Kesah Gangguan air di Selangor ni haaaa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni bila air takde,kami sempat simpan air sebab ada dapat notifikasi di telepon bila terdapat gangguan air, mahupun bila ada penyelenggaraan seperti paip bocor di Klang ni especially di area rumah kami.
Tapi kes air takde akibat pencemaran, memang tak dapat dielakkan, so kami dapat nofikasi agak lewat. Masa tu kat office, tahu air takde. So memang tak sempat langsung nak simpan air kat rumah. Memang berharap kat Tangki atas bilik air rumah aku  tu je la. Nasib baik aku masih ada air satu tong kecik yang aku simpan untuk dapur dulu (simpan masa masalah air sebelum PKP dulu).

Bila masalah air sekarang jadi isu besar kat kami sebab :

1. Nak masak untuk MIL FIL (jarang beli kat luar sebab risau dorang sakit perut)
2. Cadar/pakaian kencing FIL
3. Takut tak sempat nak shopping air mineral di pasaraya.

Office aku takde air since Khamis 3 September (around 11pagi macam tu). Aku terus simpan air siap2 untuk aku wuduk selain untuk tujuan "buang hajat". Masa tu terpikir "Alahai, tak sempat nak simpan air untuk rumah nanri sebab aku masih kat opis ni".

Malam tu balik masak sardin, dan telur goreng then habiskan sayur sawi. Simpan stok air minuman siap-siap. Masa tu cadar kencing FIL tengah rendam dalam mesin basuh dari siang time kami g keje, terpaksa kami spin dan biar kering tanpa bilas (nak kosongkan mesin & elak cadar bau masam kalau berendam lama)

Jumaat aku bawak air minuman dari rumah, malas nak berebut beli air mineral kat kawasan opis, atau kalau ada pun air mineral level kayangan yang RM4.50 sebotol. Huhuhu. Alhamdulillah hujan Jumaat tu, cleaner opis tolong tadahkan air. Banyak jugak kami dapat untuk kegunaan flush toilet.  Bekas bekal makanan aku memang aku bawak balik rumah tanpa basuh. Berharganya air masa tu. Jumaat aku panaskan sardin dan goreng ayam je. Suami kena g Puchong bawa MIL dressing kencing manis.



Tadah air hujan. kumpul sedikit2..)

Balik keje Jumaat tu, aku tadah la tong besar mana tahu kot-kot hujan malam tu (hehehe). Punyala berharap hujan, sebab aku nak air untuk flush toilet. Risau kalau MIL sakit perut (MIL mudah kena cirit-birit). Alhamdulillah. MIL ok sepanjang isu takde air tu. Takde sakit perut.
Rupanya takde hujan di saat aku memerlukan.. uhukhukk~


Saat ko berharap hujan. gigih ko tadah ye.


Sabtu pagi aku g rumah abang sulung di PutraJaya tumpang basuh baju kami. Cadar kencing FIL masa tu dah menimbun tapi kami tak basuh kat rumah abang aku. Aku tunggu air ada je nanti. Kami keluarkan semua stok cadar nak gantikan cadar FIL tiap kali terkena kencing. Habis semua stok cadar. Hehehe. Tak pakai pampers ke? Jawapan kami : MESTILAHHHH pakai. Kadang2 bocor, kadang2 peel dia nk kencing kat luar pampers. Kadang2 dia sengaja g kencing kat kain pelikat sebab tak selesa dalam pampers. Kami yang menjaga ok je sebab faham ketidakselesaan orang sakit. Cari je cadar, ganti. Settle.  Masa tu harap cepatla isu air settle. Sebab sekitar Klang, Shah Alam, Kuala Selangor ni takde air, so dobi pun xde la kan. Suami kena kerja sabtu ahad, so takde masa nak g dobi pun.

Ahad pagi baru ada air kat rumah kapar. Leganya alahai. Terusla mendobi non stop kat rumah sendiri. Aku was-was andai kata pinggan basuh tak bape bersih basuh masa guna air simpanan dalam tong, aku basuh semula sekali lagi time bekalan air dah ada. hehehe! Gigih ko!

Andaikata kalau MIL FIL larat (FIL tak terlantar), memang takde aku nak tunggu takde air ni. Memang aku ajak suami angkut semua g check in hotel jugak la.. Kih kih kih! Kalau ada anak kecik, boleh diangkat bawak ke hotel. Main swimming pool kan. Hehehe.. 

Baru 3hari takde air, kami dah rasa susah sangat2. Macamana la orang yang lagi lama takde air. pastu yang selalu ada masalah air yang sampai masuk TV isu ni.. 
Jangan la kerap ada isu air kat Malaysia ni.. Mana yang bersalah cemarkan air tu, kita saman kaw-kaw ye. Sebab menyusahkan semua rakyat.

Pssst : Boleh ke kita call mintak bekalan air datang ke perumahan kita? Ke memang kena tunggu dorang datang je? Lps ni memang kena selalu simpan stok air.


Ok. Bye

7 comments:

sophea ◇ said...

semoga masalah air di selangor dapat diselesaikan dengan segera

norhidana said...

akak selasa baru ada air dik oi... seksa cuma nsbla kedai dobi dekat rumah tu masih buka lagi tak risau la bab baju...

lainkali boleh panggil lori air tu untuk kegunaan orang di taman tu... selalunya dia akan datang hantar

A m m i said...

tapi pengalaman ammi pakai diapers masa operate jantung haritu..macam tak berfungsi je diapers tu. Sekali kencing terus basah lencun hancing. Dahlah tak dibenarkan angkat kaki pun redha jelah. Rasa lagi elok pakai salur kencing yg macam kalau kita czer tu.

Syazni Rahim said...

Tabahnya sis.. besar pahala, semoga dipermudahkan urusan2 sis sekeluarga

ezy.fia said...

susah kan kalo xde air..
byk benda nk buat guna air..
kalo xde letrik ok lg..

Azhafizah MN said...

Takde air memang seksa. Sedangkan tak ada air sekejap pun seksa inikan berhari hari. Harap selangor dan isu air berakhirlah.

Amie said...

Orang kata, biar tak ada letrik, jangan tak ada air... heheeee. Kesian negeri saya ni.