nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : Mesin Jahit & Sewing Area

Assalamualaikum... Hai Semua...


Happy sebab mesin jahit dah ada.
Ala. Beli second hand je.
Tahun 2016 aku mesin portable TOYOTA aku rosak.
So 5 tahun aku peram taknak beli mesin lain.
Sebab sedih beli mesin baru, guna ala kadar je pun rosak jugak.
Hahaha..
Beberapa minggu sebelum puasa aku beli lepas tengok iklan kat FB.

Memperkenalkan.
MESIN JAHIT BROTHER JS 1410
RM450 jerrrr
Second Hand yang jarang owner gunakan
Sebab owner ni tukang jahit buat kelas online.
Tak guna sangat mesin ni sebab mesin ni as back up je.
Kalau harga kedai dalam RM700 lebih rasanya.

*Tu aku alter baju yg orang bagi. Dulu aku jahit guna jahitan tangan je, 
So ni aku tindan semula jahit guna mesin*
Gigih kan aku guna jahitan tangan. Hahaha.

Alhamdulillah. Dapat lengkap dengan kotak sebab owner tu kata memang jarang dia buka.
Dia siap test sebelum iklankan di FB.
Dan Siap ajar aku cara guna.


SEWING AREA
Yang MAHA sempit 
Ni je ruang yang ada.
Dulu letak di Bilik No 3.
Sekarang tu jadi bilik MIL.
Ni meja sedia ada kat dapur, aku amik letak dlm bilik tidur jadikan meja menjahit


Yeayyy.. Nasib baik ikut pilihan suami beli kerusi ni.


Sebab boleh lipat lepas taknak guna.
So tak makan space ruang nak solat


Ala.. Bukan menjahit baju kurung pun.
Aku tak pandai nak potong dan jahitkan cantum jadi baju
Aku pandai alter2 je.
Potong kain labuh. Potong lengan labuh.
Kecikkan baju.
Alter langsir.

So, ada mesin senangla aku nak alter baju raya. Hahaha
Sejenis manusia 'katek'
Nak kena pendekkan lengan baju, dan potong labuh baju sikit.
Tak payah hantar kat kedai.

Task menunggu :
1. Alter baju yang sebelum ni guna jahitan tangan je
2. Alter baju raya 'comey lotey' saya tuh.
3. Pendekkan sheer curtain bilik 1.
4. Tukar getah seluar
5. Suami suruh jahit sarung kerusi makan. Aku cakap "ok..bye"

Psttt : Harap tahan lama la. Jenama Brother pun bagus dan gah dalam industri mesin jahit kan. 

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

dear anies said...

best nyaaaa.... sy dah lama x menjahit...keras dah kot tangan kalau pegang mesin jahit hahaha

AzianKhalil said...

ye..penting mesin jahit ni.. bukan nak jahit baju melayu baju kebaya pun. jahit lencana dan nametag anak je...kemas sikit pakai mesin jahit

Nina Mads said...

Mesin jahit kalau ada kt rumah mesti byk benda nk jahit hehehe

nayfatimahrasyid said...

Dulu belajar sekerat jalan jew... Sekarang menyesal plak🤣🤣

ezy.xixii said...

ok dh tu blh alter2..
aku ni lg dasat.. ank tukang jahit tp jahit pon xreti..
mujur lenim pndai jahit span kat bahu.. tu pon jahit tgn je mmpu.. haha

Farrah MF said...

Berbaloilah harga mesin tu. Lepas ni senanglah nak menjahit.

Azhafizah MN said...

memang kena ada mesin jahit untuk alter ke apa. Bukan kena pandai jahit baru kena ada mesin jahit. saya beli kat lazada yang murah murah tu. tapi problem pulak benang asyik putus je. huhu..best dapat mesin jahit brother. dipercayai kualitinya :)