nuffnang

JANA DUIT

Ikan Sepat ke Ikan Puyu? Bekal hari ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Since MIL FIL duduk sekali dengan kami, selalu sepupu suami bawakkan ikan sungai yang dia dapat masa memancing. Kecik-kecik ikannya. Tapi bila goreng garing, memang sedap makan, sampai ke tulang bestnya mengigit.

Beberapa lepas sepupu suami datang lagi, bawak banyak ikan. Bila simpan dalam peti ais dapat la 5-6 bekas. Siap dapat ikan kering yang masih baru buat, sedapnya yarabbi. Tapi takleh makan selalu, kang darah tinggi nanti. hahahaa

Kali ni dia bawak kerepek, ikan berlambak-lambak, ikan kering, mempelam (rasa lemak sedap weiii tak masak langsung)

Mekasih ye Kak Menah selalu datang tanpa tangan kosong.
Datang lagi ye kak... Eh..

Semalam pun goreng ikan sepat. Eh, ke ikan puyu ni? Aku pun tertukar antara dua ikan ni. Siap officemate suami yang tengah pregnant nampak suami makan ikan ni, dia terliur. Tu yang balik kerja semalam pikir nak bagi dia sebekas biar baby sulung dia tak kempunan terliur..




So, hari bekal rakyat jelata biasa2 je.. Nasi dengan ikan sepat ke puyu ntah ni goreng garing, letak sambal berlada asing (incase MIL FIL taknak pedas), kacang goreng kicap renjis-renjis.




Pelam lemak sedap. Ingatkan putik, aku kupas nak makan cicah rojak. Rupanya eh sedap la lemak-lemak rasa dia tak masam langsung. Terus la aku makan macam tu je.


Psst : MengGOOGLE aku semalam cari resepi ikan sepat ikan puyu. Ada masak lemak nenas & goreng berlada je. U olsssss tahu tak resepi apa lagi sesuai untuk stok ikan-ikan gini???? Moh la tolong aku, perempuan sendu baru nak belajar menu2 baru ni.. Hehehe

Ok. Bye
XoXO

13 comments:

norhidana said...

nampak memang garing betul tu, mesti best krup krap digoreng garing...

akak lagi lah tak kenal ikan-ikan sungai kecuali keli, patin, talapia yang comel-comel ikan tu jarang jumpa dan makan...
rasanya boleh masak macam-macam menu biasa macam kita masak ikan biasa tu, cuma bohla daun-daun sikit kadang dia agak hanyir

Ana Jingga said...

sepat ni goreng pun sedap kan HH, masak lemak cili api , masak sambal semua pun sedap lah selera orang kampung macam kak ana ni :)

Cikgu Badar said...

Sepat menang sedap tapi puyu belum pernah makan sebab macam tak minat

ejulz said...

lapar pulak tengok entry ni. hehe

Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

Giveaway by ejulz & mamapie

OKje said...

Uhh sedapnya ....kalau ada kicap manis sedap tu Han....
Alahhh hakak pun lebih kurang 2x5 hihi... tak berapa tau masak. Ikan kecik kecik gitu goreng jerlah kot sedap or buat sambal...
Ada pelam yg masam kan Han... pelam lemak lemak gitu dah tak payah nak tambah perisa lagi ye Han...dah sodap

ezy.xixii said...

aku xmkn ikan sungai..
tp napok sedap tu ikan tu.. haha

Kamsiah yusoff said...

Asam pedas pun sedap

Warisan Petani said...

Macam ikan puyu aje
Buat masak asam pedas tersedaplah sangat.

Syaz Rahim said...

Sedapnya kelihatan!

dear anies said...

uiii sedapnyaaaa

Kakmim said...

pekasam ikan sepat kot... hehehehe

Sunah Sakura said...

biasa sepat ngan puyu ni kita makan pekasam aje..jarang buat masak lain..kalo kecik2 dulu pancing kat longkang dapat puyu, biasa sepupu sepapat ni bakar aje..tak berapa ingat pulak masakan lain..haha

SalbiahM said...

X taula plak nak bagi resepi. Try masak asam rebus sis