Showing posts with label SPEK MATA. Show all posts
Showing posts with label SPEK MATA. Show all posts

Spek Raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya, beberapa hari sebelum raya spek aku rosak. Lepas siap mandi, elok aku lap muka dengan tuala pastu tersalah sangka, spek rapuh dan patah tengah dia. Walaupun ada spek spare, both dah tak ok dan ada yg dah patah jugak.

Cukup la dulu pengalaman aku, musim raya spek rosak. Kedai cina pulak tutup lama. Takde spek umpama buta. Dan aku rasa susah betul bila spek takde. Sejak tu memang aku spare kan spek extra satu (yang murah-murah je)

Takde rezeki kedai spek kegemaran Eye Trend kali ni. Aku whatssap Kate (owner), dimaklumkan kedai tutup seminggu. Aku takleh tunggu. So aku urgently buat spek kat kedai lain sebab spek spare yang aku ada pun dah tak ok.

Kedai Spek Factory QQ kat Seksyen 7 jugak. Kat area Jakel tu.
Sini jual frame dan cermin yang murah bagi aku.
Sesuai kalau student/anak2 nak buat spek kat sini.
Sebab bawah RM200 pun dah boleh dapat.



Spek baru.
2 spek lama dah rosak. Frame patah.




Spek aku RM199. Siap dalam masa 30 minit. Sangat berbaloi. Masa tu puasa dan dekat nak raya. Sempat la round2 seksyen 7 tu cuci mata tengok jualan raya dan halwa telinga dengar lagu raya.


Ok. Bye
XoXO

Spek Baru Tahun 2021 di Eye Trend Shah Alam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun 2021 oleh kerana lama sangat PKP, hanya sekarang baru sempat buat cermin mata untuk  Encik Suami ni.
Suami aku ada 1 je spek, sebab yang latest sebelum ni rosak dah.
So tinggal spek lama yang dia pakai sekarang.
So, as pemakai cermin mata tegar, kena la ada 2 spek. 
Kalau satu rosak, boleh pakai yang spare agar tak la kita jadi teraba-raba..

So, sabtu baru-baru ni pergi la buat spek kat kedai favourite kami :

Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Suami pilih frame yang sedikit kelainan dari sebelum ni.










Kali ni semua buat spek yang boleh gelap kalau kena panas.
Kalau cuaca panas, lense akan tukar menjadi gelap.
So, redup la sikit.






Aku pun tak ketinggalan nak cuba beberapa frame. Sebab plannya tahun 2022 nanti aku pulak nak tukar spek. Last tukar spek 2019. Tapi 2020 aku ada buat sunglasses.
Cuba je frame nak tengok keserasian.. Hahaha..
So dah ada la idea next time nak buat frame jenis yang macam mane..

Sape nak datang, boleh datang sini..

Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Jamin puas hati.
Layanan bagus.
Macam kami, memang kami spend lama masa untuk pilih frame.
Bab cermin/kanta, memang kami ikut je yang dorang suggest / kena dengan bajet. hehehe

Kalau pakai pastu ada tak kena macam pening ke, boleh datang semula...
Dorang akan adjustkan.
No problem.

Encik Suami kalau baca ni, ingat pesan ni..
Simpan cermin mata elok2.. 
Agar bini tak bising. Hehehe.

Pssst : Korang yang pakai spek, berapa kerap korang tukar spek baru? 

Ok. Bye
XoXO

Kedai Cermin Mata Best di Shah Alam - Eye Trend Optical Specialist Centre

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada satu kedai cermin mata jadi kedai kegemaran kami kalau nak buat spek, beli contact lens, servis spek mahupun nak dapatkan nasihat berkaitan.


Eye Trend Optical Specialist Centre
Pusat Komersial, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Kami start g sana tahun 2013, masa tu Ms Kate (owner-wife) layan aku dan ajar aku pakai contact lens untuk persiapan majlis wedding kami. Dia alahai sabar betul ajar aku cara masukkan lens, sebab tu kali pertama aku nak try pakai lens. Sebelum ni memang cermin mata je jadi teman aku. Dia ajar pakai lens from masukkan lens, ajar cuci, ajar simpan, ajar penjagaan mata.

Sejak dari tu, memang g kedai dia je tiap tahun buat spek. Especially lepas tahun 2015, bila suami start keje, memang tiap tahu buat spek memang kat kedai dia je. Duk lama-lama memilih frame pun aku rasa tak janggal.

This year 2020, aku buat sunglasses sebab senang nak drive kalau silau. Silau aku 200 ye. Tinggi. Patutla aku rasa bergambar yang menghadap matahari, aku rasa silau teruk, sampai berair mata tahap macam lepas menangis. huhuhu.. Boleh la buat habuan guna time drive, maklumlah rumah aku ni menghadap matahari time pegi dan balik keje. Orang kata "murah rezeki". Hahaha





Kedai dia kat Shah Alam di Pusat Komersial, depan UiTM Shah Alam je. Tapi time aku belajar dulu kedai ni takde lagi kot. Yelaaa.. aku ni level2 remaja purba dah ni haaa.. Aku rasa student UiTM pun mesti biasa ke sini. Aku rasa layanan dari bos dan staff dia bagus. Mesra Pelanggan. Melayan semua kerenah/permintaan kita mengenai spek. Pandai je dia adjust apa yang kita nak. Lebih-lebih lagi, aku jenis cerewet bab frame. Nak frame yang xkembaangkan tudung la, nak frame yang nampak muda la, nak frame yang lawa la, nak yang jenis cat eye la, nak yang petak la...


Eye Trend Optical - 4 tips from 45 visitors
Sources : Internet

Aku memang recommend korang yang sekitar Shah Alam datang kedai ni kalau nak buat spek, beli contact lense, nak survey2 dulu pun buleh. Dia layan je. Sebab layanan dorang yang superb, so aku memang buat spek kat sini je la setiap tahun. 

Ok. Bye




Tiap tahun tukar spek di Eye Trend Shah Alam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejak kerja company baru ni tahun 2015, memang boleh dikatakan setiap tahun aku tukar spek..
Sebab ada peruntukan RM420 untuk Optical.
So, daripada habis macam tu je peruntukan ni, baik aku guna.




Ni cermin mata aku yang baru...
Encik Suami yang pilih..
Aku okey je. janji selesa pakai..
Sebenarnya 2 minggu lepas spek suami patah, so kami ke kedai spek tukarkan frame baru untuk spek suami..
Tak sampai seminggu, frame baru tu terbuka, so kami ke kedai ni semula untuk repair..
Time ni, aku amik keputusan untuk buat spek baru.
Spek sekarang dari tahun 2017 pakai.
Tahun 2018 takde buat spek baru..

Btw ni kedai favourite kami.
Since 2013 kami selesa kat sini.
Contact lens kami pun beli kat sini..
Kenapa favourite?

Sebab..
Orang kedai ni sangat ramah dan sangat membantu!


Spek lama dan spek baru.
Bentuk spek lama tu sama je dari 2003..
Sepeseng je aku pilih.
So tahun ni, pilih yang lain sikit..



Muka suami isteri ni bulat bukan main lagi..
Maklumlah bahagia sokmo..
Makan selera..

Kalau nak pegi ni alamat dia :
Eye Trend Optical Specialist Centre
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor


Ok. Bye
XoXO

Spek Year 2017 (SunGlasses Indah)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Wah... lama tak muncul..
Year 2017 dah lebih sebulan berlalu..

Year 2017 start dengan insiden spek mata suami 2kali berganti baru..
Mula -mula rosak dihempap isteri..
Selang seminggu lepas buat frame baru, rosak pulak dihempap suami...
Akhirnya spek tu tersadai jer..

January 2017 baru gigih ke Kedai Spek Seksyen 7 Shah Alam..
Kedai spek kesukaan kami...
Kedai EyeTrend Shah Alam..
Suami buat spek baru...
Isteri pun nak jugakk..

Kami berdua R.A.B.U.N so, kena la guna sunglasses yang ada power..
So pilih yang boleh FLIP..
Spek hitam boleh FLIP and UNFLIP bila taknak guna..
So, at the same time dapat jugak pakai spek tu untuk harian bila UNFLIP cermin hitam tu..


Kiri yang isteri (frame warna coklat sikit)
Kanan yang suami (black)



Isteri





Oleh kerana dah jadi customer tetap, haruslah bersorak yahooo..
Sebab.. boleh pilih box cemin mata suka hati..
Boleh dapat free gift..

Korang kalau nak cari spek, boleh try ke sini.Memang A+ layanan dia

Pssst : Ini kali pertama beli sunglasses dan jugak kali pertama aku guna spek besar..
Selama 14 tahun pakai spek yang bentuk kecil dan sedikit petak..
Kali ni kena amik spek bentuk besar sebab sunglasses


Belanja sikit..

Notes : sape2 yang jenis cerewet/take time kalau nk pilih frame, meh la datang sini.. Dorang layan je kita pilih frame sampai kita puas hati.
Eye Trend Optical Specialist Centre / Eye Trend Shah Alam
35, Jalan Plumbum Y 7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Ok. Bye

Spek Baru..

Assalamualaikum...


Seronoknya bila orang kedai call suruh amik cinta hati aku ni...
Cepat-cepat aku g kedai tu kat pusat komersial Shah Alam... 

Sebenarnya cinta hati aku tu:

*
*
*
*
SPEK baru


Kisahnya pagi semalam aku bangun pagi nak masuk bilik la..(tido kat ruang tamu)
Tiba-tiba aku terpijak spek yang aku letak tepi tilam..
Mau tak belok spek aku..
Aku kan sehat bodi nya..prappppp terpijak..
Terus gila sekejap lepas tengok spek...

Aku beli spek baru harga RM180 je.. 
Waaww..teruja dengan SPEK RAYA ni.. hahaha...




Sebelah kiri pakai spek baru..
Sebelah kanan pakai spek lama.. 
Tak banyak beza pun design..
Yang penting kecik..dan comel..

Dari lepas SPM. memang fesyen aku spek kecik je..


psst: Taktau la esok opismate sedar tak i pakai  cermin mata baru..

Ok.Bai