nuffnang

JANA DUIT

Dressing & Rawatan MIL kencing manis luka di kaki

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL start luka di tapak kaki kanan pada JUNE 2018 which is one day before raya Aidilfitri and warded kat Hospital Teluk Intan. Lepas 10 hari baru discharge dan kami terus bawak ke rumah kami di Selangor. Start daripada tarikh tu sehingga sekarang kami jaga (kecuali 4 bulan masa PKP abang ipar jaga kemudian kami jaga semula) dan buat cuci kaki hampir setiap hari.

Aku akan share apa yang kami guna/rawatan sepanjang luka besar sehingga kecik:


FASA CUCI KAKI KLINIK KESIHATAN - KERAJAAN (JUNE - NOV 2018)
*semua ubatan kena bawak sendiri, nurse tolong cuci sahaja, kalau lupa bawkak, nurse akan guna air garam klinik & ubat klinik je, tapi nurse akan keep remind us to bring our own item)

1. DERMACYN

Dari mula luka sehingga sekarang, DERMACYN memang digunakan setiap hari ketika cuci luka. Ianya macam air garam la yang berfungsi untuk cuci luka, bersihkan luka gitu. Kami guna ni masa cuci kaki di klinik kerajaan mahupun ketika cuci sendiri di rumah.





2. INTRASITE GEL

Kami guna ni as rawatan pertama untuk tumbuhkan isi. Lepas MIL keluar wad, kami gunakan intrasite dan dermacyn je masa cuci kaki di Klinik Kerajaan. Intrasite ni kami beli di Farmasi. Tapi tak boleh over use it, sebab nanti daging tumbuh berlebihan. Ni kami guna dalam 3-4 bulan kalau tak silap.


3. SOLCOSERYL JELLY

Then nurse klinik kesihatan syorkan kami pakai benda ni. Untuk cantumkan kulit/daging tapi tak boleh la berlebihan kang nanti overgrowth plak daging dan kulit kat luka tu. Kami pakai ni sekejap je lebih kurang 2 minggu macam tu.



4. ACETIC ACID

Ada satu masa tu, nurse di Hospital suruh guna Acetic Acid selama seminggu. Kami mintak sample tapi tak dapat sebab kebetulan dorang takde stok. So dia mintak kami cari di farmasi. Masa kami cari kat pharmacy sekitar rumah takde jumpa. So, masa cuci kami di klinik kerajaan, kami tak bawak acetic acid ni. Mujur masa tu mereka ada acid ni. Ini digunakan as a losyen antiseptic.




5. AQUACEL AG/AQUALCEL FOAM

Aquacel Ag ini digunakan agar bakteria tidak boleh tumbuh pada luka dan kita boleh ganti dressing jadi setiap 2 hari sekali berbanding tiap-tiap hari.
Aquacel Foam  pulak dipakai sebagai lapisan luar, jadi setelah luka ditampal dengan Aquacel Ag kita tutup dengan Aquacel Foam. Biasa luka keluarkan cairan, so ada foam ni elak cairan keluar kena kat luar.

Kami pakai ni sekejap je sekitar 2 minggu (paling lama, or maybe less). Sebab nurse tak syorkan teruskan pakai sebab kaki MIL seeloknya kena setiap hari cuci instead of setiap 2 hari.



FASA CUCI KAKI DI KLINIK SWASTA KAPAR (NOV 2018 - JAN 2020)

Klinik Kapar ni terletak di deretan kedai tepi jalan sebelah Balai Polis Kapar. Patient tak perlu bawak ubat sendiri sebab klinik ni guna semua ubat mereka. So kami tak tahu rupa bentuk ubat tu dan nama ubat tu kami pun tak berapa pasti. Samada MetroGel dan Frale Gel. Itu antara sebutan doktor. So far kat Klinik ni memang nampak perkembangan positif.

Kami tukar dari klinik kerajaan kepada klinik swasta adalah kerana faktor masa untuk dressing. Klinik kerajaan & Klinik 1 Malaysia hanya boleh dressing setiap pagi, sedangkan kami kerja. So selepas 5 bulan ulang alik klinik kerajaan, kami amik keputusan untuk dressing waktu malam lepas balik kerja di Klinik Swasta. 5 bulan setiap hari masuk kerja sekitar 10-10.30am, ko rasa bos tak bising ????

Pada asalnya masa tu, kaki MIL bengkak merah di jari kaki, bila g Klinik Kerajaan dorang suruh g Hospital Shah Alam. Bila ke sana, dorang cuma scan nak bagi ubat je. So, jiran kami syorkan kami g Klinik Swasta ni. So kami pergi dan doktor bagi penerangan selebarnya. Doktor memang syorkan kami ke klinik dia setiap hari, kami siap bincang kos lagi. Doktor bantu sedaya dia. So kami teruskan rawatan kat klinik swasta ni sampai kaki betul-betul nampak OK (90%-95%).
Mula-mula cuci kos sekitar RM 70 sebab ada amik antibiotik, lepas dah reda kos sekitar RM30-20. Last kami pegi kos sekitar RM20 sekali cuci bila luka makin kecik. RM20 berbaloi???
Yea sangat berbaloi sebab tak perlu bawak ubat sendiri. Kalau korang terlibat dengan dressing, korang boleh amik tahu kos bandage dah berapa, kos kapas, kos tape, kos ubat. So RM 20 berbaloi sebab luka cepat sembuh masa rawatan kat klinik ni.

Sekitar NOV 2019, doktor perkenalkan satu mesin yang team lain pernah guna (ada kenalan mereka yang lain pernah guna produk ni dan berkesan). Mesin ni ciptaan student Universiti untuk tujuan  membantu pengaliran darah kat kaki. Kami pakai mesin ni NOV 2019 - FEB 2020 (on kan mesin menghala ke luka selama beberapa jam, pastu cuci luka macam biasa).
Patutnya ada charge di kenakan, tapi oleh kerana doktor nak try kat kami, dia mintak jasa baik team student tu untuk guna FOC untuk kami as trial. Kami pulangkan mesin ni lepas 4 bulan digunakan.




FASA CUCI KAKI SENDIRI DI RUMAH (DEC 2019 - Recent)

1. DR WOUND

Masa ni kaki nampak dah ok, cuma luka di tumit sahaja yang tak tertutup. Tapi isi nampak ok, tiada nanah dan saraf ok. Mula-mula kami just cuci sendiri kat rumah guna dermacyn sahaja. Kemudian barulah kami start guna produk DR WOUND kerana luka hampir 95% sembuh cuma masih tak tertutup (size lebih kurang 20sen). Setahun pun luka sebesar 50sen kat tumit still tak bertutup. Pesakit kencing manis memang kalau dah sembuh pun, still cepat naik luka semula.



Selain tu, item lain (benda-benda basic) yang digunakan untuk sepanjang dressing kaki :

1. GAUZE

Guna untuk cuci luka, cover luka sebelum tutup





2. KAPAS

Guna untuk cuci luka guna dermacyn tu. Dan lap- lap darah, nap kekotoran kat luka.



3. PEMBALUT

Aku beli yang murah je untuk jimatkan kos. Kalau luka besar, aku beli yang besar. Bila luka makin mengecil, aku start beli yang kecil je.





4. TAPE PEMBALUT LUKA

Tape untuk securekan balutan. Kami beli yang saiz sederhana.




Dulu kami masa start jaga kami pun ZERO knowledge, tapi kami keep asking doktor & nurse masa MIL warded, masa dressing di Klinik Kerajaan, mahupun Klinik Swasta. Aku jugak keep asking kawan-kawan/kenalan IG yang kerja nurse/doctor jika ada pertanyaan. Kami jugak ringankan mulut sambil-sambil menunggu turn dressing di mana-mana atau time jumpa di farmasi sekali pun , kami tanya penjaga/patient lain mengenai rawatan dorang dah buat. Sebab kita akan jumpa macam-macam pesakit dan pengalaman dorang.

Baca...
Tanya..
Tanya..
Cari info..
Share rawatan...

Ada apa-apa nak tanya boleh email aku (email ada di page blog ini) atau komen je.

Cabaran menjaga? Ada..
Alhamdulillah.. Suami memang menjaga mak dan bapaknya dengan baik. Aku as isteri hanya membantu. Mandikan FIL, Cuci kaki luka MIL & insulin MIL semua suami buatkan. Aku jadi isteri yang menguruskan aktiviti memasak, basuh pakaian, kemas pakaian, kemas rumah, cari idea untuk menu, remind pasal appointment, bantu tukar cadar setiap hari, sapu mop  dan kemas bilik. Bila suami kekurangan duit, isteri bantu. Bantu beli ubat-ubatan dressing. Dan kita perempuan ni kuat daya ingatan dan fokus, sedangkan lelaki tak. Ubat mak dia pun dia lupa kat mana, so isteri tukang remind, tukang simpan. Saling membantu. InsyaAllah mudah!

Pstt: Since June 2018, baru sekarang nak update, so ada sikit2 info yang maybe tertinggal/tak lengkap/lupa.. Maafkan.. Dulu aku selalu baca blog orang cari info, so aku rasa gambar luka sangat berguna untuk aku refer. Nanti la aku up entry lain tunjukkan progress luka di kaki tu, as reference untuk oranglain jugak kelak.

Ok. Bye
XoXO

9 comments:

ezy.xixii said...

bkn sume org snggup buat sume ni ani..
mu mmg org terpilih..
sabar dan tabah nya mu ni..
aku doakan mu dimurahkan rezeki.. =')

norhidana said...

akak baca sambil rasa hormat betul pada hani, tak semua orang boleh buat... kalau akak pun mesti amik masa nak buat, tapi yelah tanggungjawab kan.. apa pun terima kasih untuk info yang sangat berguna ini

nohas said...

Alhamdulillah, menjaga & berbakti pada ibubapa di saat mereka memerlukan..

semoga dipermudahkan segala urusan..

Syaz Rahim said...

Terharu saya baca post2 awak, awak sangat baik :)

ShirVen said...

alhamdulilah, bukan senang jaga orang tua lelebih lagi at the same time turut bekerja.
semoga sis dan keluarga sentiasa diberkatiNya.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Masyallah..
Jambatan ke Syurga.

OKje said...

Siapa yg mencuci kaki mil ye Han... kalau hakak seram tu...
Tak sanggup nak tengok luka.
Mcm mcm dan banyak pilihan jugak ubat cucinya ye...

dear anies said...

mudah-mudahan apa yg kalian buat ni dibalas dgn ganjaran, pahala dan rezeki yg melimpah ruah. aminnnnn

SalbiahM said...

Entry ni mmg bermanfaat utk org yang menjaga pesakit diabetik. 👍