Aku nak share cerita aku rentas negeri balik Tganu jenguk orangtua aku.
Since 13 Januari 2021 PKP2.0 dikuatkuasakan.
17 Januari 2021 FIL meninggal di hospital Klang
So kami xperlu nak rentas negeri.
Aku tunggu sehingga awal Jan - Mac 2021, untuk aku balik kampung jenguk orangtua aku pulak di Terengganu.
Masuk bulan Mac aku rasa macam depress sangat.
Teringat kat parents kat kampung.
Video Call pun rasa mcm xmembantu.
Kesihatan dorang so-so je la. Ayoh aku Lelah teruk. Mok aku steady lagi, walaupun sakit lutut.
Aku nekad nak balik kampung jugak sorang-sorang.
Ni cara-cara sediakan borang rentas negeri :
1. Download borang dalam internet. Taip je "Borang Kebenaran Merentas Negeri"
2. Isi borang 2 salinan.
3. Photostat IC 2 salinan. (Kalau korang blk sekeluarga, bg la IC setiap orang)
4. Bukti alasan nak rentas negeri- Aku attach surat hospital kesihatan ayah aku, appointment ubat.
Cth : Surat Kerja (jika urusan kerja), Surat Sekolah (jika urusan tukar sekolah ke, urusan daftar sekolah ke)
5. Optional : Surat Majikan (Aku attached sebab memang aku bg surat kat majikan aku untuk aku cuti 10hari urusan jenguk/jaga orangtua uzur)
6. Optional : Surat kepada polis (Aku buat surat rasmi kepada polis untuk mintak kebenaran merentas negeri as supporting je)
So siapla 2 salinan dokumen lengkap.
1 salinan - Polis sign dan dia simpan,
1 salinan - Polis sign dan bagi kat kita semula (Digunakan untuk tunjuk kat polis masa sekatan jalan raya)
Kes aku:
- Aku balik SORANG naik bas sahaja. So Polis tak banyak soal. Kalau balik sekeluarga memang kena soal jawab sikit la.
- Aku call bas siap2 tanya SOP dan apa keperluan dia nak. Dia akan tengok Surat Rentas Negeri aku. So masa naik bas aku tunjuk tiket dan surat rentas negeri yang polis sign.
- Aku dapatkan kebenaran dulu, dah lulus baru aku beli tiket. Tiket musim PKP ada je, dan senang dapat.
- Dalam bas, SOP ketat la. Mask kena pakai setiap masa, kena scan mysejahtera, kena guna hand sanitiser tiap kali masuk bas. Bas pun xpenuh, dan duduk jauh2 setiap penumpang
Di balai opis.
1. Sampai di pagar kena berurusan dengan pondok pos polis (scan suhu & register mysejahtera). Dia tanya tujuan & suruh scan. SORANG sahaja boleh masuk untuk setiap urusan.
2. Masuk dalam balai, scan suhu dan register mysejahtera lagi sekali.
3. Kat kaunter polis tu, lepas bagi borang, polis akan tanya sikit2 la & check dokumen. Kalau tak lengkap dia suruh datang lagi.
4. Dia akn sign benar / tidak dibenarkan.
5. Dalam 3hari sebelum merentas negeri, elok la g balai.
"Kami benarkan je kalau nak balik jaga/jenguk orangtua, tanggungjawab kat orangtua ni tak terbatas apa pun dalam dunia ni, so tolong jaga SOP, kalau boleh elak pegi majlis2 kenduri"
"Tapi semuanya bergantung pada budi bicara balai"
Tu je pesan dia.
Agaknya ramai blk kg nak jenguk orangtua kot.
Lagipun aku balik sendiri kan, siap naik bas lagi.
Nampak sangat aku berkehendak sangat nak balik jenguk orangtua aku.
Selepas amik kira segala langkah-langkah pencegahan, so balik la aku pada 13 Mac - 23 Mac 2021.
10hari yang sangat bermakna di kampung.
Alhamdulillah, Ayah aku kali ni kurang lelah.
Mungkin tak sejuk macam bulan 12 hari tu, kerap giler lelah.
Bila balik Selangor semula, ada la budak tu merah2 matanya disebalik langsir dalam bas tu.
Hahaha..
Balik sini 12 jam.
1 tengahari - 1 tengah malam
Sebab?
Bas berhenti2 amik penumpang & sekatan jalan raya yang MAHA lama dan panjang.
Till we meet again F.A.M.I.L.Y
Aku tahu bulan puasa mesti lagi ketat kebenaran nak rentas negeri, makanya aku pulang siap2 sebelum menjelma nya bulan April (Ramadan).
Psst : Aku rasa ok je kalau anak nak balik jenguk orang tua, lebih2 lagi bila orang tua dah uzur sangat.
Balik je la sorang. Menantu & Cucu tak perlu balik takpe musim ni. Sebab nak limitkan pergerakan kan. Kalau balik ramai-ramai panjang plak langkahnya kan..
Cuma jaga SOP, pastikan sihat xde simpton2, pastu duduk je rumah xpayah jalan-jalan merata.
Ok. Bye
XoXO
6 comments:
Syukur dapat balik..my sister plan nak balik minggu ni terpaksa batal, satu opis dia kat LKIM kena tutup dan dengarnya dah istihar kluster LKIM
rezeki nya u dpt balik jumpa ur parents, i only have mom jer kat kg, dh umur 79 thn, sedey sgt tak dpt balik tgk dia..dia sihat jer, tp sihat cara org tua, rindukan anak cucu...i kalau balik, mesti nak bawak balik my 3 boys, so rasanya pyh kot nak mintak surat polis tu :( :(
Alhamdulilah boleh balik kampung. Selagi ada ibu ayah selagi tu kita nak kena jenguk juga. Saya keduanya dah tak ada termasuklah keluarga mertua.
Syukur Alhamdulillah dapat kebenaran rentas negeri. Boleh lah jengah family di kampung.
alhamdulilah dapat juga menjenguk org tua kan.
Alhamdulillah, dpt jenguk ibubapa di kpg, lepas rindu..
Post a Comment