nuffnang

JANA DUIT

Celebrate besday Geng bulan Sept in Family

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masuk je bulan September, group family aku dah riuh bincang pasal nak buat makan2 masa besday mak. Dari group family tu, mak aku personal whatsap aku tanya boleh balik ke? Krik krik aku nak jawab. Sebab tak pasti akan balik ke tak.

Tapi aku tahu mak aku berharap aku balik. Tup-tup suami aku amik cuti dan cakap nak balik kampung aku. Dia akan mintak tolong siblings dia jaga parents dia (yang sekarang memang kami jaga kat rumah kami di Kapar ni). Sebenarnya aku pun risau nak naik public transportation sebab covid tak reda lagi kan.

So lincah bergaya la kami balik kampung. 4H3M yang sangat bermakna.



Jom layan moment sekitar majlis makan-makan yang tak cukup korum ni. Ada 3 beradik lagi yang  tak balik. Seronok duk hias rumah ramai-ramai walaupun ala kadar dan recycle barang2 mana yang ada. Janji hasil ada!

Gigih menampal

with cik suami & ayoh

dengan geng besday bulan 9. Tahun ni ada tambahan sorang lagi (menantu baru mak)
Amalina (Adik Ipar 5 Sept)
Ajit (Abang 6 Sept)
Keisha (Anak Sedara 12 Sept)
I (17 Sept)
Halim (Adik Ipar 19 Sept)
Mak (24 Sept)

With all

Mak dan hadiahnya



Kek from Secret 


 
I with Mak

Anak sedara (Keisha & Iman)
Yang lain takbalik.
Maybe cuti sekolah nanti
Hope Covid cepat hilang

Sempat la aku beli sedikit barangan untuk jiran & mana2 adik beradik suami yang datang rumah nanti.

Baru nk try Set nasi Mandy

Keropok & Makanan Frozen kiriman kak Ipar

Bergambar dengan ayoh
Ayoh sudah tak larat berjalan nak hantar kami ke kereta

Bergambar sebelum pulang

Ramai betul orang kat Terengganu, rasanya ramai serbu pulau-pulau di Terengganu, so dorang terus lajak g Pasar Payang, terjah kedai viral, naik jambatan. Kami round2 duk dalam kereta ni. Nak g beli keropok pun, kami survey dulu. Takde orang baru kami turun g beli. Selebihnya banyak order dari Food Panda. 

Epi besday Mok. Jumpa lagi nanti. Harap dapat pulang lagi. Next two weeks, hantar si bongsu pulak ke UTM Skudai..


Ok. Bye
XoXO

17 Sept

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila ianya setahun sekali..
Suami sedaya upaya buat surprise untuk besday aku sebab sejak menjaga parents dia uzur, dia dah takleh penuhi impian aku nak bercuti ke mana-mana.

So, sebagai kenang- kenangan, aku up satu entry about this memory.



Entah mana dia cari kek dalam internet, jumpa kek MamaSab yang kawan dia jadi agent.



Dia tahu kawan sekolah dia ada jual kerongsang, dia beli as hadiah



Dia tahu aku suka tengok drama online, dia beli earphone kat kedai area opis aku.



Sebelum dia masuk keje semula malam tu, sempat dinner sesama. Habiskan apa je yang ada dalam fridge.


Tenkiu Untuk Segalanya.
#Kamitakramai#
#Perjalanankamiberbeza#
Sekeping photo sebelum ke opis then kemudianya semua busy hal sendiri. Hahaha

Psst : H.E.P.Y B.E.S.D.A.Y kak pemblog!

Ok. Bye
XoXO

Tercium kereta orang weiiiii

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semalam jam 2 petang suami whassap gambar. Tengok gambar kereta sape ntah tercalar. Aku dah agak, ni mesti suami berlanggar dengan kereta orang ni.. Asudahhhhhhhhhh... Aku tak pikir sangat kereta aku, tapi orang dan kereta yang berlanggar dengan kita tu macamana. Teruk ke, Ok ke. Paling aku takut kalau dalam kereta tu ada baby. Mati anak orang macamane nak jawab wei..

Rupanya suami kata sikit je tercalar. Sikit tak sikit banyak jugak la.. kalau dari depan membawak ke belakang. Tapi jenis aku taknak kecoh2,nak cool aje dalam whatssap suami sebab taknak bergaduh. Aku cakap takpe la, dah nak jadi kan. Settle je la. Janji dia ok tak cedera.


Nasib baik tak kena masa masak MIL g klinik. Kalau tak, mau risau dia. Seorang ibu risau kat keselamatan anak dia wei.. Tahu kan macamana susah hati dan risau dia... Aku ingatkan kena masa bawak MIL g klinik kat Puchong. Incase kalau suami singgah beli pampers FIL ke, beli susu kat farmasi ke, beli lauk ke. Rupanya tak. Kena time suami dah masuk keje lepas lunch tu. 

Time nak g site masuk meeting, kena plak inciden ni. Suami cakap "bingung i sekejap" Sabar la ye cik abang..

Balik keje suami jemput aku, baru la panjang lebar aku tanya.
Settle kat kedai cat kereta katanya.
Owner kereta tu pun ok, takde marah2, cool.. So senangla nak settle.
Kami bayar harga cat dan repair maybe sekitar RM600.

Owner mintak RM100 je. Suami aku takde la nk bagi RM100. Kan salah kita jugak. So maybe akan bagi RM300-400 (Tak pasti lagi incase ada perubahan). Alhamdulillah Settle baik-baik.

Andaikata brother tu and wife dia terbaca ni.. "Sorry ye Encik.. Nanti kami piatttttt laki kami ni ye".

Hati-hati ye korang semua...


Psst : Lebih berhati2 di samping kite mengharapkan nasib kita pun baik saat tu.

Ok. Bye
XoXO

Kesah Gangguan air di Selangor ni haaaa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni bila air takde,kami sempat simpan air sebab ada dapat notifikasi di telepon bila terdapat gangguan air, mahupun bila ada penyelenggaraan seperti paip bocor di Klang ni especially di area rumah kami.
Tapi kes air takde akibat pencemaran, memang tak dapat dielakkan, so kami dapat nofikasi agak lewat. Masa tu kat office, tahu air takde. So memang tak sempat langsung nak simpan air kat rumah, so memang berharap kat Tangki atas bilik air rumah aku  tu je la. Nasib baik aku masih ada air satu tong kecik yang aku simpan untuk dapur dulu (simpan masa masalah air sebelum PKP dulu).

Bila masalah air sekarang jadi isu besar kat kami sebab :

1. Nak masak untuk MIL FIL (jarang beli kat luar sebab risau dorang sakit perut)
2. Cadar/pakaian kencing FIL
3. Takut tak sempat nak shopping air mineral di pasaraya.

Office aku takde air since Khamis 3 September (around 11pagi macam tu). Aku terus simpan air siap2 untuk aku wuduk selainkan untuk tujuan "buang hajat". Masa tu terpikir "Alahai, tak sempat nak simpan air untuk rumah".

Malam tu balik masak sardin, dan telur goreng then habiskan sayur sawi. Simpan stok air minuman siap-siap. Masa tu cadar kencing FIL tengah rendam dalam mesin basuh dari siang time kami g keje, terpaksa kami spin dan biar kering tanpa bilas (nak kosongkan mesin & elak cadar bau masam kalau berendam lama)

Jumaat aku bawak air minuman dari rumah, malas nak berebut beli air mineral kat sini, atau kalau ada pun air mineral level kayangan yang RM4.50 sebotol. Huhuhu. Alhamdulillah hujan Jumaat tu, cleaner opis tolong tadahkan air. Banyak jugak kami dapat untuk kegunaan flush toilet.  Bekas bekal makanan aku memang aku bawak balik rumah tanpa basuh. Berharganya air masa tu. Jumaat aku panaskan sardin dan goreng ayam je. Suami kena g Puchong bawa MIL dressing kencing manis.



Tadah air hujan. kumpul sedikit2..)

Balik keje Jumaat tu, aku tadah la tong besar mana tahu kot-kot hujan malam tu (hehehe). Punyala berharap hujan, sebab aku nak air untuk flush toilet. Risau kalau MIL sakit perut (MIL mudah kena cirit-birit). Alhamdulillah. MIL ok sepanjang isu takde air tu. Takde sakit perut.
Rupanya takde hujan di saat aku memerlukan.. uhukhukk~


Saat ko berharap hujan. gigih ko tadah ye.


Sabtu pagi aku g rumah abang sulung di PutraJaya tumpang basuh baju kami. Cadar kencing FIL masa tu dah menimbun tapi kami tak basuh kat rumah abang aku. Aku tunggu air ada je nanti. Kami keluarkan semua stok cadar nak gantikan cadar FIL tiap kali terkena kencing. Habis semua stok cadar. Hehehe. Tak pakai pampers ke? Jawapan kami : MESTILAHHHH pakai. Kadang2 bocor, kadang2 peel dia nk kencing kat luar pampers. Kadang2 dia sengaja g kencing kat kain pelikat sebab tak selesa dalam pampers. Kami yang menjaga ok je sebab faham ketidakselesaan orang sakit. Cari je cadar, ganti. Settle.  Masa tu harap cepatla isu air settle. Sebab sekitar Klang, Shah Alam, Kuala Selangor ni takde air, so dobi pun xde la kan. Suami kena kerja sabtu ahad, so takde masa nak g dobi pun.

Ahad pagi baru ada air kat rumah kapar. Leganya alahai. Terusla mendobi non stop kat rumah sendiri. Aku was-was andai kata pinggan basuh tak bape bersih basuh masa guna air simpanan dalam tong, aku basuh semula sekali lagi time bekalan air dah ada. hehehe! Gigih ko!

Aku kalau MIL FIL larat (FIL tak terlantar), memang takde aku nak tunggu takde air ni. Memang aku ajak suami angkut semua g check in hotel jugak la.. Kih kih kih! Kalau ada anak kecik, boleh diangkat bawak ke hotel. Main swimming pool kan. Hehehe.. 

Baru 3hari takde air, kami dah rasa susah sangat2. Macamana la orang yang lagi lama takde air. pastu yang selalu ada masalah air yang sampai masuk TV isu ni.. 
Jangan la kerap ada isu air kat Malaysia ni.. Mana yang bersalah cemarkan air tu, kita saman kaw-kaw ye. Sebab menyusahkan semua rakyat.

Pssst : Boleh ke kita call mintak bekalan air datang ke perumahan kita? Ke memang kena tunggu dorang datang je? Lps ni memang kena selalu simpan stok air.


Ok. Bye

Menyelam Bundle : Jaket Polkadot Comey RM10 & Baju RM5

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week Encik Suami ajak g Pasar beli lauk & sayur. Tu yang merasa aku singgah kedai RM2 masa suami g Pasar. Hehehe.. Ontheway balik Encik Suami perasan ada kedai Bundle kat shop lot area situ. Aku ingat malas nak singgah sebab banyak hal lagi kat rumah  (sebab plan nak pasang langsir). Suami ajak singgah sebab nak beli baju dia. So aku temankan la.. Rupanya bila keluar kedai, aku yang bawak plastik pakaian.. Hahahaha.. Suami takde berkenang baju kat sana.. So aku je la beli..


Jom tengok apa yang sempat aku rembat :


1. Baju RM5

Baju ni nampak macam singkat, tapi tak singkat pun. Sebab design dia lebar, tu yang nampak singkat. Kain dia tak nipis, tu yang aku suka.



Jumaat boleh pakai T-shirt & jeans g opis..
Baju RM5
Jeans RM 5 bundle (beli dah lama dulu)


2. Jaket polkadot comeyyyyy RM 10




Jaket ni macam baru. so walaupun RM10 aku tetap beli. Aku sebelum ni, memang cari pakaian yang harga RM5 je kalau kat bundle melainkan kalau betul2 cantek. Tapi kali ni, aku berkenang so beli je kali ni. Jangan main2, perempuan kalau berkenang sesuatu, memang kena beli. Kalau tak, teringat2 dalam hidup! Kihkihkih~
Aku beli jaket comey ni sebab nak gantikan jaket motor aku yang aku beli kat bundle rawang sekitar tahun 2015. Entry di sini.


Gantikan jaket lama yang dah koyak. Pakai setiap hari kerja kalau naik moto.
Berhujan dan berpanas dengannya.
Baju ni dah tertetas benang kat 2-3tempat bahagian baju ni.
Nak jahit sendiri macam tak cantek.
(Padahal memang nak beli baru! Hehehe)



Jom kite g keje



Psst : Nak bergaya tapi nak jimat!

Ok. Bye
XoXo

Haul Kedai RM2 & Kedai JiMart & Mr.Diy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week singgah kedai Mr.DIY kat Starling Mall masa lunch. So membeli terus la apa item yang diperlukan untuk rumah. Kebetulan hari tu naik kereta, senangla nak membeli barang besar.

Beli 4 ketul item dari Mr. DIY sebab bajet RM30 je ada lepas lunch


Nak letak kat bilik air sebenarnya, nak gantikan yang lama (jenis sama cuma warna putih) dah berkarat. Rupanya tak, aku letak dalam bilik depan cermin. hehe!

RM8.00 lebih

Letak kat almari pakaian suami.



Kat Kedai RM2 aku beli pasu bunga , cermin kecik nak letak kat opis & penyangkut baju untuk letak kat bilik air (nak gantung penyapu lantai untuk bilik air & mop)

Dah alihkan anak pokok



Kedai JiMart, aku beli tong sampah untuk letak kat beranda.


Ok.Bye

Progress kaki Kencing Manis lepas 7x rawatan di Klinik Walia

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selepas 7x rawatan di Klinik Walia Puchong (2 minggu selang sehari kena g klinik), ni progress kaki MIL terbaru. Last kami ke sana, semalam (Ahad, 31 Ogos 2020) kami sepakat dengan suami untuk bincang hati ke hati dengan doktor (haaa.. macam bercinta kan???) soal kami yang maybe dah tak boleh nak g sana selang sehari, sebab weekday maybe kena cuti 3x (isnin, rabu, khamis) kalau nak ke sana.


Progress . Luka terbaru.




Suami hanya boleh ke sana sekali seminggu (hari bekerja), iaitu kami plan nak g sana hari RABU sahaja. Selepas doktor tengok luka, doktor setuju kami g 3x seminggu (RABU, SABTU & AHAD). Means suami kena cuti setiap Rabu half day (pagi untuk cuci kaki). Kapar - Puchong, memang separuh hari makan masa, pergi dan patah balik ke rumah. Then tengahari suami akan masuk keje,

Kalau ada adik beradik suami yang willing nak gilir2 amik cuti hari rabu bawak MIL g klinik, bagus la. Kalau takde, suami kena cuti sehari setiap minggu. Maafla.. kami kena jimat cuti.. Hehehe.. Kena amik kira cuti g appointment Klinik Kesihatan Kapar lagi, Hospital Shah Alam (kalau ada follow up) & appointment sambung ubat.

Update luka ketika follow up dengan doktor:

1. Luka masa kali ke5 rawatan, ada nanah (isi dia macam buruk/lembik bawah kulit) Doktor dah clearkan.
2. Masa rawatan kali ke7 (semalam) seperti gambar di atas. Luka bertambah ok.
3. Kena take care kaki pastikan tak basah bandage dia, kalau basah kena tukar.
4. Pastikan takde bau, takut kalau nanah/buruk.
5. Gula jangan lebih dari 10 (Sepanjang kami jaga 2 tahun ni, memang bacaan gula terkawal biasanya sekitar 5, MIL insualin sejak 2 tahun lepas)
6. Kurangkan berjalan/berdiri lama. Tekanan kat kaki menyebabkan daging payah nak tumbuh/tisu payah nak tumbuh.
7. Masa dressing kaki, doktor cucuk2 isi kaki kat luka agar berdarah biar tisu dia aktif. So menggalakkan pertumbuhan tisu baru.


Semoga cepat la ok kaki ni.. Dah tak payah bercinta dengan klinik lagi. Hehehe.. Duk umah ye petang2 tengok hindustan kan best!. Hehehe

Ok. Bye