nuffnang

JANA DUIT

Misteri Rantai Emassss

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tajuk mengundang kan?
Nampak misteri kan?
Takut tak??

Kesahnya hujung2 tahun macam ni, ramai la adik beradik aku yang balik kampung di Tganu.
Aku tak balik sebab banyak cuti habis untuk rawatan TTC aku ni.
Di kampung, adik ipar aku Si Halim ni jumpa rantai emas dalam bilik.
So semua pakat tanya la rantai sape dalam group family.

Tapi semua kata bukan mereka punya.
Sampaikan pukul 11 malam pun, mak aku masih call aku tanya rantai aku ke yang hilang ni..


Mula2 aku ingatkan orang tanya botol susu anak sape tertinggal kat kampung.
Eh, rupanya nak tanya pasal rantai emas ni.




Misteri sampai sekarang.
Masing2 kata bukan dorang punya.
Bukan yang anak2 kecik dorang punya.
Mak aku siap tanya tetamu yang pernah datang tido kat bilik tu. hahaha..

So, kekal la misteri sampai jumpa sape pemilik sebenarnya..



Ok.Bye
XoXO

Besday suami terlewat bersiaran

Assalamualaikum... Hai Semua...



Tahun ni besday suami bulan 11 tapi aku sambut pada bulan 12.
Lambat sebulan.
Biasanya sambut pada hari yang sama, mahupun weekend selepas besday.
Oleh kerana besday dia pada bulan 11 masa aku tengah sibuk dengan rawatan TTC, so selepas selesai semua baru aku sempat ajak suami beli kek.

Nak jugak buat2 makan kek depan TV, janji ada moment tu.
Tengah2 lepak kat rumah masa tu, lepas magrib ajak suami gi Setia City Mall.
Plannya nak makan di Secret Recipe aje. Senang, kek pun ada situ.
Ataupun kalau taknak makan berat. just nak makan shaved ice di myKory aje.

Otw ke sana, ubah plan nak beli kek aje dan balik makan di rumah.
Jam 8 malam, so baik tapau kek dan makan kat rumah aje.

Boleh la sendu2 sambut besday berdua depan TV.
Hahaha.. Malukan MIL aje kalau dia tengok "amenda la budak 2ekor syok sendiri hidang2 kek sendiri, makan sendiri, kemas sendiri, amik gambar sendiri, hahaha"


Kek favourite suami
Pandan Cheese Leleh

Gigih beli aiskrim dan jeli kelapa sekali







Selamat Ulang Tahun Encik Matt
Semoga Allah memberkati.
Ucapan lain di kad ucapan yang kalau baca dia nanges untuk 9 tahun susah senang bersama.
Hihihik


Ok. Bye
XoXo

2022 Re-cap

Assalamualaikum... Hai Semua...


Wah.. Tak perasan dah hujung tahun.
Tengok post orang pasal penghujung 2022 baru teringat nak buat post jugak pasal perjalanan 2022 ni.

Tahun 2022 ni start tahun aku kena tolak gaji penangan post PKP yang banyak projek takde.
Company pun dah mengecil.
Ramai teammate yang kena buang kerja, tapi aku masih terselamat.
Sedih wei sebab 7tahun dengan dorang.
Dorang semua ok dan baik2 saja walaupun berlainan agama.

Suami tahun 2022 ni start kerja dengan company baru walaupun hanya as kontrak staff.


January 2022 dimulai dengan kami akhirnya ada wang sedikit (KWSP, hehehe) untuk buat kabinet dapur. Alhamdulillah. Pencapaian duduk rumah ni dah 8tahun baru boleh buat kabinet dapur. 

February 2022 menyambut anniversary ke-9 tahun ni. Semoga Allah memberkati kami suami isteri.

March 2022 menghadiri majlis konvoskesyen adik. Walaupun hanya aku balik Tganu sorang, takpe. Janji boleh sedikit sebanyak mengembirakan adik aku yang tengah konvo. Mak aku boleh masuk dewan. ayah pulak kat rumah saja sebab keuzuran.

April 2022 kita semua berpuasa. Tradisi sama, makan berbuka hanya di rumah bersama MIL. Bersyukur. Bulan ni jugak suami berjaya habiskan bayaran balik PTPTN. Sepatutnya habis masa tahun 2025. Tapi kami habiskan awal guna akaun 2 KWSP.

Mei 2022 Beraya di Terengganu kelam kabut bila tiba2 pengumuman raya. Kelam kabut adik beradik aku kemas rumah dan siapkan juadah. Mak la paling kuat. Entah mana dapat kudrat dan power tu. Ni kot yang paling dikenang tahun 2022 ni. Pastu dugaan ayah masuk wad sebab lelah di hari raya ke 4.

Jun 2022 Merasa la suami bawak g mandi sungai di Kalumpang, Hulu Selangor. Weekend kami memang di rumah aje dengan MIL. Jarang2 bermalam di luar, bercuti, mahupun makan angin jauh2. Biasanya weekend kami g Pasar malam aje.kesian kn? hahaha. Tu yang dapat g mandi sungai pagi, petang balik pun aku dah seronok. Hehehe.

July - Raya haji di rumah sendiri aje tahun ni. Takde balik ke Tganu kampung aku.
Ayah warded ward lagi. Kali ni teruk & semua adik beradik balik kampung. Alhamdulillah ayah OK semula. Bulan July, mula nak start bergilir take part jaga MIL. MIL dijaga oleh kakak suami. Start jaga MIL masa ayah aku warded, suami aku nak ikut balik Tganu.

Ogos 2022 MIL masih dijaga adik beradik suami yang lain. So, aku berpeluang balik Tganu sebab nak bawak adik aku ke Melaka sebab dia dapat kerja di sana.  Bulan ni jugak kereta aku yang 10 tahun tu bertukar warna. Alhamdulillah. Lepas merdeka, MIL dihantar semula ke rumah kami. Dan kami sambung jaga semula sampai hujung tahun.

Sept 2022 besday aku yang sambut simple2 aje berdua dengan suami. Berprojek DIY dengan suami nak siapkan sarung sofa. Menjadi jugak ye. Ke Pahang kenduri di rumah Paman suami.  First time join Giveaway di IG, dan menang hadiah. hehehe..

Oct 2022 bawak sepupu suami ke rumah kami seminggu untuk temankan mak. Pastu attend kenduri anak sedara suami. 

Nov & Dec 2022 Kami start semula rawatan untuk try mengandung (TTC). 

Semoga 2023 lebih indah dan dipermudahkan especially dalam urusan mendapatkan anak. Aminnnn.


Ok. Bye
XoXO

Balik mengundi di Perak & singgah tengok rumah MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...



Last balik kampung MIL pada April 2021 masa anak sedara sanding.
Ni kami singgah tengok rumah MIL masa balik mengundi di Perak bulan lepas.
Sempat la aku videokan keadaan rumah.
Rumah kalau takde orang duduk, memang cepat usang.
Aku pernah dengar orang kata "Rumah yang takde napas manusia kat dalam cepat nampak usang"
Huhuhuhu~

Rumah ni memang kami tinggal terus since June 2018 sejak MIL dan arwah FIL start uzur.
Takde balik lagi sini mahupun masa raya.
Sebab adik beradik suami macam dah takde berkumpul. Masing2 ada rumah masing2 di KL sana nun.
So, memang rumah terbiar aje.

Di kampung ni memang banyak rumah kosong terbiar.
Anak2 duk KL.
So, rumah mak ayah di kampung kosong.

Rumah MIL plak memang tak berapa molek.
Banyak retaknya.
Banyak lubangnya.
Banyak buruknya.
So, kalau nak stay kat rumah tu, memang bagi aku perlukan modal kasar jugak untuk repair dan naiktaraf itu ini nak bagi selesa kat penghuni.

Gambar yang aku snap from video.

Ada pokok rambutan berbunga masa kami pergi.



Tanah lapang dulunya kami kenduri kawen kat sini


Kolam keli yang takde keli sejak aku kawen.



Sini banyak pokok kelapa.
Habuan buat minum petang.


Bilik air luar, orang pandang bila tandas dalam rumah dah penuh


Dulu banyak pasu2 MIL tanam pokok sini
Dulu kat beranda selalu kami melepak sebab dalam panas.
Lebih2 lagi bulan puasa.


Nampak dari jauh pun memang rumah azab sangat.
Rumput kuning semua..
Pastu masa pergi tu musim hujan, so air bertakung di belakang rumah.
Dulu 2014 pernah banjir.


Kami sempat singgah di beberapa rumah jiran.
Bersembang depan pintu aje.
Kalau masuk, nanti melarat sembangnya.
Nak singgah banyak tempat, jumpakan MIL dengan kawan-kawan dia.
Ada yang duduk rumah anak sebab uzur.
Ada yang buat umrah.
Ada jugak yang tak de kat rumah sebab pergi mengundi masa tu.
Mana yang ada kat kampung aje, sempat kami singgah.
Ada aje buah tangan dari kampung. Segala benda di pokok semua hendak dipetiknya nak bagi kami bawak balik Meru.




MIL memang duk nanti2 nak balik mengundi.
Bukan sebab nk tukar kerajaan.
Tapi sebab nak jumpa kawan2 kat kampung.
Alhamdulillah otw balik Perak tak jem sebab awal pagi.
Nahhhhh.. sekali masa otw balik Meru, jemmmmmm rapat wei..
Nasib baik MIL siap2 pakai pampers dalam kereta. Bilik air penuh semua.



Ok. Bye
XoXO

Luka dan rawatan tahun ke -4 luka


Assalamualaikum... Hai Semua...



Lama tak update progress luka kencing manis MIL aku. Last share pada bulan Jan 2022 lepas.

Aku still update kat blog as progress untuk kami suami isteri refer semula & sebagai reference untuk orang lain jugak.
Oh ye. Aku still terima whatssap dari orang yang datang blog aku refer berkaitan luka kencing manis.

Berapa tahun dah luka kencing manis MIL aku?
Jawapan nya :4tahun 4bulan (Since Jun 2018)


Bulan July 2022
(Oh ye, start bulan 7 ingat nk bergilir jaga MIL sebulan sorang, sbb tu bln 7&8 MIL duduk dgn adik beradik lain, tapi tak semua take part and end up MIL ke rumah kami semula.. Hehe..)
Kakak kepada suami (kakak ipar) jaga sebulan. So, menjadi kelaziman sapa2 yang menjaga kena bawak ke klinik cuci kaki kalau taknak cuci kat rumah. Kalau ada inisiatif nak cuba di klinik pakar, di alu-alukan.
So, kak ipar bawak ke klinik perubatan yang dia pernah bawak bapa mentua dia dulu.
Di Perak, mak dibawak ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak.
Memang klinik legend la. Banyak orang kenal klinik ni, especially untuk sakit kulit & dressing luka kencing manis. Kat sini, doktor koyakkan balik luka tu (i means torehkan semula luka tu, untuk bagi berdarah dan generate semula kulit baru sebab katakan kulit lama mati dan taknak tumbuh baru.
Doktor sana cadangkan teruskan rawatan kat sana, tapi giliran kakak ipar jaga sebulan dah habis. So kembali ke Klinik Puchong semula. 

Bulan Ogos 2022- kembali ke Klinik Walia semula
Abang ipar lain pulak jaga sebulan lagi di PJ (jaga bulan Ogos - ni kali pertama abang yang ni amik part jaga sebulan), so rawatan kembali semula ke Klinik Puchong seminggu sekali melainkan kalau ada nanah kena pergi 2hari sekali.

Bulan Sept & seterusnya :
Kami jaga semula MIL. So, Kami akan continue ke Klinik Walia Puchong semula.
Pasal luka ni, sekarang hanya follow the flow.
Ni dah sampai tahap lalui aje. Teruskan aje cuci janji tak melarat.
Sebab macam payah je nak tertutup.

Konsep setiap doktor berbeza.
Doktor di Tanjung Tualang percaya dengan konsep luka MIL aku ni kena toreh dan generate semula isi untuk isi tumbuh dengan aktif dan luka akan tertutup semula. So, masa bulan 7 bawak MIL ke sana, kaki MIL ditoreh dan dirawat semula (means luka kecik jadi besar semula)

Manakala doktor di Klinik Walia Puchong amik inisiatif cuci je luka sampai sembuh. Sebab tu, masa bulan 8 bawak ke Klinik ni semula, doktor a bit bising dan bertanya la kenapa luka besar semula?
Nasib baik kos mencuci masih tak berubah which is RM30. Sebab dulu masa luka besar kos RM50, hanya bila luka dah menjadi kecik di kenakan bayaran RM30. hehehe..


Sebelum potong
Sebelum July 2022
Yang kuning-kuning tu kulit mati. Dah lama progress cuma macam tu.


Sebelum potong


Selepas potong
Gambar pada bulan JULY 2022


Selepas potong

Selepas potong


Potong di klinik

Selepas potong



Dapat ubat dari Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak
1. Ubat semacam Iodin
2. Gel Metrogyl

3. Dapat Eusol (sejenis solution/air garam untuk dressing kaki)




Di Klinik Perak

Keadaan luka pada 19 oct 2022
Hijau2 tu sebab ubat.
Nampak mcam makin kecil, tapi still ada kulit2 mati tepi luka 


Klinik Walia puchong rawatan susulan
1 Oct 2022

Ubat di Klinik Walia

Sekarang pergi klinik seminggu sekali aje (sabtu).

Sebab ada banyak faktor kami masih ke Klinik Walia Puchong dan luka masih tak bertutup :
1. Mak memang suka doktor di klinik walia aje. Katanya doktor tu melayan dia dengan baik.
2. Faktor masa, kami ke klinik walia seminggu sekali saja waktu weekend.melainkan kalau ada nanah, kami ke klinik 2hari sekali.
3. Faktor usia, memang lebih 70an agak lambat nak sembuh luka.
4. Faktor utama nya, kami biarkan mak tentukan kat mana yang dia selesa. Sebab banyak klinik lain yang kami bawak, tapi mak hanya nak ke Klinik Walia sahaja, sedangkan klinik tu jauh dari rumah kami (Kapar-Puchong).

Notes : Ada jumpa reader yang pernah baca blog ni, masa kat Klinik Walia. Mereka bawak maknya dressing kaki jugak. Harap sedikit sebanyak blog ni boleh membantu.

Ok. Bye
XoXO

Aktiviti pada cuti maulidur rasul

Assalamualaikum... Hai Semua...


Isnin cuti maulidur rasul.

Suami aku melepak malam tu dengan kawan-kawan di PJ.
Baliknya pukul 4.30 pagi.
So, pagi tu plan nak g melawat kubur bapak mentua cancel sebab suami tak cukup tidur katanya. Kakak ipar datang singgah ke rumah sebelum dorang balik ke Perak (Dorang datang ke Selangor sebab ada kenduri nikah anak saudara kami). Dah singgah sembang-sembang lepas makan, depa pakat nak g rumah sepupu di Puncak Alam. Sepupu suami sebelah arwah bapak. Sebelum tu dia pelawa ke rumahnya lepas jumpa di kenduri, tapi kami tak sempat pergi. So, kami pergi la hari Isnin tu. Gi kenal rumah dan nak sembang lebih lama sebab dorang lama tak jumpa. Ni kali pertama aku jumpa mereka.

Lepas lama bersembang.....
"Haa.. jom la.. Dah boleh slow gerak balik pulak" Biras lelaki aku ajak balik..

Pastu geng perempuan.
Bergambar depan muka pintu.
Bergambar depan pagar.
Sembang masa pakai kasut.
Sembang kat gate.
Sembang kat kereta.
Sorang dah duduk dalam kereta, sembang lagi..



Kak Tijah & Suami
Sepupu suami (sebelah keluarga bapak mentua)


Sessi sembang kat kereta pulak.
Depa cakap jawa, aku tak faham sepenuhnya..
Dengar aje la..huhuhu


Makna kata.. selagi geng perempuan tak habis sembang, geng lelaki kena la sembang jugak kat kereta.. Hahaha.


Ok. Bye
XoXO

Majlis persandingan anak saudara suami

Assalamualaikum... Hai Semua...

Minggu ni attend kenduri anak saudara suami kawen.
Jumaat 7.10.2022 tu nikah di masjid area PJ.
Sabtu esoknya, dorang sanding di dewan kat Puncak Alam.

Pagi Sabtu , Suami bawak mak ke klinik untuk dressing kaki. Sementara aku dan Kak Silah (sepupu suami) kat rumah buat aktiviti pindahkan pokok yang amik semalam ke pasu. Pukul 12 tengahari bersiap dan pergi ke kenduri. Biras dah cakap tema 'Putih'. So, kami pakai baju putih. 

Mak mentua seronok sebab ramai jumpa sedara nya. Lama tak jumpa kan lebih2 lagi lepas PKP. Ramai yang dah takde.
Aku ape lagi. Lepas makan, makan, lepas makan, makan lagi sambil menunggu dorang sembang. 
Pukul 3petang gerak ke Sentul, hantar Kak Silah ke rumah anaknya.



Rutin setiap minggu. Ke klinik cuci kaki luka kencing manis mak mentua


Bersiap ke kenduri


Keluarga kakak ipar  & ibu bapa pengantin (abang ipar & biras)


Bergambar dengan pengantin perempuan
Kak Ita, Kak Silah, Kak Ros & Paman Jamil


Bergambar sebelum pulang



Paman Jamil (bongsu) & Paman Jamingan
Adik beradik mak mentua


Dengan adik buah & sepupu suami (Abang Ehsan suami isteri & Kak Tijah)
Sepupu suami (sebelah bapak mentua)



Anak buah suami & biras (keluarga suami)



Keluarga abang ipar


Pengantin & sepupu perempuan


Kami suami isteri tak ketinggalan bergambar dengan pengantin
Kalau susun macam ni memang jadi tangga la ..hahaha


Bersama sepupu Iwan & isteri serta Kak Silah



Sebelum balik, antara yang menghantar mak mentua ke kereta.
Shima (pangkat anak sepupu suami), Kak Ita & Kak Ros (sepupu suami) & Paman Jamingan (bapak saudara paling bongsu)



Thank You Kak Silah sudi teman mak seminggu spend masa dengan mak mentua ai. Masak kat rumah, dengar mak berceloteh, bagi nasihat..Semua la.. 

Psst : Selamat Pengantin baru Angah & pasangan.
Semoga rumah tangga berbahagia hingga ke syurga. 


Ok. Bye
XoXO

Majlis nikah anak sedara suami & hantar sepupu ke Sekinchan.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nikah anak saudara suami & hantar sepupu ke Sekinchan.

Wah. Tajuk bukan main panjang!

Jumaat 7 Oct 2022

Suami dah ambik cuti sebab anak saudaranya nikah di Petaling Jaya. Dan plan nak pergi dengan mak mentua & 2 orang sepupu suami (yang kebetulan datang menginap seminggu di rumah kami). Tapi, kaki mak mentua sedikit bengkak,dan dia taknak pergi ke masjid . So 2 orang sepupu pun taknak pergi sebab nak teman mak mentua kat rumah kami.

So, 2 ketul manusia ni pun pergi la ke Masjid di PJ tu. Dari Kapar, pukul 7.15pagi kami dah gerak. Awal wei.. Mengalahkan awal dari kami pergi kerja. hehehe. Sampai masjid pukul 8.30pagi. Majlis nikah pukul 9.00pagi.








Tahniah Angah & Pasangan.

Lepas nikah, kami lajak ke Puncak Alam. Suami nak makan nasi kandar di Kedai Mamu. Eh, jadi rezeki kami terserempak dengan family abang kedua aku. Hari ni dorang ada majlis amik report card kat sekolah. Tengah syok makan, eh ada budak mana tiba2 tegur kami. Rupanya Si Umaira.

Besar nanti, ko tengok la Umaira wajah ko yang comot ni. Haha.


Balik rumah, lepas zohor kami hantar salah seorang sepupu ke Sekinchan balik rumahnya. Dia ada 3 kenduri esoknya kat kampungnya.
Dah balik sana, macam2 pokok la dia bagi. Dan macam2 la ole-ole dari kampung. 



Cuba teka ini apa?
Buah ape?

LABU?

TAK..

Ini Markisa Gergasi.
Isi dia sama macam markisa biasa
Tapi manisssss dari markisa biasa.
Sumpah tak puas makan.
Hehehe

Sources : From Google
Isi dalam dia macam ni



Pokok markisa gergasi



Sebijik lagi buah markisa yang tengah tunggu untuk ranum di pokok


Cermai yang tak masam langsung.
Cuma kelat sikit kalau yang masih kecik.
Kalau yang besar, tak kelat. Tapi manis
Tak banyak buah besar, banyak kena curi 


Ni baru sebahagian yang dia suruh bawak balik.
Kalau tengok keadaan bonet masa susun barang nak balik, memang terkejut. huhuhu



Suami tanya aku ingat tak bangsal ni?
Aku cakap tak ingat.

"Ni bangsal kita bergambar 9 tahun lepas, masa raya tahun pertama kawen.

So, apa lagi aku snap la photo sekeping as kenangan.
Zaman 58kg


Photo di bangsal yang sama 9 tahun lepas (2013 raya)
Zaman 48kg,hihik


Sampai rumah, aku simpan semua barang yang kak sepupu bagi.
Letak pokok keladi dalam rendaman air dulu sebelum pindah ke tanah.


Ko tengok, pasu bunga orkid pun dia bagi.
Katanya "tak payah ajak laki ke kedai Eco lagi"


Sebahagian pokok yang dia bagi.
Ada pokok daun rama-rama.
Keladi hitam
Pokok bunga
(Sebenarnya aku tengah bingung macamana nak susun pasu banyak2 ni)

Kak sepupu bagi batang pokok ubi.
Aku tak tahu nak cucuk mana.
Bukan ada tanah besar pun kat laman depan. Tapi sibuk kak sepupu suruh aku tanam.Haha


Ayat sepupu aku "Apa yang aku bagi ni, ko bawak balik semua"

Tu aje ayat dia. Hahaha.

Dia nak membalas pemberian pokok bunga ros yang jiran india aku bagi dia. So dia bagi kelapa. Ni nak deepavali. Memang sesuai sangat la..

Gigih aku mengangkut balik.


Ok. Bye
XoXO