nuffnang

JANA DUIT

Yante punya wedding

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mula -mula ingat kendurinya pada 27 July Sabtu..
So, sabtunya bila buka balik wassap.
"Eh. kendurinya 28 July la - Ahad"
Nasib baik la check dulu sebelum g kenduri..

Yante ni member aku kat company lama.
Dia dia Management Office
Aku di HandOver Office.
So kami ada customer/homeowner yang sama,
Seribu Satu Stress dgn homeowner ni aku share dgn Yante
(Dah berhingus bagai dah depan Yante ni.. hehe)

Lama tunggu bila dia akan menamatkan zaman solo dia.
So.. here it is!
Hari Kawennya si Yante dan pasangan hatinya Mr. N dia..




Tak sempat nak bergambar di Photoboothnya..
Lately malas betul nak bergambar..



Dewan yang sangat cantek dan selesa..
Betul2 macam fairy tale yang penuh dengan warna suci-putih.



Sebelum kenduri memang Yante dah wassap aku bagitahu no meja aku 12.
So, masa kenduri senang la aku terus ke meja 12.
Eventhough masa register memang dia akan bagitahu meja siap-siap..
Ramai budak company lama aku kat sini..
Cuma tu la.. Aku takde gigih nak bergambar..
Cukupla kenang dalam memori.. gituuu~





Aku sampai pukul 8.00 malam..
Terus solat maghrib terus kat dewan tu..
Lepas solat, nampak Yante dah siap.
Terus ajak bergambar sekejap untuk kenang-kenangan..
Bukan atas pelamin pun takpe la..


Lepas bersanding-potong kek bagai, ada sessi bergambar.
Aku takde tunggu lagi.
Terus balik sebab esok kerja..
Lagipun dah ada gambar dengan pengantin sblm dorang bersanding..

Psst : Selamat Pengantin Baru Yante dan pasangan..Love u!


Ok. Bye

Makan & berkumpul dengan kawan/family

Assalamualaikum... Hai Semua...


Suami aku ni sejenis yang suka berkawan..
Kawan sekolah, kawan U, kawan kerja tempat lama, kawan kerja tempat baru..
So, dia banyak kawan berbanding aku yang suam-suam je ni..

So, time raya sempat la g raya rumah kawan dia...
Mana yang sempat je la..




Gi beraya rumah Din di Kajang.. 
Kawan tempat kerja


Time ni ada 4-5 buah rumah terbuka yang aku pergi..
Alahai kenyang bukan main..
Namun biskut cranberry di rumah din sedap..
G raya rumah abang aku, g raya rumah abg si suami, g beraya rumah kawan2..

Beraya rumah abang no 2.


G makan durian di rumah Suhaimi di Hulu Langat..


Sakan makan durian.. 
Sampai dah xleh GO lagi...
Kenyang makan durian bermaksud terlalu banyak la duriannya tu ye
Sebab biasa kalau beli kat kedai dalam 3-4 biji je skli beli sbb kekangan duit.


Ok. Bye

Home Organizing : Organise Tudung Bawal dengan hanger comey

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lama tak muncul dengan entry organise barang rumah.
Sebelum ni ada beli hanger tudung bawal di GM Klang.
Time tu beli sikit je sebab tudung tak banyak.
Sejak  balik kampung beberapa kali hari tu, banyak plak tudung bawal yang adik dan mak aku kasi free...
Dorang buat spring cleaning tudung.
Banyak kasi orang especially shawl.
Tudung bawal je aku amik.

So lambakan tudung banyak-banyak ni kena la aku tambah hanger tudung.
Nak g GM asyik tak sempat.
So aku shopping kat Shoppe je.
Dapat harga RM0.35 sen sekeping (RM3.50 untuk 10pcs)
Cuma kena add on RM5.00 untuk postage.
Ni yang paling murah aku dapat untuk size yang aku nak.


Gigih benor beli sampai 50pcs.
Rupanya guna dalam 10pcs je (as tambahan untuk tudung baru yang adik aku bagi)
Lagi 40pcs bagi kat adik aku kelak.







Ya Allah.. Banyak betul tudung aku.
Semua yang lama-lama termasuk yang adik aku bagi.
Aku takde beli tudung baru dah..
Tudung zaman diploma pun ada lagi.
Pasni nak kena buat spring cleaning lagi untuk buang tudung-tudung yang jarang pakai dan tudung yang tak terbentuk elok kat auwning dia..
Paham kan? tudung bawal yang selebek tak cantek terbentuk bila pakai..
Memang ke tong sampah la jawabnya.

Ok. Bye

Melancong dengan Traveloka-Jetstar Booking

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sape suka melancong?
Sape suka makan angin?
Sape suka jalan-jalan?

Semua suka pergi melancong kan!  Melainkan kalau korang memang jenis suka mereput kat rumah..
Seronoknya melancong sebab boleh tengok negara/negeri orang pastu boleh tahu pasal budaya orang.

Aktiviti melancong bagi aku aktiviti yang bagus especially kalau bawak family sama-sama, so akan ada bonding sesame family members. Kalau tak percaya try buat satu trip dengan family.
Nak buat trip ni kadang-kadang stress dengan banyak hal.
Contohnya nak book flight dan tempat tinggal.
Tapi sekarang takyah pening-pening sebab sekarang ni kita ada Traveloka.

Traveloka tu web dan apps yang boleh setelkan hal booking dan korang jugak boleh buat Jetstar booking dengan sesimple yang boleh.

Nak tahu apa tu Jetstar Booking?

Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik.  So harga dia memang murah.
Terdapat 2 jenis seat yang kita  boleh pilih iaitu Economy Class dan Business Class.
Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi kita yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau korang rasa nak makan dalam flight, boleh tambah duit masa booking atau beli jer masa dalam flight. Tapi kalau taknak pun boleh.
Business Class pulak lebih selesa untuk sesiapa yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada Business Class so korang kena find out dulu sama ada tempat yang kita nak pergi tu ada business class atau tak.
Beza dia dengan Economy Class adalah berat baggage yang di offer dan keselesaan seat dia.


Apa yang korang  kena buat ialah korang kena bukak webpage traveloka atau apps di phone then korang isikan info macam tarikh korang nak pergi bercuti tu.
Kalau nak lagi murah, pergi time bukan cuti sekolah atau bukan time cuti raya.
Tapi kalau nak bercuti time cuti sekolah pun no hal la, korang boleh buat perbandingan harga antara airline.

Salah satu destinasi Jetstar yang korang boleh pergi ialah Kuching, Sarawak.
Kat Traveloka ni korang boleh cari cheap flights to Kuching and banyak pilihan yang ada dan murah- murah semuanya..

Melancong ke Kuching, Sarawak jom!

Antara tempat menarik di Kuching :

Antara tempat yang kita boleh pergi kat Kuching ialah Muzium yang tertua di Borneo iaitu Muzium Sarawak.
Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles
Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata korang tentang bukan sahaja
sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara
koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot
perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan
seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.
Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada tu, korang boleh la ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya. Macam aku, aku mesti akan beli cenderamata sebagai tanda ingat-ingatan especially Fridge Magnet.




Taman Negara Bako adalah taman negara yang tertua yang terdapat kat Sarawak.
Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi!
Banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai.






Pasar Serikin.

Geng pempuan kalau ke Sarawak, mesti kena singgah Pasar Serikin sebab menjadi lubuk shopping kat sana. Walaupun Pasar ni jauh sedikit dari bandar Kuching (sekitar 60km) tapi berbaloi kalau nak pergi. Pasar ni bersempadan dengan Indonesia, so tak hairanla jika peniaganya ada dari kalangan warga indonesia.
Kat sini kita boleh tawar menawar untuk dapatkan harga yang paling best!
Banyak barang kat sini especially kraftangan.




Kampung Melayu & Kedai Kek Lapis.

Macam aku. aku suka pergi tempat-tempat penempatan masyarakat kat sana. Ada banyak kampung Melayu asli/ kampung tradisional Melayu di sepanjang Sungai Sarawak. Antaranya kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya. Korang boleh naik teksi (jalan darat) atau bot penambang (jalan air) untuk kesana.

Perkampungan Melayu ni memang popular dengan Kek Lapis. Kat sini ada beberapa kedai jual Kek Lapis antaranya Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House and Kek Lapis Zaharah.

Boleh cuba dulu sebelum beli. Memang sedapla semuanya.
Ada lebih 30 jenis kek lapis. Memang rambang mata dan napsu nak pilih.  Jangan lupa add on berat luggage ye, nanti boleh shopping banyak kat Sarawak.




Sebenarnya banyak lagi tempat yang u guys boleh pergi kat Kuching ni.
Yang aku listkan sikit je sebenarnya so korang boleh explore sendiri.
Gunalah Traveloka sebaik mungkin.

Sources of all photo : From Google

Korang suka berjalan ke mana?
Kat Sarawak korang suka apa?
Korang punya impian nak travel ke mana?

Psst : Jom simpan duit pergi melancong! Cuti ada ke takde, tu belakang kira.

Ok. Bye

Kesah Raya 2019 : Terengganu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun ni plan Allah aku dapat raya di Terengganu (side aku).
Aku tak kesah raya mana pun, cuma aku akan kejar untuk balik Terengganu kalau adik beradik aku berkumpul.
Bukan isu raya.
Ianya isu "berkumpul adik beradik"

Aku hanya packing bag pagi hari Jumaat 31 May lepas dah confirm boleh balik Terengganu..
Last minute tu hal biasa..
Jumaat lepas kerja gerak balik Tganu.
Takde jammed.

Buat julung-julung kalinya 9 anak mak berkumpul tahun ni.
Kalau sebelum ni, hanya 8orang je sebab asyik aku je yang "TAKDE" dalam gambar..

Sebelum Raya

Aku buat 2sessi untuk Spring Cleaning Rumah.
First sessi - kemas tingkat atas rumah ( depan bilik air & ruang letak barang)
Second sessi - kemas tingkat bawah (dapur dan ruang tengok TV sebelah dapur)
Buang segala barang yang tak diperlukan.
Carikan rak pinggan baru untuk ruang atas rumah.

Malam Raya

Geng lelaki bakar ayam Tin


Raya Pertama

Trademark raya rumah aku "KelamKabutSerabut.
Aku tak semayang raya tahun ni. aku tolong kak ipar panaskan juadah di dapur.
Beri peluang untuk Mak dan yang lain g semayang raya.
Sessi mintak maaf  'berterabur'. #ItuBiasaDalamFamilyIni
Bergambar ala kadar pastu kena serbu dengan tetamu & jiran.





#KamiTakRamai



Raya Kedua

Beraya di kampung sebelah mak aku.
Otw balik rumah,singgah rumah terbuka di rumah sepupu (sebelah ayah)
Tak semua ikut beraya...
Macam-macam ragam.. Nasib baik la raya setahun sekali.








Raya Ketiga

Duduk dirumah sahaja. Oh ye.. kami g Mydin carikan laptop untuk si bongsu.
Si mummy gojes 'Dak Ezy' pun datang raya rumah aku.
Teringat nak amik gambar, tapi lepas ada sedara aku datang masa tu, eh boleh plak aku terlupa nak amik gambar dengan si Ezy ni..


Raya KeEmpat
Ke majlis kawen geng zamang study di Dungun dulu. Tahniah geng!
Selamat Pengantin Baru
Pastu ke Mydin Mall belikan laptop untuk si bongsu






Raya KeLima
Balik KL. Perjalanan 10-11 jam dari Tganu ke KL.


Raya KeEnam
Kerja dan tunggu ketibaan mertua.
Continue tugas hakiki.

Tahun ni takde kesah beraya rumah mentua di Perak sebab kedua mentua sekarang tinggal dengan kami di Selangor. Cuma untuk raya, mentua dijaga oleh anak lain selama 2 minggu sebelum dihantar ke rumah kami semula lepas kami tiba dari Terengganu.

Ok. Habis kesah raya.
Betul2 entry di akhir Syawal.

Notes : Transfer gambar guna email. Gigih kan..

Ok. Bye

Seketul entry raya pun belum up

Assalamualaikum... Hai Semua...


Syawal dah nak habis esok..
Satu entry raya pun tak sempat update..
Kononnya nak letak gambar raya, tapi takde kabel nak transfer gambar..
Kiranya kalau ada gambar baru la seronok nak bercerita..
Sebenarnya ianya lebih kepada tuan blog ni tak bersungguh dalam sesuatu pekerjaan.

Setiap hari pasang niat nak g cari kabel USB untuk transfer gambar.
Takmahu beli online sebab postage lambat makan masa 2-3hari.
Walhal kedai jual kabel ada je kat area opis aku, cumanya nak kena berjalan.
Tapi seketul 'AKU' ni malas nak berjalan..
Takguna ber 'eatclean' bagai, kalau aku ni sejenis manusia malas nak bergerak.hahaha

Hasil carian imej untuk kabel transfer gambar ke laptop

Oh. takpe.
Syawal berlalu janji puasa ganti aku dah settle.
Yeay.. 

Patutkah aku buat entry raya di bulan Zulkaedah?

Psst : Start puasa isnin khamis setiap minggu, kalau tak asyik nak makan je sebab sejak habis Ramadan ni, aku dah stop ''eatclean'.

Pepatah " hangat-hangat tahi ayam" tu wujud.


Ok. Bye