Raya 2026 : Hari Raya Pertama

Assalamualaikum... Hai Semua...


Macam biasa, blog raya sokmo terlewat tiba di sini.. Harap maklommmmmm..

Ok.. Tahun ni blog raya aku datang dengan lagu..

🎵𝆕𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅱 " jom..jom...jom.. raya dengan saya.. sudah lama tak berjumpa.. kg belah mana? baju raya awak warna apa?? 𝇥𝅗𝅥𝆔🎵
🎵𝆕𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅱 Nyalakan pelita..Hari untuk kita bahagia..Raya dengan saya..  Syawal kali ini kita berdua..
Jomlah beraya  𝇥𝅗𝅥𝆔🎵

Walaupun lagu macam tak sesuai dengan tahun ni. Patutnya lagu ni untuk 12tahun sebelum ini.. Iaitu Zaman berdua.. Hehehe...
Sebab tahun ni kita bertiga wakkkk.. Hohoho...

Selamat Hari Raya koranggggg (Walaupun syawal dah habissss..)


Hari Raya Pertama dimulai dengan pagi-pagi dah kelam kabut dengan semua orang dalam rumah.. Macam biasa trendmark famili aku yang selalu kelam kabut dan porak peranda pagi-pagi raya.. Hehehe.. Tahun pertama dengan kehadiran anokkkkkk.. Makanya awal pagi aku bersedia segala kemungkinan kalau anak buat peel itu ini bila dah ramai-ramai ni kan.. Tapi alhamdulillah si kenit ni berpewatakan baik aje di hari raya yang indah dan damai permai ni..


Anak-anak di rumah while mak ayah masing-masing ke surau sembahyang raya


Riuh rendah dengan suara budak dalam rumah bertempik, terpekik gaduhkan nak phone, gaduh nak ikut mak pak ke surau, gaduh taknak disikatkan rambut, gaduh taknak dipakaikan baju (anak aku lerrr tu hehehe)

Lepas settle solat raya, sessi bersalaman macam biasa akan porak peranda bila ramai-ramai macam ni. Sape available gi salam dulu, sape anak yang masih dalam bilik air pampers penuh tu sila urus anak dulu. Kat belah sini tengah bagi duit raya, eh kat celah sana pun si bongsu tengah salam anak sedara bagi duit raya. 

Tiba-tiba kat tangga dah kedengaran "assalamualaikummmm". Tetamu dah serbu...
Makanya sessi bermaafan dan bergambar terSTOP kat situ.. 


Juadah raya 

Untuk raya tahun ini kami tempah nasi dagang.. Sama macam tahun lepas.. Maklumla anak-anak sekarang ramai dah jadi anak perantau, so bila balik kampung teringin nak makan nasi dagang air tangan warga terengganu.. hehe

Ipar-ipar aku ada masak rendang, kuah lodeh, nasi impit. kuah kacang, sambal sotong..
Ada jugak ipar yang bagi lemang & dessert.
Terima kasih untuk ipar-ipar dan adik beradik yang membantu memeriahkan raya dan pulang ke kampung tahun ini.


Selamat hari raya 

Tema maroon kami tahun ini.  Tahun ni mix and match ajerrrr. Baju tempah guna kain batek yang dapat dari kenduri tahun lepas. Padankan dengan kain sedia ada. Baju suami elok plak match dengan kami. Baju anak aje guna baju yang orang kasi. Recycle aje. Butttt.. Aku DIY jahit kain samping untuk anak guna lebihan kain baju aku tu. Gigihhhhh kannnn seketul mak iniiiii.. 

Keluarga saya..
7 daripada 9 beradik..
2 orang di Selangor side belah mentua

Suka bila berwarna warni macam ni. Setiap family ikut tema masing-masing. So takde terhad kepada tema utama keluarga besar aje. Tahun ni macam ramai tema matcha strawberi dan hijau lembut.


Pengalaman pertama anak aku beraya di kampung bersama sepupu nya..

Raya pertama banyak tetamu datang rumah. Kami cuma sempat ke sebuah rumah sahaja untuk beraya.
Selebihnya sambung beraya di hari raya kedua. 
Alhamdulillah anok aku elok je perangainya raya tahun ini. Kalau ko buat perangai, mak jual ko kat apek botol.. Nak?? 


Hasil hari raya pertama

Al fatihah.
Ini raya pertama kami tanpa ayah. Semoga ayah di tempatkan di kalangan yang beriman, di ampunkan semua dosa dan dimasukkan ke syurga mu Ya Allah..

Semoga syawal tahun ni memberi kebahagian kepada kita semua. Bertambah ukhwah adik beradik, ipar duai dan ahli keluarga yang lain hendaknya.. 
Tahun ni buat keputusan raya di Terengganu sebab ini kali pertama aku ada anak. Ini kira macam nazar aku dulu.

Citw hari raya utk kenang kenangan kelak. 

Ok. Bye
XoXO

2 comments:

mama tisya said...

tkpe lambat update...janji update sbb smua ni kenangan...kita pn byk lg entry raya tk abis update....sedap tgk juadah raya tu

Cuya said...

Selamat Hari Raya yang dah berlalu.
Tak kisahlah lambat update, janji ada cerita dekat blog.
Banyak betul makanan ya.. seronok keluarga meriah.

Alhamdulilah anak behave time raya, kalau tak terpaksa la jual kat apek hahahah