Showing posts with label RUMAH SEWA SELAYANG. Show all posts
Showing posts with label RUMAH SEWA SELAYANG. Show all posts

Selamat Tinggal Rumah Selayang

Assalamualaikum...
Haiii...


Hari ni dah 3 hari stay kat rumah baru...
Betul-betul stay rasanya adalah sehari sebelum puasa.

30 June 2014 bagi semua kunci kat owner dan dapat balik deposit (90%)
10% lagi owner akan bank in kalau takde tunggakan apa-apa bil lagi.




Last week suami tolong iklankan rumah ni untuk dapatkan penyewa baru.
Owner rumah ni busy katanya, so mintak suami iklankan.
Nasib baik suami aku jenis suka membantu.
Kalau aku, aku bengap sikit bab iklan-iklan kat mudah ni.

Sehari dua lepas iklan dah dapat penyewa baru.
Siap view rumah lagi.
And now dah confirm masuk.

Penyewa baru pun dah start masuk 1 July hari tu. Pasangan suami isteri jugak.
Berbahagialah kalian di sana yer...

SELAMAT TINGGAL RUMAH SELAYANG

Bilik Utama
Gigih aku sapu carpet ni sebab takde vacuum
Owner baru nak masuk tak payah nak kemas sangat.
Just tinggal sarang labah-labah sikit kat hujung syiling yang aku tak mampu capai dengan penyapu.

Bilik Kedua a.k.a Stor aku
Pun dah siap sapu bersih-bersih dan tinggalkan tikar getah sekali.
Nanti senang penyewa baru nak duduk.
Lagipun rumah baru aku dah full tiling

Dapur.
Dah siap cuci, sapu mop bagai.
Kat lantai simen, aku siap potong tikar getah dan letak sini untuk  penyewa baru
Dulunya guna carpet yang tuan rumah tinggal

Ruang Tamu tersayang


Tinggal rak TV dan meja jahit aku yang pink kuning tu.
Nak buang, tapi penyewa baru tak kisah kalau kami tinggalkan sebab dorang boleh guna katanya.
Suami aku dah offer siap-siap nak bawak turun bawak ke tong sampah.
Langsir kami tinggal at least penyewa boleh guna sementara pasang langsir dia sendiri

Rumah yang penuh dengan kenangan.
Rumah pertama kami selepas kawen.
Rumah yang paling murah kami survey dulu dan berkeadaan ok.

Rumah yang menyaksikan suka duka kami sebagai suami isteri.
Rumah tempat duk bergurau senda, gelak tawa, nangis duka bagai

Rumah yang mana suami suka membantu di dapur.
Rumah yang mana suami suka tertayang-tayang ke hulu ke hilir dengan tuala sebelum mandi
Rumah mana yang isteri merajuk sembunyi dalam bilik...
Rumah yang mana suami sangat risau bila isteri ditinggalkan kerana outstation

RUMAH NI TETAP KAMI KENANG..


Psst : Pasti rindu rumah ni nanti. 

Ok.Bye
XoXO

Masih BerDerita Pindah.. Wakaka! Masih di rumah lama.

Assalamualaikum...
Helllooooooo...


Lagi sehari mahu pindah.. Hari ni Jumaat. Esok Sabtu.
Esok semua barang akan pindah masuk rumah baru. Malam tadi aku masih lagi menyambung kerja-kerja packing barang.
Malam tadi progress akan laju sekali ganda sebab kotak dah ada dan boleh buat kerja packing barang.


Walaupun semalam balik kerja, kepenatan dan aku tertidur sampai 8.30 malam, tapi kerja tetap bermula bila suami balik kerja.
Jam 2 pagi baru tidur.


Dalam bilik tidur utama
Dah bukak katil

Almari baju isteri pun dah kosong
Malam ni aku sambung wrapping


Ruang Tamu in Progress


Bilik No 2


Bilik No 2

Kotak yang sangat banyak membantu


Kotak sangat penting masa pindah. Dulu aku notice yang aku tak perlukan kotak. 
Yela time tu just pindah asrma and bilik sewa je pun.
Sekarang baru tahu yang kotak ni penting masa pindah.
Kotak yang abang ipar kasi.
Masih baru dan belum pakai langsung.
Sonok pulak nak packing barang

Gunting, cutter, tape penting dan kena simpan elok-elok masa packing
Kena simpan dalam satu bakul.
Agar kita tak tersalah letak dan senang nak cari.
Time packing ni barang-barang banyak, kalau salah letak tape mesti tak jumpa


Ruang Tamu.


Semua kotak aku labelkan:
1. Item apa dalam kotak tu
2. Lokasi nak letak masa masuk rumah baru

Contoh : Baju Suami. Lokasi : Bilik 2

Malam ni malam terakhir kemas. 
Esok pindah rumah hanya suami yang handle dan bawak kawannya...
Aku kena kerja pagi esok... Hope All is WELL tomorrow. 
Malam ni pulun packing barang lagi.

Tak zabarrrrrr!!!

Ok. Bye
XoXO!

Derita Pindah Rumah.. Wakaka !

Assalamualaikum...
Hi... Hello...


Lagi setengah bulan akan tinggal di rumah sewa ini...
Nanti akan pindah rumah lain...
Harapnya lagi selesa la. Rumah baru nanti SANGAT JAUH, tapi hope selesa la..kan...



Ni baru sikit kemas barang. Plan nya kami nak kemas barang last weekend (Sabtu Ahad) sebab dua-dua tak kerja. Tapi kami suami isteri pulak demam. Mula-mula suami demam pastu isteri pulak demam. Kesian!

Walaupun barang rumah ni takde la banyak sangat, tapi bila packing bukan main banyak pulak yang ada. Pelik aku....


Ok. Bye
XoXO!!

Home Organizing : Deko terkini bilik no 2 yang hebat

Assalamualaikum...
Hi and Hello...


Bilik No 2 kat rumah sewa ni menjadi bilik a.k.a stor a.k.a bilik utiliti dan sebagainya...
Kiranya menjadi bilik hebat la..huhu..
Semua aku campak sini..
Dah macam tong sampah DBKL dah aku tengok.
Sebab tu aku panggil bilik ni bilik hebat.







Nah ko.. penuh bukan main lagi bilik ni,
Nasib baik ada jugak space kami nak berjalan dan tetamu nak solat
Ruang sembahyang depan katil kat pintu

Yeay,, Katil dah bertilam.
Dulu bilik ni takde tilam.
Sekarang dah ada tilam lepas beli tilam king baru tu.
So tilam lama bilik Utama dah pindah ke sini..

Dalam bilik ni jugak aku letak semua stok cadar, bantal, bantal tempahan, tilam baby tempahan...


Rak suami pun aku sumbat dalam bilik ni

Letak penyangkut untuk bag galas belakang


Rak peach tu bawak datang dari kampung masa CNY 2014 hari tu.
Labelling tak proper selagi barang tak siap susun dalam ni..


Oleh kerana takde almari, comforter simpan macam ni jer..

Rak storan simpan hadiah kawen..


Add on rak DIY RM5 ni untuk letak iron ataupun letak barang kecik2


Penstoran pakaian aku
Guna almari bujang apa yang ada.


Rangka almari untuk letak koleksi baju kurung m

Frame DIY untuk ruang kraftangan aku



Penyeri pintu.
Padahal sebab tak tahu nak simpan mana. Letak la kat pintu.


Kisah Rak Storan.. Di sini dan Disini
Kisah bilik ini jugak ada disini

Ni mungkin sharing terakhir untuk rumah sewa ni.. Pasni dah busy nak packing barang.
Nak pindah rumah lain...

Doa-doakan..

Ok. Bye
XoXO

Rumah Tak berkemas

Assalamualaikum...


Ada masa rumah nauzubillah..
Biasanya weekend baru kemas sepenuhnya.
Kalau balik kerja, kalau penat main campak je semuanya.
Sangkut je mana yang mampu.
Almari drop off area ni jadi tempat humban segala barang macam gantung baju hujan, letak helmet dan bag tangan.







Tempat kesayangan mesin jahit pun jadi tempat loading barang.. 
Biasanya jadi tempat lambakan file yang tak masuk bilik lagi, jadi tempat letak tupperware gula-gula, jajan yang makan depan TV. 




Masa menjemur langsir, besen main letak je atas TV.
Macam haraaammmmm.. huh!
Macamane korang simpan besen dan bakul bagai tu?? Please share.


Psst : Kalau time rajin pukul 12 malam pun duk mengemas lagi.


Ok Bye
XoXO

Home Organizing : Ruang menjahit terkini di rumah sewa (Ruang istimewa)

Assalamualaikum...
Hai semua...


Ni ruang istimewa aku.

Nak share ruang istimewa aku sempena Cabaran Bulan May & June blog Susun Atur Sioca. 

Apa yang kita deco sekarang akan tinggal kenangan kalau kite dah pindah ataupun dah ubah kedudukan susunatur mahupun bila dah beli perabot baru.

Sibuk sebelum ni siapkan sarung bantal, bantal dan tilam baby, bedung dan barut baby.



Ini ruang istimewa dan kegemaran aku sebab kat sini la aktiviti menjahit aku dilakukan. Oleh kerana aku ni bukannya masuk kursus menjahit bagai, makanya semuanya buat sendiri ikut suka hati try and error gitu haaa.

Ini sewing station aku sekarang. Not much different from previous. Just add on plastic 3 tier rack tu. Sebelum ni, plastic rack tu aku letak kat kitchen buat letak tupperware.Tak muat nak letak tupperware, makanya aku beli rak lain untuk tupperware. Sudahnya, plastic rack ni aku letak barang-barang jahit.

Satu meja menjahit. Satu lagi meja untuk letak barang jahitan dan beg kerja.
Ni ruang dekat pintu masuk so terus la letak beg.






Dulu cadangnya nak drill dinding letak shelf / compartment box. Tapi rasa sayang pulak kat dinding, ni kan rumah sewa. Taknak drili dinding sesuka hati pulak kan.


Nampak tak sofa sebelah mesin jahit tu?

Sofa ni jadi tempat aku potong kain.
Sebab sofa ni rata dan tegang, makanya senang nak ukur-ukur kain..hehe
Kalau nak jahit langsir tak boleh la ukur sini..
Ukur atas atap la jawabnya.. Hihihi..melampau!

Masih di posisi lama.
Depan pintu masuk dan dekat dengan rak kasut.



Ok.Bye
XoXO

Home Organizing : Dapur Rumah Sewa

Assalamualaikum...
Hai semua...


Sebelum tinggalkan rumah sewa ni, kena la sematkan kenangan dulu baru lah boleh jadikan ubat di kala rindu-rinduan kat dapur rumah sewa ni...

Rumah di dapur dia memanjang dan penuh dengan tingkap. Kitchen cabinet dia ada lubang sebab bekas owner letak kitchen hood. Aku pulak guna dapur biasa jer pun... Dapur zaman bujang dulu...

Kabinet Dapur kat rumah ni aku tak guna.. Sebab lipas selalu masuk dan berbau kayu..



View kanan



View kiri
Dapur ni memanjang


Rumah ni frame tingkap banyak dah reput sebab kena hujan. Area tingkap sini takde awning...
Kalau hujan kuat memang tempias habis...Tu pun aku dengan suami gigih jugak tampal benteng (aluminium foil) kat sekitar dapur gas tu....

Mana aku simpan semua pinggan mangkuk dan periuk belanga aku?

Nah sini.


Ini rak satu

Rak 1;
Tingkat 1 : Cawan + bekas sudu
Tingkat 2 : pinggan,mangkuk
Tingkat 3 : Set periuk, mangkuk besar, blander
Tingkat 4 : Talam + Bekas kukus (Set dari rice cooker)
Rak ni aku beli dulu hanyalah RM29.90 kat Giant Seksyen 7 Shah Alam. Ni beli masa bujang dulu.


Ini rak dua
Rak 2:
Tingkat 1 : Stok bahan minuman (milo, kopi, teh, gula), meggi, gula-gula, roti
Tingkat 2 : Stok bahan kering  + sikit bekas tipuware.
Tingkat 3 : Bekas Tipuware dan bekas aiskrim
Tingkat 4 : Bekas Tipuware Besar + Bekas minuman dan botol yang jarang guna.
Rak ni baru beli lepas kawen dalam bulan Ogos tahun lepas harga RM39.90 dah. Cepat betul naik harga kan.


Untuk small counter bar  tu aku letak bekas air masak dan heater.
Atas kitchen top kecik ni aku letak stok bekas, rice cooker and blender.
Sini jadi tempat bancuh air.





Jadi tempat letak air masak dan tempat panaskan air guna heater. 
Nak angkut lauk pun senang ikut sini


Psst : Kalau dapat dapur comel lagi besttt. Tak sabar nak pindah rumah lain pulak.

Ok. Bye

Home Organizing : Cara susun botol sos dan kicap bahan masakan.

Assalamualaikum...


Ni cara aku susun/simpan botol sos:

Beli tray dari DIY ni RM6.90
hehehe..murah je pun...jimat kos


Susun atas tray.
Aku letak botol minyak, bekas minyak recycle dan sos
Minyak recycle tu guna 1-2 kali pastu buang.
Itupun minyak goreng fries, cekodok jer yang aku recycle.


Tadaaa..view tempat sos baru.


Psst : Alhamdulillah.. Rumah Sewa ni jadi rumah pertama kami lepas kawen.

Ok. Bye
XoXO

Home Organizing : Lipat kain dan susun baju suami

Assalamualaikum...
Haiii ...


Dah nama pun wanita kan. Mana boleh lari dari "kain baju" ni kan..
Alhamdulillah. walaupun suami tak suka lipat kain, tapi boleh boleh diharapkan untuk menyusun pakaian dia dalam locker dia. Dah kurang satu kerja kite kalau dia sanggup membantu.

Time weekend kekasih hati kami adalah "baju-baju" dan "kain-kain"
Kalau bertangguh je, jawabnya baju lagi tinggi dari bumbung rumah yer.... hahaha!










Percayalah, 
Labelling sangat membantu suami aku untuk susun dan cari pakaian dia.


Entry Labelling Baju Suami Di sini .. 
Entry rombakan dan kemas loker baju Di sini

psst : Pasni patut beli almari bila dah pindah rumah baru. Wah??? rumah baru? tingggg!


Ok.Bye
XoXO