nuffnang

JANA DUIT

Masak apa sepanjang Minggu kedua puasa ni???

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu kedua berpuasa.
Minggu ni dah lemau tak tahu nak masak apa.
Habiskan je apa dalam peti ais.
Sebab dah xjejak pasar sejak sebelum puasa ni.



Day 8
Ayam Masak Kicap
Sayur 
Cendawan.
Salad, Buah
Mango Sunquick Ais


Day9
Finally tak masak.
Sebab suami balik lewat, so dia tapaukan oden family mart dulu.
Sambil makan, kami order Set Nasi dari Muhamad Chan.
Makan Jam 9 malam
1 set makan masa bersahur. share2



Day 10

Singgam ikan tongkol je
Ulam & Sambal Tempoyak

Moreh
Kek Tupperware yang kak ipar pos untuk MIL


Day 11
Ingat nak masak.
Akhirnya decide nak bawak MIL makan kat kedai sepupu suami.
Sambil2 bawak MIL keluar amik angin malam.
Biasa kat rumah je sorang2 sebab kami keje


Day 12
Aku masak Ikan Tongkol masak lemak cili api.
Daging BlackPepper, Terung Sambal
Tup tup Abang Ipar datang sekeluarga berbuka di dengan MIL kat rumah kami.
So, banyak lauk kami yang tak habis. 
Dorang datang siap ber'ayam golek, mee sup, tomyam bagai



Day 13
Makan lauk semalam leftover.
Just tambah ikan goreng dan ayam goreng
Tembikai

Day 14 
Aku tak berapa sihat. Amik MC.
Masak ala kadar . Pastu lupa nak snap photo.
Aku buat Bayam Masak Bening & Ikan Selayang goreng je 
Berbuka dgn MIL je. Suami berbuka di luar dengan geng opis.


This weekend insyaAllah nak berbuka dengan family abang2 aku.
Korangggg.. Ada ke yg mcm aku? Plan nak buat biskut raya itu ini. Dalam hati, berkira-kira takut tak menjadi??? Hehehe

Ok. Bye
XoXO

Bersyukur seadanya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Zaman Covid yang hidup bersama kita sekarang ni.
Banyak masalah.
Banyak dugaan.
Namun ada yang positifnya.
Ada yang "Hikmahnya"

Syukur 1 :
Adik aku yang lelaki dari 13tahun memang jarang2 boleh puasa lama kat rumah. Kebanyakkannya di asrama. Sebab takleh kembali ke Universiti, Tahun 2020 dia boleh puasa hampir penuh di rumah mak ayah. Tahun 2021, insyaAllah puasa 30hari kat rumah mak ayah. Dia seronok sangat. Kalau tak, memang puasa di Universiti la. 

Syukur 2 :
Ada yang kena WorkFromHome (WFH). Alhamdulillah. Sebab covid setahun dia boleh kerja di kampung dia sambil teman mak dia. Untung sangat kan. Selama ni kerja di KL, sebab covid 1tahun dia duduk dengan mak dia di kampung. Ya Allah .. Untungnya.

Syukur 3 :
Syukur di saat oranglain merintih menangis tak boleh rentas negeri. Suami syukur sebab MIL duduk sekali dgn kami. So tak perlu risau memang depan mata. Walaupun aku takleh balik berpuasa dengan mak ayah aku di Tganu, tetap bersyukur sebab ada adik - adik yang takleh kembali ke Universiti dan teman mak ayah aku kat rumah. Tetap penuh meja makan.

Syukur 4 :
Sebab covid, ada yang kena buang kerja. Eh, rupanya lepas tu dia berjaya buat bisnes sendiri. Rupanya pendapatan dia makin banyak. 

Syukur 5 :
Ada staff yang kena kerja lebih masa sebab covid. Eh, rupanya bonus dia dapat banyak duit sebab performance dia bagus lepas makin mahir bekerja asbab dari kena keje lebih masa ketika musim covid ni

Syukur 6 :
Selama jadi kakitangan pejabat di luar daerah, dia tak boleh berpuasa atau kadang xsempat merasa lama beraya di rumah mak atau rumah isteri (jika selamanya PJJ). Asbab terkandas di rumah sebab covid, eh dia boleh habiskan masa dengan family dia.

Syukur 7 :
Sebelum ni boros dia berbelanja. Ketika zaman covid, dia risau dan mula berjimat. Eh, rupanya banyak hikmah dia dapat. Dia dapat saving, banyak hutang dah habis dibayar. Baru dia sedar dia bagus dalam mengendalikan kewangan famili dia.

Apa sahaja datang, Allah bagi sekali dengan hikmah dia.


Ok. Bye

Seminggu berpuasa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah seminggu berpuasa... Alhamdulillah...
Both my parents di Tganu masih mampu berpuasa.
MIL di rumah bersama kami pun masih mampu berpuasa.
Alhamdulillah...

So, nak abadikan kenangan menu puasa kat blog.
Tahun-tahun depan throwback lagi apa aku masak tahun ni walau dalam keadaan kelam kabut laki bini ni.. Hehehehe...


Umpama starter kit untuk puasa.
Hehehe.
Sebab kebanyakannya azan ketika otw balik rumah samada dalam kereta mahupun atas moto.
Airkotak balance dapat masa kenduri & kurma memang simpan dalam beg.
Abis air kotak, aku simpan air masak & kurma dalam beg.

Menu Day 1 (Selasa)
Sup Ayam ala cina humban cendawan sebab takde masak sayur.
Sambal Kicap
Kopi panas.

Menu Day 2 (Rabu)
Sup Bayam with cendawan & bebola
Ikan Gelama Goreng
Sambal Kicap
Teh Panas

Menu Day 3 (Khamis)
Masak Lemak Bayam
Ikan Goreng
Sambal Kicap dengan serai
Sunquick kosong ais

Moreh - Sushi Encik Suami nak makan


Menu Day 4 (Jumaat)
Encik suami nak makan masak lemak lagi. So repeat masak lagi.
Ikan Goreng & Ikan Sambal
Sambal kicap & serai


Menu Day 5 (Sabtu tak kerja)
Ikan Percik
Kacang Goreng Telur
Buah

Moreh - Sate ikan bakar sendiri.


Menu Day 6 (Ahad tak kerja)
Buat sup ikan mayong
Sambal Kicap 
Tempe goreng
Ayam Golek abang suami bagi masa melawat mak kat rumah kami
Salad & Buah2.


Menu Day 7 (Isnin)
Singgang Daging
Peria Telur & Peria goreng biasa
Tembikai
Balance ayam golek semalam.

Amboih.. Kemain tunjuk gambar makanan kat blog.
Pagi2 ni jangan main2.. Hehehe

Harap weekend je la aku boleh duk menunggu azan kat meja makan.
Hari biasa, azan berkemundang ketika kami otw balik dalam kereta atau atas motor.
Atau azan ketika kami tgh masak2 lagi.
So far masak sekitar 30 minit je. Masak simple2 je.

Bukan tak minat bazar..
Bukan rajin..
Cuma nak g bazar pun take time. Nak cari parking, kena beratur. Malas nak hadap especially bila dah penat balik kerja. Gerai tepi jalan pun nak parking susah ramai orang kan.
Tapi tu la, masak pun penat gak. Hehehe..
Semua penat la bagi aku yang tak bape nak rajin dan lembik ni.
Kuatnya sebab suami tolong sekali memasak. Tu je... Kihkihkih~~

Ada yang tanya, MIL berbuka macamana bila kami tak sampai rumah lagi.
MIL minum susu n mkn kurma dulu. Memang dah siapkan semua susu dan termos tepi katil dia.

Oh ye. Bukan bos bagi balik lambat. Bos bagi balik awal setengah jam. 
Bulan biasa balik 5.30.. Bulan puasa balik 5.00ptg. 
Cuma aku tunggu suami balik kerja sekaligus ambik aku. Baru balik rumah.
Dan rumah kami jauh sekitar 45km dari rumah.
Di Lembah Klang memang takde yang cepat kalau nak balik rumah. Jem rapat!
Biasa sampai rumah paling awal 7.00 malam.
Lewat pun sekitar 8.00 malam..

Psstt : Aku je ke rasa lemau je tak kira puasa ke tak.. Kurang Vitaminggggg ni.. Hehehe

Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Mesin Jahit & Sewing Area

Assalamualaikum... Hai Semua...


Happy sebab mesin jahit dah ada.
Ala. Beli second hand je.
Tahun 2016 aku mesin portable TOYOTA aku rosak.
So 5 tahun aku peram taknak beli mesin lain.
Sebab sedih beli mesin baru, guna ala kadar je pun rosak jugak.
Hahaha..
Beberapa minggu sebelum puasa aku beli lepas tengok iklan kat FB.

Memperkenalkan.
MESIN JAHIT BROTHER JS 1410
RM450 jerrrr
Second Hand yang jarang owner gunakan
Sebab owner ni tukang jahit buat kelas online.
Tak guna sangat mesin ni sebab mesin ni as back up je.
Kalau harga kedai dalam RM700 lebih rasanya.

*Tu aku alter baju yg orang bagi. Dulu aku jahit guna jahitan tangan je, 
So ni aku tindan semula jahit guna mesin*
Gigih kan aku guna jahitan tangan. Hahaha.

Alhamdulillah. Dapat lengkap dengan kotak sebab owner tu kata memang jarang dia buka.
Dia siap test sebelum iklankan di FB.
Dan Siap ajar aku cara guna.


SEWING AREA
Yang MAHA sempit 
Ni je ruang yang ada.
Dulu letak di Bilik No 3.
Sekarang tu jadi bilik MIL.
Ni meja sedia ada kat dapur, aku amik letak dlm bilik tidur jadikan meja menjahit


Yeayyy.. Nasib baik ikut pilihan suami beli kerusi ni.


Sebab boleh lipat lepas taknak guna.
So tak makan space ruang nak solat


Ala.. Bukan menjahit baju kurung pun.
Aku tak pandai nak potong dan jahitkan cantum jadi baju
Aku pandai alter2 je.
Potong kain labuh. Potong lengan labuh.
Kecikkan baju.
Alter langsir.

So, ada mesin senangla aku nak alter baju raya. Hahaha
Sejenis manusia 'katek'
Nak kena pendekkan lengan baju, dan potong labuh baju sikit.
Tak payah hantar kat kedai.

Task menunggu :
1. Alter baju yang sebelum ni guna jahitan tangan je
2. Alter baju raya 'comey lotey' saya tuh.
3. Pendekkan sheer curtain bilik 1.
4. Tukar getah seluar
5. Suami suruh jahit sarung kerusi makan. Aku cakap "ok..bye"

Psttt : Harap tahan lama la. Jenama Brother pun bagus dan gah dalam industri mesin jahit kan. 

Ok. Bye
XoXO

Ikea Haul : Kerusi Untuk Meja Menjahit & Curtain Rod Set

Assalamualaikum... Hai Semua...


Beberapa minggu lepas, masa suami jemput aku balik dari opis entah macamana tanpa di rancang awal, kami berjaya ke IKEA Damansara.
Benda kalau rancang tak menjadi.
Benda kalau tak rancang, tu la yang menjadi on the spot.

Isteri : Jom g ikea
Suami : Yeke,?
Isteri : Ye.. Jom.. Saya nak beli kerusi untuk meja menjahit.

Lalu membelok la kereta menuju ke Ikea yang yang indah selepas bincang 2 saat dalam kereta tu.

Plan nak beli :
1. Kerusi untuk meja menjahit
2. Curtain Rod untuk sheer curtain bilik 1.

Sampai - sampai je, terus isi perut dahulu..
Then jalan-jalan the showroom.. 


Hasilnya. Nak 2 benda, Terbeli 4 benda.
Tapi masih boleh di terima. Sebab tak melebihi budget semput kami

Bilik 1 memang dah beli sheer curtain. 
Cuma takde curtain rod.
So curtain road baru nak tambah untuk sheer curtain kat bilik ni.

Jam yang tak termasuk list.
Tapi suami nak beli.
Suami memang gilerkan jam. Ada je plan dia nk DIY itu ini.
Nak kumpul jam la..
Aku biorrrrkn aje..

Kerusi untuk ruang menjahit.
Tak sangka pilihan suami tepat.
Sebab?
Kerusi boleh lipat, dan tak menggangu ruang solat.

Korang pun macam aku ke?
Plan nak ke mana-mana bertahun2 tak pegi2..
Bila tak plan, menjadi la pulak plannya.


Ok. Bye
XoXO

Melayang duit bayar Saman je.. Hehehe

Assalamualaikum... Hai Semua...

Selagi boleh renew roadtax memang takde aku peduli hal saman.
Mana sempat bayar aku bayar.
Mana semput, aku biarkan dulu.

Nak dijadikan cerita masa balik Tganu bulan Mac hari tu ayoh aku kasi surat.
Aku ingatkan surat bank statement ke, surat insurans ke.
So, aku dengan ketenangannya terus buka depan dia.
Nahhhhhhhhhhh..
Surat Saman Speedtrap.
Nahhhhhhhhhhh.. Gambar kereta siap nampak tangan cik suami terpampang bila buka surat.
So, nahhhhhhhhh.. ayoh aku bunyi la sikit hal saman.

Umpama " Ko keje untuk bayar saman je la..hehehe"

Pantang ayoh aku kalau bawak kereta sampai kena saman.

Bawak biar berpada-pada.

Sebab saman kepada bayar guna duit. Bukan pakai ayerliurrrrr.

So membayar la aku semua saman tertunggak lepas dapat duit KWSP.
Dapat dr kerajaan, bayar semua untuk kerajaan.

Kita kerja la lagi esoknya cari duit.. Hehehehe

Hehehe..



RM 870 lepas diskaun 50%.
Saman kereta dan motor.
Motor tentu2 laki yg bawak.
Ada saman masa balik Tganu di LPT, balik kg suami di Perak dan highway sekitar KL& Seremban.
Tahu kenapa last saman 2017? (saman 2021 mmg di KL -suami keje)
Sebab 2018 MIL start sakit, kami jaga, so aku jarang balik Tganu naik kereta sebab biasa naik bas je sorang. Ke Perak takde balik langsung sbb both mentua memang dgn kami. Jalan2 ke tempat jauh pun takde sebab memang kat rumah je. Hehehe
Tambah plak 2020 covid takde ke mana2.. Takde la saman musim tu.


Dah settle, terus dia keluar sepotong ayat indah tu.

Moh la sambung keje, cukup bulan dapat gaji lagi..
Hehehe...

Korang dah bayar saman? Ke semua berhemah je kat jalan.. Kihkihkih..

Ok. Bye
XoXO

Persiapan menyambut bulan puasa

Assalamualaikum... Hai Semua...


2hari lepas (Ahad) weekend terakhir sebelum puasa.
So, memang keluar g beli barang2 masak dengan suami.
Sejak musim covid, jarang sekali aku join shopping barang dapur.
Biasa kalau masuk pun hanya speedmart.
Pasar basah pun lama aku tak jejak.
Serah kat Encik Suami beli segalanya.

So sempena puasa, raikan dengan g beli barang dapur sama-sama. 
Budaya ni memang aku create dengan suami.
Nak puasa, kena g beli barang dapur sama-sama.
Saje nak bagi ada moment2 indah gini. Hehehe.

Lauk barang basah & sayur2 je aku beli yg tahan maybe less than 2 weeks.
Maybe dalam 10hari, pastu kena beli lagi incase kalau habis.
Barang lain memang aku beli stok sebulan atau lebih.
Topup sekali barang mandian, barang penjagaan diri, sabun basuh...
Sampaikan ketupat mini segera untuk raya pun aku beli siap2.

Tahun ni memang macam sebelum2 ni jugak.
Nasi + Lauk + Sayur + Air kordial/buah + Buah (kalau ada)
Kuih memang taknak buat.
Tak sempat kalau keje. Sampai rumah pun dah kul 7 petang. 
Kelam kabut bersilat kat dapur.






Stok untuk maximum 2 minggu
Ada barang sedia makanan frozen memang dari Tganu hari tu.
Stok air batu pun buat siap2.
Tembikai bekukan siap2. Nak buat Jus, terus blend je. Tahan lama.

Sayur 5jenis tahan untuk 10 hari.
Stok buah untuk buah potong dan Jus.


Sekarang jadikan amalan bawak plastik beg sendiri.
Jimat 20sen.
#gengminah20senbujanglapok
Memang letak kat depan pintu siap2 lps shopping, nak masuk kereta amik.
Memang letak dalam kereta je sepanjang masa

Rindu kampung.
Rindu adik beradik.
Rindu suasana dapur.
Tahun lepas masa covid, adik bongsu sempat duduk dgn aku masa bulan puasa dalam seminggu.

Tahun 2019 MIL dan arwah FIL duduk dengan kami. 
Tahun 2020 MIL duduk dgn ipar masa bulan puasa.
Tahun 2021 ni MIL dengan kami. 

Tahun ni macamana pulak puasanya?

Menu Sahur Hari Pertama.
Bangun pukul 5 suami masak nasi goreng jer lebihan nasi putih malam tadi.
Terima kasih..
MIL makan kat bilik jer. 
Dah siap2 susu, air panas, biskut incase MIL tak larat nak puasa.
Pesan siap2 kalau kami lambat balik, minum susu dulu alas perut.
Dah agak kat jalan raya balik nanti, merangkak.. banyak kereta. Hehehe

Selamat Berpuasa Geng!

Pssst : Daun kunyit kami tanam, memang simpan untuk raya nak buat rendang. Hahaha.

Ok. Bye
XoXO

Aktiviti sebelum puasa : Berkumpul rumah abang

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sabtu pagi masa otw balik dari klinik dressing kaki MIL, abang no 2 aku call jemput datang majlis hari jadi anak bongsu dia Ereen yang ke-1 pukul 5petang. 

Sampai rumah pukul 2 petang, on ekon, g mandi dan solat terus berehat jap.
Terus cancel plan nak g UTC buat sijil kematian FIL.
Tak larat wei,, musim panas ni walaupun tak puasa.



Ereen is 1.
Sara is 8



With keluarga abg no 2

Abang sulung + Abg no 2 + Kami suami isteri
3 beradik ni kat Selangor.
Yang kat N9 memang takleh merentas negeri pun


Bila jarang2 jumpa, panjang story masing2

Dari pukul 2 petang tak tidur.
Tahan mata sebab orang ramai, rumah meriah. Memang dia taknak tido.
Sedang elok semua balik, terus pingsan tidurnya.

Musim covid ni beg kena dua.
Untuk telekung semayang memang kena sentiasa ada dalam kereta

Selamat Hari Lahir Sara dan Ereen.
Semoga menjadi yang baik.


Geng bertiga beradik ni plan nak buat majlis berbuka puasa sama2. 
Sekali pun jadi la untuk berbuka puasa sama-sama. Dapat Kumpul memeriahkan. 
Kita tengok, jadi ke tidak. Hahaha..
Sebab ada yang keje weekend.
Kang ada yang nk berbuka dengan kawan la, 
Nak berbuka dengan budak opis la.
Hehehe


Ok. Bye

Aku merentas negeri balik jenguk orang tua.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku nak share cerita aku rentas negeri balik Tganu jenguk orangtua aku.

Since 13 Januari 2021 PKP2.0 dikuatkuasakan.
17 Januari 2021 FIL meninggal di hospital Klang
So kami xperlu nak rentas negeri.

Aku tunggu sehingga awal Jan - Mac 2021, untuk aku balik kampung jenguk orangtua aku pulak di Terengganu.
Masuk bulan Mac aku rasa macam depress sangat.
Teringat kat parents kat kampung.
Video Call pun rasa mcm xmembantu.
Kesihatan dorang so-so je la. Ayoh aku Lelah teruk. Mok aku steady lagi, walaupun sakit lutut.
Aku nekad nak balik kampung jugak sorang-sorang.

Ni cara-cara sediakan borang rentas negeri :
1. Download borang dalam internet. Taip je "Borang Kebenaran Merentas Negeri"
2. Isi borang 2 salinan.
3. Photostat IC 2 salinan. (Kalau korang blk sekeluarga, bg la IC setiap orang)
4. Bukti alasan nak rentas negeri- Aku attach surat hospital kesihatan ayah aku, appointment ubat.
Cth : Surat Kerja (jika urusan kerja), Surat Sekolah (jika urusan tukar sekolah ke, urusan daftar sekolah ke)
5. Optional : Surat Majikan (Aku attached sebab memang aku bg surat kat majikan aku untuk aku cuti 10hari urusan jenguk/jaga orangtua uzur)
6. Optional : Surat kepada polis (Aku buat surat rasmi kepada polis untuk mintak kebenaran merentas negeri as supporting je)

So siapla 2 salinan dokumen lengkap.
1 salinan - Polis sign dan dia simpan,
1 salinan - Polis sign dan bagi kat kita semula (Digunakan untuk tunjuk kat polis masa sekatan jalan raya)

Kes aku:
 - Aku balik SORANG naik bas sahaja. So Polis tak banyak soal. Kalau balik sekeluarga memang kena soal jawab sikit la.
 - Aku call bas siap2 tanya SOP dan apa keperluan dia nak. Dia akan tengok Surat Rentas Negeri aku. So masa naik bas aku tunjuk tiket dan surat rentas negeri yang polis sign.
 - Aku dapatkan kebenaran dulu, dah lulus baru aku beli tiket. Tiket musim PKP ada je, dan senang dapat.
 - Dalam bas, SOP ketat la. Mask kena pakai setiap masa, kena scan mysejahtera, kena guna hand sanitiser tiap kali masuk bas. Bas pun xpenuh, dan duduk jauh2 setiap penumpang

 Di balai opis.
1. Sampai di pagar kena berurusan dengan pondok pos polis (scan suhu & register mysejahtera). Dia tanya tujuan & suruh scan. SORANG sahaja boleh masuk untuk setiap urusan.
2. Masuk dalam balai, scan suhu dan register mysejahtera lagi sekali.
3. Kat kaunter polis tu, lepas bagi borang, polis akan tanya sikit2 la & check dokumen. Kalau tak lengkap dia suruh datang lagi.
4. Dia akn sign benar / tidak dibenarkan.
5. Dalam 3hari sebelum merentas negeri, elok la g balai.

"Kami benarkan je kalau nak balik jaga/jenguk orangtua, tanggungjawab kat orangtua ni tak terbatas apa pun dalam dunia ni, so tolong jaga SOP, kalau boleh elak pegi majlis2 kenduri"
"Tapi semuanya bergantung pada budi bicara balai"

Tu je pesan dia.

Agaknya ramai blk kg nak jenguk orangtua kot.
Lagipun aku balik sendiri kan, siap naik bas lagi.
Nampak sangat aku berkehendak sangat nak balik jenguk orangtua aku.

Selepas amik kira segala langkah-langkah pencegahan, so balik la aku pada 13 Mac - 23 Mac 2021.
10hari yang sangat bermakna di kampung.
Alhamdulillah, Ayah aku kali ni kurang lelah.
Mungkin tak sejuk macam bulan 12 hari tu, kerap giler lelah.

Bila balik Selangor semula, ada la budak tu merah2 matanya disebalik langsir dalam bas tu.
Hahaha..
Balik sini 12 jam.
1 tengahari - 1 tengah malam
Sebab?
Bas berhenti2 amik penumpang & sekatan jalan raya yang MAHA lama dan panjang.

Till we meet again F.A.M.I.L.Y

Aku tahu bulan puasa mesti lagi ketat kebenaran nak rentas negeri, makanya aku pulang siap2 sebelum menjelma nya bulan April (Ramadan).

Psst : Aku rasa ok je kalau anak nak balik jenguk orang tua, lebih2 lagi bila orang tua dah uzur sangat. 
Balik je la sorang. Menantu & Cucu tak perlu balik takpe musim ni. Sebab nak limitkan pergerakan kan. Kalau balik ramai-ramai panjang plak langkahnya kan..
Cuma jaga SOP, pastikan sihat xde simpton2, pastu duduk je rumah xpayah jalan-jalan merata.

Ok. Bye
XoXO

Anak Sedara ke - 10

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tiba-tiba aku berkira-kira semula.
Eh, betul ke 10?
Ke 9 je?
Eh, Ke dah 11?

Tak.. Memang betul.
Yang ke -10.
Ini anak sedara yang ke-10.

Adik aku yang kawen bulan Feb 2020 (sebelum PKP) tahun lepas.
Feb 2021, lahir baby.


Baby dah 2 bulan
Baby AZKA


Baby dah pandai nak bercakap dengan Tokki


Duduk la dalam carseat jangan nak melalak ye



Try Baju Raya katanya

Semoga membesar dengan sihat dan memudahkan orangtuanya.
Selamat menjadi Umi dan Abah untuk adik perempuan ku.

Tahun ni, bakal dapat anak sedara ke -11 plak.

Pssst : Semoga Covid cepat berakhir. Nak berkumpul semua adik beradik.

Ok. Bye
XoXO

Kenduri dan balik jenguk umah kg suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sabtu lepas g Puchong attend majlis kawen kawan suami, si Uda.
Tak de nak amik gambar guna kamera sendiri.
Masuk kamera photographer je.

Esoknya attend majlis kawen anak sedara suami.
Dan balik kampung suami jenguk rumah MIL FIL.
Dah hampir 3 tahun tak balik.
So memang rumahnya ala berhantu la kalau tengok.

Aku perasan kat kampung tu, banyak rumah takde orang duduk.
Maybe sebab anak-anak semua dah kerja luar dari kampung




Rumput dah kering semuanya
Memang ada upah orang racunkan.
Pokok kelapa dulu kecik, sekarang dah besar
Sehingga menenggelamkan pokok limau kasturi


Buah-buah kelapa terbiar je
Dulu memang ada yang nak beli walaupun MIL takde kat sana.
Tapi lepas amik, takde yang bank in duit.
Akhirnya kelapa nya tersadai je.
Ni anak pokok kelapa kalau jual satu RM10 pun laku ni.. Hehehe


Nampak keringnya rumah yang dulunya meriah.
2018 last duduk sini.
Pastu memang MIL & arwah FIL duk dengan kami

Sawit je sekarang MIL makan hasil.
Boleh buat topup duit perubatan.


Selamat Pengantin Baru 
Semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Bersabar dalam melayari bahtera rumahtangga

Ok. Bye
XOXO