nuffnang

JANA DUIT

Beli alatan baking di Mr.DIY

Assalamualaikum... Hai Semua...


Weekend hari tu, ke Shah Alam nak cari maxis center.
Dah alang- alang kat sana, singgah la ke Mr.Diy.
Niatnya hanyalah nak beli bekas letak susu.
Tup-tup satu plastik dibeli.






Sejak join group masakan kat fb, teringin rasanya nak belajar buat kek. 
Walaupun aku sangat tak pandai buat kek. 
Berbanding masak lauk, aku banyak mencoba menu lauk pauk.

Tak menahan beli sudu penyukat, loyang kek &cawan kertas. 
Nak buat cupcake kekdahnya.
Pastu bila tengok resepi, kecut perut....
Eh, aku takde ni, eh aku takde tu. 

Suami dah tanya bila masa nya nak buat kek, jangam tersadai je benda alah ni dalam kabinet. 
Aku pun risau kot2 la hanya hangat-hangat tahi ayam.. hahaha. 
Oh, btw kek humban ke longkang tu dah biasa huhuhu.



Selingan: Bekal semalam nasi goreng ikan masin air tangan suami.


Ok.bye

TIPS :: Tips untuk pindah rumah

Assalamualaikum... Haii awok-awok semua...


Kali ni nak share tips pindah rumah style aku.
Sejak kawen ni, dah 2 kali pindah rumah.
First = baru kawen pindah masuk rumah sewa
Second = masa pindah rumah sendiri (selepas setahun kawen).


Tips 1: Kemas barang berperingkat

Jika korang seorang yang busy, baik korang kemas barang berperingkat.
Maksudnya, korang takde masa yang banyak untuk kemas sekali gus.
Korang guna masa terluang untuk kemas sikit-sikit tanpa penat yang melampau.
Mulakan dengan mengemas barang yang jarang digunakan.

Contoh : Kemas baju-baju yang jarang digunakan.
Kemas pinggan-pinggan yang tak digunakan.


Antara barang terawal yang dipacking ketika nak pindah


Tips 2 : Tinggalkan barang keperluan sahaja.

Jika korang akan berpindah dalam masa lagi beberapa hari, korang kemaskan semua barang masukkan dalam kotak.
Tinggalkan keperluan penting sahaja yang akan digunakan untuk tempoh baki beberapa hari yang korang nak duduk kat rumah tu.

Contoh : Kemaskan semua, hanya tinggalkan beberapa helai baju untuk pakai g kerja, asingkan barang mekap yang penting sahaja. Asingkan peralatan untuk cuci rumah (untuk kemaskan rumah sebelum tinggalkan rumah tu)


Tips 3 : Susunatur pakaian dengan betul.

Susun semua pakaian dalam kotak yang betul. Jangan campur adukkan barang dalam kotak.
Dengan ni, semua akan teratur dan senang nak cari kelak.

Contoh : Semua baju isteri dalam satu kotak, Baju suami dalam kotak lain..
Cuba elakkan simpan barang yang tak berkaitan dalam satu kotak.


Susunatur pakaian


Tips 4: Asingkan dan labelkan kotak

Kotak yang digunakan hendaklah dilabelkan dengan nama barang yang berada dalam kotak tu dan lokasi barang tu hendak diletakkan di rumah baru.
Letakkan label di luar kotak.

Contoh : Kotak A - Baju Kurung - Bilik 1
Contoh : Kotak B - Pinggan Mangkuk - Dapur
Contoh : Kotak C - Barang DIY - Bilik 3

Jika satu kotak, tetapi ada 2 item, pastikan dilabelkan.
Contoh : Seluar kerja +baju sejuk + tudung - bilik 1

Masa pindah barang ke rumah baru, bagitahu orang yang angkat barang tu pasal rumah kita.
Tunjukkan di mana dapur, yang mana bilik 1, bilik 2, bilik 3 dan bilik stor...
Senang mereka nak angkat barang.

Contoh : Bila lori dah sampai kat rumah baru, inform kat pekerja tu lokasi bilik tidur, dapur dan sebagainya.
So, bila pekerja angkat kotak, lihat label dia dah tahu kotak tu harus diletakkan di lokasi mana.
Bila kita nak guna barang tersebut, kita dah tahu mana nak cari.


Guna kotak untuk mudahkan urusan packing barang

Sebahagian kotak yang dilabel


Tips 5 : Letak barang yang digunakan untuk packing dalam satu bekas.

Barang seperti Gunting, Tape, Tali, Marker akan cepat hilang/salah letak bila kelam kabut/messy masa tengah packing barang untuk pindah.
So, pastikan semua barang tu diletakkan dalam satu bekas/bakul.
Pastikan lepas guna, kembali diletak disitu.
Barulah proses packing barang boleh berjalan lancar


Bakul digunakan untuk letak semua barangan ketika kerja packing barang.


Tips 6 : Pastikan ruang rumah baru tu siap sedia untuk terima barang.

Sebelum pindah masuk, pastikan ruang rumah kita tu dah bersedia untuk terima loading barang.
Agar takde halangan untuk barangan masuk dan tak halang laluan.
Make sure rumah dah bersih sebelum masuk barang...

Contoh :
Pastikan perabot besar tak berada ditengah2 ruang dan menghalang urusan loading dan kerja mengemas.
Baru la mudah kotak2 nak masuk bilik tersebut.



Pengalaman aku : Rak putih tu suami lupa nak alih, kotak still boleh loading dalam bilik ni, tapi kerja mengemas tak dapat dilakukan sebab pintu wardrobe tak boleh buka.


Tips 7 : Warping barang

Jika mampu/rajin, boleh la warping barang korang agar tak kotor, rosak, berterabur masa pindah. Kalau taknak balut dengan wrapping plasik, boleh try guna surat khabar dan tape.
Antara barang yang aku wrap ialah sofa, bantal, tilam, barang2 kecik, barang2 mudah pecah dsb.



 Plastik 5-tier aku tu aku wrapping dengan plastic, mudah nak angkat.


Tips 8 : Barangan penting disimpan berasingan dan selamat.

Barangan penting seprti dokumen, ubat-ubatan dan barangan kemas aku simpan berasingan.
Tak campur sekali dalam kotak biasa tu.
Macam ubat tu, incase nak guna memang dah terus ada tanpa perlu nak geledah kotak besar.

Contohnya : Ubat-ubatan dan dokumen penting aku simpan dalam beg aku.. Takde lagi adegan "melilau cari dokumen hilang"



Tips 9 : Buat checklist sebelum, semasa dan selepas packing barang/pindah.

Checklist ni penting agar semua kerja memindah dan packing barang berjalan lancar.
Takde la serabut sangat nanti. Senang nak trace apa yang penting.


Contohnya : Checklist apa yang perlu ada, apa yang urgent, apa yang tertinggal.
Bagi aku checklist sebelum tinggalkan rumah lama tu sangat penting, agar takde barang tertinggal dan menyusahkan kelak.
Buat tour satu rumah untuk kali terakhir sebelum tinggalkan rumah agar takde barang tertinggal.


Sources : Google


Tips 10: Plan Susunatur perabot di rumah baru

Pastikan korang dah tahu mana nak susunatur perabot korang.
Kalau bertuah, boleh suruh pekerja lori tolong susunkan sekali. Kena pandai pancing.huhu



Tips 11 : Clearkan dan cuci peti sejuk

Pastikan sehari sebelum pindah, korang clearkan barang dalam peti.
Habiskan stok makanan, lap peti bersih-bersih.
Nanti masuk rumah baru, dah boleh terus susunatur barang baru dalam peti.
Termasuk juga dapur (kalau korang pindahkan dapur memasak), dapur kena lap dan balut dengan surat khabar cantek-cantek...





Tips 12 : Sisihkan barangan yang tak berguna.

Buang mana-mana barang yang dah tak berguna...
Jangan simpan dan penuhkan di rumah baru pulak...
Baju lama boleh dijadikan kain buruk.
Mana yang tak pakai, tak payah pikir untuk kenang kenangan. Sila buang. Menyemak je nanti.


Tips 13 : Kemas Rumah/Settlekan bil sebelum tinggalkan rumah lama itu.

Aku kemas rumah sewa sebelum handover untuk penyewa baru...
Tolonglah ye, kalau korang sewa rumah walaupun masa dapat rumah tu, rumah azab buruk.
Tapi masa nak bagi balik kat penyewa baru, sila bersihkan rumah dan tinggalkan dengan keadaan bersih.
Malu la wei kalau nak tinggal rumah bersepah macam tu kat penyewa baru.
Semua bil kena la settle.
Bil api air, astro, internet nak kena clear sebelum pass rumah untuk orang baru.
Tak baik tinggal hutang.


Pssst : Selamat berpindah!


Ok. Bye

Weekend bermain dengan kain baju

Assalamualaikum...
Hai semua...


Wahai wanita di luar sana...
Suka tak kalau bermain dengan kain baju setiap hari?
Haruslah taknak kan???...

Aktiviti membasuh-menjemur-melipat &menggantung-menyusun, kalau tak kena dengan mood memang tersadai jugak aktiviti tu.

Weekend merupakan hari kami untuk beramas mesra dengan aktiviti laundry.
Normally, lepas balik kerja hari jumaat malam tu terus la basuh semua pakaian sampai 3 trip.
Dari maghrib sampai la ke tengah malam (kalau banyak sangat).

Lepas tu jemur dalam rumah je.
Bukak tingkap dan kipas, bagi angin untuk keringkan.
Hari ahad baru lipat, gantungkan &susun dalam almari.




Lipat awal2 sambil tunggu running man.
Hari ni mood rajin, so lepas lipat terus simpan dalam almari


Ok.bye

Koleksi HK : Kipas Hello Kitty Zoo Negara

Assalamualaikum...
Hello...


Kenangan lama menjengah kembali..

Entry di Zoo Negara.

Tahun 2011, company lama aku ada buat lawatan ke Zoo Negara sebab kami buat volunteer aktiviti untuk cuci kandang.

Kat sana panas sangat so sempat la beli seketui kipas cincai RM3.50 je.
Tengok yang paling cantek - Kipas hello kitty, terus la amik satu.



Bila tengok kipas HK, pasti teringat Zoo Negara, teringat kawan-kawan kat sana.

Rindu...

Tahun 2011 adalah tahun yang sangat enjoy sepanjang aku kerja...
Mungkin sebab masa tu semua geng kerja single mingle, jadi banyak masa berjimbaa...


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Alhamdulillah.. TV pertamaku

Assalamualaikum...
Hye..


Since 2011, guna TV yang abang aku hadiahkan.
TV besar gedabak aku angkat dengan housemate aku, kak zura bawak naik flat tingkat 2.


TV kesayangan.
Hadiah dari abang aku.

Pastu kawen - pindah lagi TV ni guna untuk rumah sewa dengan suami.

Pastu pindah rumah sendiri - angkat lagi tv ni guna untuk rumah baru.

Sehinggalah bulan puasa hari tu, TV rosak masa sahur.
Terkebil -kebil lah aku bersahur dengan suami dalam keadaan sunyi.
Tambahan pulak, kawasan perumahan ni sunyi sikit.

Aku ni kategori takde bersosial kat luar, so TV je la mainan aku.
TV rosak hari ni,
Esok terus beli TV baru.
Gila kau kalau takde tv kat rumah, boleh meroyan tau...




LG 43 inci
RM 1700 (after GST)
LED-SMART TV
Baru nak merasa TV lawa dan moden sikit.

Sakan duk karaoke guna TV ni.
Yang tak tahannya, siap g tutup sliding door dan semua tingkap takut jiran2 dengar bising - sumbang suara.


Ok. Bye
XoXo

Korang guna sabun apa?

Assalamualaikum...


Korang guna sabun apa?


Aku guna Daia Floral..
Harga mampuMILIK
Siap dapat percuma pinggan.
Aku guna pinggan percuma sebab since zaman study, semua benda nak free.
So dapat pinggan free dah tentu suka sangat la sebab tak payah beli pinggan kaca lagi.
Haruslah berjimat nakkkkk...
Gituuuu...

Bila kumpul2 jadi satu set pinggan.
Comel pulak aihhhh.

Since tu dah ok dengan jenama ni.
Cuma kadang2 kalau takde stok, guna BioZip


Untuk basuh cadar, sarung selimut &langsir, kami guna sabun Attack Color.
Harganya haruslah mahal berganda-ganda dari Daia.

Cadar yang dibasuh tak pudar.
warna still sama.

Untuk pakaian harian aku guna Daia je.
Jimat kos.

Kalau guna attack color setiap hari, tokey kayu balak pun bangkrupsi...
Tokey Qu Puteh pun gadai baju blink-blink.
hehehe

Psst : Korang guna sabun pe?


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Streamyx

Assalamualaikum... Hello...


Kami takde pilihan.
Di kawasan taman ni, hanya ada streamyx.
Takde UNIFI.
Walaupun niat utama nak UNIFI.
Sebab unifi lagi laju kebambongggg dan ada siaran TV.

Menurut TM, Streamyx pulak hanya ada 1 mbps.
Yang paling slow.
Paling S. L.O.W yer...

Nak atau tak nak, ITU SAHAJA pilihan kami yang ada untuk kami pilih.


Sabtu lepas dah pasang streamyx.


Tapi line sangat teruk.
Suami dah call 2x TM tapi still ada problem

Suami dah check meter upload and download seperti yang TM mintak (masa call TM customer service),
Bacaan sepatutnya 800 keatas untuk yang streamyx 1mbps.
Tapi bacaan kat rumah kami hanyalah 200.
4x ganda lebih slow daripada yang sepatutnya.


Tujuan Utama Pasang Internet :
Hanyalah untuk suami buat kerja.
Hanyalah untuk suami siapkan kerja.
Hanyalah untuk suami mudah buat kerja.

Tapi sampai sekarang, nak download pun tak boleh.
Sedih.

Kalau internet takde, suami terpaksa OT sampai tengah malam.

SEDIH.
Sape sedih?
ISTERI S.E.D.I.H

Tunggu lagi sehari dua (seperti yang dijanjikan TM untuk solve problem ni)
Semalam orang TM ada call, insyaAllah samada esok ada lusa boleh solve.

Updated on 2017 : Kami dah terminate Streamyx. Pakai DIGI unlimited phone pakej.

Ok. Bye

Koleksi HK : Earphone Hello Kitty dan sikat comel.

Assalamualaikum...


Sikat HK yang beli sebelum ni letak dalam beg mekap kalau nak travel.
Alaa..nama je beg mekap..
Padahal dalam tu ada ubat2, bedak seketul &lip ice jer.
Beg mekap budak sekolah pun lagi heaven dari beg mekap aku...


So bila jumpa sikit ni terus la sambar.
RM7.90
Selamat duduk depan cermin bilik kedua.

HK earphone RM9.90
First nak guna earphone jenis lekat kat cuping telinga macam ni.
Buat guna dengar lagu kat tab

Earphone sebelum2 ni semuanya dah dikebumikan.
Ratib 7 malam.

ok. bye
XoOXoo

Rumah kesayangan : Projek Laman Rumah

Assalamualaikum...
Heyyyy korang semua...


Entry ni ada cerita pasal shopping barang untuk projek laman.
Actually bukanlah projek juta-juta pun. $$$$$.
More to projek untuk menambah baik laman rumah tu.

Sebelum ni kami ada dirikan pokok bunga gantung kat laman rumah ni..
Tapi dah roboh mungkin sebab tali dia dah rapuh.
Tong hitam pun dah letak kat bawah paip untuk tadahan 
Senang nak siram pokok sebab air slow sangat kalau tak tadah



Naikkan balik dan gantung balik pasu gantung tu.
Ada pasu lama yang pecah sebab jatuh hari tu.
Dah ganti baru
Kali ni guna tali nylon yang beli kat kedai RM2.
Harap kukuh la..


Ruang depan parking kereta
SEBELUM


SELEPAS


Gantungkan penyangkut untuk penyapu..
So, takde lagi la fenomena penyapu monyok duduk tepi dinding..
Sebelum ni, penyapu kami letak je atas lantai, sandar ke dinding..
Penyapu cepat rosak, sebab kadang2 kena air kat batang kayu dia..

Niat nak pasang shelf terpaksa dilupakan sebab kayu shelf dah rosak kena air hujan... huwarghhh..
Tu la padahnya bila biarkan kayu shelf kat luar tanpa disedari sudah terkena air hujan


Ok.bye

Rumah Kesayangan : Kebun Cinta berbuah dah sikit.

Assalamualaikum...


Nasib baik dapat hasil jugak tanaman aku, boleh la tumpang merasa.

Sawi

Bendi dah berbuah


Limau kasturi dah berbuah 5 bijik.


Alahai.. pokok baru dapat hasil sikit, dah bising kat blog....kuikuikui...

Aunty India sebelah rumah ni dah risik-risik, kalau ada sayur lebih, dia nak merasa jugak. 
Alahai malunya, kalau la hasil tak seberapa, nak bagi pun malu..huhuhu.


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Rak kasut sedia ada

Assalamualaikum...


Lepas pindah dari rumah sewa last year, aku still bawak cabinet pink-cream yang kami cat dulu.
Tapi disebabkan dah takde ruang nak letak almari ni dalam rumah, kami letak kat beranda jadikan rak untuk kasut dan barang moto suami.

Bila tahu beranda tu kena tempias hujan,  almari ni terkopek di bahagian atas.
So, kami decide untuk buang bahagian atas, dan guna hanya bahagian bawah (rak kasut sahaja)..
Dan alihkan kedudukan rak kasut ni dekat dengan sliding door (untuk elak tempias hujan)

Nak tahu tak.., since suami dapat kerja baru, meriah youuuuu kasut dia.
Bukan main 2-3 pasang kasut baru dia beli, so rak kasut tu tak muat.

Kami letakkan rak tambahan untuk kasut/selipar.


Rak Bertutup kat bawah - letak kasut yang jarang pakai.
Rak Putih atas - letak kasut kerja harian, selipar
Rak atas (hijau) - letak kasut kerja suami/selipar

Rak hijau tu hadiah kawen (housemate bagi)

  

Nampak tak rak tepi katil tu?
Rak tu la aku pindahkan letak jadi rak kasut.
Aku dah gantikan dengan side table lain.

Rak ni general worker aku kat site yang DIYkan untuk aku...
Tujuan utama: Nak letakkan album gambar kawen dalam rak ni.
Tapi bila aku letak album jadi berdebu dan berwap air sebab rak ni attached terus atas lantai (takde kaki cabinet). 
Sebab tu aku tak guna, dan letakkan kat beranda jadikan rak kasut tambahan.

Album kawen sekarang dah letak dalam drawer kat TV cabinet.
Agak2 boring duduk depan TV, buka la drawer kelebek la album tengok gambar zaman duduk sopan atas pelamin tu.


Ok. Bye

Koleksi HK : Kotak Hello Kitty

Assalamualaikum...
Helloo prenggg!!!


Kotak HK ni beli masa mula-mula pindah duduk Shah Alam (sekitar tahun 2011-2012)..
Masa dapat kerja area KL.
Beli sebab nak letak kerongsang, earphone, klip rambut bagai.

Sepah kalau bersepah, mesti roommate marah kan...
Takut kalau roommate berubah jadi hulk.



Ok. Bye

Bekal : Express Menu

Haii... Haii..
Eh... Assalamualaikum...


Malam tadi buat kueh teow goreng kering...
Kebelakangan ni suka makan kueh teow kering dan letak fishcake yang digoreng agak garing...
Ala-ala fishcake macam dalam nasi goreng seafood di Restoran Mohd Chan...

Letak banyak2 daun kucai, taugeh dan kerang.
Mabeles.
Siap ada lebih, boleh bawak bekal breakfast pagi ni.


UNTUK LUNCH
Pagi tadi express masak sayur labu air berlada hitam.
Ikan mabong goreng kunyit.
Sambal belacan + Nasi Putih


UNTUK BREAKFAST
Kueh Teow Goreng Kering


Untuk suami ada tambahan kopi Aik Cheong dan kek cawan kenduri kawen.
Buat makan Tea Time petang nanti kat opis untuk suami.


Ok. Bye

Shopping di Sungai Besar untuk Projek Laman Rumah

Assalamualaikum...


Kalau balik dari rumah mertua, memang satu kebiasaan untuk singgah di Sungai Besar.
Untuk ke kedai RM2
So, semalam otw nak balik dari rumah mertua, kami singgah beli barang kat Sungai Besar..



Tong Sampah Hitam = RM16.90 (15 gelen)
Bagi aku dah murah la.
Sebelum ni aku survey kedai ada jual RM23.90.

Tujuan Beli: Nak tadah air untuk siram pokok depan rumah (air slow) & untuk standby tadah air dalam bilik mandi kalau krisis air melanda.


Alas Kaki RM2.
Beli nak letak kat pintu masuk.
Tapi sayang, ianya tak serap air.
Setakat nak kesat kaki boleh laa..



Antara barang lain yang dirembat di kedai RM2:
Penyodok sampah - untuk laman rumah
Tali - untuk sangkut rail gantung bunga di laman rumah
Kepala paip plastic - untuk paip laman rumah nak ganti baru.
Penyangkut biru - Untuk sangkut penyapu area laman rumah.

Plan dengan suami sabtu ni nak start projek laman rumah, ntah menjadi ke tidokkkkk la.
Dah 3 bulan plan, harammmmm tak jadi.
Alaaa..projek tambahbaik sikit-sikit jer.

Total habis RM67.
Dapat banyak barang.
Sebelum ni plan nak beli tong besar 60 gelen tapi harga fuhhhhh RM80 lebih wooooh.


Ok. Bye
XoXo

Rumah Kesayangan : Tanaman Mati . Sedihnya

Assalamualaikum...
Apa khabar semua??


Kami ada semai bijik benih untuk sawi dan bendi.
Kami letak dalam tempat besar (kotak berisi pasir), banyak yang dah bertunas.

Ada 3-4 pokok sempat kami pindahkan ke pasu plastic.
Mana yang takde pasu plastic, kami biarkan dulu dalam tapak semaian (kotak pasir tu).


GAMBAR SEBELUM


Tup tup kami perasan kucing selalu masuk pagar rumah.
Dia lompat melalui celah lubang pagar batu.
Alahai..puas dihalau, tetap datang.
Dia datang berak kat pasir tapak semaian kami.
Patutlah baki pokok yang dalam tapak semaian tu mati cepat.
Pastu terbau kuat "bau tahi kucing",
Puas aku cari mana asal bau "busuk" tu.
Rupanya bau dari tapak semaian aku yang dah bercakaran dan ada kucing berak situ.

Mungkin dia pernah lepak atas pasir tu dan berak situ.
Suami pun pernah nampak dia duduk atas pasir dalam kotak semaian tu.



GAMBAR SELEPAS
Sebelum pokok mati lepas kami balik raya haji.


Ni kucing jiran. 
Jiran melayu banyak bela kucing. 
Memang ada sangkar besar sebelum ni, tapi sekarang sangkar dah kosong. 
Ada 2 ekor kucing selalu masuk rumah aku (kalau aku buka sliding door, masa kat rumah).

Terkilan jugak dengan jiran yang nak bela kucing tapi amik mudah pasal kucing. 
Berak dan muntah merata sampai ke dalam pagar rumah orang...
Sikit pun kami tak kesah, kami cuci. Taknak gaduh.

Tup tup bila tanaman mati, rasa jugak bengang dan terkilan.. 
Banyak pokok mati, pokok patah, pasu gantung putus sebab kucing terjah terjun, takde nak gebang kat sini sebelum ni ..

Urmmm.. Maaf. 
Aku ada lelah masa kecik, sebab tu kurang "bergaul" dengan kucing. 
Tapi takde la benci kat kucing.

Cuma terkilan dengan sikap tuan kucing.
Sampaikan satu malam tu, aku nak tidur terbau kuat sangat tahi kucing...
Suami pulak kat opis tengah OT. 
Aku whatssap suami pasal ni.
Suami balik rumah malam tu terus buang pasir yang tempat kucing berak tu ke dalam semak. 
Lepas tu dah takde bau busuk.

Jiran-jiran india pun ada complain pasal ni.

Pssst : Apa patut aku buat?

Ok. Bye

Bekal : Set 3x makan kat Office.

Assalamualaikum...


Wah...bekal nak meriah je kan.
Sampai cukup 3 kali makan kat Office ni.


Breakfast :
Nasi Goreng + Keropok untuk Isteri.
Nasi Goreng + Keropok + Telur Mata untuk Suami


Lunch :
Siakap Kukus Asam Boi
Hari ni takde sayur/ulam.
Nak petik pegaga depan rumah pun dah tak sempat.



Puding Roti 
Boleh la buat - buat manis mulut


Delima untuk suami dan isteri
Oh.. Tak.
Suami dapat Delima je
Isteri dapat delima + epal.


Alasan : Nanti petang-petang pukul 4 taknak kunyah jajan, nak sihat-makan epal.
Mengada sangat isteri.


Psst : Hari ni gi kerja dengan kereta, suami dah start busy. Kena banyak OT.


Ok. Bye

RoadTax Hilang & Pak Polisi

Assalamualaikum...


Jumaat lepas, masa suami kat office, dia whattsap bagitahu kunci moto hilang.
Lama jugak aku menunggu dia jemput aku kat opis aku nih..
Taknak tambahkan stress kat dia aku reply whattsap mintak dia take time dan cari elok-elok.
Tak boleh bising-bising time ni, kang gaduh pulak.

Lastly, dia datang amik aku naik moto LC kawan dia.
Pinjam bawak balik rumah.
Suami duk berkira-kira entah mana tercicirnya segugus kunci dia tu..
Yang sangat merisaukan sebab roadtax attached sekali dengan kunci moto.


Suami amik tindakan locked moto dia.
Guna lock tambahan.
Dan bagitahu guard kat opis dia pasal motor yang akan ditinggalkan semalaman kat opis tu.
Pastu berserah dan tawakal semoga semuanya selamat.

Suami kata ada 2 kemungkinan kunci hilang samada di masjid masa sembahyang jumaat (dia g masjid jalan kaki dan kunci dalam poket) ataupun di foodcourt.

Sabtu, suami ke opis amik moto dia guna kunci spare yang ada simpan kat rumah.

Motor murah tapi tetap kesayangan kami
Motor 1 Malaysia katanya


Sedang molek pagi ni, lepas keluar rumah depan traffic light polis buat roadblock, cuak dah aku dalam hati membayangkan duit akan melayang nanti. Masa tu naik moto sendiri (guna kunci spare tanpa jumpa roadtax yang hilang tu)
Polis : Mintak IC, Lesen &Roadtax.
Suami pun bagi ketiga-tiga tu. Roadtax tu raodtax motor LC kawan suami yang dia pinjam tu..
Polis : Eh, roadtax tak sama dengan motor ni.
Suami : Oh, maaf cik. Ni roadtax motor kawan, pinjam motor dia hari tu. Terlupa nak tukar
Polis: Ok, takpe. Tukar balik nanti roadtax ni. dah boleh jalan.
Suami : Terima kasih cik.

Fuhh..lega.

Tup tup masa lunch tadi, suami whatssap cakap roadtax dah jumpa.
Cuba Teka Jumpa katne??
*
*
*
*
*
MASJID
Ada orang pulangkan kat AJK masjid.
Semoga Allah memberkati & pelihara siapa yang jumpa tu...
Alhamdulillah..


Ok. Bye
XoXo

Koleksi HK : Kalkulator HK

Assalamualaikum...


Sebenarnya, kalkulator ni aku beli tahun 2012.
Masa tu belum kawen lagi, muda tang tang lagi time tu.

Aku beli masa balik raya Terengganu tahun 2012 tu.
Sebelum ni, awal tahun 2012, aku duduk sebilik dengan dak Ezy Comel tu,
Time tu takde kalculator, aku curi guna pinjam dia punya.
Bila dia pindah, aku decide nak beli sebijik kalkulator....
Terus la aim nak kalkulator yang comey lote.

Nak kalkulator HK.

Sebab sebelum ni dah pernah survey kalkulator HK kat Jusco Bukit Tinggi.
Dan harganya sangat mahal.

Yang paling murah pun dah RM29.90 (paling kecik)
Yang mahal pulak sekitar RM54.00 (paling besar)
So, niat nak beli kalkulator ni aku pendamkan. Cancel terus..

Sehinggalah masa balik raya tahun 2012 tu, aku jalan-jalan kat kedai cenderamata depan Stesen Bas Kuala Terengganu, aku jumpa kalkulator comel ni.

Harga ni hanyalah RM 29.90 untuk saiz paling besar. Sedangkan harga kat kedai di Jusco Bukit Tinggi, kalkulator macam ni RM54.90.
Aku TERbeli satu.

Besar dan luas mata memandang digit-digit number...
Di kalkulator ini la menyaksikan total-total bil yang berderet-deret dikira lepas gaji.
huhuhu.


Masih berbakti sampai sekarang.

Dulu dak Ezy tu la tolong aku buat kira-kira untuk duit rumah sewa, duit kereta, duit berjimba dengan encik kesayangan masa tu.
oh. #malu


Ok. Bye