nuffnang

JANA DUIT

THROWBACK - 2014 (Wahhh..Campak Belakang 2014)

Assalamualaikum...
Hai semua kawang-kawang...

Tahun 2014 dah hampir berlabuh.. Banyak suka duka aku suami isteri untuk tahun ni..
Banyak adegan air mata mahupun adegan senyuman hingga ke telinga.
Semoga campak belakang (throw back,..hehehe) ni jadi ingatan dan kenang-kenangan untuk perjalanan tahun 2014!


Perjalanan tahun ini:

JANUARY 2014
Mulakan tahun baru dengan keriangan sebab nak beli rumah. Nak view rumah.Walaupun kemudiannya kecundang terduduk meratap di belakang peti ais..hehehe
[Entry Sebenar ]
Banyak entry pasal susunatur start di kongsi di blog tersayang intan payung ni..
Antaranya
[Entry Sebenar]
[Entry Sebenar]
First time makan sushi. Percayalah..aku seorang yang jakun. Sebab sebelum ni geli nk telan nak membayangkan semua tu mentah.huhuk..kesian si jemah ni..kuikuikuii
[Entry Sebenar]


FEBRUARY 2014
Eh..korang,,
Urmm..First Ulang Tahun kami bulan ni tau..
hehehe
[Entry Sebenar]
[Entry Sebenar]


MARCH 2014
Entry Air Mata. Sebab terpaksa lupakan rumah yang nak beli tu.
[Entry Sebenar]
Sebenarnya tu merupakan permulaan untuk kami cari rumah yang lain..chaiyokkk!
Alhamdulillah..since 2013 kami dah ada kesedaran untuk beli rumah sendiri instead of menyewa jer kan..

APRIL 2014.
Start viewing rumah lain. Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk kami..
[Entry Sebenar]

MAY 2014
Uruskan KWSP untuk pembayaran wang pendahuluan rumah baru.
[Entry Sebenar]

JUN 2014
Pindah dari rumah sewa.
[Entry Sebenar]
[Entry Sebenar]
Masuk rumah baru.
[Entry Sebenar]
Kenangan yang tak dapat lupa bila dah berjaya pindah ke rumah sendiri.

JULY 2014.
Terasa beban sebab banyak duit diperlukan untuk rumah.
[Entry Sebenar]
Gigih cari duit...

AUGUST 2014
First time buat rumah terbuka dan berhari raya di rumah baru
[Entry Sebenar]


SEPTEMBER 2014
Start seronok dan hari-hari mahu cerita pasal rumah. Melampau tahap gaban kan..malu....
[Entry Sebenar]
[Entry Sebenar]
Sambut birthday di rumah baru.

OCTOBER 2014
Kena percaya pada kebolehan suami tukar frame pintu
[Entry Sebenar]
Sebelum ni asyik tak yakin dengan suami kalau bab kerja tukang ni.hehehe.sorry ye MR.Hubby

NOVEMBER 2014
Alhamdulillah. Dapat pengganti untuk laptop yang hilang tahun 2012 dulu. Beli lenovo tab 10 inci.
[Entry Sebenar]


DECEMBER 2014
Alhamdulillah dengan pencapaian adik-adik. Kejayaan dorang mak sangat seronok..
[Entry Sebenar]
Aku Start diet atkin.. Katanya..huhu.. Low carbohidrat and less sugar. Bertahan la jugak walaupun on off..
[Entry Sebenar]

Tahun ni yang paling gembirakan aku ialah dapat memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun.
Tu adalah salah satu target aku.

Semoga POLITIK negara jugak menjadi LOGIKKKK..Sebab banyak sangat yang TAK LOGIKKKKK.

Semoga tahun depan lagi banyak berita yang indah indah belaka

Ok, bye

DIY : Harga barang barang untuk DIY bunga telur

Assalamualaikum...


Share kat sini, maybe boleh jadi rujukan orang yang nak DIY bunga telur sendiri untuk majlis korang.
Aku nak DIY bunga telur untuk adik kepada kawan aku nak kawen insyaAllah bulan May nanti..

Aku beli semua barang ni kat Sayangku Perkahwinan kat area Rantau Panjang, Klang.
Kebetulan ke sana time tu, terus la beli:


1. SARUNG TELUR READY MAKE
RM 9.80/100pcs

2. LIDI TELUR/ LIDI SATE
RM 3.20 / 100 pcs

3. Riben 1/2 Inci (DARK PURPLE)
RM1.80/pcs
Pengcahayaan nampak macam warna dark blue pulak


4. Riben 1/2 Inci (LIGHT BLUE)
RM1.80/pcs

Kalau yang corak polkadot sudah RM3.20, tak mampu den.. hehehe

5. Riben 1/4 Inci (GOLD)
RM0.90/pcs

6. Riben 1/4 Inci (PINK ALA MAGENTA)
Pengchayaan nampak macam purple
RM0.90/pcs

7. DAWAI BUNGA
RM1.00/pcs
Size 28 sangat sesuai untuk bunga telur sebab lembut.
Lagi besar size lagi lembut

8. FLOWER TAPE / TAPE LILIT BUNGA
RM1.20/pcs


Senarai harga barang
Alhamdulillah.ada diskaun sikit masa beli kedai tu.


Untuk Kertas Tisu ni je yang aku beli di NSK Meru
RM1.40 /100 grams
Dalam tu ada lebih kurang dekat 100 helai jugak (aku kira ala kadar je hari tu)
Kalau yang 50 grams harga RM1.00
Kertas ni tebal berbanding tisu biasa
Ni ala-ala tisu burger
Tapi color yang available hanyalah YELLOW and PINK.(Redha..issskk)


Alhamdulillah.
Walaupun murah tapi still gebu menjadinya

Kalau ada bajet lebih boleh beli crepe paper yang sememangnya untuk buat bunga macam ni..
Tapi harga opkos lagi mahal dari tisu la..

The hasil
BUNGA TELUR theme PURPLE GOLD

Pengcahayaan malam nampak macam BLUE and GOLD
dah tukar 3 phone still sama
Tak gigih nak amik siang hari pulak. asyik lupa jer.
hahaha

Simpan semua dalam bekas setempat.
Senang nak buat kerja nanti.


Ada banyak lagi item kat wedsite Sayangku. Klik Sini kalau gigih.
Yang aku pergi Cawangan :

KLANG - No 31, 1st Floor, 31 MA, Jalan Sungai Nibong 14A/KU4.3, 1/2 Mile Jalan Kapar, Rantau Panjang, 42100 Liang, Selangor
Tel: 03 - 3291 7818
(Sebelah MyMydin)


Psst : Bunga telur purple gold untuk adik kawan aku. Yang pink blue untuk adik aku yang ntah bila nak kawennya. Saja buat dulu, nanti nak kawen, senang. Anggap je, aku sponsor bunga telur. hehe.. cuci tangan terus.. pang!


Ok. Bye
XoXO

Progress Treatment PCOS : Entry 1 (Check Tiub Fallapio, HSG, etc)

Assalamualaikum...
Haiii semua.. Sihak dok??



Baru ada keberanian nak share treatment aku kat sini.
So far ni je treatment aku amik.
Tak pergi jauh lagi. Huhukk..baru selangkah dua jer..

Aku start pergi jumpa doktor lebih kurang 5 bulan lepas kahwin... Means tahun lepas la..
Pergi ke klinik di Selayang. Jumpa doktor Suhaimi. Dia pakar sakit puan di Columbia Asia.
Tapi part time di klinik Selayang tu.

Bila ceritakan masalah semua, dia mintak aku pergi Columbia Asia untuk tindakan lanjut.
Lagipun barang kat sana lagi moden. Ni antara prosedur yang aku buat..

1. Test Darah untuk tahu keseimbangan hormon
Aku buat test ni di klinik Selayang tu je. Seminggu pastu dapat result.
Result dia : Hormon aku tak balance. Dan peratusan hormon tak stabil tu sangat tinggi. Tu satu faktor aku payah nak hamil dan period tak tetap. Memang ketara hormon aku tak balance.
Kos : Dalam RM100. 

2. Ujian HSG 
Ujian ni nak tentukan sama ada tiub fallapio. Ujian ni aku buat kat Columbia Asia Setapak.
Kos : Dalam RM400. Mahal sebab aku ada suntikan tambahan sebab ada asma.



Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.

Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
spekulum / Mulut Itik 


Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Ni pap smear. Proses macam lebih kurang, masukkan spekulum nya.

Klik sini untuk baca details of HSG : http://drprima.com/kandungan/histerosalpingografi-hsg-pemeriksaan-untuk-deteksi-kelainan-rahim-dan-saluran-telur.html

Pengalaman aku :
  • Masa masukkan mulut itik tu aku tak rasa sakit pun sebab dia guna pelincir.
  • Bila dia buka mulut itik sebab nak buka laluan pintu cervis kita aku rasa sakit sikit. masih boleh tahan. 
  • Bila dia masukkan cecair tu, aku rasa sakit sangat-sangat.. tak tipu.
  • Tapi sakit tu cuma beberapa saat. Aku menjerit time tu. Plus menangis.. heheheee
  • Lepas tu sakit dah hilang. Sekelip mata aku tak rasa sakit dah, aku boleh bangun jalan2 terus.
  • Tapi oleh kerana tu hospital swasta, haruslah buat manja mintak nak duduk kerusi roda. hehehe..harus lah feeling ...

Lepas siap HSG, aku ke bilik doktor. Doktor baca result yang tiub fillopio aku ok dan tak tersekat.
Kemudian dia scan rahim pulak.
Masa ni baru detect yang aku PCOS.

Sources : Google jer!


3. Ujian  Untuk suami.
Semua OK.
Kos : Dalam RM120. 

4. CLOMID

Doktor bagi aku pil Clomid 50 g. untuk makan setiap kali period hari ke 2 - ke 6.
Satu pagi satu malam.Ubat ni untuk matangkan telur aku.



Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.

Sumber : Aku copy kat Google jer. Mintak Halal ye.
Transvaginal Scanning (TVS)


Lepas period hari ke 12, aku g Columbia lagi untuk scan telur (TVS) . Masa ni boleh tahu size telur.
Kalau size 16-18 dah ok.
Masa tu doktor bagi suntikan kat perut untuk pecahkan telur dalam masa 36 jam.
Lepas 36 jam, doktor cakap boleh bersama suami. Telur akan hidup selama 48 jam sahaja..

Aku buat 2 kali ujian ni. Belum rezeki aku. Yang first telur aku satu besar, satu kecil sikit.
Kali kedua buat, dua-dua telur aku besar. Doktor siap cakap, kalau nasib baik dapat kembar.
Tapi sayang, belum rezeki aku. Mungkin aturan Allah untuk kami lebih indah lepas ni.

Doktor mintak sangat aku jangan stress stress.. Tak elok untuk orang yang try untuk hamil.

Setakat ni sahaja rawatan aku setakat ni, tindakan aku sekarang nak jaga makan, continue acid folic dan doa banyak-banyak.

Masa mula-mula memang rasa stress lepas treatment tapi failed untuk hamil..
Tapi lepas tu, aku okey je.. Tak pikir sangat..
Kalau berjaya ok la, kalau failed aku g enjoy makan, tengok wayang, jimba..


Ok. Bye

Rumah Sekarang VS Rumah Tak Jadi Beli

Hai...
Helloo...
Eh.. Assalamualaikum...


Banyak aku share pasal DIY untuk rumah, deko rumah, tapi lupa nak share ni:


RUMAH SEKARANG :

Kalau korang ikuti blog aku (lagak macam korang kisah pasal blog aku kan..hehehe), korang akan tahu pasal perjalanan sebelum aku mampu beli rumah yang kami tinggal sekarang ni.
Boleh Klik Sini http://puapoo.blogspot.com/2014/07/rumah-kesayangan-perjalanan-pahit.html

Suami jumpa rumah ni dalam mudah.com.
Tarikh iklan tu dah lama, suami try call. Rupanya rumah tu masih available sebab pembeli sebelum ni nak beli tapi loan tak lepas sebab pembeli tu dah banyak asset dan loan tak approved lagi.
So, ada rezeki kami nak masuk line q untuk rumah tu.

Rumah tu besar jugak 22' X 60'. 
Alhamdulillah.. Banyak yang sudah renovate untuk rumah ni.

Apa yang menarik pasal rumah ni:
1. Ruang tamu agak besar dan memanjang. boleh letak sofa dan meja makan as a dining area.
2. Porch berbumbung dan siap tiles.
3. Ada beranda depan rumah untuk makan petang-petang.boleh jadikan port kawan-kawan yang datang.
4. Ruang tamu dah siap plaster ceiling dan kipas satu. Plug untuk air cond pun ada.
5. Sliding door besar.
6. Bilik tidur 3 bijik. Semuanya saiz sederhana muat-muat set perabot jer.
7. Bilik air separate dengan toilet.
8. Dapur luas. Siap ada kabinet sikit (lama) dan sink sudah upgrade kepada 2 basin instead of 1 basin before. Siap ada kipas. muat untuk letak meja makan.
9. Bilik tidur semua ada ruang udara. Bilik kedua ada ruang angin walaupun takde tingkap, dan ceiling tinggi.
10. Semua pintu ada grill siap.
11. Owner melayu (Jiran India tapi suka tegur menegur)
12. Pagar dah lawa. kalau nak cat balik pun boleh.

Apa yang kurang untuk rumah ni:
1. Belakang depan ada rumah orang. Parking agak limited.
2. Takde tanah untuk menanam. boleh tanam dalam pasu dan ruang luar pagar sikit.
3. Bilik air hanya kat dapur. bilik tidur utama takde bathroom.
4. Bilik mandi standard rumah teres la agak sempit.
5. Dapur dekat dengan orang belakang, nak berseksi bagai segan la.huhu..bajet macam goreng ayam sambil berkembang.

Urusan rumah ini pun senang. Owner ok,
Agent ni pun naik, on time, tepati janji dan sangat membantu walaupun dia seorang cina.


View kawasan kejiranan.
Rumah aku tak ramai kereta yang lalu sebab bukan laluan utama.
Penghujung kawasan ni dah jalan mati.
Masih hijau suasana di sini.
Ada sawit


View depan rumah

Balkoni.
Tapi kalau hujan habis tempias.
Nak deko pun tak tahu macamana
Jika jiran sebelah pasang owning, ok la..
Hai jirannnnn..(ada motif)


Ruang tamu

Ceiling ruang tamu

Bilik air dan tandas. Separately.
Masa masuk rumah dulu

Dapur



RUMAH YANG TAK JADI BELI :

NI first time aku update gambar rumah yang kami tak jadi nak beli dulu. Ni rumah first yang kami view masa decide nak beli rumah. Bukan main cantek lagi dalam iklan, tapi kenyataannya hareeeeeeeeeeemmm.

Kisah rumah yang tak jadi dibeli ada di sini: Entry ni : http://puapoo.blogspot.com/2014/01/apa-yang-aku-buat-1-januari-tahun-lepas.html
Entry Air Mata : http://puapoo.blogspot.com/2014/03/home-melepaskannya-terpaksa-ku-pasti.html

Ramai yang kami pelik kenapa kami nak beli: Masa tu kan ingat nak cari duit untuk repair sikit2.
Tapi nasib baik tak jadi beli rumah ni. Time tu memang tak mampu, tu yang cari rumah murah.



Rumah Terbiar di area Sungai Buluh
880 sqft
Owner : Singh


Bilik atas.
Nampak tak ruang luar tu?
Belakang tu semua rumah terbiar.

View dari pintu masuk
Belakang tu ada ruang lagi kalau nak besarkan kebelakang
ruang bawah hanya besar ni plus ada ruang bilik air tepi tu sikit.
kecik sahaja

Bilik air dan tandas yang horror


Ruang tangga nak ke tingkat atas
Tangga pun takde kena curi


Ruang depan.
Tu pintu masuk dan tingkap.
Pagar takde sebab rumah kos rendah

Ruang bilik no 2.
Bilik semua kecik2 jer

Terkejut tak??? 
Mesti korang pun pelik kan kenapa kami nak beli rumah ni dulu.
Owner nak jual sekitar 65K. Dekat sikit nak ke tempat kerja berbanding rumah sekarang..
Tapi kalau nak tinggal, banyak duit kena ada untuk renovate. 
Masa tu kami suami isteri decide nak repair mana yang penting jer.. Janji boleh duduk.

Rumah sekarang dalam 150K jer. Dah lengkap tak payah nak reno lagi.
Jauh sangat dari opis.. Redha, sekarang tengah mencari kerja yang dekat dengan rumah.


Pssst : Kadang-kadang apa saja kesukaran yang kita tempuhi, adalah kerana kita terpaksa..
Sesetengah pandangan orang lain adalah berbeza kerana kemampuan mereka juga berbeza..

Aku doakan kalian pun dipermudahkan segala urusannya.

Ok. Bye

Berbelanja RM42 di kedai RM2 Sungai Besar

Assalamualaikum..
Sihak belaka ke??


Bila balik Perak (rumah mertua), aku mesti ajak suami singgah ke kedai RM2 di Sungai Besar,Selangor.
Tak silap aku nama kedai tu OKN RM2.
Jom tengok hasil menyelam aku kat kedai tu


Tada...
Hasil RM42.



Beli botol besar yang putih tu untuk mayonis, kicap dan sos cili.
Sebab sekarang kami start guna sos cili dan mayonis saiz besar/refill pack. 
So senang nak isi...

3 botol kecil merah tu suami nak satu untuk letak minyak rantai motor dia.
So ada extra dua bijik lagi buat letak sos keropok...


Entry ni ada cite yang aku pernah beli bekas ni kat kedai yang sama...
Bekas ni biasa aku letak lauk basah macam ikan, daging, ayam.

Aku tambah lagi koleksi bekas ni.
Sebab nak letak sayur dalam peti senang.
Boleh letak jugak buah potong.

Selain tu biasanya aku guna jugak bekas ni untuk organise barang dalam bilik..
Contohnya ; letak barangan menjahit


Okey.. Ni plak permintaan suami.
Hasil dari rengekan suami nak benda ni.
Pengapit untuk angkat benda panas.

Suami nak angkat piring panas masa stim kat pengukus 




OK. Bye

Rumah Kesayangan : DIY dinding kreatif (Border Frame)

Assalamualaikum...


Bila masuk rumah, dinding semua suci tak ternoda.  Putih bersih tanpa sebarang hiasan..
So, kami decide nak serikan lagi ruang dinding tu.

Ni dinding ruang tamu.
Kerusi tetamu menghadap ruang ni
Nampak kosong je kan?
Yang ada hanyalah dua ketul switch dan DB board tu tersadai kat situ.



Ni frame pintu yang akan digunakan.
Sebelum di cat


Hi si tukang..
Tempat kerja a.k.a tempat kumpul sampah...
Harap cepat siap semua DIY yang suami rancang.
Cepat sikit clear balkoni ni


Ni kira-kira yang suami buat untuk ukuran frame


Start dengan gosok frame guna kertas pasir dulu


Cat frame

Selepas dikeringkan satu hari.

Kami guna lebihan cat masa cat pintu frame pintu dulu


Start lekatkan frame.

Kami guna Max-bond / X- bond untuk lekatkannya

Sources : Google

Frame besar untuk atas




The H.A.S.I.L
Nampak la berseri sikit DB board and papan suis tu
Ruang atas yang kotak besar tu suami ingat nak letak jam.
Yang bawah nak letak cermin / bedhead board.
Tapi tu cuma plan la.
Tak confirm lagi.


View ruang LIVING area

Cermin ni ada kawan office bagi.
Berat giler babassss.
Tapi ada la comot-comot sikit yang nak bersihkann/touch up.
Tak boleh nak pasang center kat dinding sebab ada plug.

Psst : Niat utama nak deco ni sebab taknak nampak DB board dan papan suis macam mati/terbiar je kat situ.


Ok. Bye