Assalamualaikum...
Ni merupakan tahun pertama aku buat kuih raya (selain corn flakes).
Sebelum ni pernah buat corn flakes madu masa kat kampong dengan bantuan adik2.
Tapi kali ni kena buat sendiri, dan dibantu oleh suami serba sedikit.
So, semalam ahad yang indah seawal jam 7pagi aku dah start masuk dapur pagi tu.
Aku start buat kuih cornflakes madu yang super duper senang bangat.
Duduk sorang2 secara comel sorang kat sini untuk buat kuih raya..
Suami time ni kat laman tengah pindahkan anak pokok ke dalam pasu besar.
Aku buat sekotak dulu.
Pastu lepas siap, buat sekotak lagi.
Aku tak buat sekaligus 2 kotak sebab nanti cornflakes madu keras tanpa sempat masukkan dalam acuan kertas...
Proses memasukkan cornflakes dalam bekas.
Oleh kerana buat sorang2, semua aku dah siapkan awal2.
Bekas kuih aku dah buka siap2 satu persatu.
tinggal masukkan cornlakes je.
Tak nak kelam kabut.
Buat sambil terliur.
kalau buat malam dah boleh makan sekali.. huhuhu
Bau butter dan madu sumpah sedap giler..
Susun secara comel sebelum dibakar
Lepas dibakar.
Oleh kerana aku ada oven, aku bakar la sikit cornflakes ni untuk bagi rangup
Assistantku
Aku guna bekas mana yang ada jer untuk simpan corn flakes ni..
yummmmy
Siap buat cornflakes madu, aku try la nak buat semperit. Ni first time aku buat sendiri. Dulu aku pernah buat kuih ni kat rumah jiran.
Tolong2 jer. dah lama, tahun 2000 dulu zaman anak dara tang tang tang. huhuhu..dah lama benor dah.
Aku pergi beli bekas ni..
Bajetnya macam boleh isi banyak2..
Rupanyaaaaaaaaaaa.....
Huwarghhhhhhhhhhhhhhh..
Tekanan betul aku guna benda alah ni.
Suami pun tekanan guna benda alah ni.
Benda ni memerlukan kudrat kuat untuk tolak isi dalam.
Aku tak larat, suami buatkan pun give up.
Kuih jadi tak cantik sebab masa tekan benda ni tangan ketar2 sebab tolak kuat sangat omboh penekan acuan ni.
Menyesal beli yang ni.
Dah la mahal
Sumber : Google
Patutnya beli yang murah macam ni.
Baru RM2.50.
Tapi semalam sempat siapkan kuih semperit jugak la walaupun guna acuan yang hazabbbbb tu.
Suami yang tolong tekankan acuan..
Sakit-sakit tangan dia.
Malam tadi, lepas berbuka makan kuih semperit ok je rasa dia.
Memang betul2 cair di mulut.
Walaupun rupanya akan kesiannnnn..
Semalam aku gunakan kacang jer sebagai hiasan tengah kuih semperit.
Aku takde ceri ataupun manik gula.
Hasil semalam. Buat kuih dari pagi sampai malam
Tenkiu kat encik suami sebab tolong siapkan bakar semperit semalam.
Aku dah terbungkang tidur depan TV pukul 1petang lebih sebab penat berperang dengan acuan semperit tu. haissshhhh..bencik bila ingat balik.
Adunan semperit agak kering sebab aku tak tahu pulak kena tutup dengan kain lembap nak elakkan adunan kering.
Al maklumlah...resepi amik kat gooGle dan main redah je buat sendiri.
Suami cakap, ok la... percubaan pertama.
Next week ada lagi 2 kuih nak buat.
Famous Amos Chocolate Cookies dan Lidah Kucing. Ntah menjadi ke tidak xtahu la. redha dan berjuang le ye..
Semalam lepas solat zohor, gigih pulak adun bahan untuk meroti. Try buat roti sarang lebah. So far menjadi gak walaupun tak guna tepung roti. Aku guna gandum je.
Gebu jugak dan Sedap.
Cuma tak bape garing atas dia.
Aku takut nak bakar lama sebab takut keras..
Semalam masak awal untuk buka puasa. Kalau hari kerja 6.30pm baru masak. semalam pukul 5.00 dah masak. Pukul 6.30pm dah rehat depan tv. Suami tolong bakar ayam dan tengok tengokkan ayam dalam oven.
Semalam memang betul-betul penat.. kesiannnn.. Penangan kuih raya.. Patut la mak aku lagi rela beli biskut raya dari buat sendiri.. Mana dia nak perang dengan anak-anak, mana nak belai kuih raya..
Selamat berbuka semalam dengan sup sawi, kerang sos pedas, ayam panggang rosemary, air white fungus longan dan roti sarang lebah.
Semalam weekend pertama di rumah sendiri.
Last week kan balik kampong.
Ok. Bye