nuffnang

JANA DUIT

Wedding Aina : Majlis Bersanding di Dewan 22.02.2020

Assalamualaikum... Hai Semua...


Majlis Resepsi diadakan pada 22.02.2020.
Alhamdulillah.. Selesai majlis Resepsi adik aku di dewan kampung aku.
Ramai orang buat kenduri tarikh ni.. Tarikh cantek katanya..
Bagi aku tak kesah, tarikh cantek ke tak.. Kalau kau aware pasti kau ingat date-date penting macam hidup kita ni.


Sampai jugak hajat adik aku nak berpakaian cantek macam ni.
Selalu dia save/like photo berpakaian cantek dalam FB
Sampai jugak impian dia.

 Bergambar dengan adik beradik dan ipar duai disamping anak buah

FreeStyle katanya

Untuk ayah, kami bergambar di pelamin bawah ni.
Atas faktor kesihatan, maka kami buat pelamin satu kat sini untuk bergambar dengan ayah

Bergambar satu family yang tak lengkap
Ada yang hilang 

FreeStyle 

Ketibaan Pengantin

Bergambar dengan orangtua pengantin lelaki

 Family besar pengantin lelaki

FreeStyle gaya mereka

Pengantin dengan bridemaids dia

Main la mung tarik tangan ni..

5 dulang hantaran kepada Perempuan

7 dulang hantaran kepada lelaki

Ok. Bye
XoXo

Wedding Aina : Nikah 20.02.2020

Assalamualaikum... Hai Semua...

Nikah Khamis malam - 20.02.2020

Alhamdulillah adik perempuan I dah selamat jadi isteri orang.
So lepas ni kalau nak g beli barang jahit, sila mintak tolong suami temankan! hehe :)

Majlis diadakan di Surau Kampung aku lepas Isyak.
Tak semua adik beradik aku ada sebab ramai yang tinggal di KL, hanya pulang untuk kenduri Resepsi sahaja.


 Alhamdulillah.. Tahniah Aina & Halim

 Antara yang ada di dewan lepas akad nikah di surau kampung saya.

 Happy 7 years 10 day anniversary suami.
#KamiTakRamai

Pengerusi Persatuan "SingleSeMalaysia" 

Iman Hakim 

Bersama Mok & Ayoh

Hantaran semasa Akad Nikah 
-Cincin-Mas Kawen-Cincin-Sireh Junjung


Ok. Bye
XoXO

Uda - Member Mat bertunang!

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik dari Terengganu masa awal bulan 2, entah kenapa terasa teringin betul nak g mana - mana undangan kenduri (bukan mengidam ye).
Tanya la suami, kita ada mana-mana undangan kawen ke?
Suami kata "Ada, Uda tunang 8hb kat Puchong"

So, malam hari kejadian gigih la aku iron baju kurung moden.
Nyaris nak let go baju ni dulu sebab ingatkan dah tak padan.
Sejenis yang malas nak iron baju bila g opis.
Tapi kalau kenduri rajin plak iron baju.
(Bukannya nak cari jodoh kat kenduri, jodoh dah jumpa 7 tahun lepas, kekekeh!)

Tunang start pukul 11 pagi,
So by 10am aku dah siap masak untuk MIL & FIL.
Gigih masak menu masak lemak ayam & sayur goreng. Awal masak woiii nak g berjalan kat kenduri punya pasal. Perempuan betul aku ni..









Banyak bergambar rupa-rupanya guna camera photographer, so berangan je la nak dapat gamabr-gambar tu semua.
Gambar dengan uda & pasangan dia pun takde la kat sini




Part best mesti la tinjau2 hantaran dia.
Ni hantaran perempuan untuk lelaki.
7 dulang.. Cantek2 deko hantaran dia...
Yang best sebab banyak makanan.. hehehe









Ni hantaran lelaki untuk perempuan.. 5 dulang.











Eh boleh plak ontheway balik suami ajak g umah member sekolah dia.
"Dorang kata potluck"
Kenapa tak bagitahu awal2, kalau tahu mesti la boleh sediakan juadah simple-simple untuk kesana..
So singgah la kami ke sana beli buah mata kucing je 2plastik.
Menu tersama plak dengan masakan kami pagi tu.
Masak lemak ayam!


Pastu ada sambutan potong kek hari jadi untuk salah sorang member yang datang hari tu.
Besday untuk geng bulan Feb.
Merasa la aku makan kek salted egg Ben Ali yang orang duk share glemer kat IG story artis tu.


Nah telur dinasour untuk korang.
Upah gigih baca blog aku!


Pssst : Geng.. sorry sekarang tak selalu blogwalking blog korang, agak kebizian, sambil curi-curi update blog. Nanti kami bertandang ke blog ampa ya!

Ok. Bye
XoXO

Throwback : Anniversary ke 7

Assalamualaikum... Hai Semua...


10 Feb 2020, Anniversary ke 7 - Year 2020
7 tahun dah kenangan duduk bersanding atas pelamin.
We each other can accept any kekurangan dari pasangan kita ni.
Bila pasangan melayani kita ok. percayalah takde apa lagi yang kita nak dari pasangan kita.
Ko tak kaya takpe, aku tunggu.
Ko berdengkur takpe, aku tunggu.
Aku tunggu ko kat bilik depan ye.. hehe

Zaman tahun 2020 sambutan sama.
Ucapan & keluar makan sesama..
Petang 9hb, aku keluar g collect Kek Pandan Cheese Leleh dari Azlina Ina di Meru.
Balik tu, makan jap pastu pergi hantar barang ke rumah abang ipar di Klang.
Abang Ipar jaga FIL & MIL sementara kami suami isteri balik Terengganu nanti.

10hb kerja macam biasa.
Balik kerja lepak makan di Meru, kedai Pening Lalat (sempoi nama kedai)
Lama lepak sambil berbual hal family.
Btw we are couple "childless", so banyak masa berbual-bual dengan suami.
Enjoy life berbual-bual dengan suami..
Topik lebih kepada kehidupan, orangtua, ukhwah adik beradik, hati, cara kita treat orang, pengorbanan, sabar, redha , kelebihan & kekurangan kita dan pasangan, cara membantu pasangan kita berbakti kepada parents/sibling dia & etc.
Ni cara kami menghabiskan masa sesama.



Kedai Pening Lalat, Meru (Sources : from Google)

Kedai Pening Lalat, Meru (Sources : from Google)


Sini ada banyak stall.. Macam kambing bakar, ABC Stall, Char Kue Teow dan macam-macam lagi.




Review : Char Kueh Teow dia sedap.
Kambing bakar dia sedap, 
Sate perut dia sedap. lembut.
Akan repeat lagi.

Nak try murtabak cheese, stall dia tutup..
Banggg.. stall bila bukak bang???


Pre-Anniversary
9hb dah bedal makan kek pandan cheese leleh Azlina Ina.
Laki i suka giler kek ni, so memang kek ni je la kami pilih bila anniversary/besday.


RM45 - collect at Meru

Dapat free pudding caramel.

Happy Anniversary 7 untuk suami..
Ehem-ehem ucapan yang gedik dilarang di sini (huahahaha!!)
Ucapan gedik2 kita lontarkan depan muka laki je..


Ok. Bye
XoXo