lagi dalam cerite dan kenangan. Hehe
Gula-gula dalam ni ada kenangan pahit dan manisnya dalam hidup aku dulu. Hehe.
Yang manisnya dah tentu la dapat makan gula-gula ni. Haha
Entah apa yang sedap sama aje kan warna aje yang lain.
Dulu masa kecik ingatkan putih-putih tu tepung. Rupanya aising gula.

Kenangan pahit gula-gula ni.
Kes tu jadi masa tahun 1999, aku sekolah menengah.
Aku kena jaga adik aku umur 2tahun sebab mak aku nak mandi.

Aku terleka sekejap. 
Entah apa yang aku lekakan pun tak tahu la. Zaman tu bukan ada phone pun. Hehehe
Adik aku pergi makan gula-gula ni pastu dia terlekat gula-gula ni dalam tekak.
Dia batuk2 dan takleh bernapas dengan elok.
Mak aku kluar dari bilik air dengan berkemban wei nak selamatkan adik aku.
Jiran aku yang lelaki umur 18 masa tu pun datang tolong tepuk-tepuk adik aku sebab nak keluarkan gula-gula tu.
Mak aku tepuk-tepuk, tonggeng adik aku.

Tak lama lepas tu gula-gula keluar.
Baru dengar suara adik aku melalak.

Sekarang adik aku yang tu dah kawen dah pun. Huhuhu

Aku masa tu takut gila..
Takut mak aku marah.


Sources : Google



Sources : Google


Mak aku marah gilaa weii..
Sebakul kena berleter.. Org Tganu sebut "bleberrrrr"

Sejak tu, mak aku haramkan gula-gula ni.
Kalau perasan gula-gula ni kan bentuk agak bulat. So sangat bahaya untuk budak.
Bukan tu je, segala benda macam guli, manik2, benda2 bulat mak aku haramkan masuk rumah sejak tu.
Huhuhu..
Zaman tu, guli la yang paling mak aku tak bagi nampak.
So, abang2 kakak2 yang sayang guli kena la simpan dulu guli..

Boleh main bila adik dah besar, reti dan paham bahasa pasal benda bahaya ni.
Masalahnya bila adik tu besar, eh keluar pulak adik lain. Huhuhu


Ok. Bye
XoXO