Selepas 2 tahun setengah di rumah kami sejak dorang uzur, kali ni FIL masuk wad buat kali pertama. Kesahnya bermula selasa (29.12.2020) lepas, MIL call suami petang tu bagitahu FIL tak bangun, kurang makan, kurang minum. Macam tido, panggil pun tak bersahut.. MIL dah call semua anak-anak suruh datang. Suami jemput aku dan kami balik kerja agak lewat hari tu sebab suami kerja jauh sekarang di Kajang. Aku tunggu dia jemput aku sebab kereta dia guna. Tu pun suami pecut kereta bukan main laju lagi.
Sampai rumah, kami kejutkan bapak. Bapak macam tido. Aku dah suruh suami call je doktor swasta datang check. Tapi suami suruh tunggu dulu sebab nak tengok progress pagi esok. FIL bernapas elok, sesekali nafasnya laju dan berbunyi. Bila kita luruskan kaki dia, dia macam tersentak seolah dia rasa sakit. Bila lap tubuh-kejutkan FIL, dia celik mata sekejap.
Suami kata nak monitor dulu. Aku suruh suami tido bilik MIL dan FIL malam tu. Kalau jadi apa2 malam tu, atleast suami sedar. Entah macamana suami terlelap xjadi g bentang tilam tido bilik MIL FIL lepas aku bangun tido pagi tu dia ada kat sebelah. (aku tahu dia penat ulang alik keje Kapar-KajangSemenyih almost 77km sehala). Pagi2 tu bila tengok progress FIL sama, aku terus desak suami call ambulans/atau kita angkat bawak g klinik/panggil je doktor swasta check. Buat sesuatu jangan tunggu je. Kiranya aku akui aku yang mendesak agar urusan ke hospital dibuat.
Takkan nak biar je. Kita tak tahu apa2.
6.30am aku start masak untuk MIL.
6.50am suami call ambulans. Suami dalam bilik FIL MIL sempat tukarkan pampers dan cadar FIL.
Sekitar 7.35am macam tu Ambulans sampai.
Abang ipar aku ada datang sebab hari tu giliran dia bawak g cuci kaki di Puchong.
7.30am mereka gerak g Puchong untuk cuci kaki (MIL & abg ipar), sementara aku dengan suami tunggu ambulans.
7.35am ambulans sampai. Jiran2 india semua dah keluar masuk rumah kami tengok bapak. Jiran2 sini sedia maklum memang kami ada menjaga MIL FIL uzur. FIL pernah pengsan dulu, jiran yang bawak ke klinik dulu sebab masa kami balik kerja time tu dorang dah ke klinik. Tempat kerja kami sekitar 42km dari rumah ketika suami masih keje di PJ. Jiran India sebelah rumah ni marah kami kenapa tak bagitahu dia awal. Selama ni dia memang byk menolong. Entahla kami bingung time tu campur plak balik keje penat malam tu. Bila pagi nak g bagitahu dia, rumah dia berkunci lagi. Kakak india tu peluk aku suruh aku sabar, siap pesan suruh call dia kalau ada apa2 sbb dia nak g keje. Aku ingat ayat dia "call saya kalau ada apa2, call saya kalau nak mintak tolong, saya akan balik dari kilang saya". Rupanya dia je yang keep call suami aku tanya perkembangan FIL masa FIL dah dibawak ke wad.
Ambulans sampai dan pembantu pengawai perubatan (lelaki) buat pemeriksaan.
Tekanan Darah - tinggi 141
Kencing Manis - 14
Jantung laju
Amik sample darah
Bawak masuk FIL ke ambulans. Suami g hospital. Aku g keje macam biasa sebab aku dah banyak cuti sebelum ni. Suami aku suruh aku g keje je, jangan cuti lagi. Sebab suami tahu aku kumpul cuti aku jugak untuk aku balik jenguk orang tua aku di Tganu (ayoh aku leloh teruk dan lagi kerap keluar masuk hospital)
FIL masuk wad kul 4petang. Suami tunggu di kecemasan sekejap masa doktor nak tanya sejarah kesihatan FIL dan doktor bg suami tgk FIL sekejap. Selain tu kena tunggu kat luar.
Tak leh teman. Tak leh tunggu musim covid.
Urmmmm..
Aku rasa aku patut luahkan kekesalan aku kat sini :
Ada yang berkata kenapa bawak orangtua tu ke hospital musim covid ni???
Nanti xleh teman kalau kena warded
Nanti kat dalam tak tahu doktor cucuk itu ini kat orangtua tu. Kesian
Nanti kita tak tahu apa jadi dalam wad tu sebab tak leh masuk tengok.
Ya Allah.. terkilannya aku.
Habis tu takkan nak biar FIL macam tu je kat rumah?
Kami suami isteri ni bodoh. Tak tahu hal perubatan.
Kami kejut2kan je, bagi air dalam mulut,kejutkan lagi. check demam ke tak.
Sebab tu kami call ambulans..
Sebab kami ni bodoh xtahu nak buat apa bila FIL dah tak berapa sedar/separa sedar/tak sedar langsung time tu.. Nak check nadi seminit berapa pun kami tak tahu, nak check kencing manis kebetulan hari ni kertas strip tu habis. Rasa dahi je panas ke tak. Ada kuman ke dalam tubuh FIL, kami tak tahu. FIL terbahak/terbatuk lepas suami suapkan air guna sudu, kami takut sangat. Kejut2 goncangkan tubuh pun FIL tak bukak mata. Kami berdua bingung nak buat apa..
Terus terang aku cakap, dalam rumah tu hanya kami berdua, pastu ada FIL yang tak sedarkan diri, pastu ada MIL yang uzur berbalut kaki kena dressing cuci kaki setiap hari.. So ingat kami tahu ke nak buat apa selain ke hospital??? Bingung~
Takkan nak biar je FIL macam tu tak sedar kat rumah kami.
Seolah-olah tak usaha nak ubati.
Dia sakit.. Memang selama ni dia menjerit2 taknak g hospital. Ni dia dalam keadaan tak sedar, angkat masuk ambulans je ok xmasalah.
Maaf cakapla. sebab family aku di Terengganu tu sakit sikit terus g spital. anak deman terus g spital. anak demam xnak makan taknak minum, memang kami bawak g spital. masuk air, atleast tubuh tak kering. Ni kalau duk biar je orangtua tu xg spital, tubuh pun takde air nanti.. Ayoh aku di kg tu berkali2 masuk wad musimm covid ni sebab leloh. Sape la suka-suka nak g hospital kan kalau bukan kecemasan.
Semalam nurse call suruh bawak pampers & wet tissue..
Pagi ni kami call hospital.
Walaupun berjam-jam baru call dijawab, kami tetap tunggu. Sebab tu je peluang nak tahu keadaan FIL dalam wad.
Updated: FIL makan minum guna wayar dalam wad, pakai wayar kencing, pampers pun pakai untuk berak, on antobiotik.
Kencing manis tinggi
Tekanan darah tinggi
Buah pinggang rosak (tapi tak teruk sangat hingga kena cuci/dialisis)
FIL dah sedar. Panggil nama dah menyahut, doktor suruh angkat tangan dia angkat (dengar arahan doktor), masa kat zon merah semalam suami jumpa bapak dia, bapak kenal dan cam dia.
Psst : Mohon doakan semoga permudahkan segala urusan kami especially semoga semangat suami aku kuat. Alhamdulillah, kami terima banyak support dari family aku dan kawan2. Siap ada yang g jenguk suami kat luar area kecemasan hospital buat peneman semangat, pastu hantar suami balik. Tak lupa jugak jiran di taman perumahan kami.
Ok. Bye