Showing posts with label KOLEKSI HELLO KITTY. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI HELLO KITTY. Show all posts

4th HONEYversary - 2017

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun ke-4.
Alhamdulillah...
Semoga rumahtangga ini sentiasa dalam Lindungan dan Kasih Sayang ALLAH..

10 February 2017
Sengaja kami berdua amik cuti..
Plan nak bermalam di Homestay Hulu Langat terbang di bawa angin..
Akhirnya lepak di rumah sendiri jugak best...

Selamat Ulang Tahun Encik Suami...
Saya S_Y_ _ G awak..

Eh.. malu plak..












Wahhh...
Jarang-jarang pakai jam..
Sebab Jam ada 1 je..
Sebab habis bateri so lama tak pakai..

Tup tup dapat jam..
Limited Edition tu bukan jam..
Tapi awak..
Eh..


Ok. Bye
XoXO

Koleksi HK : Kipas Hello Kitty Zoo Negara

Assalamualaikum...
Hello...


Kenangan lama menjengah kembali..

Entry di Zoo Negara.

Tahun 2011, company lama aku ada buat lawatan ke Zoo Negara sebab kami buat volunteer aktiviti untuk cuci kandang.

Kat sana panas sangat so sempat la beli seketui kipas cincai RM3.50 je.
Tengok yang paling cantek - Kipas hello kitty, terus la amik satu.



Bila tengok kipas HK, pasti teringat Zoo Negara, teringat kawan-kawan kat sana.

Rindu...

Tahun 2011 adalah tahun yang sangat enjoy sepanjang aku kerja...
Mungkin sebab masa tu semua geng kerja single mingle, jadi banyak masa berjimbaa...


Ok. Bye

Koleksi HK : Earphone Hello Kitty dan sikat comel.

Assalamualaikum...


Sikat HK yang beli sebelum ni letak dalam beg mekap kalau nak travel.
Alaa..nama je beg mekap..
Padahal dalam tu ada ubat2, bedak seketul &lip ice jer.
Beg mekap budak sekolah pun lagi heaven dari beg mekap aku...


So bila jumpa sikit ni terus la sambar.
RM7.90
Selamat duduk depan cermin bilik kedua.

HK earphone RM9.90
First nak guna earphone jenis lekat kat cuping telinga macam ni.
Buat guna dengar lagu kat tab

Earphone sebelum2 ni semuanya dah dikebumikan.
Ratib 7 malam.

ok. bye
XoOXoo

Koleksi HK : Kotak Hello Kitty

Assalamualaikum...
Helloo prenggg!!!


Kotak HK ni beli masa mula-mula pindah duduk Shah Alam (sekitar tahun 2011-2012)..
Masa dapat kerja area KL.
Beli sebab nak letak kerongsang, earphone, klip rambut bagai.

Sepah kalau bersepah, mesti roommate marah kan...
Takut kalau roommate berubah jadi hulk.



Ok. Bye

Koleksi HK : Kalkulator HK

Assalamualaikum...


Sebenarnya, kalkulator ni aku beli tahun 2012.
Masa tu belum kawen lagi, muda tang tang lagi time tu.

Aku beli masa balik raya Terengganu tahun 2012 tu.
Sebelum ni, (awal tahun 2012), aku duduk sebilik dengan dak Ezy Comel tu,
Time tu takde kalculator, aku curi guna pinjam dia punya.
Bila dia pindah, aku decide nak beli sebijik kalkulator....
Terus la aim nak kalkulator yang comey lote.

Nak kalkulator HK.

Sebelum ni dah pernah survey kalkulator HK kat Jusco Bukit Tinggi.
Dan harganya sangat mahal.

Yang paling murah pun dah RM29.90 (paling kecik)
Yang mahal pulak sekitar RM54.90 (paling besar)
So, niat nak beli kalkulator ni aku pendamkan. Cancel terus..

Sehinggalah masa balik raya tahun 2012 tu, aku jalan-jalan kat kedai cenderamata depan Stesen Bas Kuala Terengganu, aku jumpa kalkulator comel ni.

Harga ni hanyalah RM 29.90 untuk saiz paling besar. Sedangkan harga kat kedai di Jusco Bukit Tinggi, kalkulator macam ni RM54.90.
Aku TERbeli satu.

Besar dan luas mata memandang digit-digit number...
Di kalkulator ini la menyaksikan total-total bil yang berderet-deret dikira lepas gaji.
huhuhu.


Masih berbakti sampai sekarang.

Dulu dak Ezy tu la tolong aku buat kira-kira untuk duit rumah sewa, duit kereta, duit berjimba dengan encik kesayangan masa tu.
oh. #malu


Ok. Bye
XoXO

Koleksi HK : Sikat dan Earphone Hello Kitty

Assalamualaikum...
Hai.. pekabar?


Aku suka masuk kedai cenderamata, kedai barang hiasan, kedai RM2.12.
Bila masuk, mesti wat keluar plastik beg..







Aku beli Earphone Hello Kitty...
Nak gantikan earphone yang rosak...

Dan jugak Sikat plastic Hello Kitty
RM2.00
Beli kat kedai OneShop di Seksyen 18, Shah Alam beberapa minggu lepas.

Sikat sebelum ni dah patah sebab plastik dia mudah pecah.
Tapi plastic ni material dia jenis yang tak pecah kalau jatuh.

Psst : Beli yang murah je.

Ok. Bye

Koleksi HK : Jam HK comel & Patung HK dari Mei Tan

Assalamualaikum...


Entry kenang-kenangan.

Jam ni dah lama beli, sebelum kawen kalau tak silap (sekitar tahun 2012).
Siap suruh teknisen kat opis aku tukarkan bateri untuk jam ni sebab aku takde screwdriver kecik nak bedah hello kitty ni masa nak tukarkan bateri.



Dulu masa 2013, ada sorang opismate aku, Mei Tan.
Dia department lain, Aku department lain.
Oleh kerana kami saling memerlukan (saling berkerjasama dalam urusan kerja), makanya kami jadi rapat.

Dia hadiahkan hello kitty ni.
Patung dari MCD.
Dia tak guna, so bagi kat aku.
Dia kata dia letak dalam kereta, buat semak jer.

Dia bagi jugak mini book (buku kata-kata motivasi) kat aku.
Sampai sekarang aku simpan.

Psst : Ntah mana dia sekarang. Lost contact.





Ok. bye
XoXO

Hello kitty dari suami yang pulang outstation

Assalamualaikum...


Beberapa hari lepas suami balik dari outstation.
Ke Kelantan dia kali ni.
So, isteri yang disayangi haruslah sering ditinggal-tinggalkan.
Baru lah kena dengan pepatah melayu yang separa jiwang tu" sayangkan isteri tinggal-tinggalkan duit"

Bila dah balik dari outstation, suami hadiah sesuatu..


Memperkenalkan ..
Koleksi baru.
HK  Hand Wash

Isian hand wash dalam ni adalah sabun tangan perasa peach.
Sedap baunya.




Sebelum ni pernah ada botol macam ni...
Aku beli masa di Terengganu RM7.90..
Tapi sayang.. Botol tu dah pecah sebab jatuh ke lantai.
Terkilan jangan cakap la.

Ingatkan bila pergi kelantan, dia akan belikan dodol ke, budu ke, asam jawa ke, biskut-biskut kelantan ke.. 
Boleh?


Ok. Bye

DIY : Makeover Jam Ikea to Jam Hello Kitty

Assalamualaikum...


Ni jam IKEA yang murah tu.
Dah lama beli hampir 3 tahun. So kertas dalam jam ni dah koyak rabak. pecah-pecah atas faktor usia.
So jangan risau, jom kita mengMAKEOVER dia.. Jangan korang pulak yang OVER.. huitt.

Cara - Cara :
1. Bismillah.
2. Mintak tolong teknisen opis aku buatkan.
3. Cari gambar HK yang comel dalam google. Then print it.
4. Buka Jam Ikea dan keluarkan kertas latarbelakang jam.
5. Potong gambar HK sama size dengan bulatan jam,
6. Letakkan. Dan pasang balik Jam HK ni..
7. Alhamdulillah. Menjadi.
8. Ucap terima kasih kat opismate.
9. Kalau rajin, belanja opismate.. (Ini pilihan. Bukan wajib pun. hehehe)


Proses nak mengTRANSFORM Jam IKEA ke Jam HK



Tadaaaaaaaaa..
Mempersembahkan.....
drroolllllllllllll...tingggg!!!! 


Cost : RM 0.
Air liur je  yang banyak keluar sebab sibuk bercakap dengan opismate.

Sebenarnya opismate yang nak berikan jam ni...
Daripada buang, dia syorkan tukarkan latarbelakang gambar ni. 
Dan sesungguhnya dia tak sangka yang aku akan bagi gambar HK kat dia untuk dimakeoverkan jam ni.



Ok. Bye

Haniversary ke-2

Assalamualaikum...
Hai.. haiii.. Haiii..


Alhamdulillah.

10 February 2015 tahun kedua sebagai suami isteri..
Semalam takde buat persiapan pun sebab kerja.

Pagi tu just wish-wish jer.

Malam lepas balik kerja baru la keluar makan sama-sama.
Cadangnya nak ke Jusco Bukit Tinggi...
Tapi cancel, pergi jer ke Setia City Mall, dekat sikit dengan rumah dan tak jammed.
Keluar rumah pukul 7.
Solat maghrib kat sana jer senang.

Sempat g beli Kek Secret Recipe sepotong nak tiru orang-orang lain semua ada kek aniberseri.. hehehe..


Strawberi Cream Cake


Fish Manhattan





Lepas kenyang, tarik suami ajak g tengok wayang..
Tengok cerita taken 3..

Then balik rumah..
Entah bila suami beli hadiah..
Sedar-sedar dah ada..

Tapi tu la..Kalau dah namanya bini...
Mesti sibuk nak tahu..
Beli mana?
Beli bila?
Berapa??



Psst: Malam ni suami dah outstation ke Penang. Bertabah la...


Ok.Bye
XoXO

Pencil Tekan & Pen Hello Kitty

Assalamualaikum...


Sempat rempat masa gi GM Klang.
Pencil Tekan & Pen Hello Kitty..
Murah jer





Yang Pink Pensil Mekanikel
Yang Hitam Pen Dakwat Cair Kaler Hitam
Harga satu hanyalah RM3.50.

Kat GM Klang ada satu kedai HK. Tingkat 1 rasanya kalau tak silap. 

Ok.Bye
XoXO

Hadiah Besday : Beg & Weight Scale Hello Kitty

Assalamualaikum..
Hai geng !!


Thanks to all yang berperangai baik-baik sahaja terhadap saya..
Really appreciated that!
And...Really appreciated every single moment with all of you..


Birthday Present from my superior..
:)



Tadaa..
My dream outing bag!
Really cannot wait to use it...
Thanksss


Also birhday present from someone



Tadaa..


Ohh..by the way.. also got RM80 voucher MPH from my company.
Somemore, got dinner ticket for comedy charity with Dougles Lim this Friday..
Enjoy peepssssss!

Mum.. Can u deliver 365 copies of me again? So everyday will be my birthday lorrr..
#Saya suka besday saya walaupun hari tu angka umur saya bertambah#


Thanks ya!
Ok.bye

Untuk terangkan bilik

Assalamualaikum...
Hai korang...


Weekend lepas yang sangat heaven..

Satu - Sebab telah ke kursus kawen.
Dua - Telah terlajak ke Kedai Best Buy Shop di Hulu Langat.

Sebenarnya hanyalah pergi menghantar salah sorang kenalan ke sana untuk ambil kereta tunangnya..Tunangnya sudah balik Sarawak.

So, kebetulan g sana maka telah berjaya merembat satu lampu comel.
Sebab awal pagi tak nak buka lampu kalimantang kat bilik tu.
Taknak mengganggu roomate pepagi buta..

Biasanya dia akan sambung tidor balik lepas solat subuh.



Hi cutiest friend..


Ok.Bai
XoXO

Hello Kitty Origami

Assalamualaikum...


Aku ada save satu link ni untuk print origami Hello Kitty.
Aku mintak member aku printkan, sebab aku tak dapat print ye la buka pun guna hp samsung ni..

Malam tu aku dengan Kak Zura (housemate) g kedai pak teh..gigih nak masak pengat ubi.
Malam tu member aku datang kawasan flat aku, skodeng kete aku yang calar kat sport rim.
Balik kedai pakteh tengok member aku dah ada bawah flat..
Padahal calar tak banyak pun..

Tup tup masa sembang dengan dia, dia bagi origami hello kitty yang dia print..
Tak sangka dia hantarkan malam tu jugak..gigih dia mengalahkan aku..

Malam tu jugak gigih aku gunting + cantum = meraung sebab ngantuk..
Esok malam baru aku sambung siapkan.














Tadaaaa..
Hasil nukilan?
Hasil titik peluh betina..
hahaha..

Hello kitty ni tanpa kaki...
Bukan sebab diabetis
Tapi sebab aku yang malas nak letak kaki..





Ok. Bye

Gabai dan Beg baru

Assalamualaikum...


Mandi Sungai tapi dapat beg baru... Mau tak sonok kan?

Sabtu 07 July 2012, off day hari tu..
So bersenang lenang kat rumah la..

Pastu member aku ni SMS ajak g mandi sungai...
Bila dia sms cakap dah otw.. kelam kabut aku bangun siapkan baju untuk mandi sungai.
Kelam kabut sampai towel tu tak ingat bawak.. Pua la weeiiiii...

Yeaa..seperti yang difikirkan dan dijangkakan..
Memang kami yang paling awal sampai Hulu Langat..
Singgahla kami kat MYMYDIN Batu 18. Tunggu semua datang..

Sampai sane dah ramai orang walaupun baru pukul 9.30am..
Mula-mula haruslah aku g toilet dulu..
Mengsportcheck keadaan toilet dan keadaan tempat salin baju.
Disini bermulalah satu perjalanan.. memanjat tangga satu persatu..
Maka satu persatu jua lah urat kaki aku menjerit kelenguhan kuasa dua.

Kat sana mandi sungai siap bergelongsor bagai kat situ..
Kami balik pukul 2 petang..
Sempat lagi singgah kedai cenderamata ontheway balik tu..
Nak g tengok barang impian aku..
Masuk je..mata dah meliar cari..
Ya Allah...banyak giler barang H._.L.L._  K._.T._._.

Kalau ezy datang sini, mesti dia pun teruja menggila dengan aku.
Tapi hari tu apa yang aku mampu beli ialah beg sahaja. sebab catuan gaji...


Tadaaa..

H._.L.L._  K._.T._._. bag.


RM34.

Ok.Bai.

My One Shop Shah Alam - Beg Hello Kitty

Assalamualaikum...


Last 2 weeks aku ajak member aku g kedai favourite aku, Kedai My One Shop..
Cadangnya nak g kedai tu untuk cuci mata tengok barang-barang Hello Kitty jer..
Nak beli pun apa yang aku rasa apa yang aku perlu je..
Bukan apa yang aku nak. napsu semua tu#


Member aku dah grab satu porch bag yang lama dia cari..
Aku plak just jalan-jalan lagi..
Betul kata orang, kalau nak dijadikan rezeki kite mesti ada je sesuatu yang menolong kite untuk dapatkannya.
Masa tengah tengok-tengok member aku duk cuba porchbag tu, mata ni terpandang beg-beg yang tergantung...

Bila tengok beg bawah tu, terpandanglah satu beg hello kitty...
Warna hitam..comel..lembut..design pun ok.. RM29
Dan yang lebih aku suka, warna nya bukan la pink..

So terus lah amik dan gayakan..
Yesss..aku memang nak beg ni.. Cari satu lagi untuk cik BFF, dak Ezy..tapi dah takde..
Tadaaa..untuk dak Ezy ni aku belikan benda lain..


Untuk Ezy..gantungan di hp kamu kelak.









Ok.bai

My One Shop Shah Alam - Sikat Hello Kitty

Assalamualaikum...


G kedai cadangnya nak beli sarung kaki cute je..Satu RM1.90..
Sesuai untuk pakai dengan kasut flat..selesa..dan tak sakitkan kaki..
Kedai My One Shop ni aku jumpa kat seksyen 18 Shah Alam.. dekat dengan Giant.
Sejak tu selalu pergi sana.. Murah jugak la untuk certain barang..

Cina-cina kat opis pun dah tanya mana aku beli stoking ni sebab cute je..
Tak sure la kaki dorang muat tak...muat kot..kan stoking elastik dan bergetah kan..
Untuk kaki aku memang muat-muat la..sama saiz dengan kaki budak darjah 3.

Antara yang di rembat di kedai My One Shop :





Sikat cute memang lah kena beli satu..
Gantikan sikat lama yang dah hilang.. Capai je lepas sikat lepas tu letak merata..
Jangan ada laki nanti letak merata sudah la..nanti jiran kebas mampus weii...


Ok.Bai

Rak Putih Daiso

Assalamualaikum...
Pekabor semua!


Kalau pergi Daiso yang super duper comel mesti la ada sangkut nak beli pape kan..
Walaupun bilik dah penuh barang dari Daiso and D.I.Y....
Semalam beli rak RM5 yang putih suci ni..









Sementara duit tak penuh dalam tabung ok la..
Boleh letak tabung atas rak ni,,
Nanti bila makin berat pindah la ko Kitty ke bawah

Semalam jugak sempat tengok wayang cite "Dark Shadow".
Oleh kerana tiket kul 10.15pm, so aku a bit mengantuk laa
Tapi gigih jugak masuk cinema sebab taknak rugi duit tiket.

Cite ni best sampai aku tak jadi tido... Tunggu sampai habis..
Cite ni pasal sihir-sihir laa..pasal cinta..macam biasa laa..kena la selitkan cinta...lumrah kan. :)


Ok.Bai..