nuffnang

JANA DUIT

Dugaan Orang Tua sakit minggu ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sesekali rasa cemburu jugak dengan adik beradik yang sekampung/senegeri/serumah dengan mak dan ayah aku di Terengganu. Boleh setiap hari jenguk mereka.  Minggu ni dua-dua sakit. Berganti-ganti.

Ahad ayoh aku masuk wad sebab masalah pundi kencing /postat dia. Selepas 5 bulan pakai tiub kencing, doktor remove la beberapa lepas untuk try kencing secara normal. Ayoh aku kata kencing ok takde sakit. Dan kencing tak lawas tu memang biasa dari sebelum pakai tiub kencing. Tiba2 hari tu, postat di membengkak semula. Sakit-sakit. So, ahad malam dari lepas isyak duk kat Wad kecemasan, subuh baru masuk wad. Wad orangtua penuh.

Ayoh demam, lepas check rupanya ada kuman dalam darah/tubuh. Mujur adik beradik aku especially adik-adik aku dan sorang abang yang kat rumah tu bergilir2 jaga malam kat hospital. Aku tunggu abang sulung aku kalau jadi balik kampung, aku nak tumpang balik. Aku tak berani lagi nak naik public transportation. Kalau dulu, aku memang balik je naik bas/flight. Sekarang musim Covid, ngeri wei..

So hari ni, Selasa ayoh dah keluar wad. Semua ok. Dan macam biasa, lelah ayah memang sentiasa ada. Lelah dia memang takleh buat ape. Tinggal pakai ubat sedut je la.


Masa masuk wad

lelaki sebelah ayah tu merupakan ayah kepada kawan adik aku.
Satu family aku kenal je kawan adik aku ni.

Lepas keluar wad

Hari ni jugak mak aku g Hospital Pesakit Luar, untuk jumpa doktor. Katanya badan dia gatal2.


Semoga cepat sihat semua. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Perasan tak, orang lelaki time muda taknak pun dekat dengan bini, sibuk keluar dengan kawan/sibuk minum kedai kopi/sibuk kerja dan aktiviti takraw . Dah tua, sesaat taknak isteri jauh. Nak isteri depan mata je.
Pengalaman jaga FIL sakit & tengok ayoh aku yang sakit tua-tua ni. Memang masing2 nak MIL dan mak dekat dengan dia je. Takleh keluar mana-mana. Nak g umah jiran sebelah pun, dah kena panggil dari ayoh aku. Sampai tahap mak aku masak lama kat dapur pun ayoh aku bunyi "kenapa lama sangat".
So, suami2 sekarang, berlibur la dengan kawan-kawan, sebab nanti dah tua, korang semua akan cari isteri masing2 je.heheh!

Aku beli rumah sendiri sini sebab nak bawak mak ayah aku duk sini (Selangor) incase kalau dorang nak la. Kalau dorang prefer duk Tganu sebab dekat dengan hospital, pasar, bandar dan kemudahan lain takpe la. Adik2 masih ada di Terengganu. Kalau dorang nak duk sini kelak kalau semua anak merantau, atleast aku dah ada rumah untuk dorang kat sini.

Pstt : Tak faham kenapa ada pempuan taknak jaga parents dia sakit.. Alasan : Tu tanggungjawab anak lelaki. Ruginya kan...Bergilir2 dengan adik beradik lelaki pun dah kira bagus kan.


Ok. Bye
XoXO

Perkhidmatan Pindah Rumah KL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nikmati Perkhidmatan Pindah Rumah Tanpa Tekanan di KL

Berpindah ke rumah lain bermaksud kita akan menguruskan perkara seperti mencari kawasan kejiranan yang baik untuk anak-anak, mengemaskan setiap barangan, dan mengatur semuanya untuk dibawa dari rumah lama ke rumah yang baru.

Dengan semua kegelisahan yang berkaitan dengan pemindahan ini, bukankah perkara yang luar biasa jika anda dapat mencari syarikat pemindahan di Kuala Lumpur yang telah membantu dan memberi perkhidmatan kepada banyak individu melalui pemindahan - sebuah organisasi yang boleh anda percayai untuk menangani setiap perkara?

Itulah apa yang dijalankan oleh Senang Pindah - Sebuah syarikat pemindahan dan lori sewa yang dipercayai di Lembah Klang dan PJ.

Perkhidmatan pemindahan rumah yang profesional, boleh dipercayai, cekap dan tepat masa akan disediakan oleh Senang Pindah oleh pekerja berpengalaman dan pakar dalam perkhidmatan pemindahan rumah atau pejabat mereka. Senang Pindah adalah syarikat lori sewa di KL dan telah membantu banyak keluarga dan individu berpindah rumah dengan harga yang berpatutan.

Senang Pindah memberikan pelbagai tawaran untuk perkhidmatan packing barang: Bermula dari pembekalan kotak, pembungkusan barangan, dan kemudian menggunakan pita pelekat untuk pembungkusan kotak terakhir.

Pasukan mereka juga menyediakan perkhidmatan pemasangan semula perabot. Selimut tebal akan digunakan untuk menutup barang-barang berharga dan mudah pecah agar memastikan barang tersebut tiba di destinasi akhir dengan selamat. Ini menjadikan tempat kediaman anda lebih selamat dan memastikan proses pemindahan yang lancar.


Mengapa memilih Senang Pindah untuk Pindah Rumah?

Senang Pindah mengambil berat tentang keperluan pindah rumah pelanggan mereka. Sama ada pemindahan rumah melibatkan individu atau keluarga, prosesnya selalu panik. Ia adalah sukar, memakan masa dan membawa tekanan.

Walau bagaimanapun, dengan penglibatan profesional dan pakar, proses pemindahan yang sama dapat dijalankan dengan selamat dan cepat. Pasukan mereka memahami situasi pindah rumah dan akan menguruskan semuanya dan menjadikan kerja pindah rumah sangat lancar dan tepat pada waktunya.

Langkah-langkah Perkhidmatan Pindah Rumah:
- Pembongkaran perabot
- Memindah dan mengemas barang
- Memuat barangan ke lori dan memunggah barangan dari lori
- Membuka semula pembungkusan kotak
- Pemasangan semula perabot

Perkhidmatan pemindahan rumah yang disediakan oleh Senang Pindah merangkumi rumah teres, banglo, apartmen dan flat. Mereka juga memberikan perkhidmatan pemindahan pejabat, kedai, bilik dan perabot.




Kawasan Perkhidmatan Pindah Rumah

Mereka juga menyediakan perkhidmatan pemindahan rumah ke seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, jika anda mencari perkhidmatan pemindahan rumah di KL atau lori sewa di Puchong atau ke negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang atau Johor, mereka juga dapat membantu anda dalam hal ini.

Bersedia untuk Pindah Rumah?

Walaupun sebahagian besar pelanggan Senang Pindah berpindah ke rumah yang lebih besar dan mendapatkan khidmat sewa lori 3 tan, terdapat beberapa pelanggan lebih suka berpindah ke ruang yang lebih kecil. Pasukan pro syarikat ini komited untuk memindahkan rumah anda sama ada besar atau kecil. Dalam setiap keadaan, anda memerlukan perancangan dan persiapan yang betul untuk menjadikan pemindahan anda tersebut selamat dan cepat.



Mudah bukan?
So, mana-mana yang nak pindah tu, apa kata cari Senang Pindah.
Pindah rumah lebih teratur.
Lebih Jimat Masa.
Yang penting takde lagi fenomena barang hilang, barang lupa letak. Senang Pindah akan uruskan semua untuk kita?
So, tunggu apa lagi?

Pssst : Anda pikir saya ada masa untuk sakit kepala?


Ok.Bye
XoXO

Susun semua kad appointment doktor

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu aku main letak je semua kad appointment, semua dokumen warded, slip daily dressing & others document kesihatan MIL dalam satu beg besar. Pastu aku takde check document mana yang nak, mana yang boleh throw away, mana yang penting, mana yang tak.

So hari tu ada g kedai RM2, so aku beli beg kecik untuk letak semua dokumen penting



Aku letak kad appointment Hospital Shah Alam, Slip cuci kaki (just incase g cuci kaki kat klinik kerajaan), kad appointment Klinik Kesihatan Kapar, Buku Tabung Haji & Slip Sambung Ubat K.Kesihatan Kapar





Slip cuci kaki ni aku letak dalam plastik. Dulu guna slip ni every day kalau g K.Kesihatan dan Klinik 1Malaysia. Kertas mudah renyuk, koyak, kena air, kotar & rosak. So aku letak dalam plastik ni, selamat dan terpelihara dari noda gitewww.


Ok. Bye
XoXO

Tukar Appointment Hospital & Follow Up Check Up di Hospital Shah Alam (Ortopedik)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu MIL warded kat Hospital Teluk Intan tahun 2018. So First Appointment masa keluar wad tahun 2018 tu, doktor Teluk Intan suruh ke sana sebab nak tengok progress kaki, sambil-sambil masa tu kami nak bincang samada nak masukkan ulat (utk makan daging buruk) dalam tu atau tak. Rupanya kami tak jadi pun nak masukkan ubat. Tak sanggup wei!.

So First Appointment memang kami g Teluk Intan. Dari Selangor kami drive g Teluk Intan. So lepas settle sana, kami terus mintak tukar nak Hospital Shah Alam (HSA). Doktor buatkan surat. So next appointment kami g HSA bawak surat tu walaupun sepatutnya alamat kami memang kena rujuk ke Hospital Klang. Tapi kami insist nak HSA sebab lagi dekat/kurang jem.

Dari Selangor ke Teluk Intan masa appointment doktor tu memang memenatkan. Bawak plak orang tua, lagi la memenatkan dan kasihan kat mereka. FIL dah bising2 sebab tubuh dia sakit-sakit (masa tu FIL boleh bangun, cuma tak larat nak berjalan, kena berkerusi roda jugak)

Lepas tu, bila refer ke HSA, kami takde call dulu. Suami main terjah je naik ke Tingkat 3 Bahagian Ortopedik, rupanya kena turun register kat Ground Floor dulu di Bahagian Pendaftaran untuk fail rekod untuk pesakit.Hehehe. Time tu suami g sorang sebab aku kena kerja. Payah g sorang sebab nak cari parking lama, rugi masa menunggu parking sedangkan kalau ada teman dah boleh proceed tunggu kat pendaftaran dahulu. Tu pun nasib baik ada orang tolong suami & MIL yang menolak wheelchair tengah panas sebab parking jauh. Dia tumpangkan kereta dia dan hantar ke depan pintu masuk.

Kali kedua pergi, aku memang siap-siap ambik cuti kerja. Awal pagi pergi HSA, eh rupanya ada lagi yang paling awal (tidur kat sana agaknya,hehehe) . Suami cari parking, aku pulak terus bawak MIL masuk kat kaunter daftar.

Ni prosesnya SETIAP KALI appointment Ortopedik di HSA (2018 - 2020):

1. G kat Bahagian Pendaftaran - Beratur dan tunjukkan kad temujanji dan Amik no giliran. Dia akan panggil no giliran kemudian berurusan di kaunter dia then mintak kita naik ke Tingkat 3.
2. Naik Tingkat 3 g kaunter bahagian ortopedik - Masukkan kad temujanji dalam bakul, dia akan bagi no giliran lagi.
3. Jumpa doktor lepas no giliran dipanggil.
4. Doktor suruh pegi ke bilik 11 (bilik rawatan) untuk cuci kaki by nurse dan doktor akan datang tengok luka. Kat sini kena letak kad, no akan dipanggil untuk cuci luka (no sama)
5. Masuk bilik doktor semula kalau doktor masih nak bagi consultant/ bagi slip ubat.
6. G kaunter bahagian kaunter ortopedik semula untuk amik tarikh next appointment.
7. Amik ubat di kaunter. Siap!

Kalau aku pegi sekali, boleh la speed up the process. Suami cari parking aku dah boleh start amik no giliran kat kaunter pendaftaran. Bythetime nak naik tingkat 3, sementara suami & MIL tunggu lift, aku boleh naik tangga dulu supaya cepat sampai tingkat 3 untuk g kaunter bahagian ortopedik plak. Boleh la pintas beberapa pesakit lain yang tengah tunggu lift tu kan. Bila dah settle jumpa doktor, bythe time suami tunggu di kaunter bahagian ortopedik untuk amik tarikh next appointment, aku terus boleh g amik ubat di farmasi lepas dapat slip ubat dari doktor tadi. Kami sebolehnya bertindak cepat sebab nak jimatkan masa, sebolehnya kami nak settlekan semua dalam setengah hari je, sebab kadang2 petang kami kena masuk kerja.

Fisrt appoiuntment kat HSA dulu kami g kul 9pagi settle jam 4 petang. Second time pegi kami boleh settle jam 1 petang. Makin lama, kami makin cepat settle, ada masa pukul 12 tengahari kami dah settle. So aku boleh amik half day leave instead of whole day. Memang sorak gembira aku time tu tak kematu bontot menunggu.

Setiap kali call, aku bagitahu no ID pesakit. Dah banyak kali call untuk amend appointment date & tanya anything yang aku confuse..

HSA ramai orang yer.. Yela hospital baru kan, lagi pulak kat Shah Alam tu bape ramai penduduk kan. Pastu aku yang alamat Klang duk g Shah Alam sebab lagi dekat dengan rumah aku berbanding Hospital Klang. Proses menunggu setiap tempat tu lama sangat. Ni nasib baik MIL warga emas, keutamaan di beri kepada dia. Kami kalau ke sana awal pagi, memang breakfast dalam hospital bawak bekal siap-siap macam nak piknik. Siap bawak sweater untuk MIL kalau sejuk ekon, berstokin bagai. Bawak jugak gula gula incase MIL hypo bila gula terlalu rendah andai kata lepas insulin tapi MIL makan tak banyak. (Giler banyak persiapan aku, orang laki tahu lengang-lengang je g hospital)

Kami sebolehnya jimatkan cuti sebab ada banyak appointment HSA (Ortopedik) & appointment Klinik Kesihatan Kapar (Diabetic, Darah Tinggi & Kolestrol) untuk MIL. Ni pun dah kira ok, sebab takde appointment FIL sebab FIL sejenis taknak terlibat dengan hospital. Kalau dia sakit kami panggil doktor swasta je datang rumah (Haaa.. lagak macam orang kaya dalam TV, sakit je panggil doktor datang rumah..hahahah!)

And aku jugak simpan cuti untuk aku balik Terengganu jenguk orang tua aku, ayah aku pun dah uzur jugak pakai wayar kencing selamanya. Mak aku dengan sakit lulut dia. Bila duk jauh aku memang selalu simpan cuti untuk balik kampung aku. Sebab tu kadang-kadang aku balik Terengganu lama bila aku banyak cuti. (Untung sapa yang dekat dgn parents, sobbbb.. sobbbss.. sedih ai)


Kenangan : Masa MIL warded di Hospital Teluk Intan, raya puasa 2018


Pstt : Please keep asking nurse/doktor/staff if ada anything to clarify about appointment/process/etc. (Nak tukar appointment ke, nak tangguh ke, nak buat appointment baru sebab terlepas appointment ke, just call them) Masa kat HSA memang jumpa ramai yang terlibat dengan bahagian tulang, pesakit luka kencing manis pun dia refer ke bahagian Ortopedik, so kita akan jumpa banyak ragam pesakit, banyak jenis luka kencing manis, banyak jugak boleh berbual soal rawatan yang masing-masing ambik untuk sembuhkan luka. Rupanya kita bukan yang paling susah, ada yang lagi susah dari kita.

Semoga boleh jadi panduan untuk semua yang mana baru-baru nak buat rawatan check up di HSA especially Ortopedik (ikut kategori sakit jugak kot,kan!!)

Ok. Bye
XoXO

Tahniah BFF.. Happy for you

Assalamualaikum... Hai Semua...


My BFF dah boleh tukar sekolah tempat dia bekerja. Kalau dulu 48km sekolah nak balik ke rumah. Sekarang just 28km untuk ke rumah. Dah dekat sangat dah tu compared previous school kan.. Tahniah untuk dak comel "DAK EJY".

Semoga kat sekolah baru semua staff baik-baik. Dan takde kawan-kawan toksik di sekeliling awak Sis.. Semoga guru-guru pun baik semua nya melayani awak. Pak Guard pun baik semoga selalu melambai awak balik sekolah. Eh! Semoga makcik kantin tu selalu menyajikan food yang healthy untuk awak incase kalau awak malas nak bawak bento. Eh!

Semoga makin dipermudahkan urusan awak ye Sis untuk menjalani rutin berbakti untuk Umi, menjadi Ibu comey dan tip top untuk "DAK COMEY FIA" dan jadi isteri hebat untuk "DAK MAN".

Semoga lepas ni impian awak nak beli rumah plak dipermudahkan dan sentiasa murah rezeki. Amin.. Yang paling penting, rumahtangga sentiasa harmoni!


Psstt : Thanks BFF hok sudi baca sokmo blog ni.

Suami dapat habuan kasut dan seluar sukan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Suami ajak cari kasut badminton last weekend. Aku pun mintak nak g bundle untuk cari blouse. Saja nak jalan-jalan pekena cendol sekali. Suami ajak g JBR Bundle Shah Alam & Bandorustore Bundle Item from Japan.
JBR Bundle kalau dah biasa pergi memang la tahu panas meruap dia. Aku plan nak cari blause putih. Sana banyak kemeja putih je. Tapi blause putih ada jugak cantek, cuma ianya lengan pendek. So takde beli apa-apa.

Bandoru item ni memang cantek2 especially palazo. Oleh kerana aku baru beli 3helai pallazo last week so kat sini aku takde beli pallazo. Sini ber'ekon' so agak selesa. Item paling murah RM10 untuk T-shirt, cantek2 dan baru-baru.

Sebelum balik singgah Butik Al-Ikhsan. Suami nak cari kasut badminton. Sekarang kan dia tengah bersukan main badminton tiap khamis.



Seluar Pendek dari JBR Bundle
RM 25

Kasut Badminton 
RM129 kot

Seketul Suami Isteri yang kelam kabut shopping, kelam kabut makan cendol dan kelam kabut balik bila MIL call suruh balik.. 

Psst : Oleh kerana dah shopping dekat RM500 beberapa minggu lepas kat shoppee, so aku kena sedar diri dan duduk diam je sepanjang shopping ni. hahahahahaha!!!!

Ok. Bye

Ice Cream so shedap

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik kerja singgah MCD Klang Sentral, dulu masa PKP/PKPB/PKPP, jem giler McD seluruh dunia agaknya. So time takde banyak kereta beratur ni la aku boleh terjah.
Nampak sangat ketinggalan, baru je kami nak try Mango Dessert McFlurry McD ni. Orang cakap sedap, aku try la..



Aku makan dua-dua ice cream. Hahaha.. Sambil2 la suap suami yang tengah drive. Tapi banyaknya masuk mulut aku la. Pastu bising kenapa perut 2lapis kan. hahahaha

McDonald's® Malaysia | Mango Desserts

Kali kedua try plak menu baru Black Forest MrFlurry & Black Forest Pie.. Sedap? Aku sedap je sebab peminat ice cream. Walaupun agak lama aku pantang "gula/manis), sesekali memang aku rembat je ice cream.. Alaa.. rupanya macam sundae strawberi je la. Cuma tambah Chocolate Ganache yang macam hershey's tu.. Tapi sedap je la bila makan dengan buah hati kan. Hehehe

McDonald's® Malaysia | Black Forest McFlurry



McDonald's® Malaysia | Black Forest Pie

Tengok dalam gambar bukan main banyak cream & stoberi feeling.. Huhuhuhu!

FamilyMart Launches NEW Hakuto White Peach Sofuto Flavour And It's ...

Ice Cream White Peach Sofuto Family Mart, aku try tapi macam tak sedap jer. Mungkin tak kena dengan tekak aku. Nasib baik dah try, so masa ada promotion Buy1Free1, aku amik both Matcha Ice Cream je la..

FamilyMart Releases French Crème Brûlée Sofuto
Moh la kita try Creme Brulee Sofuto Family Mart pulak. Tengok sejauh mana pegi nya..

Family Mart bawah opis je. Dulu masa mula-mula branch Family Mart buka kat bawah opis ni selalu turun beli ais krim Matcha, beli oden bagai sampai jemu. Laa ni baru mencari semula!


Ok. Bye
XoXO

Progress Luka Kaki Kencing Manis since 2018 - 2020

Assalamualaikum... Hai Semua...

(Entry gambar luka, harap redha ye sapa2 yang tengok gambar agak memualkan ni)

Finally, up jugak entry progress luka ni. Semoga boleh jadi reference :

JUNE 2018

Masa mula mula masuk wad, MIL demam teruk.(MIL & FIL kat kampung masa tu berdua lepas baru beberapa hari balik dari rumah kami di Selangor). Masa kat rumah kami, kaki dia ok. Memang masa kat kampung tu, MIL kata dia ada minum air letak susu pekat manis. 1 tin habis seminggu minum berdua MIL dan FIL. Then MIL demam teruk, MIL tak rasa pun sakit kaki dia. Sehinggalah FIL perasan kaki MIL ada hitam2 macam lebam digigit binatang.
Lepas gi K.Kesihatan, nurse tolak dan syorkan ke Hospital sebab ni kaki ada luka kat dalam. Gi Hospital Teluk Intan, kena tahan ward masa tu one day before raya 2018. Awal pagi doktor terus belah kaki dan cucikan mana yang buruk.

Btw, MIL memang ada kencing manis, dulu makan ubat kencing manis hospital. Then stop tak makan lama, doktor suruh pakai Insulin, MIL taknak. So mungkin tak makan ubat, taknak insulin menyebabkan kencing manis tak terkawal dan effect bagi luka kat kaki la kan. Mata pun kabur2. (Faktor usia pun boleh jadi. Dah 70an kan)


20180622
Teman MIL kat hospital Teluk Intan (ber'RENDANG, berKETUPAT, berSARANG SEMUT, berSEMPERIT di hospital, hehehe)

20180614
Kaki masa first operation
Kat aku tanda tu, bahagian kaki yang nampak hitam pada mulanya. Takde bintik/luka dari luar. Nampak elok rata dari luar (cuma hitam lebam). tapi dalam dah buruk dagingnya
MIL tak rasa sakit kaki pun masa ni, kecuali demam sebab kuman ada dalam tubuh
Belah ni masa dalam bilik operation

20180623
Masa cuci kaki, doktor potong sikit lagi bila nampak nanah/buruk lain.
Masa ni doktor buat kat katil, aku tengok seriau walaupun dia ada cucuk bius masa tu

20180706

Lepas keluar wad, kami bawak FIL MIL balik selangor dengan kami. Teruskan rutin cuci kaki SETIAP HARI  di Klinik Kesihatan Kapar dari June 2018 hingga hujung NOV/awal DEC 2018

20180825
View setiap hari cuci kaki di Klinik Kesihatan sini



20181015
Progress kaki, luka elok je merah, nampak kan sedikit mengecil dari luka asal.


OCT 2018

Lepas 4 bulan duk rumah kami, FIL lari balik rumah dia kat kampung (FIL ajak MIL sekali walaupun MIL taknak pun balik kg). Masa tu kami opkos la kat opis. Tengahari masa call dorang ada kat rumah kami lagi duk makan. Eh. kul 5petang dapat panggilan dorang dah berjaya melarikan diri balik rumah sendiri. Cuci kaki masa tu MIL pegi tumpang jiran. Weekend tu terus kami balik kampung jenguk dan paksa balik semula. FIL taknak. Minggu kedua, nahhhh masuk wad MIL sekali lagi sebab luka makin teruk. Kuman serang lagi, kaki makin parah. Minggu kedua kami balik lagi dan terus g Hospital Manjung pulak kali ni. Keluar wad, kami angkut lagi balik rumah kami. 


20181015
Kaki masa masuk wad kali kedua
Yang torehan tu doktor yang toreh nak buang isi buruk
Dulu masa mula-mula kena bulan Jun, kaki MIL hitam macam ni kat sisi tapak kaki, bawah buku lali.
Kaki tu makin menghitam. Sekejap je kan tak sampai 14hari dorang balik kg

20181016
Nahhhh.. Makin tambah besar luka baru.
Sebenarnya besar lagi tapi takde gambar. Gambar hilang
Boleh refer gambar bawah

20181123
Besar kan luka kali kedua warded ni..

Masa aku tengok luka kedua besar ni, aku sent gambar kat suami.
Suami terduduk terkilan sangat.
Yelaaa.. Start June - Oct (4-5 bulan) kami berdua je duk setiap hari urus makan minum, urus g cuci kaki setiap hari g K.Kesihatan.
Selama tu la kami lewat g kerja EVERY SINGLE day, bos aku bising. bos suami bising. Penat Lelah terkejar2, menunggu di K.Kesihatan, hanya yang hadap je tahu.
Bukan takat jaga kencing berak, makan minum, Yang paling susah ialah setiap hari g cuci kaki sampai effect waktu kerja/prestasi keje. Terkejar2 beratur, rebut parking, menunggu, pastu menapak kalau parking jauh.
Bos/Officemate semua sedia maklum masalah aku. Dengan rumah yang hampir 40km ke opis, boleh agak ke kul berapa kami setiap hari ke opis. (Paling awal 10pagi/paling cikai2 lewat pun pukul 11pagi). Klinik Kesihatan & Klinik 1Malaysia hanya membenarkan cuci kaki warna PAGI sahaja.


NOV 2018 - DEC 2019

Permulaan November , Kaki MIL bengkak & merah. Masa tu kami rasa macam takde harapan je. Time tu hari sabtu, kami kena g cuci kaki ke Klinik 1Malaysia, bila ke sana nurse cuci kaki, tapi dorang terus suruh rujuk ke Hospital Besar. Dari sana kami g Hospital Shah Alam (HSA) (sebab memang refer Ortopedik Shah Alam untuk follow up). Tapi tapi tak direct pergi HSA, kami g satu tempat rawatan swasta untuk luka kencing manis. Iaitu Warrisons Wound Care Centre (klinik glemer untuk luka kencing manis) mujur tak sana cuma 1-2 jam je, Dorang nak RM12 ribu untuk rawatan kaki sampai sembuh.Kami kena bawak cuci hari-hari sehingga sembuh, cuma bayar 12ribu tu je. kalau bertahun-tahun baru sembuh, memang bayaran cuma 12ribu tu je. Dorang target dalam 3 bulan sembuh. Kami ada masalah masa & perjalanan jauh untuk g cuci kaki sana. Rumah kat Klang, keje PJ, nak cuci kaki kat Puchong, ko rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Lepas kerja nak kena hadap jem dari PJ-Klang, Pastu amik mak dari Klang gi Puchong, tak sempat sebab sana bukan bukak 24jam.
Time tu aku sanggup je nak sewa Rumah lain kat Puchong kalau masih nak ON dengan rawatan tu. Aku ckp kat suami aku sanggup sewa rumah RM700 je kalau nak duduk area klinik ni kalau nak teruskan rawatan lepas kira semua perbelanjaan bulanan aku. Suami tak setuju. MIL pun taknak bila dgr 12ribu. huhuhu.

Pastu kami pergi HSA pulak lepas balik dari Puchong tu. Tapi oleh kerana hari tu sabtu, kami direct kena g kaunter pesakit luar. Ramai orang weiii.. Kami tunggu sampai siap sekitar 5jam. Kat HSA, doktor just bagi ubat matikan kuman (rendam kaki) & scan (dia kata tulang takde pape). Kami takleh jumpa Ortopedik sebab masa tu kat Kaunter Pesakit luar kan, yang handle cuma doktor biasa. Masa tu terpikir, kena potong ke nanti kesudahannya???

Kami balik rumah dengan kepenatan sangat hari tu.Sampai sekitar jam 8 malam. Makan entah ke mana. Masa kat pagar rumah, jiran India tegur (jiran ni memang baik dan selalu tolong kami jaga MIL FIL). Kami ceritakan hal ni. Jiran India ni syorkan g Klinik Swasta Kapar (tepi balas polis), dorang paksa pergi. Kami pergi sebab pikir cuma nak selamatkan kaki kali  ni dari lagi teruk. Sebab kaki nampak membengkak & merah sangat. Ada something wrong ni.

Jiran India ni sampai tahap bagi kami pinjam cash beberapa ratus dan bagi kad bank dia (katanya dalam kad bank ni ada 300ratus, guna dulu nanti ada duit baru ganti, selamatkan kaki mak u dulu). TERHARU kuasa40 gitu kat dia. Aku tolak sebab segan wei, dia paksa. Daku layankan je laa...

20181123
Kaki berbau tak?
TAK kecuali masa tendon urat kaki memburuk sikit dia bau. Lepas nurse buang tendon tu, bau tu hilang. Means luka kaki ni takde bau. Kaki pun kebas je, MIL tak rasa apa dah pun


20181123
Kaki yang membengkak & merah ketika kali pertama bawak ke Klinik Swasta Kapar.


20181203

Masa kat klinik tu, doktor cakap ada kuman ni dalam tubuh mak. Mujur kami datang awal. Dia inject ubat untuk mak, then bagi antibiotik dan cuci kaki. Kos RM150 malam tu, aku guna duit Jiran India bagi, hahahaha..(tadi bukan main menolak kan???)
Sejak dari tu setiap hari g Klinik Swasta ni. 

  1. Bayaran mula2 RM150 (inject + ubat antibiotik + cuci)
  2. Then, bayaran RM 70 kalau (ubat antibiotik + cuci)
  3. Then, bayaran RM 30 (cuci)
  4. Then, bayaran RM20 (bila luka kecik sikit)
Dari setiap hari, kemudian selang sehari g klinik cuci kaki, sebab dah start cuci kaki kat rumah sendiri sampai sekarang. So NO MORE masuk keje lambat. Pagi2 just masak & siapkan FIL (pampers & suap makan). Malam balik keje g cuci kaki di Klinik Swasta.


20190422
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta



20190422
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta


Semua dah ok, kecuali tumit. Alhamdulilah.. Alhamdulillah..


20190503
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta


20190831
Masa on mesin yang doktor perkenalkan.
Untuk lancarkan perjalanan darah kot kalau tak silap.


20190831
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta


20191022
Progress masa cuci kaki di Klinik Swasta


JANUARY 2020 -Recent

Kami cuci kaki sendiri kat rumah. Sesekali kalau mak demam, bawak ke klinik baru kami cuci kaki kat klinik untuk tunjuk progress kat doktor. Cuci kaki pagi sebelum g keje & malam selepas balik keje)


20200217



20200217
Ada masa kaki mudah melecet, tak tahu punca tiba2 melecet.
Bahaya nya kencing manis


20200217


20200619
Check up kencing manis, kolestrol & darah tinggi di musim PKP lepas 2x klink kesihatan tangguhkan sebab warga emas kan berisiko.


20200712
Latest. Yang tepi2 tu semua kulit keras tapi entah bila nak bercantum (a year doh tumit ni taknak tutup lagi kerrrr??).
Oleh kerana sekarang tengah guna produk Dr Wound, kami ingat nak g jumpa klinik dr would pulak lepas ni.



Note : MIL on cucuk insulin 2x sehari/makan jaga - sepanjang luka ni.

Pssstt : Moh la kita jaga kesihatan ye... Encik Suami, u kena jaga kesihatan, i taknak masa i muda i jaga mak u, tua i kena jaga u sakit plak. U dahla besar, nanti tak bergerak kerusi roda kalau i tolak u. Tua i nak main dam haji dengan u atas wakaf. Hahahaha.. Eh bukan, nak pegi haji dengan u.. hehehe!

Ok. Bye
XoXO

Masak apa untuk mentua hari ni?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesihatan FIL sekarang merosot sedikit. Makan pun dia kata penat dah nak mengunyah sedangkan nasi tu kami dah masak sedikit lembut. Kadang suami suapkan sedikit pun dia dah berhenti makan, katanya penat dah mengunyah. Aku memang setiap hari masak yang berkuah especially sayur. Kalau masak lemak atau kari pun aku buatkan cair-cair biar nasi kena kuah, bertambah mudah dia nak kunyah. Walaupun FIL terlantar dah setahun, tapi dulu dia selera je makan. Start seminggu dua  ni, dia mula tak sedap nak mengunyah.

So semalam aku masak bubur. Agak lama aku tak masak bubur, sebab MIL FIL kata dah jemu makan bubur (dulu aku kerap buat bubur). So ni start semula masak bubur. Lawak kalau ingat semula, dulu tak tahu nak sukat beras banyak mana kalau buat bubur. Kan kalau nasi satu pot beras tu sedikit je nasi terhasil. Tapi kalau satu pot beras buat bubur, bubur akan banyak terhasil. Dulu buat bubur untuk dorang 2 pot, nahhhhh selambak bubur terhasil. Jemu duk hadap bubur hari tu nak habiskan. Hahahaha..

Bubur kelam kabut comot nama dia.
Nak mudah masak, aku letak air banyak, pastu tinggal maka melimpah la wap dia..hahaha
Apa la mentua aku cakap "Eh menantu aku ni sepah betui masak ni" Huhuhu
Bekalan untuk tinggal kat rumah untuk MIL FIL lunch 

So semalam aku masak bubur, buat sup ayam letak fish ball & aku tambah jugak balance barang yang pernah buat steamboat dulu dalam sup ni. Aku goreng kangkung & ikan kering. MIL suka ikan kering, aku goreng tak garing biar senang MIIL makan.

Balik kerja tengok bubur tinggal sikit, ikan tinggal sekor je. Lakuuuu jugak bubur sendu aku  ni! Hehehe. Malam tadi, belikan mee goreng takung je untuk FIL MIL. Aku goreng keropok keping sikit. Masalahnya keropok tu keras, tak dapat dorang makan. Jadi habuan aku la keropok tu cicah sos makan depan TV lepas ni.


Bekal kerja semalam.
Nasi goreng Ceria gitu letak leftover ayam MCD & sayur mana ada je dalam peti.
Siap bawak jeruk yang anak sedara suami bagi
Epal serbuk Asam.

Hari ni buat singgang ikan pelaling je. Ulam timun aku hiris nipis-nipis biar mudah MIL FIL kunyah. Stok buah dah habissssss !!!!

Psst : Dah buntu nak masak apa untuk MIL FIL kat rumah ni... Sebenarnya orang tua dah menurun selera dia kan.. Tak macam yang muda sibuk nak mencuba semua makanan viral.


Ok. Bye
XoXO

Singgah rumah abang sulung di PutraJaya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selepas balik dari Trip ke Janda Baik, kami amik peluang ke putrajaya sementara kami boleh keluar jalan-jalan minggu ni. Kalau tak, memang weekend memerap je kami kat rumah dengan MIL FIL.

So singgah ke PutraJaya melawat abang sulung aku dan isteri dia yang baru balik hospital. Last week mereka gilir-gilir masuk hospital. Aisyah anak sedara aku ni seronok la kalau pakcik, makcik dia datang. Ada orang melayan dia main. Anak tunggal, boleh bayang sunyi dia macamane kan.

Aisyah dan Sahibba game dia

Terus dia ajak main Sahibba dengan dia. Main jual aiskrim la..Main masak-masak la..  Masa aku datang dia tengah sibuk siapkan kerja sekolah dia. Next week kan dah buka sekolah. No more main-main kat rumah ye!.

Sebelum balik aku mintak anak pokok pandan dari abang aku. Dia bagi beberapa anak pokok. Siap dapat anak pokok kari (last time tanam anak pokok kari mati, hehehe). Aku rembat jugak daun limau purut untuk stok. Dapat jugak seplastik pucuk ubi muda.

Habuan g rumah abang sulung

Balik rumah terus uruskan MIL FIL, kak ipar (kakak kepada suami) yang datang seminggu lepas dah balik rumah dia tengahari tu. Nasib baik dia masak untuk lunch siap-siap. Kami sampai pukul 6.30pm, bagi MIL FIL makan, tukarkan pampers FIL. Penatnya malam tu, aku takde nak urus beg-beg yang baru balik trip ni. Malam tu aku tidur nyenyak betul penangan mandi sungai kot! Hehehehe..

Bangun pagi, suami dah siap goreng ayam dan celur pucuk ubi. Aku takde idea nak masak pe. Nasib baik suami celur pucuk ubi, so aku buat sayur lemak pucuk ubi je. Aku siapkan kerja kat dapur dan prepare untuk tinggal lauk siap-siap biar MIL senang nak ambik nanti bila kami g kerja. While suami tukarkan cadar dan pampers FIL. Then mandi terus g kerja. 

So bekal saya hari pertama keje lepas trip.


Psst : Minggu ni rasa malas betul nak masak pagi-pagi, tapi aku paksakan diri jugak.

Ok. Bye
XoXO